kompetensi pengurusan kewangan PDF

Title kompetensi pengurusan kewangan
Author Nik Nurul
Pages 14
File Size 184.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 321
Total Views 1,031

Summary

KOMPETENSI PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN MAHASISWA: TINJAUAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN), UTM, SKUDAI PM DR HUSSIN BIN SALAMON NIK NURUL AMNI BINTI NIK LEE Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK: Kajian ini merupakan satu tinjauan umum be...


Description

KOMPETENSI PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN MAHASISWA: TINJAUAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN), UTM, SKUDAI

PM DR HUSSIN BIN SALAMON NIK NURUL AMNI BINTI NIK LEE Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK: Kajian ini merupakan satu tinjauan umum berkenaan kompetensi pengurusan kewangan dalam kalangan mahasiswa UTM, Skudai. Seramai 87 orang mahasiswa Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Fakulti Pendidikan terdiri daripada tahun satu, dua dan empat dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi 36 item yang terdiri daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A B, C dan juga D dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden, bahagian B terdiri daripada 13 item yang menguji tahap kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa, manakala bahagian C meliputi 13 item bagi mengenalpasti cabaran yang di hadapi mahasiswa dalam mengurus pembelanjaan dan bahagian D pula adalah untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil mahasiswa dalam pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan yang meliputi 10 item. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Sciences for Windows version 16.0 (SPSS Windows 16.0)”. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah  = 0.898. Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan tahap kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa masih di bawah tahap sederhana dan perlu ditingkatkan. Mahasiswa sedar akan kepentingan pengurusan kewangan yang lebih cekap dan sistematik namun kepelbagaian cabaran dalam pembelanjaan menyebabkan pengurusan kewangan responden tidak terkawal dan berada pada tahap sederhana dengan min berjumlah 3.24. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pelbagai pihak dalam memberi pendedahan dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan yang berkesan dalam kalangan mahasiswa. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang. Kata Kunci:

Kompetensi, Pengurusan Kewangan

ABSTRACT: This is a general survey on financial management competency among students. 87 respondents consist of the first, second and fourth year students, Bachelor of Science with Education (Sports Science) from Faculty of Education were involved in this study. The instrument used was a questionnaires with 36 items which consists of four parts; Section A, B, C and D. Section A consists of student’s personal detail, section B consists of 13 items to review the financial management competence among the students, while section C consists of 13 items to identify the challenges facing students in managing expenses and section D consists of 10 items to know the steps that need to be taken by students towards efficient and effective financial management. The data obtained were analyzed descriptively in order to find the frequency, percentage and mean by using Statistical Package for the Social Sciences for Windows version 16.0 (SPSS Windows 16.0) for windows software. The reliability value of the pilot study is  = 0.898. Overall, the outcome of the study showed that

competence level of financial management among students is still at intermediate level and need to be improved. Students realized the importance of efficient and systematic financial management and how to handle it, but various challenges in financing led to the difficulty in managing the finance, thus, it is still at intermediate level with mean value of 3.24. At the end of this study, researcher has proposed several suggestions to the related parties to provide some exposure and knowledge about financial management impressively among students. Researcher concluded by providing a few recommendations for future study. Keywords:

