Analisis Terjemahan - Bahasa Melayu Undang-Undang II: Assignment on Article Translation. PDF

Title Analisis Terjemahan - Bahasa Melayu Undang-Undang II: Assignment on Article Translation.
Course Law
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 17
File Size 312.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 6
Total Views 137

Summary

Bahasa Melayu Undang-Undang II: Assignment on Article Translation....


Description

1.0

PENGENALAN 1.1

Maksud terjemahan

Istilah “terjemah” merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Arab iaitu “tarjamah” yang bermaksud mentafsirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Maksud moden perkataan terjemah boleh dilihat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang mendefinisikan perkataan terjemah sebagai “... pindahan (karangan dan lainlain) daripada suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain...”. Selain itu, menurut Ainon Muhammad dalam bukunya Panduan Menterjemah (1994), penterjemahan bermaksud mengalihkan satu bahasa ke bahasa yang lain. Pengalihan ini merangkumi warta (mesej) teks sumber, gaya bahasa dan tindak balas yang sama daripada pembaca sasaran. Seterusnya, Abdullah Hasan dan Ainon (2001) telah menghuraikan maksud terjemah sebagai penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa asal dalam bentuk persamaan yang terdekat dan bersahaja; pertama dari segi maknanya dan kedua dari segi gayanya. Menurut Hatim dan Munday (2004) pula, proses penterjemahan berlaku daripada seseorang individu atau sebuah program komputer dengan memindahkan teks ke bahasa yang bukan bahasa asal. Di samping itu, Catford (1965) berpendapat bahawa istilah “terjemah” juga boleh ditafsirkan sebagai penggantian bahasa teks dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bahasa sumber dengan bahan yang sepadan dalam bahasa lain iaitu bahasa sasaran. Terjemahan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu terjemahan intralingual, interlingual dan intersemiotik (Roman Jacobson, 1959). Terjemahan intralingual ialah terjemahan yang dilakukan dalam bahasa itu sendiri iaitu dengan menghasilkan suatu teks daripada teks yang lain mengikut tafsiran penterjemah. Yang kedua adalah terjemahan interlingual iaitu terjemahan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Terjemahan intersemiotik pula tergolong dalam tafsiran sesuatu teks kepada suatu lambang atau simbol.

1

Secara ringkas, istilah “terjemah” merupakan seni penukaran sesuatu perkataan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang mengandungi mesej dan pernyataan yang sama. Hal ini bertujuan untuk menyampaikan sesebuah idea atau pendapat melalui penulisan kepada pembaca.

1.2

Tentang teks yang dipilih

Teks Employee’s Disctructive Behaviour at Workplace yang dipilih merupakan artikel laras undang-undang yang diambil dari The Malayan Law Journal oleh koperasi Lexis Nexis. The Malayan Law Journal adalah siri laporan undang-undang umum yang menyediakan laporan kes-kes dari Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi. Terdapat dua penulis teks sumber tersebut iaitu Ashgar Ali dan Ahmad Ibrahim yang merupakan pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Auckland di New Zealand. Teks tersebut menerangkan prinsip-prinsip dan undang-undang buruh yang perlu dipatuhi di tempat kerja. Sekiranya terdapat pekerja yang tidak mematuhi undang-undang, pekerja tersebut boleh dibuang dari tempat kerja. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan seorang pekerja itu diberhentikan dari tempat kerja melalui kuasa dan campur tangan Mahkamah Perusahaan. Antaranya termasuklah atas alasan ketidaksopanan, sikap suka bergaduh, dan/atau menyebabkan ketidakselesaan di tempat kerja. Undang-undang ini termaktub dalam Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Penterjemah berpendapat bahawa teks laras undang-undang ini mempunyai inputinput yang penting yang seharusnya dikongsikan kepada masyarakat kerana undangundang buruh ini dikuatkuasakan kepada seluruh pekerja Malaysia. Namun, penyampaian maklumat itu akan menjadi lebih efektif jika teks sumber tersebut dapat diterjemahkan kepada teks sasaran yang membolehkan pembaca yang mengunakan bahasa sasaran untuk memahami maklumat yang berkaitan dengan undang-undang buruh. 2

2.0

ANALISIS TEKS 2.1

Syarat-syarat penterjemahan

Seorang penterjemah yang baik perlu cakna akan syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa menjalani proses menterjemah. Syarat-syarat tersebut amat penting bagi memastikan mesej dan hasil terjemahan yang tersurat dan tersirat dapat disampaikan kepada pembaca. Terdapat segelintir penterjemah yang beranggapan bahawa pengetahuan dua bahasa yang umum sahaja sudah mencukupi. Oleh itu, mereka seringkali acuh tak acuh dalam melakukan kerja penterjemahan seperti melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, proses penterjemahan memerlukan kemahiran yang khusus di samping memenuhi syarat-syarat tertentu yang menjadikan seseorang itu penterjemah yang bagus. Etiene Dolet (1540) telah memperkenalkan lima syarat atau ciri yang perlu dimiliki oleh penterjemah dalam bukunya La maniere de bien traduire d’une langue en aultre. Syarat-syarat itu termasuklah menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran, memahami makna dan tujuan sebenar teks asal, mengelakkan dari menterjemah satu lawan satu, menggunakan perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa sasaran, dan menggunakan nada yang tepat dan betul.

