GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan AWAM PDF

Title GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan AWAM
Course Leadership in Public Management
Institution Universiti Utara Malaysia
Pages 17
File Size 183.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 8
Total Views 251

Summary

nullPROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUHPUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN(PACE)UNIVERSITI UTARA MALAYSIATUGASAN INDIVIDUGMGM 3023KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAMDISEDIAKAN UNTUK:DR MUSLIMIN WALLANGnullDISEDIAKAN OLEH:NAMA REZUAN BIN MUHAMMADSHARIFFNO. MATRIK 250524PUSAT UUMTARIKH 19 OKTOBER 2020Cor...


Description

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA TUGASAN INDIVIDU GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

DISEDIAKAN UNTUK:

DR MUSLIMIN WALLANG DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

REZUAN BIN MUHAMMAD SHARIFF

NO. MATRIK

250524

PUSAT

UUM

TARIKH

19 OKTOBER 2020

Coronovirus adalah sejenis virus yang menyebabkan penyakit pernafasan dalam haiwan dan manusia. Pepaku seperti mahkota atau ‘spike’ adalah maksud bagi permukaan corona itu. Jenis lain virus corona ialah virus MERS-CoV yang menyebabkan Sindom Pernafasan Timur Tengah atau MERS yang pertama kali dikenal pasti pada tahun 2012 dan SARS-CoV yang menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk atau SARS yang dikenal pasti pada tahun 2003. Kes COVID yang pertama berlaku di Wuhan, China. World Health Organization (WHO) mendefinisikan sebagai wabak (outbreak) berikutan jumlah kes penyakit itu lebih tinggi daripada jangkaan biasa. Epidemik (epidemic) yang telah didefinisikan oleh kamus adalah sebagai sesuatu penyakit berjangkit yang telah menjangkiti banyak orang dalam kalangan komuniti, populasi atau rantau pada sesuatu masa. Ini adalah kerana pandemik (pandemic) ini membawa penyakit yang tersebar dengan sangat cepat dan meluas merangkumi seluruh benua, wilayah atau dunia. Jumlah populasi yang tersebar adalah sangat besar. Sama seperti kes Covid-19, ianya tersebar di seluruh dunia. Pada 11 Mac 2020, WHO telah mengishtiharkan Covid-19 sebagai pandemik. Melalui rembesan pernafasan melalui udara samada secara bersin atau batuk akan menyebabkan penularan Covid-19. Sesorang itu juga mungkin mendapat penyakit itu dengan menyentuh permukaan atau objek yang ada virus itu dan kemudian menyentuh mulut, hidung dan mata. Pada peringkat itu, orang yang dijangkiti mungkin ada atau tidak menunjukkan sebarang simptom atau tanda-tanda penyakit itu. Terdapat dua simptom yang pertama mungkin bergejala (symptomatic) atau tidak menunjukkan sebagai bergejala bagi penyakit itu (asymptomatic). Simptom ketara Covid-19 adalah demam, batuk dan sesak nafas. Perlu diingatkan ia merupakan penyakit pernafasan dimana simptom ini boleh muncul dalam tempoh 14 hari selepas terdedah kepada virus itu.

1

Sepanjang tempoh inkubasi (incubation period) selama dua minggu itu akan mula menampakkan kesan dimana saat terdedah kepada virus itu sehingga tanda-tanda atau simptom penyakit itu akan muncul.

Individu yang berada dalam jarak satu meter

daripada orang dijangkiti yang bersin atau batuk berisiko tinggi untuk dijangkiti. Kontak rapat (close contacts) adalah dirujuk diatas faktor kedekatan mereka dengan orang yang dijangkiti untuk tempoh waktu tertentu. Oleh yang demikian, penjarakan sosial (social distancing) adalah digalakkan sekurang-kurangnya satu meter diantara satu sama lain bagi mengurangkan virus ini terus tersebar. Apa yang dikatakan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada tahun suku kedua 2020 akan menyebabkan 195 juta orang kehilangan pekerjaan sepenuh masa disebabkan oleh krisis coronavirus. Setiap perniagaan dan pekerja akan menghadapi bencana di semua negara maju dan membangun. Pelbagai tindakan harus diambil dengan bertindak lebih pantas dan langkah yang betul untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai seorang pengurus, penulis berpendapat bahawa wabak Covid-19 ini boleh menjejaskan organisasi dari segi ekonomi, sosial serta politik dan perlu berfikir bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini tanpa perlu membuang pekerja. Intervensi membawa maksud membuka dan merubah pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya dapat menerokai, memulih serta mempertingkatkan keyakinan diri. Definisi intervensi ialah campur tangan antara dua pihak

(orang,negara,golongan)

lain

(Kamus

Dewan

Bahasa

Edisi

Keempat).

