Cabaran dan Masalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di kalangan Wanita Melayu : Kajian kes di Malaysia PDF

Title Cabaran dan Masalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di kalangan Wanita Melayu : Kajian kes di Malaysia
Author norazida ibrahim
Pages 12
File Size 1 MB
File Type PDF
Total Downloads 14
Total Views 174

Summary

Cabaran dan Masalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di kalangan Wanita Melayu : Kajian kes di Malaysia Amirah Hamizah bte Abdul Hamid Institut Pembangunan dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: [email protected] Norazida Ibrahim Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Ma...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Cabaran dan Masalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di kalangan Wanita Melayu : Kajian kes di Malaysia norazida ibrahim

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Keusahawanan - IKS Nor Azharuddin Shaharuddin

Pembangunan IKS Luar Bandar Suhaila Nadzri, Nor Azharuddin Shaharuddin Kajian Kes Usahawan Tani Indust ri Kecil Sederhana (IKS) Bumiput era di Negeri Terengganu (A Case St … sabrina marissa

Cabaran dan Masalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di kalangan Wanita Melayu : Kajian kes di Malaysia Amirah Hamizah bte Abdul Hamid Institut Pembangunan dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: [email protected] Norazida Ibrahim Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya E-mail: [email protected] Fuziah bte Mustakim Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Salahuddin Shah, Shah Alam E-mail: [email protected]

ABSTRAK Kajian yang sedia ada oleh pengkaji yang lepas telah mengenalpasti bahawa masalah utama usahawan wanita Melayu PKS adalah persaingan kemudian diikuti oleh kekurangan sumber modal dan masalah penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan perniagaan. Manakala cabaran dalaman usahawan wanita Melayu PKS yang utama adalah keyakinan diri manakala cabaran luaran yang utama adalah cabaran daripada keluarga terdekat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita Melayu PKS yang tertinggi pula adalah minat yang tinggi. Melihat senario semasa, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan salah satu penjana kepada pertumbuhan ekonomi negara di Malaysia. Ia merupakan salah satu sektor perindustrian yang terdapat di negara Malaysia dan kini dilihat sebagai antara industri yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan telah memberi tumpuan kepada penglibatan kaum bumiputera untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan sebagai pemangkin kepada pembangunan Perusahaan Indsutri Kecil dan Sederhana (PKS). Penglibatan usahawan wanita bumiputera dalam PKS di alaf ini memang tidak dinafikan meningkat dari setahun ke setahun. Namun demikian adakah peratus usahawan wanita bumiputera yang berjaya dan menonjol dalam perusahaan dan pemiagaan ini berada ditahap yang membanggakan? Kajian yang terdahulu mendapati hanya segelintir wanita menceburi dunia keusahawanan PKS dibandingkan dengan lelaki dan kajian mengenai penglibatan usahawan wanita dalam industri ini juga didapati masih kurang meluas. Data dalam kajian ini adalah merujuk kepada banci ekonomi perusahaan kecil dan sederhana tahun 2011 bertujuan untuk mendedahkan sejauh mana pencapaian golongan wanita ini setakat ini. Kata kunci: Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Wanita Melayu

