PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKTOR AWAM PDF

Title PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKTOR AWAM
Author Nur Fazrieana
Pages 55
File Size 258.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 69
Total Views 514

Summary

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKTOR AWAM PENCERAMAH: MD. AZHAN BIN SAMAT KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) 1 RANGKA CERAMAH 1) Definisi Pengurusan Kewangan 2) Kenapa Pentingnya Pengurusan Kewangan 3) Kumpulan Wang Disatukan 4) Undang-undang & Peraturan Mengenai Pengurusa...


Description

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKTOR AWAM PENCERAMAH: MD. AZHAN BIN SAMAT KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

1

RANGKA CERAMAH 1) Definisi Pengurusan Kewangan

2) Kenapa Pentingnya Pengurusan Kewangan 3) Kumpulan Wang Disatukan 4) Undang-undang & Peraturan Mengenai Pengurusan

Kewangan Sektor Awam (Persekutuan) 5) Pihak Berkuasa Dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam

6) Siapa Bertanggungjawab Mengenai Pengurusan Kewangan Sektor Awam 2

7)

Bidang-bidang utama dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam

8)

Prinsip Utama Pengurusan Kewangan Sektor Awam

9)

Kawalan Pengurusan Kewangan Sektor Awam

10)

Kelemahan-kelemahan Dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam

3

DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN Pengurusan Kewangan adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasardasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. 4

KOMPONEN PENGURUSAN KEWANGAN

• Perancangan • Pelaksanaan • Penyelarasan

• Kawalan • Penilaian 5

KENAPA PENTINGNYA PENGURUSAN KEWANGAN  Sumber-sumber (manusia, wang, bahanbahan dan masa) adalah terhad;  Permintaan terhadap sumber-sumber tersebut tidak terhad;  Terdapat alternatif dalam memperolehi dan menggunakan sumber-sumber tersebut; 6

 Pengurusan kewangan adalah nadi bagi sesuatu organisasi;  Sumber-sumber ekonomi tidak dapat digerakkan tanpa pengurusan kewangan yang teratur.

7

KUMPULAN WANG DISATUKAN; Satu Kumpulan Wang dimana semua hasil kerajaan yang diperolehi, kecuali wang berkaitan dengan Agama Islam dimasuk dan diperakaunkan di dalamnya. Wang dalam Kumpulan Wang Disatukan ini tidak boleh dikeluarkan tanpa diluluskan oleh sesuatu undang-undang. Mengikut Akta Acara Kewangan 1957, tiga(3) Akaun berasingan disenggarakan di bawah Kumpulan Wang Disatukan:  Akaun Hasil Disatukan;

 Akaun Amanah Disatukan; dan  Akaun Pinjaman Disatukan. 8

Deposit Amanah Terimaan Balik Pendahuluan Pinjaman

HASIL

Pinjaman Dalam Negeri Pinjaman Luar Negeri

KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN AKAUN HASIL

AKAUN AMANAH

PERBELANJAAN BEKALAN

Emolumen P‟matan & Bekalan Pemilikan Harta Modal Pemberian dan Kenaan Tetap

AKAUN PINJAMAN

DEPOSIT KUMP.WANG AMANAH AWAM

Caruman Caruman

Bayaran Balik Pinjaman

KUMP.WANG AMANAH K’JAAN KUMP.WANG PINJAMAN P’MAHAN

Caruman

KUMP.WANG PEMBANGUNAN Terima Balik PERBELANJAAN TANGGUNGAN

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

Peruntukan Diraja Pencen, Pampasan & Ganjaran Perbelanjaan Kerana Hutang Negara Bayaran Atas Perintah Mahkamah

Pinj. Kpd Agensi K‟jaan

Perbelanjaan Langsung

Caruman

KUMP.WANG PENJELAS

Bayaran Balik Pinjaman

CARTA 1: Hubungan Antara Akaun 9 Kumpulan Wang Yang Disatukan

UNDANG–UNDANG & PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN AWAM ( PERSEKUTUAN )  Perlembagaan Persekutuan;  Akta Acara Kewangan 1957;

 Arahan Perbendaharaan;

 Pekeliling Perbendaharaan;

 Surat Pekeliling Perbendaharaan; dan  Akta Audit 1957.

