JURNAL PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA SATU TINJAUAN DOCX

Title JURNAL PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA SATU TINJAUAN
Author Rohana Abdullah
Pages 14
File Size 31.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 389
Total Views 453

Summary

PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA. SATU TINJAUAN. Oleh: Rohana binti Abdullah 1. Pendahuluan Dalam Islam pengurusan wakaf adalah suatu perkara yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu perlantikan pengurus (mutawalli) wakaf perlu dilakukan secara berhati-hati agar mereka yang dilantik dapat melaksanakan tugas...


Description

PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA. SATU TINJAUAN. Oleh: Rohana binti Abdullah 1. Pendahuluan Dalam Islam pengurusan wakaf adalah suatu perkara yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu perlantikan pengurus (mutawalli) wakaf perlu dilakukan secara berhati-hati agar mereka yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan berkesan. Menurut Mohd Zain Othman (1982:166) pemerintah atau ketua negara bertanggungjawab menguruskan pentadbiran negara termasuklah di dalam urusan wakaf. Walau bagaimanapun sekiranya pewakaf berhasrat menguruskan sendiri harta yang diwakafkan, maka pemerintah tidak boleh campur tangan. Sejarah membuktikan bagaimana Saidina Umar RA. telah berwakaf dan mengendalikan sendiri pengurusannya. Baginda melantik anaknya Saidatina Hafsah bagi menguruskan harta yang telah diwakafkan olehnya, kemudian pengurusan seterusnya diteruskan oleh cerdik pandai di kalangan keluarganya sendiri. 2. Pengurusan Wakaf Mengikut Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan senarai 2(1), telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri kuasa mengurus hal ehwal agama Islam. Dengan kuasa yang diberikan itu kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis dan Jabatan Agama Islam yang secara khusus bertanggungjawab mengurus hal ehwal agama Islam bagi negeri masing-masing. (Baharuddin Sayin, 1994:100), serta telah pun menggubal undang-undang yang bersangkutan dengan Islam untuk menguruskan pelbagai aktiviti, contohnya mengurus pungutan / agihan zakat, nikah kahwin, menyelesaikan undang-undang keluarga Islam, wakaf, khairat dan sebaginya. Secara terperinci ruang operasi undang-undang Islam bagi negeri-negeri telah dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, iaitu: 1...


Similar Free PDFs