KEBIJAKAN ISLAM DALAM TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Suatu Tinjauan ke Atas Sistem Pendidikan Islam PDF

Title KEBIJAKAN ISLAM DALAM TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Suatu Tinjauan ke Atas Sistem Pendidikan Islam
Author Solahuddin Ismail
Pages 11
File Size 257.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 711
Total Views 769

Summary

KEBIJAKAN ISLAM DALAM TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Suatu Tinjauan ke Atas Sistem Pendidikan Islam Solahuddin Ismail1 [email protected] Basyiroh Ismail2 [email protected] Mohd Aderi Che Noh PhD3 [email protected] Kertas kerja ini dibentangkan di Wacana Pendidikan Islam Siri k...


Description

KEBIJAKAN ISLAM DALAM TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Suatu Tinjauan ke Atas Sistem Pendidikan Islam Solahuddin Ismail1 [email protected] Basyiroh Ismail2 [email protected] Mohd Aderi Che Noh PhD3 [email protected]

Kertas kerja ini dibentangkan di Wacana Pendidikan Islam Siri ke-10 anjuran Fakulti Pendidikan UKM & Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) di Kota Kinabalu Sabah pada 15 - 17 Disember 2014.

Abstrak Islam yang mula bertapak di Nusantara semasa masyarakatnya berada dalam pluralisme agama. Kepelbagaian agama yang dianuti sebelumnya telah disatukan di bawah panji-panji Islam melalui proses pendidikan. Ia terus berkembang hingga membentuk sebuah empayar Islam bergelar Kesultanan Melayu Melaka. Namun kolonialisme barat telah merungkai kesepaduan Islam dengan memecah sempadankan Nusantara mengikut jajahan takluk mereka. Tetapi Islam terus berasimilasi dengan sistem yang dibawa oleh penjajah walaupun berada dalam keadaan yang tertekan. Sistem pendidikan Islam yang menjadi tunjang agama turut sama berubah mengikut haluan semasa. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sistem ini terus berkembang mengikut kesesuaian dan permintaan semasa masyarakat. Transformasi yang dibuat berasaskan keperluan pendidikan negara merupakan satu kebijakan Islam dalam mengurus sistem pendidikan agar ia sentiasa menepati citra rakyat tanpa bercanggah dengan sistem pendidikan „mainstream‟ yang sedia ada. Persoalannya, apakah bentuk transformasi yang dilakukan sehingga sistem pendidikan Islam berupaya mengharungi cabaran untuk terus kekal hingga kini?. Perbincangan ini dirungkai berpaksikan tiga garis masa iaitu pra kolonial, kolonial dan pasca kolonial. Ia sangat perlu untuk melihat ujuran transformasi yang berlaku ke atas Sistem Pendidikan Islam di Malaysia. Kata kunci: Islam, Pendidikan, Pendidikan Islam, Transformasi Sistem Pendidikan Islam, Kebijakan Islam

1

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kerajaan Universiti Utara Malaysia. Calon Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 3 Prof. Mayda di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2