2.1.1

Menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran

Penguasaan dan pengetahuan tentang keistimewaan dan keganjilan kedua-dua bahasa amatlah signifikan agar maksud teks sumber tersebut dapat disampaikan kepada pembaca. Hal ini kerana setelah berjaya untuk memahami inti-inti teks sumber, penterjemah itu perlu menterjemah teks sumber tanpa mengubah maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis. Dengan cara demikian, barulah terjemahan dapat dilakukan dengan tepat. Contoh syarat yang dipatuhi semasa mentafsir teks Employee’s Disruptive Behaviour at Workplace adalah istilah “badmouthing”. Istilah ini memerlukan penguasaan bahasa sumber dan sasaran oleh penterjemah agar tafsirannya tidak menjadi mulut jahat. Sebaliknya, dengan mematuhi syarat pertama ini, istilah tersebut akan menjadi “bercakap buruk”. Dengan 3

menguasai bahasa penerima dengan baik, bukan sahaja teks daripada bahasa sumber dapat ditafsirkan malah pembaca juga dapat mengerti tentang apa yang ingin disampaikan oleh penterjemah.

2.1.2

Memahami maksud dan tujuan sebenar teks asal.

Seorang penterjemah perlu mendalami makna dan tujuan sebenar teks yang ingin disampaikan oleh penulis. Ini bermaksud, seseorang penterjemah juga perlu mempunyai pengetahuan tentang tajuk atau subjek yang akan diterjemahkan supaya ketepatan dan kesempurnaan makna dapat dipindahkan. Pengetahuan tentang bidang yang ingin diterjemah adalah amat penting agar makna dan maklumat dalam teks asal tidak disalah tafsir. Hal ini kerana, setiap bidang mengandungi istilah-istilahnya yang khusus. Teks terjemahan yang disediakan adalah teks laras undang-undang yang mempunyai tarif khusus yang tidak digunakan dalam komunikasi harian oleh orang yang tidak mempunyai latar belakang undang-undang. Misalnya, perkataan “In Intan Zafina A Rahman v Power Cables Malaysia Sdn Bhd” tidak membawa maksud “dalam Intan Zafina A Rahman v Power Cables Malaysia Sdn Bhd”. Sebaliknya, penulis tersebut ingin memberi ilustrasi tentang prinsip undang-undang yang telah dikatakan oleh hakim dalam kes tersebut. Oleh itu, terjemahan yang betul ialah “Dalam kes Intan Zafina A Rahman v Power Cables Malaysia Sdn Bhd”.

2.1.3

Elak terjemahan satu lawan satu

Penterjemah turut perlu menguasai bidang yang diterjemah bagi mengelakkan terjemahan satu lawan satu. Penterjemah yang arif dalam bidang terjemahannya mampu memahami kandungan teks yang ingin ditafsir sekaligus mampu untuk menghasilkan karya terjemahan yang lebih gramatis dan tepat berbanding penterjemah yang tidak mematuhi syarat ini serta

4

melakukan kerja secara sambil lewa. Sebagai contoh, ayat “slowdown in production” membawa maksud “melambatkan pengeluaran produk”. Istilah slowdown di sini tidak membawa erti perlahan bawah. Sekiranya penterjemah tidak menitikberatkan syarat ketiga ini, hasil terjemahannya akan kedengaran janggal dan tidak munasabah jika dibaca.

2.1.4

Penggunaan perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa sasaran

Penterjemah juga mestilah mempunyai pengetahun tentang suatu budaya sebelum memulakan penterjemahan. Seseorang penterjemah perlu menyesuaikan teks asal dengan budaya sesuatu masyarakat yang mengunakan bahasa sasaran sebagai bahasa utama mereka bagi memudahkan para pembaca untuk memahami teks yang diterjemah. Misalnya, istilah “cooperative” tidak diterjemahkan sebagai “koperasi”. Sebaliknya, ia diterjemahkan sebagai “saling bekerjasama”. Hal ini kerana istilah “koperasi” bukan sahaja mampu memberi maksud yang lain, tetapi ia juga merupakan istilah yang jarang digunakan sebagai budaya masyarakat yang menggunakan bahasa sasaran. Istilah yang kerap digunakan adalah istilah “saling bekerjasama” lantas lebih sesuai untuk difahami oleh pembaca.