1.0

Competency, Financial Management

PENGENALAN

Wang merupakan satu aset yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian terutama dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu. Ini adalah kerana di mana sahaja kita berada kita memerlukan wang. Tanpa wang, banyak keperluan hidup tidak dapat kita penuhi dengan sempurna. Ada pepatah mengatakan wang bukan segala-galanya namun dalam realiti kehidupan sekarang hampir segala urusan kehidupan memerlukan wang. Ia bukan sahaja penting kepada golongan yang sudah bekerja malah ianya juga penting kepada golongan pelajar sekolah mahupun yang bergelar mahasiswa. Oleh kerana wang penting dalam kehidupan maka ia perlu diurus dengan baik untuk meningkatkan kualiti hidup. Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas yang mudah. Selain daripada mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan tugasan, mereka juga perlu menguruskan wang dengan baik supaya dapat meneruskan kehidupan dengan baik tanpa gangguan. Jika tidak dapat menguruskan kewangan mereka dengan bijak, ia boleh mengganggu tumpuan seterusnya memberi kesan ke atas pembelajaran mereka. Menurut Siti Alida et.al (2007), kehidupan dan keperluan kewangan semasa antara di bangku sekolah dan di institusi pengajian tinggi amatlah berbeza. Keperluan kewangan semasa menuntut di institusi pengajian tinggi jauh lebih tinggi daripada yang diperlukan di peringkat sekolah dan tuntutan mengurus pula perlu lebih bijak dan berhemah. Jika pelajar bijak menguruskan wang, maka mereka akan kurang menghadapi masalah kewangan di sepanjang pengajian dan proses pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan baik. Setiap pelajar inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan. Untuk mencapainya perlulah ada satu sistem perancangan kewangan atau sistem pengurusan kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik. Jika perancangan dan pengurusan dibuat secara sistematik, kedudukan kewangan mereka akan mencukupi malah mungkin ada lebihan untuk membuat tabungan. Sebaliknya jika kewangan tidak dirancang dengan baik, pada kebiasaannya atas banyak kesilapan, pembaziran, hutang lapuk, tidak stabil, ia akan menyebabkan sumber kewangan selalu tidak mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada pelajar yang selalu berbelanja dengan cara yang tidak berhemah dan bersistematik. Pengurusan kewangan dalam kehidupan adalah satu keperluan lebih-lebih lagi pada keadaan sekarang yang mana semua perkara atau perkhidmatan memerlukan wang. Secara umumnya, Islam menganjurkan umatnya agar menguruskan kehidupan mereka dengan baik dan sempurna. Realiti kehidupan menunjukkan bahawa manusia memerlukan harta untuk menjalani kehidupan. Dan harta merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. 2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Menjadi pembeli yang bijak memang diimpikan bagi setiap individu. Namun begitu tidak semua yang berjaya mencapai matlamat sedemikian. Permasalahan ini seringkali terjadi apabila tujuan pembelanjaan itu sendiri tidak digambarkan dengan sempurna dalam memenuhi keperluan kehidupan. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (1987), memenuhi keperluan hidup sudah menjadi satu tanggungjawab yang rumit untuk para pengguna biasa kerana semua kos barang-barang dan perkhidmatan terus menerus meningkat harganya. Justeru, untuk menjadi seorang pembeli yang bijak mesti dapat membezakan antara keperluan dan kehendak dalam kehidupan mereka. Menurut Noor ‘Alim (2005), apabila dapat wang, kita diberi tiga pilihan sama ada untuk dibelanjakan kesemuanya, belanja separuh dan menyimpan, atau menyimpan dan melabur. Ia membawa maksud kita perlulah sentiasa berfikir macam mana menguruskan kewangan yang kita perolehi berdasarkan langkah yang bijak. Sebagai pelajar yang bijak menguruskan kewangan, adalah digalakkan berbelanja separuh dan separuh lagi sebagai simpanan. Namun ketika berbelanja perlulah difikirkan sama ada berdasarkan keperluan atau kemahuan kita sendiri. Keperluan di sini membawa maksud suatu perkara asas yang mesti diperoleh, dimiliki dan digunakan dalam kehidupan seseorang seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal manakala kehendak pula merupakan keinginan seseorang terhadap sesuatu yang lebih baik daripada keperluan asas seperti menjamu selera di restoran eksklusif, membeli pakaian berjenama dan keinginan memiliki kereta mewah (Ismail Ab.Wahab et.al., 2008). Namun begitu, setiap masalah akan menjadi ringan dan mudah serta berupaya menjimatkan amaun wang yang banyak sekiranya kita berjaya membezakan keinginan daripada keperluan dalam melaksanakan tuntutan perbelanjaan harian kita. Permasalahan ini juga turut dihadapi oleh golongan pelajar. Pengurusan wang setiap individu tidak boleh dipandang remeh kerana cabaran hidup masa depan semakin sukar (Zulnaidi Yaacob,2010). Setiap pelajar perlu sedar bahawa mereka seharusnya bijak dalam membuat perancangan perbelanjaan dan pengurusan kewangan mereka. Dalam Berita Harian (23 Jun 2010), Bank Negara Malaysia juga menitikberatkan mengenai perancangan kewangan pelajar di mana merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Dalam artikel tersebut, Bank Negara Malaysia memberi beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka. Ini adalah kerana hampir setiap pelajar yang mendapat wang belanja, tiada semua tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut dengan baik. Antara tip yang diberi seperti rancang perbelanjaan dengan baik, berbelanja dengan bijak di mana keperluan diutamakan, pastikan sentiasa mempunyai wang di tangan, menyimpan wang di tempat yang selamat dan melabur wang untuk mendapatkan pulangan. Tip-tip yang diberikan sangat berguna untuk di amalkan oleh pelajar sama ada pelajar sekolah mahupun pelajar universiti atau individu yang lain. Kos pengajian dari segi yuran, buku-buku akademik dan juga bahan-bahan tugasan semakin meningkat. Semasa zaman persekolahan buku-buku rujukan dan buku teks mudah didapati manakala terdapat program bantuan buku teks bagi keluarga pelajar yang kurang berkemampuan. Ianya jauh berbeza dengan buku-buku di aliran pengajian yang lebih tinggi kerana majoriti bukunya lebih mahal dan sukar didapati. Tambahan pula, perbelanjaan untuk pembelian buku-buku akademik agak sukar untuk dianggarkan dan kos yang sebenarnya hanya boleh ditentukan apabila pengajian telah bermula dan semuanya bergantung kepada pensyarah atau tutor masing-masing (Siti Alida et.al, 2007). Walaupun terdapat perpustakaan sebagai tempat untuk kita mendapatkan buku rujukan namun ianya terhad dari sudut bilangan buku dan juga tempoh peminjaman. Ini menyukarkan pelajar untuk berurusan tambahan pula jika perpustakaan jauh dari tempat penginapan. Namun begitu, masalah selalunya timbul disebabkan oleh para pelajar tidak mampu mengawal tabiat berbelanja secara rasional dan kurang arif dalam mengenalpasti

