PENGENALAN KEPADA SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA DOC

Title PENGENALAN KEPADA SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
Author D Dávíd Fung
Pages 24
File Size 283.5 KB
File Type DOC
Total Downloads 413
Total Views 681

Summary

PENGENALAN KEPADA SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA Bab ini akan memperkenalkan kepada para pelajar berkaitan dengan sistem perundangan Malaysia di mana setelah selesai membaca bab ini para pelajar akan lebih memahami dan berupaya menerangkan perkara-perkara berikut:  Apakah itu undang-undang?  Klasifik...


Description

PENGENALAN KEPADA SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA Bab ini akan memperkenalkan kepada para pelajar berkaitan dengan sistem perundangan Malaysia di mana setelah selesai membaca bab ini para pelajar akan lebih memahami dan berupaya menerangkan perkara-perkara berikut: Apakah itu undang-undang? Klasifikasi undang-undang; undang-undang awam dan undang-undang persendirian. Sumber Undang-Undang; bertulis dan tidak bertulis. Institusi Mahkamah; hirarki dan bidangkuasa. 1.1 APAKAH ITU UNDANG-UNDANG Perkataan undang-undang mempunyai makna yang berbagai bergantung kepada siapa atau pihak mana yang mentafsirkannya mengikut perspektif dan kepentingan masing-masing. Bagi seorang peguam, undang-undang itu suatu yang istimewa di mana ianya merupakan peluang bagi mereka menawarkan kepakaran kepada pihak yang mempunyai masaalah berkaitan dengan undang-undang. Bagi kebanyakan orang awam, undang-undang mungkin merupakan suatu yang menyusahkan mereka apabila terpaksa menuruti arahan-arahan dan peraturan-peraturan tertentu dalam menjalani kehidupan harian mereka. Bagi ahli-ahli politik terutamanya yang menguasai kerajaan dan menduduki badan perundangan samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri melihat undang-undang sebagai suatu pemudahcara bagi mereka menjalankan dasar-dasar pemerintahan dan dengan itu berusaha membuat atau meminda undang-undang untuk di sesuaikan dengan dasar-dasar tersebut. Bagi pihak polis pula, undang-undang bagi mereka adalah sebagai satu sumber kuasa yang membolehkan mereka menahan orang- orang yang melanggar undang-undang. Mengikut kamus undang-undang Oxford, perkataan undang-undang membawa maksud 'suatu kumpulan peraturan-peraturan yang di kuatkuasa dengan tujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat'. John Austin dalam bukunya The Province of Jurisprudence Determined menyatakan bahawa undang-undang ialah 'suatu kumpulan arahan-arahan yang di keluarkan oleh pihak pemerintah keatas pihak yang di perintah dan di kuatkuasakan melalui penggunaan sekatan dan hukuman keatas mereka yang mengingkarinya'. John Salmond dalam bukunya Jurisprudence pula memberi definasi undang-undang sebagai 'kumpulan prinsip-prinsip yang di iktiraf dan di gunapakai oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang ialah suatu kumpulan peraturan yang di kuatkuasakan oleh negara keatas rakyatnya demi menjaga keamanan dan keadilan. Secara am nya undang-undang merupakan suatu kumpulan peraturan-peraturan yang sedia wujud dalam masyarakat serta yang di wujudkan oleh pemerintah dengan tujuan untuk mentadbir corak tingkah laku dan juga sebagai panduan bagaimana individu 1...


Similar Free PDFs