PENGENALAN Golongan wanita memainkan peranan besar dalam membantu pembangunan dan daya saing di kebanyakan negara. Di Malaysia juga, peranan golongan wanita adalah di antara faktor terpenting ke arah merealisasikan hasrat negara untuk mengecapi status negara berpendapatan tinggi. Menurut Norbaiti (2010), penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan semakin meningkat berikutan dengan kesedaran untuk meningkatkan ekonomi. Ini juga merupakan pilihan sampingan bagi graduan yang menganggur. Oleh itu, penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan yang seterusnya akan mengurangkan kadar pengangguran. Thuaibah @ Suaibah Abu Bakar et. al (2007) mengatakan wanita merupakan sebahagian besar daripada populasi masyarakat Malaysia. Sumbangan besar kaum wanita Malaysia kepada pembangunan negara sememangnya telah lama diiktiraf. Sebagai isteri, ibu dan anak, mereka merupakan tunggak utama dalam membentuk generasi Malaysia yang penyayang dan progresif di masa hadapan. Peningkatan dalam penyertaan wanita sebagai tenaga buruh menunjukkan bahawa penglibatan kaum wanita dalam bidang keusahawanan semakin menyerlah dan semakin positif. Ini dibantu oleh pembangunan negara yang banyak membuka peluang dan ruang bagi wanita mempertingkatkan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang dan aktiviti di samping membuka dan menyahut cabaran yang lebih besar untuk terus berperanan dan berjaya selaras dengan proses perindustrian dan pemodenan negara selaras dengan Wawasan 2020. Kerjaya sebagai usahawan wanita adalah kerjaya yang cukup mencabar dan perlukan ketahanan dan jati diri yang tinggi untuk berjaya dengan cemerlang. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah adat untuk menuju kecemerlangan. Jika dahulu bidang keusahawanan ini lebih banyak dipelopori oleh kaum lelaki berbanding kaum wanita, namun kini konsepnya telah berubah selaras dengan perubahan arus zaman apabila ramai kaum wanita menyahut cabaran dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan seperti di Rajah 1 di bawah yang menunjukkan bilangan dan peratusan usahawan mengikut jantina di Malaysia pada tahun 1982 sehingga 2008. Walaupun rajah menunjukkan bilangan usahawan lelaki lebih ramai berbanding usahawan wanita, tetapi trend menunjukkan usahawan wanita menunjukkan aliran peningkatan dari tahun ke tahun. Kesimpulan dari rajah tersebut adalah persaingan yang sihat di antara kedua jantina. Walaupun bilangan usahawan lelaki lebih banyak dari wanita, ia tidak pernah mematahkan semangat kaum wanita untuk maju ke hadapan dalam bidang keusahawanan.

Rajah 1: Bilangan dan Peratusan Usahawan mengikut Jantina, Malaysia 1982 – 2008 (Sumber: Siaran Khas Penyiasatan Tenaga Buruh Usahawan di Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009)

LITERATUR Usahawan dalam bahasa Inggeris adalah Entrepreneur yang diterjemahkan dari perkataan Perancis entrepremdre membawa maksud memikul tugas atau mencuba. Dalam Bahasa Melayu, usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. (Laman Usahawan Muda, 2012). Scaborough dan Zimmerer (1988) dalam kajian Azlayan (2013), mendefinasikan usahawan sebagai seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian. Menurut Khairuddin (1996) pula dalam kajian Azlah Md Ali (2005), mendefinisikan usahawan sebagai seorang individu yang merancang, menerajui dan mengurus sebuah perniagaan atau perusahaan. Pengkaji juga mengatakan usahawan merupakan seorang individu yang berorientasikan tindakan, bersifat kreatif, inovatif, bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan.

Menurut Histrich dan Peter (1988) dalam kajian Azlayan (2013), keusahawanan pula adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam equity , masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Sebagai ganjaran mereka menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

WANITA DAN KEUSAHAWANAN Thuaibah @ Suaibah bt Abu Bakar et. al (2007) penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan terutama dalam dunia yang moden dan serba mencabar. Ini termasuk juga golongan ibu tunggal yang merupakan golongan wanita yang aktif menjalankan aktiviti keusahawanan. Ramai kaum wanita mula menyahut cabaran dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan pada masa kini. Antara golongan wanita tersebut, golongan ibu tunggal juga turut mengejar peluang yang ada dalam bidang keusahawanan ini. Keadaan hidup yang bersendirian tanpa suami dan ditambah lagi dengan tanggungjawab untuk menyara keluarga menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan dan sesetengah menjalankan pemiagaan secara kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan. Menurut Zaharuddin (1995) dalam kajian Norbaiti Tukiman & Ghazali Semil@Ismail (2010), adalah tidak mustahil dunia keusahawanan akan diambil alih oleh wanita memandangkan sikap komited, kompeten dan proaktif yang sudah mula terbina di kalangan usahawan wanita. Ungkapan ''tempat wanita hanya diceruk dapur' harus disedari tidak boleh wujud lagi di era globalisasi ini. Wanita Malaysia terutamanya wanita Melayu hari ini perlulah bersaing bukan sahaja dengan kaum lelaki tetapi juga dengan bangsa lain dan juga negara lain.