antara barang keperluan dan juga barang kehendak mereka. Ini mengakibatkan berlakunya kekurangan wang dalam setiap perbelanjaan mereka. Sedangkan status kemasukan wang pelajar adalah terhad tetapi aliran keluaran wang pelajar meningkat hari demi hari. Keadaan ini akan membawa masalah dalam kewangan pelajar dan juga kesan kepada pencapaian akademik mereka. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kerajaan memperuntukkan wang yang banyak untuk bidang pendidikan supaya tidak berlaku sebarang krisis kewangan dalam kalangan pelajar dan meringankan belanja seharian. Dalam bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 7 Oktober 2011 baru-baru ini, beliau memperuntukkan RM260 juta kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dengan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institut pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Dalam hal ini, pengurusan dan perancangan kewangan yang baik oleh pelajar merupakan satu aspek yang penting yang patut diamalkan demi masa depan pelajar itu sendiri kerana perancangan kewangan yang baik akan menjanjikan kehidupan yang sejahtera. Majoriti pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT), rata-rata mendapat bantuan pelajaran berbentuk biasiswa atau pinjaman sama ada daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Negeri dan syarikat swasta. Menurut Siti Alida et.al (2007), pembiayaan kerajaan kepada para pelajar peringkat tinggi telah mengalami perubahan yang ketara semenjak sepuluh tahun yang lalu, di mana bantuan kerajaan dalam bentuk biasiswa semakin berkurangan dan digantikan dengan program pinjaman pelajar. Apa yang pasti pinjaman dan biasiswa ini adalah untuk menampung yuran pengajian, penginapan dan perbelanjaan harian pelajar di universiti. 3.0

PERNYATAAN MASALAH

Merujuk perkara di atas, sememangnya perlu pengurusan kewangan yang bijak dalam kalangan pelajar. Tapi persoalannya adalah sejauh mana kompetensi pelajar dalam menguruskan kewangan? Apakah cabaran-cabaran yang bakal dihadapi pelajar dan bagaimana cara-cara yang boleh dilakukan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan kewangan yang cekap? Dan bagi menjawab segala persoalan yang timbul, satu kajian terhadap kompetensi pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar akan penyelidik jalankan ke atas pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengkaji tahap kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa Sains Sukan, UTM. 2. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi mahasiswa Sains Sukan, UTM dalam mengurus pembelanjaan. 3. Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil mahasiswa dalam pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan. 5.0 PERSOALAN KAJIAN 1. Bagaimanakah tahap kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa Sains Sukan, UTM? 2. Apakah cabaran yang dihadapi mahasiswa Sains Sukan, UTM dalam menguruskan kewangan?

3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil mahasiswa dalam pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan? 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN 6.1 Ibu bapa Hasil kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada para ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak-anak yang belajar di IPTA atau IPTS. Hal ini penting agar mereka dapat mengetahui dan memahami bagaimana anak-anak mereka menguruskan kewangan dengan bijak dan cekap apabila berjauhan dengan mereka. Ini adalah kerana sesuatu pembelajaran itu bermula di rumah. Sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak menguruskan wang sejak kecil lagi kemungkinan tidak akan berlaku sebarang masalah dan pelajar lebih disiplin dan konsisten dalam menguruskan wang. 6.2 Mahasiswa Hasil kajian ini juga begitu penting untuk mahasiswa bagi mengetahui pengurusan kewangan yang bijak dan lebih baik. Sebagai mahasiswa, mereka perlu mendalami teknik pengurusan kewangan yang cekap dan sistematik supaya tidak mengalami krisis kewangan yang teruk dalam pengajian. Mahasiswa juga boleh mengambil langkah bersesuaian dengan situasi dan permasalahan yang dihadapi dalam menjalani kehidupan di kampus. Langkah yang bijaksana mampu untuk mengurangkan masalah kewangan dalam kalangan mahasiswa. Selebihnya kajian ini dapat menyedarkan mahasiswa tentang fungsi sebenar kewangan serta input-input yang berguna yang perlu diamalkan supaya masalah kewangan tidak mengganggu pembelajaran mereka di IPT. 6.3 Kerajaan Kajian ini juga membantu pihak yang bertanggungjawab seperti kerajaan dalam menilai sekaligus dijadikan panduan kepada pihak lain bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dalam kalangan mahasiswa. Ia juga memberi gambaran mengenai pengetahuan sedia ada serta kemahiran pengurusan kewangan mahasiswa supaya program yang sesuai dapat dirangka bagi membangunkan mahasiswa yang bijak dalam berbelanja serta boleh menjadi contoh kepada mahasiswa yang lain. 7.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan di kawasan sekitar kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor tanpa melibatkan mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Fakulti Pendidikan dipilih untuk menjalankan kajian ini di mana responden terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 4 yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) sesi 2011/2012. Jumlah responden adalah seramai 87 orang. 8.0 METODOLOGI KAJIAN 8.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk penyelidikan deskriptif jenis tinjauan iaitu menggunakan soal selidik. Kaedah kuantitatif yang dipilih bertujuan untuk mengetahui tahap kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa Sains Sukan, UTM, cabaran-cabaran yang dihadapi mahasiswa Sains Sukan, UTM dalam menguruskan perbelanjaan serta langkah-langkah yang perlu diambil mahasiswa Sains Sukan, UTM dalam pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.

