ISU-ISU BERKAITAN TANAH WAKAF HALANGAN KEPADA PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA.2015 DOC

Title ISU-ISU BERKAITAN TANAH WAKAF HALANGAN KEPADA PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA.2015
Author Rohayati Hussin
Pages 13
File Size 238 KB
File Type DOC
Total Downloads 739
Total Views 845

Summary

Waqf Round Table Conference – IkaZ/ACIS-12 Februari 2015 ISU-ISU BERKAITAN TANAH WAKAF HALANGAN KEPADA PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA Rohayati Hussin1 dan Dr. Rusnadewi Abdul Rashid2 Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemegang amanah tunggal harta-harta wakaf terma...


Description

Waqf Round Table Conference – IkaZ/ACIS-12 Februari 2015 ISU-ISU BERKAITAN TANAH WAKAF HALANGAN KEPADA PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA Rohayati Hussin1 dan Dr. Rusnadewi Abdul Rashid2 Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemegang amanah tunggal harta-harta wakaf termasuklah harta tanah wakaf. MAIN menerima banyak harta tanah wakaf daripada pewakaf yang berbeza dari segi nilai. Johor, Terengganu, Sabah dan Kedah adalah antara negeri yang mempunyai keluasan tanah wakaf yang terbesar. Namun tidak semua tanah wakaf tersebut dibangunkan malah ada tanah-tanah wakaf dibiarkan kosong ditumbuhi lalang. Tanah wakaf yang berada di lokasi strategik mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan lebih berpotensi untuk dimajukan berbanding tanah wakaf yang berada di kawasan terpencil. Tanah wakaf pada masa kini bukan untuk ditahan tetapi untuk dimajukan seoptimum mungkin. Justeru itu, tanah wakaf yang sedia ada perlu dikaji dan disemak supaya tanah tersebut dapat dibangunkan secara optimum dan mapan. Membangunkan institusi pendidikan tinggi di atas tanah wakaf boleh dianggap sebagai 'unlocking' tanah tersebut demi mengangkat dan memartabatkan umat Islam. Pembangunan di atas tanah wakaf perlu diberi perhatian serius kerana pembangunan merupakan peningkatan nilai daripada suatu tahap kepada tahap yang lebih baik.Namun isu-isu yang timbul di atas tanah wakaf menjadi kekangan untuk membangunkan tanah wakaf. Oleh itu kertas kerja ini akan mengupas mengenai isu-isu yang ditimbul berkaitan tanah wakaf yang menjadi kekangan kepada pembangunan tanah wakaf terutamanya untuk pembangunan wakaf pendidikan tinggi. Beberapa pendekatan perlu diambil supaya isu-isu tersebut dapat diberi perhatian segera agar tanah wakaf dimanfaatkan sebaik-baiknya. Kata Kunci: Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Tanah Wakaf, Institusi Wakaf Pendidikan Tinggi, Kanun Tanah Negara (KTN). PENGENALAN Institusi wakaf telah diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri berdasarkan Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan. Bagi menyelaraskan pentadbiran tanah wakaf, Kerajaan Persekutuan meletakkannya di bawah tanggungjawab Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)3 , Jabatan Perdana Menteri. Oleh sebab hal ehwal wakaf merupakan urusan negeri (state matter), adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri melaksanakan apa-apa urusan yang berkaitan dengannya. Oleh yang demikian juga, kerajaan negeri perlu menyediakan perundangan untuk membolehkan pelaksanaannya, menentukan bidang kuasa pihak-pihak yang melaksanakannya dan juga membolehkan diadakan peraturan-peraturan pelaksanaannya. Kerajaan-kerajaan negeri juga perlu menyediakan peruntukan secukupnya dan menyediakan infrastruktur pelaksanaannya, termasuk menyediakan sumber manusia (perjawatan) dan organisasi yang boleh dipertanggungjawabkan. Berdasarkan maklumat yang ada, setakat ini hanya Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sahaja yang sudah ada perundangan yang khusus mengenai pentadbiran tanah wakaf (Sallehuddin, 2013). 1 Pensyarah, Fakult Undang- Undang UiTM Kedah. 2 Pensyarah Kanan, Fakult Undang-Undang UiTM Perlis. 3 Selepas ini Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji , disebut JAWHAR 1...


Similar Free PDFs