PERBINCANGAN IMPLIKASI KAJIAN Perusahaan Kecil dan Sederhana Milikan Wanita Perusahaan Kecil dan Sederhana atau dikenali sebagai PKS merupakan salah satu sektor perindustrian yang terdapat di negara Malaysia dan ia dilihat sebagai industri yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara (Khairul Bariyah dan Hasnieza, 2012). Justeru itu, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini berada di landasan betul untuk menyumbang 41 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding 32 peratus pada 2012. (Bernama, 2014) Hasil bancian 2010 menunjukkan bahawa kira-kira 19.7 peratus PKS adalah pertubuhan yang dimiliki oleh wanita. Majoriti PKS milikan wanita tertumpu dalam sektor perkhidmatan iaitu 91.7 peratus. Ini diikuti oleh sektor pembuatan, 6.9 peratus. Hanya sebahagian kecil sahaja

pertubuhan PKS yang dimiliki oleh wanita dalam lain-lain sektor seperti pembinaan, pertanian dan perlombongan dan pengkuarian di mana peratusan kurang daripada 1.0 peratus. Mengikut saiz pertubuhan, majoriti PKS milikan wanita adalah bersaiz mikro, 88.0 peratus. Ini diikuti oleh pertubuhan bersaiz kecil, 11.3 peratus dan pertubuhan bersaiz sederhana, 0.8 peratus. Berdasarkan hasil banci ini, pertubuhan PKS milikan wanita dalam sektor pertanian, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan secara umumnya adalah bersaiz mikro. Walau bagaimanapun dalam sektor perlombongan dan pengkuarian, pertubuhan PKS milikan wanita adalah bersaiz kecil (Rajah 2).

Rajah 2: PKS milikan wanita mengikut sektor dan saiz, 2010. (Sumber: Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) Sejumlah 519 PKS atau 7.7 peratus daripada jumlah pertubuhan dalam sektor pertanian dimiliki oleh usahawan wanita. Daripada jumlah ini, 70.3 peratus (365 pertubuhan) adalah mikro secara amnya, 21.0 peratus adalah kecil dan 8.7 peratus adalah pertubuhan sederhana (Rajah 3).

Rajah 3: PKS milikan wanita dalam sektor pertanian, 2010. (Sumber: Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) Subsektor tanaman mencatatkan bilangan pertubuhan milikan wanita tertinggi, 76.9 peratus, diikuti oleh ternakan, 10.8 peratus, perikanan 10.2 peratus dan perhutanan & pembalakan, 2.1 peratus.

Rajah 4: Pertubuhan milikan wanita PKS dalam sektor perlombongan dan pengkuarian mengikut saiz, 2010. (Sumber: Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) Rajah 4 menunjukkan bilangan PKS milikan wanita dalam sektor perlombongan dan pengkuarian. Hanya 9.0 peratus atau 27 pertubuhan dimiliki oleh wanita daripada 299 pertubuhan berstatus PKS. Pertubuhan kecil mendominasi PKS milikan wanita iaitu 40.7 peratus, pertubuhan sederhana 33.3 peratus dan pertubuhan mikro, 25.9 peratus.

Rajah 5: PKS milikan wanita dalam sektor pembuatan, 2010. (Sumber: Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) Rajah 5 menunjukkan pertubuhan PKS milikan wanita sebanyak 8,779 atau 23.2 peratus daripada jumlah pertubuhan dalam sektor pembuatan. Pertubuhan mikro mendominasi PKS milikan wanita iaitu 89.6 peratus atau 7,867 pertubuhan. Sebaliknya, pertubuhan bersaiz sederhana adalah kurang dari 1.0 peratus.