Kaedah ini bersesuaian dengan kajian kerana mudah untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara dan peristiwa yang berlaku. 8.2 Populasi Dan Sampel Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), populasi merupakan semua ahli dalam kelompok iaitu keseluruhan subjek yang dikaji. Oleh itu, bagi menggambarkan gambaran sebenar populasi dikaji, perwakilan yang menyeluruh diperlukan dalam kajian ini sebagai sampel.Manakala sampel pula adalah sebahagian daripada populasi yang diambil sebagai responden dalam sesuatu kajian. Sampel boleh diambil secara rawak mahupun diambil secara bertujuan (purposive sampling). Di dalam kajian ini, populasinya terdiri daripada mahasiswa Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 4 yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)/SPS di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jumlah keseluruhan populasi dalam kajian ini adalah seramai 87 orang. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), jumlah sebanyak 30% daripada populasi yang diambil untuk dijadikan sampel sudah mencukupi. Namun, dalam kajian ini penyelidik telah melibatkan semua populasi sebagai sampel kajian disebabkan bilangan populasi yang tidak terlalu ramai. 8.3 Instrumen Kajian Instrumen kajian merupakan alat untuk mendapatkan data daripada sampel kajian. Semasa melaksanakan kajian ini, penyelidik telah memilih instrumen kajian yang berbentuk soal selidik. Penyelidik merasakan penggunaan soal selidik menepati sebagai kaedah untuk mendapatkan data kajian disebabkan kaedah ini mudah untuk dikendalikan dan tepat serta mudah untuk mendapatkan kerjasama responden. Responden bebas memilih jawapan tanpa rasa segan dan bilangan responden yang ramai boleh meningkatkan kebolehpercayaan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan instrumen soal selidik yang dikemukakan kepada responden. Maka kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Set soal selidik diedarkan kepada keseluruhan pelajar SPS tahun satu, tahun dua dan tahun empat untuk mendapatkan data. Set soalan tersebut telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D yang mana bahagian A merupakan latar belakang responden. Manakala bahagian B, C, dan D pula mengandungi sebanyak 36 item soalan yang perlu dijawab oleh responden bagi mencapai objektif kajian. Setiap bahagian mempunyai item-item berikut: Bahagian A: Bahagian ini mengenai maklumat diri responden yang berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina,tahun pengajian, umur, kenderaan yang dibawa ke kampus, tempat tinggal di kampus, sumber kewangan, purata perbelanjaan semester, CGPA, dan pendapatan ibubapa. Di bahagian ini penyelidik ingin mengetahui bagaimana keadaan sebenar pelajar di kampus dan pengurusan perbelanjaan mereka pada satu semester. Bahagian B: Bahagian ini terdapat 13 item soalan yang mengandungi pelbagai aspek mengenai tahap kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa di tempat pengajian. Bahagian C: Bahagian ini mengandungi 13 item soalan yang perlu dijawab responden yang mana soalan berkisar tentang cabaran yang dihadapi mahasiswa dalam menguruskan perbelanjaan di kampus. Bahagian D: Dalam bahagian ini terdapat 10 item soalan dan bentuk soalan adalah sama dengan bahagian B dan C. Soalannya untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil mahasiswa dalam pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan. Borang soal selidik ini memerlukan responden menanda bulat pada jawapan yang bersesuaian dengan tajuk kajian sahaja. Jawapan bagi bahagian B,C dan D diwakili oleh skala likert yang mempunyai lima maklum balas, yang membolehkan responden memilih jawapan

berdasarkan lima skala persetujuan yang disediakan. Lima maklum balas tersebut adalah berdasarkan skala likert. Menurut Mohd Najib Abd...


Similar Free PDFs