Kebiasaannya intervensi ini digunakan untuk menangani masalah yang terlalu kritikal. Sebagai contoh masalah kehilangan tempat kerja disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini. Kemahiran ini boleh digunapakai oleh pengurus dalam mengatasi masalah pekerja yang

2

mengalami masalah tekanan emosi yang boleh membahayakan kesihatan. Intervensi terdapat dalam dua dimensi iaitu intervensi secara langsung dan intervensi secara t idak langsung. Intervensi secara langsung melibatkan pekerja sama ada secara perseorangan mahupun berkumpulan yang diadakan secara berhadapan bagi mencari punca dan kaedah yang berkesan untuk menangani apa jua masalah yang datang. Bagi intervensi secara tidak langsung pula ianya melibatkan kerjasama keluarga pekerja dimana pengurus akan mengkaji selok-belok pekerjanya dengan lebih terperinci dan masalah akan dapat diselesaikan dengan lebih efisyen. Covid-19 sememangnya menguji kepemimpinan organisasi pelbagai sektor di seluruh dunia. Ianya mempunyai impak jangka panjang yang sangat mencabar. Kerisauan menghadapi pandemik menyukarkan organisasi dan komuniti, sekali gus menuntut pemimpin atau pengurus melakukan transformasi dalam corak kepemimpinan. Pengurus perlu bersedia dan proaktif bagi mengharungi pandemik, mampu menyokong dan mempersiapkan ahli untuk mengharungi cabaran mendatang. Walaupun krisis tidak dapat dielak, pendekatan yang telus serta wajar perlu diambil bagi mencegah berlaku konflik dalam kalangan pengurus dan ahli organisasi. Cabaran yang perlu dilalui adalah sangat besar dan akan mempengaruhi individu, organisasi serta komuniti terutamanya dari aspek kemanusiaan. Pesakit yang dijangkiti perlu dijaga dan dipulihkan, keluarga yang dilanda kesempitan kewangan patut dibantu dan mereka terjejas pekerjaan mesti diyakinkan untuk terus berjuang meneruskan kehidupan. Tanggungjawab berat ini terletak pada bahu pengurus organisasi dan masyarakat untuk sama-sama mengatasi masalah ini. Isu kebajikan pekerja perlu diberi perhatian sewajarnya dimana penambahbaikkan Program Subsidi Upah, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengeluarkan soalan lazim untuk rujukan para majikan.

3

Contohnya, hanya majikan yang berdaftar dengan PERKSESO dan SSM sahaja layak untuk memohon. Pemilihan untuk menerima subsidi upah akan disyaratkan untuk mengekalkan pekerja sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan. Majikan yang tidak membuat permohonan Program Subsidi Upah, pengurus boleh memberhentikan pekerja, namun masih tertakluk kepada Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Jika dirumuskan di kedua-dua senario ini, pekerja tidak mempunyai jaminan pekerjaan. Jaminan ini amat penting kerana ia merupakan keperluan asas bagi setiap pekerja kerana ia mempunyai kesan yang amat besar terhadap kelangsungan hidup. Kebanyakkan kajian lalu telah membahaskan hubungan di antara jaminan pekerjaan dengan kesejahteraaan psikologi. Pada tahun 2014 contohnya telah diadakan satu kajian yang dibuat ke atas 22 buah negara Eropah dimana pengkaji telah membuktikan tiada jaminan pekerjaan yang memberi kesan ke atas pelbagai aspek kesihatan antaranya sakit perut, sakit kepala, kebimbangan, tekanan dan keletihan yang melampau, serta insomnia. Kemungkinan kontrak psikologi boleh berlaku apabila jaminan pekerjaan tidak dapat dipenuhi oleh pihak majikan. Bagi pekerja yang berjawatan rendah yang kurang kemahiran dan kurang pengalaman kerja pasti akan menjejaskan kesihatan mereka. Ketiadaan jaminan pekerjaan juga boleh mempengaruhi sikap pekerja seperti prestasi kerja menurun, hilang kepercayaan terhadap organisasi, dan peningkatan niat untuk berhenti kerja. Kesemua ini berpunca daripada kemungkiran kontrak psikologi. Ironinya, kontrak psikologi merujuk kepada terma pekerjaan tidak bertulis yang wujud secara tidak langsung di antara pihak majikan dengan pekerja yang lebih berasaskan kepada janji yang tersirat atau jangkaan. Oleh itu, dengan meminimumkan impak kemungkinan kontrak psikologi menerusi komunikasi dua hala, segala kejujuran, ketelusan dan proses membuat keputusan akan

