STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA PDF

Title STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA
Author Ku Min
Pages 44
File Size 397.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 214
Total Views 272

Summary

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: [email protected] Tel: +600-03-79675000. Fax: +600-03-7956 5506. Mohammed Sani Ibrahim Felo Penyelidik Kanan,...


Description

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: [email protected] Tel: +600-03-79675000. Fax: +600-03-7956 5506.

Mohammed Sani Ibrahim Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, E-mail: [email protected]. Tel: +600-03-79673894. Fax: +600-03-7967 5010.

1.

PENGENALAN

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru. Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan. Hala tuju pendidikan negara yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan satu matlamat iaitu untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan bertaraf dunia. Mampukah kita bergerak ke arah menjadikan sistem pendidikan di negara ini sebagai pendidikan bertaraf dunia? Sebenarnya perkara ini bukanlah mustahil untuk dicapai jika kita mempunyai kakitangan guru yang kompeten dan komited terhadap profesionnya.

42

Pendidikan bertaraf dunia

Pembentukan insan seimbang

Pemupukan budaya ilmu

Perpaduan negara

Merealisasikan wawasan 2020

Pembelajaran sepanjang hayat Tenaga kerja Kekonomi

Pendemokrasian pendidikan

Penekanan kepada sains dan teknologi

Rajah 1 : Hala tuju sistem pendidikan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) juga telah memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia berpengetahuan (k-workers) dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020. Keupayaan sistem pendidikan untuk menambah penawaran sumber pengetahuan ini bergantung kepada bilangan sumber manusia yang terlatih dan bermotivasi. Untuk merelisasikan matlamat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkemaskan perancangan dan pembangunan sumber manusia dengan memberikan fokus ke arah melahirkan guna tenaga yang kompeten dan kompetitif (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2004). Namun demikian disebabkan tidak wujud satu standard kompetensi dalam bidang perguruan dan program pendidikan guru sebagai panduan di negara kita, maka telah timbul masalah perkhidmatan, tekanan kerja, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan satu sistem sokongan sosial dari pengetua dan rakan sekerja. Kesan daripada masalah tersebut telah menyebabkan ramai guru telah meletak jawatan atau bersara dengan awal, dan burnout dalam kalangan guru. Keadaan ini telah menjejaskan kualiti pendidikan negara kita. Kewujudan satu piawai membolehkan guru-guru bertugas dengan mempunyai bimbingan terperinci, dapat melihat syarat-syarat yang harus dipenuhi dan dicapai dan boleh digunakan untuk menggerakkan peningkatan kualiti pengajaran.

2

42

2.

SENARIO PENDIDIKAN DI MALAYSIA MASA KINI.

Dalam mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia, maka empat komponen berikut telah dijadikan teras kepada pembangunan pendidikan negara, iaitu (a) meningkatkan akses dalam pendidikan (b) meningkatkan ekuiti dalam pendidikan (c) meningkatkan kualiti pendidikan (d) meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan maka hubungannya dengan kualiti guru tidak dapat dipisahkan. Menurut Sulaiman Daud (1995) , pendidikan pada abad ke- 21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan Habib 2001). Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman ( Mohammed Sani 2005)

Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung masyarakat dan banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri dari golongan yang kuat semangat perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan yang berlaku begitu pantas masa kini. Persoalannya, adakah tahap guru Malaysia cukup kompeten dalam menangani cabaran-cabaran ini ? Adakah beberapa perubahan dalam skim perkhidmatan dan kejayaan yang dicapai dalam dunia pendidikan mahupun kekurangan yang sering menjadi isu dapat memberikan petunjuk kepada tahap kompetensi guru Malaysia ? Guru-guru di Malaysia amat bertuah kerana kerajaan Malaysia begitu prihatin dan sentiasa memberikan fokus terhadap kemajuan dan kebajikan perkhidmatan mereka. Ini jelas dilihat dari usaha pengemaskinian Skim Perkhidmatan Pendidikan sebanyak sembilan kali di bawah empat laporan semakan gaji seperti berikut. (i) Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Suruhanjaya Gaji Aziz 1971). (ii) Laporan Jawatankuasa Khas Gaji Kabinet (JKK) 1976. (iii) Laporan Sistem Saraan Baru (SSB) 1991 (iv) Laporan Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2002. (Bahagian Sumber Manusia KPM 2004) Sistem Saraan Malaysia(SSM) berkuat kuasa mulai 1 November 2002. SSM diperkenalkan dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam secara menyeluruh dan merupakan reformasi dalam pengurusan manusia untuk mewujudkan tenaga kerja yang berpengetahuan, kompeten dan seterusnya mewujudkan perkhidmatan cemerlang. Antara yang diperkenalkan dalam SSM ialah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Ia adalah satu proses untuk menilai dan memastikan bahawa setiap pegawai memenuhi kriteria dan standard prestasi yang ditetapkan serta mencapai tahap kompetensi bagi jawatannya. Peperiksaan yang terdiri daripada dua komponen iaitu Kompetensi Umum dan Kompetensi