Rajah 6: Pertubuhan milikan wanita mengikut PKS, 2010. (Sumber: Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) Rajah 6 menunjukkan bilangan dan sumbangan pertubuhan milikan wanita dalam sektor pembinaan. Daripada keseluruhan 19,283 pertubuhan berstatus PKS dalam sektor pembinaan, hanya 1,190 (6.2 peratus) pertubuhan dikategorikan sebagai pertubuhan milikan wanita. Ini merangkumi pertubuhan bersaiz mikro 479 (40.3 peratus), diikuti oleh pertubuhan kecil 437 (36.7 peratus) dan pertubuhan sederhana 274 (23.0 peratus).

Rajah 7: PKS milikan wanita dalam sektor Perkhidmatan mengikut saiz, 2010. (Sumber: Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) Pada tahun 2010, PKS yang dimiliki oleh wanita dalam sektor perkhidmatan adalah sebanyak 116,340 pertubuhan atau 20.0 peratus. Daripada jumlah ini, 102,822 pertubuhan atau 88.4 peratus adalah bersaiz mikro, diikuti oleh kecil sebanyak 12,852 pertubuhan atau 11.0 peratus dan sederhana sebanyak 666 pertubuhan atau 0.6 peratus (Rajah 7).

Berdasarkan sorotan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, (2011) di atas, didapati terdapat beberapa faktor yang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyumbang kepada golongan masyarakat Melayu iaitu sumbangan pendapatan negara, peluang pekerjaan yang banyak dan menyediakan latihan dan kemahiran pekerja. Bagi pandangan penyelidik, sumbangan ini banyak membantu negara dan sewajarnya dititik berat oleh kerajaan di Malaysia sekiranya negara ingin lebih maju dalam sektor keusahawanan. Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menggalakkan lebih ramai usahawan masyarakat Melayu untuk lebih berjaya dan secara tidak langsung pelbagai sumbangan diberikan kepada negara tercinta. (Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Atas faktor itu, tidak menghairankan apabila pengenalan Indeks Prestasi Utama (KPI) menerusi enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

yang diperkenal dalam memenuhi keperluan rakyat yang menekankan kepada proses pembangunan wanita sebagai peneraju penting pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu juga usahawan wanita Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga perlu meningkatkan produk dari segi inovasi dan lebih kreatif agar produk menjadi laris di pasaran dan mendapat sambutan hangat dari negara luar. Selain itu, dicadangkan juga perbanyakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) kerana kewujudan usahawan dari perusahaan ini dapat mengurangkan pengangguran kerja dan usahawan-usahawan Melayu juga perlu mewujudkan kerjasama yang kukuh di kalangan rakan perniagaan agar ia dapat memberi sokongan dalam kejayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Namun demikian adakah peratusan usahawan wanita bumiputera yang berjaya dan menonjol dalam perusahaan dan perniagaan ini berada ditahap yang membanggakan? Kajian yang terdahulu mendapati hanya segelintir wanita menceburi dunia keusahawanan PKS dan kajian mengenai penglibatan usahawan wanita dalam industri ini juga didapati masih kurang meluas. Data dalam kajian ini adalah merujuk kepada banci ekonomi perusahaan kecil dan sederhana tahun 2011 bertujuan untuk mendedahkan sejauh mana pencapaian golongan wanita ini setakat ini. Berdasarkan kelemahan yang wujud dalam sektor ini dan sumbangannya yang semakin dominan, maka kerajaan telah menggariskan beberapa strategi dasar untuk membantu pembangunan PKS seluruhnya. Sebagai langkah untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS kerajaan telah menubuhkan pelbagai skim kemudahan kewangan kerajaan. Skim ini lebih memberi tumpuan kepada golongan usahawan peringkat bawah dan menengah iaitu usahawan industri kecil dan sederhana (PKS) (Rahmah Ismail et al, 2006:35). Kerajaan menunjukkan komitmen yang tinggi dengan sentiasa mengiktiraf peranan wanita dalam prospek pembangunan ekonomi negara. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak member perhatian serius ke atas kebangkitan wanita apabila dengan jelas menyuarakan suara hatinya menyeru masyarakat supaya mengiktiraf peranan besar wanita. Bagi merealisasikan perkara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah, iaitu satu daripada teras NKRA, menggalas peranan berat mengeluarkan wanita daripada kepompong minda konservatif dengan meningkatkan penyertaan dan peranan aktif golongan itu. Maka, perniagaan dilihat sebagai satu cabang meningkatkan peranan wanita sama ada menerusi peruncitan, penternakan, kesihatan serta penghasilan makanan. Komitmen ini jelas apabila kementerian dipertanggungjawabkan untuk melahirkan seramai 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012 dan memandangkan sekarang sudah menjangkau tahun2014 adakah KPI tersebut tercapat? Adakah program-program yang diatur bagi membangunkan kapasiti golongan itu seperti memberi latihan teknikal, penyediaan Kursus Asas Keusahawanan serta tidak ketinggalan, 1Azam--Akhiri Zaman Miskin benar-benar dapat membantu golongan usahawan wanita Melayu ini untuk berjaya di dalam perniagaan mereka. Malah terdapat program seperti 1NITA yang pernah dianjurkan dahulu hanyalah dianjurkan sekadar separuh jalan dan peserta-peserta masih terkapai-kapai kerana peruntukan yang tidak begitu memberangsangkan menyebabkan tiada kesinambungan terhadap program tersebut. Di sini