PENDAHULUAN Pendidikan merupakan aspek yang amat penting dan sangat diambil perhatian di dalam Islam. Ia sebagai asas dalam melahirkan insan yang berakhlak mulia dan beradab bagi mendepani kehidupan sosial manusia yang amat mencabar dewasa ini. Islam yang telah berkurun lama bertapak di bumi Malaysia senantiasa mengangkat ilmu dan pendidikan dan melaksanakannya sesuai dengan perkembangan masa dan perubahan masyarakat. Transformasi yang dilakukan berasaskan keperluan semasa menjadikan pendidikan Islam di Malaysia sentiasa relevan dan mendapat perhatian. Untuk melaksanakan transformasi agar Islam dan alam pendidikannya dapat dilihat sentiasa segar dan rasional, pihak yang bertanggungjawab seperti para ulama dan kerajaan telah berganding bahu dalam memastikan sistem pendidikan Islam yang diterapkan kepada masyarakat berkeupayaan untuk membentuk insan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam mempertahankan keutuhan Islam sebagai agama ke atas diri, bangsa dan negara. Agenda ini telah dilaksanakan secara berterusan dan konsisten oleh gabungan ilmuan dan kerajaan yang menghasilkan natijah akhir sistem pendidikan Islam seperti yang sedia ada pada masa kini. Polisi dan dasar yang diimplimentasi melalui sistem pendidikan sekarang telah bejaya meletakkan pendidikan Islam setanding dengan pendidikan konvensional mutakhir malah ia lebih baik kerana wujud gabungan agama dan akademik yang beupaya membuah pulangan terbaik bagi kehidupan di dunia dan di akhirat. Keseimbangan yang ditonjolkan melalui sistem pendidikan Islam seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermatlamat untuk melahirkan Muslim yang tahu peranan diri mereka sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang mempunyai amanah besar untuk meng’imarah’kan bumi dengan seadilnya. Rangkaian transformasi pendidikan sebenarnya telah lama terlaksana sejak Islam mula bertapak di Tanah Melayu. Dan jika ditinjau dengan lebih mendalam, Islam sebenarnya adalah agama transformasi yang merubah kehidupan masyarakat dari kehidupan jahiliah kepada kehidupan bertamadun. Prosesnya adalah pendidikan. Dalam konteks Malaysia, Islam yang dijana melalui pendakwah – merangkap pedagang – secara berterusan sejak berabad lampau telah melakukan perubahan khususnya melalui ilmu dan pendidikan sebagai bukti bagi membenarkan kata-kata “Islam the Way of Life”. Tindakan ini merupakan satu kebijakan Islam dalam mengurus agama dan penganutnya supaya perubahan dan pembaharuan yang dibentuk mampu berasimilasi dengan pelbagai suasana di sepanjang zaman. Persoalannya, apakah perubahan-perubahan yang telah dibuat dalam sistem pendidikan Islam sehingga menjadikan Islam itu kekal relevan diamalkan di Malaysia?. Justeru, penulis membahagikan kertas kerja ini kepada dua bahagian. Pertama; perbincangan lebih terarah kepada konsep pendidikan Islam dan kedua; perbahasan mengenai transformasi yang berlaku ke atas sistem pendidikan Islam di Malaysia.

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM Aspek pendidikan menjadi keutamaan di dalam Islam. Ia sebagai asas utama untuk mengenal Pencipta, memahami maqqasid syariah (yang terkandung di dalamnya tentang kewajipan bagi setiap Muslim untuk memelihara agama, nyawa, akal fikiran, harta benda dan keturunan) serta membentuk akhlak mulia. Sumber utamanya adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Ilmu dan segala macam disiplinnya adalah merupakan teras kepada pendidikan. Oleh yang demikian, menuntut ilmu itu merupakan kefarduan bagi setiap Muslim (hadis riwayat Ibnu Majah) dan mereka akan diangkat martabatnya di sisi masyarakat (surah al-Mujadalah: 11). Kedudukan ini merupakan anugerah yang amat besar kerana pendidikan dapat mengangkat tamadun bagi sesuatu bangsa. Ia juga sebagai langkah untuk mempersiapkan diri mendepani cabaran di dunia dan bekalan untuk kehidupan di akhirat. Hasan Langgulung (1979) mendefinisikan pendidikan sebagai proses merubah dan memindah nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui pengajaran, latihan dan indoktinasi. Ia juga merupakan proses menyampai dan menimba ilmu (pengetahuan) bagi membangunkan nilai intelektual dan keyakinan diri manusia untuk mematangkan diri manusia dalam menjalani kehidupan sebenar. Segala pengalaman yang diperolehi melalui pancaindera dan maklumat yang dicerap secara berstruktur digabungkan untuk membentuk tingkahlaku manusia yang berkemahiran dan berakhlak mulia. Pendidikan Islam pula merupakan proses mendidik dan melatih akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah bagi melahirkan insan yang beriman dan bertakwa serta mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata-mata (Abdul Halim el-Muhammady, 1991). Proses ini akan membentuk prinsip hidup manusia yang lebih unggul bagi mengenali Pencipta, alam semesta dan diri sendiri secara kolektif dan serentak tanpa terpisah di antara satu sama lain. Ia sejajar dengan saranan Allah SWT (surah al-Alaq:1-5) yang memerintahkan manusia membaca dan menulis supaya wujud perbezaan di antara manusia dan makhluk-makhluk lain di bumi. Empat teras yang sangat ditekankan dalam pendidikan Islam iaitu membaca, mengajar, menulis dan mengetahui menjadi suatu kebijakan bagi Islam dalam mengurus sistem pendidikannya. Dengan demikian, pendidikan Islam sangat mementingkan proses menuntut ilmu secara berterusan di sepanjang hayat Muslim kerana usaha ini dapat membangunkan potensi diri manusia secara menyeluruh dan seimbang. Ia juga dapat membentuk dwi fungsi Muslim selaku hamba Allah SWT dan Khalifah Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab tesendiri dalam memakmurkan alam dengan iman dan pengetahuan yang diperolehi. Kewajipan menuntut, beramal dan menghayati ilmu ke atas setiap diri Muslim akan melahirkan perasaan takwa dan ganjarannya sangat besar di sisi Allah SWT. Ia adalah suatu proses transformasi dalam diri Muslim secara fizikal dan spiritual malahan dapat membantu mengembangkan dan mengangkat kehidupan bermasyarakat menjadi lebih sempurna dalam aspek sosial, ekonomi dan politik (Abdul Halim Mat Diah, 1989). Pengaruhnya amat luas dan