3

42

Khusus bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri anggota perkhidmatan awam melalui (a) pembelajaran berterusan (b) meningkatkan budaya organisasi pembelajaran (c) melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi PTK secara tidak langsung membuka satu lagi ruang kepada para guru untuk meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki prestasi diri khususnya berkaitan dengan tugas mereka. Ini adalah sejajar dengan usaha untuk meningkatkan kompetensi para guru. Pada tarikh 18 Disember 2003 guru-guru telah menduduki peperiksaan pertama PTK selaras dengan pelaksanaan SSM. Apabila keputusan diumumkan didapati dari sejumlah 130 000 guru yang menduduki PTK pada tahun 2003 hanya 1170 (0.9 % ) yang lulus.Ini juga bermakna hanya 0.9 % guru yang mendapat markah 80 ke atas dan dikategorikan sebagai kompeten. Manakala 99.1% kandas dan tidak mencapai tahap kompetensi yang baik. Keputusan PTK ini telah menjadi perbincangan hangat di seluruh negara. Adakah ini memberi isyarat bahawa majoriti guru Malaysia belum cukup kompeten ? Guru-guru yang gagal rata-rata tidak berpuas hati dengan peperiksaan itu. Ada yang mendakwa sukatan mata pelajaran terlalu luas, soalan tidak berkenaan dengan profesion keguruan dan banyak lagi. Guru-guru boleh memberi 1001 alasan tetapi imej guru di mata masyarakat sudah tentulah terjejas lebih-lebih lagi di kalangan pelajar. Malah isu ini telah membawa kepada campur tangan Perdana Menteri , Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah JPA untuk mengadakan rundingan dengan wakil pekerja sektor awam bagi menyelesaikannya. Berikutan itu, keputusan peperiksaan telah disemak semula dan peratus kelulusan ditingkatkan namun masih ramai yang tidak berpuas hati. Sungguhpun begitu , Peperiksaan PTK kedua telah diteruskan dan diadakan pada 30 Disember 2004 dan keputusan dikeluarkan pada Jun 2005 tetapi dengan format pemarkahan yang baru. Kali ini tiada lagi kelompok lulus dan gagal. Pencapaian dibahagikan kepada 4 aras . Aras 4 adalah aras yang tertinggi di mana calon dikategorikan sebagai lulus atau melepasi tahap kompetensi pada aras yang cemerlang dengan markah di atas 80%. Lulus atau melepasi tahap kompetensi diberikan aras 3 dengan markah di antara 60 hingga 79. Lulus bersyarat diberikan aras 2 dengan markah di antara 50 hingga 59 . Tidak melepasi tahap kompetensi diberikan aras 1 dengan markah 49% dan ke bawah. Isunya, adakah dengan berdasarkan aras-aras ini sudah memadai untuk dijadikan petunjuk tahap kompetensi guru-guru? Dapatkah peperiksaan ini memberikan imej sebenar guru-guru yang kompeten ? Adakah kompetensi guru dapat dinilai bersandarkan kepada satu peperiksaan objektif dengan 80 soalan sahaja ? Sedangkan kompetensi sebenarnya lebih luas dari itu. Persoalan yang cukup relevan di sini ialah selain dari markah yang di peroleh adakah mekanisme lain untuk membezakan guru-guru yang memperoleh aras 4 dengan aras 3 mahupun dengan aras-aras yang lain ? Bagaimana hendak memastikan kompetensi guru yang memperoleh aras 4 kekal di sepanjang perkhidmatan mereka? Bagaimana pula hendak menangani guru yang komited dengan tugas tetapi tidak memperoleh aras 4 dalam PTK atau bagaimana pula untuk menangani guru yang kurang komited tetapi menunjukkan prestasi cemerlang dalam PTK ? Ini adalah kerana hampir keseluruhan guru yang mencapai aras 4 akan diberikan anjakan gaji. Ini bukanlah bermakna bahawa PTK tidak sesuai sama sekali tetapi kerana sehingga kini masih terdapat rungutan atau ketidakpuasan hati maka amatlah perlu untuk dibuat penambahbaikan ke arah satu standard kompetensi yang lebih objektif dan