4

menjamin penglibatan pekerja kerana ianya adalah bersifat sementara. Untuk mengekalkan pekerja, kesemua strategi ini adalah penting khususnya pekerja berpengetahuan, berketrampilan dan berkemahiran tinggi. Pengurus yang menguruskan organisasi perlu bangkit semula dengan kadar segera selepas pandemik ini berakhir. Setiap organisasi akan berdepan dengan kesukaran dimana segala urusan akan dikendalikan oleh pengurus yang cekap. Cabarannya amat sukar, terutama apabila kes ini berlaku secara tiba-tiba dan tiada persediaan yang rapi dibuat untuk ke arah itu. Pengurus perlu peka akan kehendak persekitaran organisasi dan ini mungkin tidak terkandung dalam perancangan organisasi kerana dipengaruhi keadaan tidak menentu dan bukan sesuatu rutin. Perubahan dari segi keseluruhan amalan organisasi seperti fleksibiliti, fasiliti dan penggunaan teknologi membantu operasi organisasi bukanlah sekadar keputusan yang sementara ataupun jangka pendek yang diwujudkan untk polisi kerja dari rumah. Kerajaan telah mengumumkan tiga siri Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM280 bilion bagi menangani kesan pandemik ini. Pengurus yang cekap akan menunjukkan komitmen mereka terhadap pekerja serta pihak yang berkepentingan di era Covid-19 ini supaya mereka dipandang bijak dalam menguruskan sesuatu perkara dengan lebih baik. Pandemik ini mempunyai impak di luar kawalan kita. Contohnya seperti organisasi yang selain daripada perkhidmatan utama telah ditutup di seluruh negara sebelum ini telah memberikan kesan dari aspek emosi, sosial dan ekonomi. Kepercayaan jangka panjang akan dibentuk jika peranan pengurus organisasi itu menghulurkan bantuan dan sokongan serta akan membuka ruang untuk orang ramai turut membantu. Apabila berlakunya krisis, pendekatan kawal dan perintah perlu diubah oleh pengurus kepada kaedah yang lebih fleksibel dengan memberi kuasa kepada pekerja dalam

5

pelbagai aspek. Tanpa melalui proses birokrasi, setiap pelaksanaan akan diberikan autoriti dan kepercayaan dalam membuat sebarang keputusan. Pengurus perlu segera belajar dan melakukan penambahbaikan serta pembetulan tanpa melumpuhkan organisasi atau menyalahkan antara satu sama lain jika terdapat kesilapan dalam pembuatan keputusan. Pengurus mampu mengendalikan sebarang krisis sama ada kritikal ataupun tidak

ketika pandemik. Pengurus juga perlu mempunyai karakter bagi menyatukan

pekerja dan mempunyai sikap tenang serta berfikir jelas sebelum memberi sebarang respon. Sikap optimis juga wajar dimiliki oleh pengurus dimana setiap pengurus perlu yakin dan realistik ketika menguruskan sesuatu agar tidak hilang kredibilitinya sebagai pengurus. Sikap melengahkan masa dalam membuat sebarang keputusan perlu dibuang. Pengurus yang bijak perlu cepat membuat keputusan, pada masa sama kena menitikberatkan akibat keputusan yang bakal dibuat. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh pengurus dengan sentiasa melakukan refleksi dan menilai semula situasi dari pelbagai segi dengan menjangkakan apa yang bakal berlaku. Pengurus perlu meluangkan masa untuk berhenti seketika, refleks dan fikir ke hadapan sebelum membuat tindakan selanjutnya kerana situasi ini akan memerlukan tindakan yang segera. Pengurus akan menggunakan proses refleksi untuk membantunya mempertimbangkan sebarang isu sama ada perlu mengekalkan atau mengubah sesuatu keputusan. Pengurus akan menerima dan mengaplikasikan pengetahuan baharu, di samping pengalaman yang sedia ada dalam proses pembuatan keputusan. Pemikiran manusia semestinya akan berkisar mengenai kemandirian dan keperluan asas dalam menghadapi pandemik atau krisis ini. Peranan pengurus adalah

untuk membentuk perubahan positif dalam kehidupan seseorang

pekerja. Ketika menghadapi Covid-19 ketelusan dalam perkongsian maklumat organisasi