keupayaannya boleh mengubah perjalanan hidup manusia menjadi lebih baik dan bertamadun. Alam dapat dilestarikan dengan saksama dan kebenaran akan muncul untuk memberi kebahagiaan dalam hidup manusia. Kedudukan pendidikan Islam di Malaysia sentiasa diberi perhatian oleh rakyatnya. Konsep dan falsafah pendidikan secara Islamik telah diperkenalkan sejak Islam mula bertapak di Tanah Melayu sejak abad ke 13M lagi (Wan Hussein Azmi, 1980). Pendidikan pada waktu tersebut sangat menekankan pembentukan akidah masyarakat melalui ilmu teologi. Ilmu tentang ketuhanan, konsep hamba, masalah kepercayaan kepada perkara ghaib bermatlamat untuk mengikat jiwa masyarakat supaya sentiasa menjaga nilai iman (kepercayaan) agar tidak berlaku kegelinciran akidah. Demikian juga disiplin ilmu syariah yang berkisar tentang persoalan ibadah seperti sembahyang, perkahwinan, jual beli dan banyak lagi yang secara tidak langsung berusaha membentuk nilai insani dalam diri masyarakat ke arah pengabdian diri secara mutlak kepada Allah SWT. Kedudukan akidah dan syariah diperkukuhkan dengan ilmu akhlak melalui amalan tasauf sebagai langkah untuk memantapkan nilai iman dalam diri. Pendekatannya adalah bersifat tradisional. Keadaan ini secara tidak langsung telah membentuk kerangka konsep dan falsafah pendidikan Islam di dalam diri Muslim walaupun ia tidak tertulis secara jelas. Modenisasi dan globalisasi yang melanda setelah mencapai kemerdekaan turut memberi kesan tehadap sistem pendidikan Islam di Malaysia. Ia telah membentuk satu paradigma baru ke atas konsep dan falsafah pendidikan itu sendiri. Kepelbagaian disiplin ilmu yang wujud hasil dari sekularisme telah membuka ruang baru dalam pendidikan Islam. Ia perlu diintegrasikan mengikut acuan Malaysia agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Halatuju dan matlamat pendidikan Islam perlu jelas dan selari dengan dasar pendidikan negara. Pada tahun 1988M, falsafah pendidikan Islam telah dibentuk dan diperkenalkan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan Islam negara dengan matlamat untuk melahirkan Muslim yang berketerampilan dan sempurna yang mengetahui peanan dan tanggungjawab mereka selaku hamba dan khalifah untuk memakmurkan negara. Ia adalah seperti berikut: “Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”. Falsafah pendidikan Islam ini menjadi asas yang kukuh bagi merealisasikan Islam secara bersama dalam proses pembangunan negara. Ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi bagi rakyat Malaysia. Ini menjadikan sektor pendidikan Islam di Malaysia lebih berdaya saing bagi menghasilkan individu Muslim yang berpendidikan multi disiplin bagi memenuhi ruang yang dipelukan dalam proses pembangunan negara. Penekanan pendidikan Islam ke atas aspek metafizik, epestimologi,