pengkaji ingin mencadangkan agar dibuat kajian berhubung dengan perkara ini agar jalan penyelesaian dapat dicari agar tiada lagi program yang baik begitu terbubur sebegitu sahaja.

KESIMPULAN Golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan perlu menganggotai secara aktif dalam manamana persatuan yang berkaitan perniagaan. Langkah ini penting bagi memastikan mereka sentiasa menerima maklumat-maklumat terkini berkaitan dunia perniagaan serta membolehkan mereka menambah bilangan networking. Secara amnya, usahawan wanita Melayu bumiputera memainkan peranan penting dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. Usahawan wanita Melayu perlu melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Dengan ini, dapat melariskan produk tempatan dan secara langsung dapat memenuhi hasrat pembangunan negara serta merealisasikan wawasan 2020.SME Bank mendokong penuh mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan dan akan terus menyokong aspirasi kerajaan dalam meningkatkan sumbangan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Oleh itu, kebanyakan pengkaji mengatakan sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ini datangnya dari masyarakat terutama masyarakat Melayu. Melalui dapatan kajian ini juga didapati sokongan usahawan wanita masih signifikan dalam menyumbang kemajuan dan kejayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Justeru ituselaras dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan ekonomi bumiputera di negara ini. Disamping itu usahawan wanita perlu berusaha lebih gigih walaupun usahawan lelaki lebih ramai dalam bidang perniagaan. Bagi mencapai kejayaan ke menara gading, usahawan wanita harus terus meningkatkan perniagaan dari segi produk dan kualiti yang amat bermakna kepada negara dari semasa ke semasa tanpa mengira agama dan bangsa.

RUJUKAN Azlayan (2013), Maksud Usahawan dan Keusahawanan. Access http://empireazlayan.blogspot.com/2013/01/apakah-maksud-usahawan-dan keusahawanan.html

Online.

Bernama (2014), Dana bantu tingkat sumbangan PKS kepada KDNK. Access Online.http://www.sinarharian.com.my/nasional/dana-bantu-tingkat-sumbangan-pks-kepadakdnk-1.323600 Jabatan Perangkaan Malaysia (2009), Siaran Khas Penyiasatan Tenaga Buruh Usahawan di Malaysia. Siri 4. Bil 1. Jabatan Perangkaan Malaysia (2011), Banci Ekonomi. Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Laman

web rasmi SME Corp Malaysia. Lampiran 1. Access Online. smecorp.gov.my/vn2/sites/ default/files/lampiran%201_0.pdf

http://www.

Laman

web rasmi SME Corp Malaysia. Lampiran 4. Access Online. smecorp.gov.my/vn2/sites/default/files/lampiran%204_0.pdf

http://www.

Laman

web rasmi Usahawan Muda (2012). Definisi Usahawan. http://forumusahawanmuda.wordpress.com/artikel-2/media-2/

Access


Similar Free PDFs