6

amat penting. Untuk meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan, komunikasi yang efektif serta perkongsian maklumat telus diperlukan. Pengurus juga perlu teliti menangani kebimbangan dan persoalan ketika berkomunikasi. Nada yang terlalu yakin akan dapat menyembunyikan sebahagian fakta supaya tidak menimbulkan perasaan panik dan keraguan dalam kalangan pihak berkepentingan. Kecekapan pengurus mengendalikan organisasi akan dipersoalkan jika berlakunya ketirisan dalam mengendalikan organisasi. Reputasi sesebuah organisasi akan dapat dilihat jika ketulusan dalam dan luar organisasi itu baik sekali gus membantu mengurangkan kebimbangan pekerja . Perbezaan akan dapat dilihat dari persepsi antara pengurus dan pekerja terhadap tahap ketelusan serta kebolehpercayaan sesuatu komunikasi. Kajian yang dilakukan oleh Leadership Communications During COVID-19: A Survey of US Organizations oleh Orangefiery terhadap 454 responden pekerja organisasi dari seluruh Amerika Syarikat (AS), mendapati 75 peratus majikan mempercayai bahawa komunikasi yang disebarkan adalah sangat telus dan boleh dipercayai berbanding hanya 63 peratus pekerja yang mempercayai sedemikian. Pengurus perlu sentiasa mengambil pendekatan komunikasi telus dan berintegiriti bagi memastikan pekerja lebih yakin serta bersedia menjalankan tugas. Kecekapan serta tanggungjawab pengurus akan memastikan organisasi berjaya mengharungi pandemik ini. Untuk membolehkan organisasi meneruskan operasi lebih cepat dan meningkatkan produktiviti ahli organisasi, respon yang efektif pengurus pada era pandemik ini perlu malah akan dapat meningkatkan reputasi organisasi. Sesebuah organisasi yang mampu bertahan tidak hanya bergantung dari sudut prestasi kewangan semata-mata bahkan kebolehupayaan organisasi untuk mengharungi waktu sangat mencabar.

7

Jika terdapat pekerja yang menghadapi simptom-simptom virus Covid-19, pengurus harus bertindak pantas dengan menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selajutnya. Di dalam organisasi juga perlu disediakan kemudahan kebersihan seperti sabun, air bersih serta pembasmi kuman. Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil berat oleh pengurus agar perkara tidak diigini tidak akan berlaku. Cabaran yang perlu dihadapi oleh pekerja dan majikan adalah norma baharu yang sememangnya perlu dilaksanakan. Cara berfikir, bekerja, bertindak dan berinteraksi perlu diubah oleh majikan dan pekerja seiring dengan situasi semasa.

Majikan dan pekerja perlu

memulakan norma baharu agar dapat bertindak dengan lebih bijak, menerokai idea kerja baharu bagi menghadapi persekitaran kerja yang kompleks dan sentiasa berubah. Walaupun selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala pekerjaan dan kehidupan secara realitinya akan berubah kepada norma baharu. Pekerja tidak perlu risau kerana undang-undang perburuhan sentiasa relevan dalam memberi jaminan hak, kebajikan dan keselamatan pekerja dilindungi. Cabaran utama susulan Covid-19 adalah kelembapan ekonomi global namun Malaysia masih mampu bertahan seterusnya berupaya mengekalkan suasana aman. Setiap pengurus memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengurus yang bijak akan dapat mengendalikan setiap permasalahan yang berlaku di dalam organisasi. Jika penularan virus ini terus merebak, pengurus perlu memainkan peranan yang penting dengan mengambil langkah berjaga-jaga. Pekerja yang sakit atau berisiko terkena virus ini disarankan untuk kuarantin di rumah. Jika boleh, pengurus harus menawarkan peluang kepada pekerja untuk bekerja dari rumah bagi memastikan keselamatan pekerja-pekerja lain di dalam organisasi itu terjamin daripada terkena virus