aksiologi dan logik telah diselaraskan melalui pembentukan kurikulum yang jelas melibatkan aspek keimanan, ilmu, akhlak, penghayatan, amalan dan matlamat untuk melahirkaan insan yang beriman, beramal salih dan berakhlak mulia. Ia dirangka untuk pelajar Muslim memperolehi kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat (Asmawati Suhid dan Fathiyah Mohd Fakhruddin, 2012). Falsafah dan konsep pendidikan ini membuktikan kebijakan Islam dalam memanipulasi suasana dan keadaan agar ia sentiasa selari dengan peubahan zaman. Ilmu yang diikat dengan wahyu telah memberi pedoman untuk Muslim mengangkat diri mereka secara bersama dengan dasar pembangunan negara. Rangkuman ilmu agama dan akademik (sekular) telah menjadikan Muslim lebih berkeyakinan untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan pembangunan negara. Malah ia telah memberi kelebihan kepada kerajaan kerana nilai tambah ilmu agama yang ada pada pekerja Muslim sedikt sebanyak dapat mengurangkan penyelewengan dalam mengurus pembangunan negara. TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam telah mengalami begitu banyak sekali transformasi sejak ia mula bertapak hingga ke hari ini. Ia dibuat sedemikian bagi memastikan sistem pendidikannya sentiasa berdaya saing disamping memenuhi perubahan dasar yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Semasa zaman pemulaan Islam dan pra kolonial, pendidikan Islam hanya memperkenalkan asas ilmu Islam yang bersifat fardu ain dan fardu kifayah. Tempat pengajian terletak di surau, istana, rumah dan masjid (Fazlullah Shuib, 1995). Kaedah ini dinamakan sebagai sekolah Al-Quran. Setelah Islam stabil, nilai pendidikan telah diangkat ke tahap yang lebih tinggi menerokai ilmu tasawuf dan ketuhanan. Buktinya, tertulis di dalam Sejarah Melayu terutama semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Majlis ilmu khususnya di rumah guru mula mendapat perhatian. Ramai pelajar dari dekat dan jauh telah datang belajar. Keadaan ini telah menyebabkan guru memikirkan kaedah baru untuk membantu pelajar terutama yang datang dari jauh. Maka guru bekerjasama dengan masyarakat telah membina rumah-rumah kecil yang dikenali sebagai pondok untuk penginapan pelajar (Abdullah Jusuh, 1990). Pengajian ini dikenali sebagai sekolah pondok. Kaedah yang digunakan adalah secara halaqah dan bersifat tradisional. Suasana pendidikan Islam pada zaman kolonial tidak banyak mengalami perubahan terutama semasa penjajahan Potugis dan Belanda. Ia masih mengekalkan sistem tradisionalnya walaupun tidak banyak tulisan sarjana yang merungkaikan perkembangannya. Ia sama ada sengaja atau tidak diperlakukan begitu bagi mengelak polisi kolonial yang sangat menekan perkembangan dakwah dan pendidikan Islam yang dijalankan (Abdullah Ishak, 1995). Struktur pemerintahan kolonial yang hanya memberi kuasa kepada sultan melayu menjaga agama dan adat istiadat (Mohammad Redzuan Othman, 2005) sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada perkembangan pendidikan Islam khususnya pada zaman British. Kekurangan dana menjadikan sistem pendidikan ini terpaksa bergantung kepada sedekah, infak dan wakaf dari orang ramai. Selain itu, ia juga menghadapi persaingan dengan sistem pendidikan kolonial yang lebih

menguntungkan dari aspek peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi. Namun masyarakat Islam tidak terpikat dengan sekolah kolonial kerana menganggapnya sebagai agenda tersembunyi kolonial untuk mengembangkan dakyah Kristian kepada rakyat. Penubuhan sekolah Islam ala Inggeris seperti Madrasah al-Hamidiah di Limbong Kapal Kedah (1906), Madrasah Iqbal di Singapura (1907), Madrasah al-Hadi di Melaka (1915) dan Madasah al-Mashoor di Pulau Pinang (1926) masih kurang meyakinkan masyarakat Islam Tanah Melayu untuk menerima sistem pendidikan bersifat dualisme yang menggabungkan ilmu agama dan akademik (sekular). Zaman awal kemerdekaan kurang menampakkan masyarakat Islam Tanah Melayu cenderung untuk memilih pendidikan alternatif sama ada sekolah Melayu atau pun Sekolah Inggeris. Fasa awal kemerdekaan masih memperlihatkan kekuatan pendidikan Islam. Institusi pendidikan tradisional seperti sekolah pondok masih kukuh dan mendapat pemintaan yang sangat tinggi. Minda masyarakat masih meyakini bahawa ia adalah sistem pendidikan terbaik pada masa tersebut. Bentuk pengajian tradisional kekal mendominasi ruang pendidikan Islam masyarakat. Sekolah al-Quran dan sekolah Pondok sangat menarik perhatian rakyat bagi kelangsungan pendidikan anak-anak mereka walaupun ia dijalankan secara tidak formal dan berada dalam keadaan serba kekurangan. Walaupun sistem pendidikan Islam tradisional kekal menguasai pasaran pendidikan Tanah Melayu, ia sedikit sebanyak telah menimbulkan masalah kepada sistem pentadbiran. Ini berlaku akibat dari acuan pentadbiran kolonial memerlukan sijil sebagai bukti kelayakkan bagi menjawat sesuatu jawatan dalam pentadbiran temasuklah institusi keagamaan. Maka institusi pendidikan Islam ala Inggeris yang tidak diminati sebelumnya telah diberi pengiktirafan dan diangkat sebagai institusi pendidikan Islam formal bagi melahirkan para birokrat agama untuk turut terlibat dalam jawatan pentadbiran negara. Maktab Mahmud (1936), Kolej Islam Kelang (1955) dan banyak lagi telah giat melahirkan ‘ulama bersijil’ sebagai memenuhi keperluan pentadbiran tersebut. Ia menjadi pencetus kepada kelahiran sistem pendidikan formal seperti yang ada pada masa kini dan ia dikenali sebagai sekolah agama moden. Secara umum, sistem pendidikan Islam formal boleh dibahagikan kepada tiga peringkat pelaksanaan iaitu sistem pendidikan Islam pra sekolah, sistem persekolahan Islam dan sistem pengajian tinggi Islam. Ia dibentuk bagi menjana ilmu bermula dari peringkat asas hingga ke peringkat tertinggi mengikut acuan moden/barat supaya nilai ilmu yang dipelajari berupaya untuk bersaing dengan sistem pendidikan sekular sedia ada. Disiplin ilmu dunia dan akhirat telah digabungkan untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja mendalami ilmu keagamaan tetapi juga memperolehi ilmu keduniaan supaya pelajar memperolehi keseimbangan pendidikan di dalam kehidupam mereka. Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) pada tahun 1975 oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan kelangsungan usaha untuk memberi pendidikan asas Islam di peringkat awal kanak-kanak. Ia sebagai kesinambungan dari kelas-kelas al-Quran yang diadakan di rumah guru, surau atau masjid yang dahulunya dikenali sebagai sekolah al-Quran.