10

Struktur Kuasa Dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam

YDP Agong

JWKA

Parlimen

Jemaah Menteri

Menteri Kewangan

11

PIHAK BERKUASA MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM: PERKARA 39, Perlembagaan: Kuasa Pemerintah Persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agong dan kuasa itu boleh

dijalankan oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugastugas pemerintah kepada orang-orang lain. 12

Seksyen 6(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 :

Berhubung dengan pengurusan kewangan awam, Yang Di Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri melalui Menteri Kewangan yang telah diberikuasa eksekutif oleh Badan Perundangan

13

SIAPA BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM: 

Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas Pengurusan Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan : “ Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan kawalan dan arahan bagi semua perkara berhubung dengan hal ehwal Kewangan Persekutuan … terletak hak pada Menteri.” 14



Mengikut Seksyen 15(A)1, Akta Acara Kewangan

- Menteri

Kewangan dibenarkan untuk menurunkan

kuasanya

kepada Pegawai Pengawal yang juga

menjadi Ketua

Pegawai Perakaunan bagi agensi-

agensi di bawah

kawalannya untuk melaksanakan

tugas pengurusan kewangan di Agensi masingmasing.

15



Pegawai Pengawal pula secara bertulis boleh melantik pegawai-pegawai di bawah jagaannya

untuk melaksanakan tugas dan

tanggungjawab tersebut. Namun, Pegawai Pengawal tidak boleh melepaskan diri

dari tanggungjawab tersebut.

16

Pegawai Pengawal – Pegawai Perakaunan  Pegawai Pengawal : Pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan atau Menteri Besar di bawah Sek.15A(1) ATK 1957 yang bertanggungjawab dalam pengurusan wang awam dan juga sebagai Ketua Pegawai

Perakaunan bagi agensi di bawah kawalannya.

17

 Pegawai Perakaunan : Pegawai yang ditugaskan berkenaan dengan apa-apa wang atau barang-barang awam.

Mengikut Akta Acara Kewangan 1957 :

“Pegawai Perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai awam yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berikut :

18

a)

Memungut, menerima atau mengakaun wang

b)

Membayar atau membelanjakan wang awam;

c)

awam; dan

menerima, menyimpan atau melupus barang-barang awam.

19

BIDANG-BIDANG UTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM 1) Pengurusan Belanjawan; 2) Pengurusan Hasil; 3) Pengurusan Perolehan; 4) Pengurusan Perbelanjaan; 5) Pengurusan Perakaunan; dan 6) Pengurusan Aset. 20

(1) PENGURUSAN BELANJAWAN DEFINASI :

„„Belanjawan merupakan satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi bagi memenuhi keperluan negara/ rakyat‟‟ 21

(1) PENGURUSAN BELANJAWAN Faedah-faedah pengurusan belanjawan berkesan : a)

Membolehkan Jabatan merancang hasil dan perbelanjaan jangka pendek dan jangka panjang;

b)

Menentukan pengagihan sumber-sumber kewangan mengikut keutamaan; dan

c)

Sesuatu dasar yang dirancang akan dapat dicapai. 22

EXPENDITURE BUDGET CYCLE 2005-2006 FEDERAL TREASURY (BUDGET MANAGEMENT DIVISION)

JANUARY 2005 Circular For New Year Estimates

JAN. - FEB. 2005 Agencies Prepare and Submit New Year Estimates

NOVEMBER 2004 Determination of ET by Treasury

AUGUST-SEPT. 2005 Approval of New Year Estimates by the Minister of Finance and Cabinet

MAY-JULY Budget-Hearing OCTOBER 2005 Budget Document Printed and submitted to Parliament

MARCH 2005 Receive submissions and BRO makes Individual Study

APRIL 2005 Preliminary Hearing

JANUARY 2006 Budget Execution by Agencies

END OF DECEMBER 2005 Minister of Finance issues Warrant of Expenditure

OCT. - DEC. 2005 Parliament Debates and Approves New Year Budget 23

(2) PENGURUSAN HASIL DEFINASI : Hasil merupakan semua jenis pendapatan yang diterima oleh Kerajaan. Hasil terbahagi kepada 2, iaitu : a) Hasil cukai; dan b) Hasil bukan cukai. 24

(2) PENGURUSAN HASIL Jenis-jenis Hasil :a) Hasil Cukai : i.

Langsung (cth: Cukai

Pendapatan)

ii.