4

42

terpandu. Mujurlah akhirnya, PTK ini telah dimansuhkan berikutan penyemakan semula skim gaji yang sedia ada. Apabila menyentuh tentang tahap kompetensi guru-guru kita tidak dapat lari daripada merenung kembali beberapa isu atau peristiwa yang agak kontroversi dan juga pencapaian guru sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Baru-baru ini, tersiar di dada akhbar, ibu bapa di Malaysia membelanjakan kira-kira 4 bilion ringgit setahun untuk menampung kos kelas tuisyen anak-anak(New Straits Times,2005). Pelaburan ini bukannya sedikit. Jika ditinjau dari sudut positif , ini menunjukkan kesedaran ibu bapa tentang peri pentingnya pendidikan anak-anak. Namun dari sudut yang berbeza pula, kita dapati ini memberikan gambaran bahawa pengajaran guru di sekolah belum memadai bagi tujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan. Adakah ibu bapa sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan pengajaran guru ? Justeru, adakah guru-guru tidak cukup kompeten dalam menangani perkara asas dalam pendidikan iaitu menyampaikan ilmu ? Seterusnya, isu dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Apabila keputusan PMR 2005 diumumkan pada 22 Disember 2005, warga pendidik menarik nafas lega bila keputusannya amat memberangsangkan. Dengan peratus kelulusan matematik 84.1% dan sains 90.1% masyarakat percaya guru-guru telah menjalankan tugas dengan berkesan. Malangnya, dengan kenyataan susulan Ketua Pengarah Pelajaran Dato` Dr. Ahamad Sipon, yang menyatakan bahawa hanya 27% sahaja pelajar yang menjawab kertas matematik menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya manakala hanya 33% sahaja pelajar yang menjawab kertas sains menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya membuatkan kita berfikir sekali lagi tentang kemampuan guru. Apakah kedudukan guru Malaysia ? Adakah mereka kompeten dalam erti kata yang sebenarnya? Dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris juga telah dimansuhkan setelah didapati ianya tidak berkesan. Prestasi murid dan pelajar dalam tiga peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunjukkan hasil yang hampir malar tetapi tetap menunjukkan peningkatan. Bagaimanapun, laporal awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menegaskan, di sebalik keberhasilan itu adalah penting Malaysia membandingkan sistem pendidikannya dengan tanda aras global bagi memastikannya bergerak seiring dengan pembangunan pendidikan antarabangsa. Ini kerana jelas laporan itu, prestasi negara dalam Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) menurun antara 1999 dan 2007 manakala keputusan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) 2009 pula menunjukkan Malaysia berada di kelompok sepertiga di bawah berbanding 74 negara peserta. Dalam pentaksiran terkini (2012), prestasi Malaysia berada sekurang-kurangnya 100 mata di bawah negara serantau seperti Singapura, Jepun, Korea dan Hong Kong dalam ketiga-tiga dimensi iaitu Bacaan (kedudukan ke-55), Matematik (kedudukan ke-57) dan Sains (kedudukan ke-52). Ia juga lebih rendah daripada purata antarabangsa dan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Dalam Kajian Trend Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) 2003 , pelajar Malaysia telah menduduki tangga ke 10 dalam pembelajaran Matematik mengatasi negara maju iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan New Zealand. Menurut Kajian itu juga, Malaysia menduduki tangga ke- 20 bagi mata pelajaran sains mengatasi Norway dan Itali. Kajian ini telah dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Seramai 5 314 pelajar dari 150 sekolah telah dipilih secara rawak untuk diuji oleh panel pakar dari seluruh dunia melalui 12 buku ujian. Pelajar kita memperoleh skor purata 508 berbanding skor antarabangsa 467 bagi mata pelajaran matematik. Bagi sains pula, purata skor pelajar kita ialah 510 berbanding skor purata antarabangsa 474. Malah terdapat

5

42

juga peningkatan dalam ranking berbanding tahun 1999 seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah. Jadual 1: Kedudukan Malaysia mengikut ranking dalam TIMSS.