8

itu. Pada masa awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengarahkan pegawai awam atau pekerja swasta untuk bekerja dari rumah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 namun ketua jabatan ataupun pengurus organisasi boleh menentukan perkhidmatan penting di jabatan ataupun organisasi masing-masing dengan mengarahkan pegawai atau pekerja terlibat hadir bertugas dengan jumlah yang minimum. Kebanyakkan pekerja kini berubah cara kerjanya iaitu bekerja dari rumah atau lebih dikenali sebagai work from home (wfh). Organisasi harus menumpukan bahawa konsep kerja dari rumah adalah sebahagian daripada proses pengurusan perubahan dimana perubahan ini akan membina suatu disiplin yang membimbing bagaimana untuk menyediakan, melengkapkan dan menyokong seseorang untuk berjaya menerima apa jua perubahan untuk terus mencapai kejayaan dan hasil organisasi. Bekerja dari rumah dianggap bersifat kepada mereka yang berorientasikan perniagaan. Contohnya syarikat saham di Amerika Syarikat, pekerja pengurusan saham (pembida) bekerja dari rumah tetapi mereka turut dibekalkan dengan teknologi komunikasi dari syarikat. Jika diteliti di zaman moden kini, pelbagai profesion yang dilakukan di rumah akan memperoleh pendapatan yang lumayan antaranya seperti pereka grafik, penulis, pemain e-dagang, telemarketer, editor dan sebagainya. Seorang pakar psikologi sosial, Kurt Lewin telah membangunkan satu model asas iaitu model perubahan dimana untuk melakukan perubahan secara terancang. Beliau melihat gelagat dalam organisasi terhasil daripada dua tekanan iaitu mempertahankan status quo dan tekanan untuk melakukan perubahan. Terdapat tiga langkah yang melibatkan model perubahan ini iaitu yang pertama ialah melepaskan di mana proses ini akan memastikan pekerja bersedia untuk berubah. Langkah kedua ialah mengubah akan melihat pelaksanaan

9

perubahan organisasi ke arah yang lebih baik dan langkah ketiga ialah menyegarkan semula untuk memastikan pekerja bersedia untuk berubah. Pekerja akan lebih proaktif jika bekerja dari rumah kerana dalam satu-satu tindakan akan diberikan ruang waktu yang mencukupi bagi menyusun kerja termasuk melaksana mesyuarat secara dalam talian, menyediakan laporan dan kertas kerja dan sebagainya. Pendekatan ini akan membuka ruang pekerja bekerja 24 jam sehari kerana boleh berinteraksi dengan apa-apa keperluan organisasi pada bila-bila masa diperlukan. Pelaksanaan kerja dari rumah akan dipermudahkan dan pekerja lebih bersedia dari segi mental, keupayaan dan sumber daya penentu yang lebih baik. Secara tidak langsung penjimatan ruang dan tenaga di pusat operasi atau pejabat mempunyai kesan langsung dalam menyumbang kepada penjimatan kos operasi yang sebelum ini amat besar. Penglibatan konsultansi dengan pihak luar akan dilakukan jika pekerja berada di pusat operasi. Penggunaan e-conference dan e-meeting merupakan salah satu penggunaan media sosial yang terbaik sebagai salah satu langkah dalam penjimatan operasi pentadbiran. Contohnya medium dalam talian boleh diperolehi seperti Skype, Zoom, Webex, Google Meet dan sebagainya. Kemampuan dan kebolehan pengurus organisasi mampu membawa kepada perubahan cara kerja yang lebih berkesan kerana ianya bukan satu kerja yang mudah untuk dicapai. Keterbukaan untuk menerima perubahan secara terbuka akan dapat diseimbangkan agar semua semua pihak dapat menerimanya demi kepentingan negara dan organisasi. Penyediaan diri dari awal perlu dititikberatkan untuk menghadapi dan menangani perubahan di samping dapat mewujudkan daya saing yang lebih berkebolehan dalam bersaing. Untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya, penulis memilih teori-teori yang telah dipelajari dalam kursus kepimpinan dalam pengurusan awam. Antaranya ialah teori

10

pendekatan sifat dilihat sebagai satu personaliti semula jadi yang membezakan mereka dengan individu bukan pemimpin. Faktor fizikal seperti gagah dan memiliki kecerdasan yang baik dikatakan sebagai penentu kelayakkan untuk menjadi seorang pemimpin ataupun tidak. Seseorang pemimpin haruslah memiliki tabiat dan sifat yang istimewa yang tidak dimiliki oleh individu lain. Kemahiran yang baik daripada orang lain juga perlu diutamakan bukan sahaja kuat secara fizikal dan kecerdasan sahaja. Teori ini menekankan kepada dua perspektif utama iaitu membezakan pemimpin dengan bukan pemimpin dan membezakan pemimpin berkesan dengan yang tidak berkesan. Hubungkait teori ini dengan pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia kini ialah dapat dilihat oleh seorang pengurus itu percaya bahawa mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih matang dimana sebagai seorang pengurus, mereka harus m...


Similar Free PDFs