Tak Langsung (cth: Duti

Eksais, Duti

Import)

b) Hasil Bukan Cukai : Contoh - Lesen, denda, sewaan, bayaran

25

(2) PENGURUSAN HASIL Perkara-perkara yang diberi perhatian dalam pengurusan hasil yang baik :a) Semua bayaran yang dipungut hendaklah

sentiasa disemak dan

dikemaskini; b) Tindakan hendaklah diambil bagi memungut

tunggakan hasil;

c) Resit rasmi hendaklah dikeluarkan segera

bagi semua terimaan wang; 26

(2) PENGURUSAN HASIL d) Semua buku resit, lesen dan dokumen

seumpamanya disimpan di tempat yang selamat; e) Semua terimaan hasil dimasukkan ke dalam

bank dengan seberapa segera;

dan f) Satu penyata pungutan hasil hendaklah disediakan dan dikemaskini. 27

(3) PENGURUSAN PEROLEHAN DEFINASI : Satu proses untuk memperolehi input-input yang diperlukan oleh sesebuah organisasi dengan cekap pada kos yang paling

menguntungkan dan memenuhi keperluan pelanggan. Terdapat 3 jenis, iaitu: a) Bekalan; b) Perkhidmatan; dan c) Kerja. 28

(3) PENGURUSAN PEROLEHAN Terdapat beberapa kaedah perolehan, antaranya seperti berikut : a) b) c) d) e) f) g) h)

Panjar Wang Runcit (< RM500); Pembelian Terus(>RM500 – RM50,000); Sebutharga (>RM50,000 – RM200,000); Tender(>RM200,000); Rundingan Terus (Tiada had); Gotong royong (< RM100,000); Kontrak Pusat; dan Pembelian Darurat (Tiada had). 29

(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN DEFINASI : Wang yang dibelanjakan selaras dengan semua undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Perbelanjaan terbahagi kepada 3, iaitu :

a) Mengurus; b) Pembangunan; dan c) Amanah. 30

(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN a) Belanja Mengurus terbahagi kepada

2, iaitu : i)

Perbelanjaan Tanggungan (T);

dan ii)

Perbelanjaan Bekalan (B).

31

(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN i) PERBELANJAAN TANGGUNGAN :

Perbelanjaan berkaitan dengan Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan yang

dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan oleh

Perlembagaan. Peruntukan menggunakan Kod Perbelanjaan „T‟

dan diikuti kod

32 angka Kementerian/Jabatan. (Contoh :

(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN ii) PERBELANJAAN BEKALAN :

Semua jenis perbelanjaan untuk membiayai kegiatan/ aktiviti jabatan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Peruntukan menggunakan

Kod Perbelanjaan „B‟ dan diikuti kod angka Kementerian/ Jabatan. (Contoh : B43 – 33

(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN b) Belanja Pembangunan :

Merupakan perbelanjaan berbentuk modal yang biasanya tidak berulang dan ia mendatangkan faedah dalam jangka panjang. Peruntukan menggunakan Kod Perbelanjaan „P‟ dan diikuti kod angka Kementerian/Jabatan (Contoh : P43 – 34

(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN Ciri-ciri Belanja Pembangunan :

 Melibatkan peruntukan yang besar (5 tahun);  Aliran tunai berjangka panjang;  Memerlukan penyeliaan dan penyelenggaraan; dan  Dibiayai dari sumber pinjaman. 35

(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN c) PERBELANJAAN AMANAH :

Wang Amanah yang diterima daripada pihak-pihak tertentu untuk perbelanjaan

bagi sesuatu tujuan. Kebiasaannya diberi melalui geran tahunan dan kawalan perlu

dilakukan serta laporan dikemukakan kepada pihak yang memberi. 36

(5) PENGURUSAN PERAKAUNAN DEFINASI :

Urusan yang melibatkan pembayaran, penyelenggaraan akaun kerajaan dan

penyediaan penyata kewangan kerajaan berlandaskan undang-undang/ peraturan

semasa.

37

(5) PENGURUSAN PERAKAUNAN Rekod-rekod dan daftar yang perlu

diselenggara dan dikemaskinikan ialah :a) Buku Vot; b) Daftar Bil; c) Daftar Baucer; d) Daftar Bayaran; dan e) Daftar Cek Terbatal. 38

(6) PENGURUSAN ASET DEFINASI : Proses menjaga, mengawal, memelihara, mengendali dan menyelenggara harta berbentuk fizikal

yang mempunyai nilai dan diperolehi sama ada untuk digunakan terus atau

pada masa akan datang. Ia bermula sejak aset diperolehi sehingga ia 39 dilupuskan atau dihapuskira.