Tahun 1999 2003

Kedudukan dalam ranking Matematik Sains 16 22 10 20

Menurut kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kejayaan ini membuktikan bahawa guru-guru mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua subjek berkenaan (Utusan Malaysia 14 Disember 2004). Kenyataan Menteri Pelajaran ini adalah merupakan pengiktirafan kepada kualiti guru-guru Malaysia. Adakah ianya memadai untuk mengatakan bahawa guru-guru Sains dan Matematik Malaysia sudah mencapai tahap kompetensi yang baik ? Mampukah kita mendabik dada mengatakan guru-guru sains dan matematik di Malaysia mempunyai tahap kompetensi yang membolehkan mereka bersaing di persada pendidikan antarabangsa ? Apakah kedudukan sebenar guru Malaysia ? Hakikatnya, di Malaysia masih belum ada satu standard kompetensi untuk guru. Oleh itu adalah menjadi satu keperluan untuk semua pihak berfikir ke arah itu. Apakah pengajaran guru di sekolah kurang berkesan sehingga memaksa ibu bapa menghantar anak ke pusat tuisyen ? Adakah trend ini memberikan gambaran tentang tahap kompetensi guru Malaysia khususnya dari aspek pedagogi ? Persoalan- persoalan ini sekali lagi sukar dijawab kerana di Malaysia masih belum wujud lagi satu standard kompetensi ke atas guru. Menurut Dr. Mohammad Sani Ibrahim (dalam Utusan Malaysia 20 Mac 2002), tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam P&P bagi sekolah Bestari masih pada tahap yang rendah. Oleh itu, bagaimanakah guru-guru yang ada sekarang ini mampu menyediakan pelajar yang mempunyai sikap yang terbuka untuk menerima pendidikan dan berani menghadapi cabaran masa hadapan sekiranya sumber untuk mengayakan pengetahuan dan kemahiran di kalangan guru kabur dan tidak mencukupi untuk melaksanakan P&P dengan efisien dan berkesan. Maka, guru tidak berupaya mencapai TQM yang dihasratkan. Adakah ini petunjuk bahawa guru -guru Malaysia belum mencapai standard kompetensi yang diperlukan? Pastinya pandangan ini ada meritnya. Namun untuk mengukuhkannya lagi, guru di sekolah Bestari ini perlu ada satu standard kompetensi untuk dijadikan kayu pengukur kemajuan mereka. Kejayaan beberapa buah sekolah dan organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat pengiktirafan ISO 9000 membuktikan guru Malaysia berpotensi untuk mencapai standard yang setanding dengan rakan sejawat mereka di negara-negara maju yang lain. Sekolah pertama yang mendapat pengiktirafan piawaian ISO 9000 ialah Sekolah Menengah Derma, Kangar. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak , lebih banyak sekolah rendah dan menengah akan dicalonkan untuk menerima sijil MS ISO 9000 iaitu pengiktirafan bertaraf dunia ( Berita Harian 13 Ogos 1997). Tambahan kepada usaha ini, pihak nazir telah melawat dan memeriksa 2971 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 1999 dalam usaha meningkatkan standard dan kualiti pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasilnya sebahagian besar sekolah telah menunjukkan peningkatan ( Berita Harian 6 Mac 2000). Persoalannya, adakah dengan mendapat

6

42

pengiktirafan ISO 9000 kita sudah selesa untuk mengatakan bahawa guru Malaysia sudah cukup kompeten ? Satu daripada inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ialah dengan menyediakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sebagai piawai bagi pentadbiran dan pengurusan sekolah serta institusi pendidikan (Dasar Pendidikan Kebangsaan 2004). Jemaah Nazir Sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan strategi ini. Namun maklum balas yang diterima juga menunjukkan guru serta tenaga pengajar menghadapi masalah dalam melaksanakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP) sepenuhnya kerana menghadapi kesukaran memahami dokumen-dokumen yang diedarkan dan tatacara melaksanakan sistem tersebut yang terlalu kompleks dan memerlukan masa serta tenaga yang banyak sehingga ada kalanya menjejaskan pelaksanaan program-program lain. Malah para guru dan tenaga pengajar di institusi pendidikan, kurang memahami objektif dan perancangan yang dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS 2003) bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. Adakah reaksi negatif ini petanda guru kurang kompeten atau masih belum wujud sistem pengukuran standard yang jelas ? Hakikatnya, di Malaysia masih belum ada satu...


Similar Free PDFs