Kurikulum asas Islam telah diterapkan seperti bacaan al-Quran, fardu ain dan amalan cara hidup Islam. Ia juga sebagai langkah untuk kanak-kanak Islam mendapat pendedahan awal pendidikan formal sebelum memasuki sekolah rendah (Mahyuddin Ashaari: 2004). Perkembangan ini diikuti oleh PARTI Islam SeMalaysia (PAS) dengan menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) pada 1988. Ia kemudiannya berkembang sehingga membentuk pelbagai institusi pra sekolah dengan pelbagai kaedah pengajian seperti yang sedia ada pada masa kini. Walaupun banyak institusi pendidikan Islam pra sekolah dibina, namun konsep dan falsafahnya adalah sama dalam membentuk kanak-kanak Islam menjadi Muslim yang sejati berasaskan panduan Al-Quran dan sunnah. Kelangsungan pendidikan agama diteruskan lagi ke peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu sekolah rendah/menengah kerajaan dan sekolah rendah/menengah swasta. Sistem yang digunakan adalah sama seperti kurikulum, buku teks dan tahap peperiksaan. Cuma mungkin kelebihan sekolah rendah/menengah swasta lebih memberi penekanan dalam aspek pembelajaran subjek agama. Penubuhan Sekolah Rendah Islam (SERI1989) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI-1989) diasaskan untuk mewujudkan rangkaian pendidikan Islam swasta setaraf dengan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan. Ini kerana Sekolah Menengah Agama Kerajaan menawarkan tempat yang sangat terhadap kepada pelajar Islam. Justeru penubuhan sekolah swasta Islam menjadi alternatif kepada ibu bapa yang berkehendakkan anak-anak mereka terlibat dengan sistem tersebut. Pada masa kini, terdapat pelbagai sekolah agama sama ada milik kerajaan atau pun swasta. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk. Mohd Kamal Hasan (1993) membahagikan sekolah agama kepada empat jenis iaitu sekolah agama/Arab di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah agama/Arab di bawah kerajaan negeri, sekolah agama/Arab di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan sekolah agama/Arab peringkat rendah dan menengah. Manakala Richard G. Kraince (2009) membahagikan sekolah agama di Malaysia kepada lima jenis iaitu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Swasta, Sekolah Agama Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan. Di peringkat pengajian tinggi pula, ia bertapak dengan penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK-1965) di Istana Nilam Puri Kelantan. Ia di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Seramai 43 orang pelajar dalam dan luar negara seperti Brunei dan Singapura telah diterima masuk ke YPTIK pada peringkat awal penubuhannya. Mereka menduduki Kuliah Syariah wa al-Qanun. Pada tahun 1966M, Ma’ahad Dakwah wa a...


Similar Free PDFs