(6) PENGURUSAN ASET KATEGORI ASET KERAJAAN : a) Tetap (Tak Alih) : i.

Tanah (di bawah bidang kuasa

JKPTG)

ii.

Bangunan (bidang kuasa JKR)

b) Alih : i.

Harta Modal

ii.

Inventori

iii.

Bekalan Pejabat

iv.

Stok dalam 40stor

(6) PENGURUSAN ASET PENGURUSAN ASET MELIPUTI : a) Perolehan b) Pendaftaran c) Pemeriksaan

d) Penyelenggaraan e) Pelupusan

f) Kehilangan dan hapuskira

41

PRINSIP PENGURUSAN KEWANGAN Terbahagi kepada 2, iaitu :

1)

LEGALITI

Bermaksud pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang digubal untuknya 2) AKAUNTABILITI

Bermaksud memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan ataupun kegagalannya 42

PRINSIP-PRINSIP LEGALITI TERBAHAGI KEPADA 5 PERINGKAT UTAMA:i. TERIMAAN WANG AWAM ii. SIMPANAN WANG AWAM (CUSTODY) iii. PENGELUARAN WANG AWAM iv. BAYARAN WANG AWAM v. PERAKAUNAN WANG AWAM 43

i. LEGALITI TERIMAAN WANG AWAM • Tiada apa-apa cukai boleh dikenakan tanpa undang-undang • Kutipan hasil (cukai/yuran) hanya boleh dibuat berasaskan akta (Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan) • Pinjaman kewangan hanya boleh dibuat di bawah kuasa Undang-Undang Persekutuan (Perkara III Perlembagaan) 44

ii. LEGALITI SIMPANAN WANG AWAM (CUSTODY) Semua hasil yang dikutip mestilah dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan (Perkara 97 Perlembagaan) – kecuali hasil kutipan berkaitan Agama Islam

seperti zakat,

fitrah dan lain-lain. 45

iii.LEGALITI PERBELANJAAN WANG AWAM Tiada apa-apa perbelanjaan/pembayaran boleh dibuat daripada Kumpulan Wang Disatukan kecuali apabila peruntukan yang ditetapkan bagi sesuatu maksud perbelanjaan telah dibenarkan dari segi undang-undang. 46

AKAUNTABILITI “ Akauntabiliti ialah obligasi seseorang untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai tindakan dan prestasinya kepada pihak yang berhak untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu yang

dipertanggungjawabkan keatasnya‟‟

47

INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI  AKAUNTABILITI FISKAL  AKAUNTABILITI PENGURUSAN

 AKAUNTABILITI PROGRAM

48

AKAUNTABILITI FISKAL  Dari segi Integriti Kewangan, maklumat (disclosure) pematuhan kepada undang-undang dan peraturan pentadbiran awam

49

AKAUNTABILITI PENGURUSAN  Dari segi penggunaan tenaga manusia

dan sumber-sumber lain secara cekap dan ekonomik

50

AKAUNTABILITI PROGRAM  Dari segi impak program, iaitu sama ada sesuatu program mencapai objektif yang dirancangkan, dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk mencapai objektif berkenaan dengan mengambilkira jumlah kos dan output 51

KAWALAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM i. KAWALAN PARLIMEN - Parlimen - J/kuasa Kira-Kira Awam (PAC) - Ketua Audit Negara ii. PERBENDAHARAAN

iii. KEMENTERIAN/JABATAN

52

KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM  PENYEDIAAN PERUNTUKAN BELANJAWAN YANG MELEBIHI DARIPADA KEPERLUAN;  PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG TIDAK DIBELANJAKAN;  PERBELANJAAN YANG MELEBIHI PERUNTUKAN;  BUKU VOT TIDAK DISELENGGARAKAN DENGAN LENGKAP DAN KEMASKINI;

53

 BAUCER BAYARAN TIDAK DISOKONG DENGAN LENGKAP DAN DISAHKAN DENGAN SEWAJARNYA;  KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN HARTA/STOR KERAJAAN;  KELEMAHAN DALAM SISTEM KAWALAN DALAMAN BAGI KUTIPAN HASIL  KELEMAHAN DARI SEGI PERANCANGAN

 KELEMAHAN PENGURUSAN PEROLEHAN DAN KONTRAK DLL.

54

SEKIAN TERIMA KASIH

55...


Similar Free PDFs