2.1.5

Nada yang betul

Penggunaan nada yang betul adalah penting agar penterjemah tidak terpengaruh oleh sifat prejudis atau agresif mana-mana pihak dalam tulisan seseorang penulis teks sumber tersebut. Penterjemah perlu bersikap neutral dan tidak menggunakan nada menyindir kepada mana-mana pihak agar pembaca tidak terpengaruh dengan sifat prejudis penterjemah dalam hasil terjemahannya.

5

2.2

Proses menterjemah

Larson (1984) telah menerangkan lima proses terjemahan dalam buku beliau yang bertajuk Meaning—Based Translation. Proses-proses tersebut termasuklah proses memahami bahasa sumber, memilih teks yang hendak diterjemah, menganalisis makna teks tersebut, menterjemahkan teks dengan meletakkan makna, dan menzahirkan makna tersebut kepada pembaca. Selain itu, model tentang proses terjemahan ini turut dikemukakan oleh Eugene A. Nida dan Charles Taber pada tahun 1969 dalam buku mereka yang bertajuk The Theory and Practice of Translation. Menurut mereka, terdapat tiga proses terjemahan. Proses yang pertama, seseorang penterjemah perlu menganalisis sesebuah teks untuk mengetahui dan memahami isi kandungan teks tersebut. Pada peringkat ini, penguasaan bahasa sumber yang baik adalah sangat penting agar penterjemah berkenaan tidak terkeliru dan melakukan penterjemahan secara literal yang tidak kena dengan konteksnya. Penterjemah seharusnya membaca teks yang akan diterjemahkan bagi mengetahui

apa

mengidentifikasikan

yang

ingin

perkataan

disampaikan

oleh

yang rumit serta

penulis

teks

asal

dan

untuk

istilah yang kompleks. Semasa

menganalisis, penterjemah perlu meneliti struktur permukaan teks dari segi hubungan tatabahasa kata-kata yang membawa mesej dan makna serta makna kata-kata tertentu seperi kiasan, ungkapan lisan, istilah ungkapan yang menjadi norma sesuatu bahasa, untuk memastikan makna linguistik, makna rujukan dan makna emosi yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh, “slowdown in production” bukanlah bermaksud “perlahan bawah dalam produk” dan “badmouthing” tidak membawa erti “mulut jahat”. Penterjemah yang bagus tidak akan melakukan penterjemahan seperti berikut sekiranya dia mempraktikkan langkah atau proses pertama dalam menterjemah.

Proses yang kedua adalah proses pemindahan warta. Proses ini perlu dilakukan secara berhati-hati kerana pada tahap ini, maklumat dan maksud yang diperoleh melalui proses analisis tadi akan dipindahkan ke dalam bahasa sasaran. Semasa proses 6

pemindahan ini berlaku, kata-kata dipadukan secara bermakna mengikut kelaziman yang terdapat dalam bahasa penerima setelah dibuat penyesuaian makna (semantik) dan penyesuaian struktur. Penyesuaian struktur pula melibatkan seluruh struktur linguistik seperti wacana, ayat, perkataan dan bunyi. Tanpa penyesuaian struktur, terjemahan yang dihasilkan akan janggal dan asing bunyinya. Malah perkara ini boleh mencacatkan penyampaian maksud. Hal ini kerana pengekalan struktur bahasa sumber dalam teks terjemahan hampir mustahil dilakukan kerana setiap bahasa mempunyai strukturnya yang tersendiri. Misalnya, ayat “One’s disruptive behaviour” telah diterjemahkan sebagai “Tingkah laku mengganggu seseorang”. Walaupun struktur ayat bahasa sumber itu telah mengalami perubahan yang kecil, namun ia masih membawa maksud yang sama seperti yang ingin disampaikan oleh penulis teks asal dalam teks sumber.

Proses yang terakhir ialah proses menstruktur semula ayat yang telah diterjemahkan mengikut struktur bahasa sasaran. Dalam proses ini, gaya memainkan peranan penting kerana penstrukturan semula bergantung pada pelbagai gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri utama pada gaya bahasa dan kaedah yang dapat digunakan sesuai dengan konteks penggunaan bahasa yang dikehendaki. Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami terjemahan itu dengan mudah supaya struktur cerita cepat difahami dan tidak membosankan. Di samping itu, perkara yang amat penting semasa membuat penstrukturan semula ini adalah menstruktur warta dalam lenggok bahasa penerima supaya pembaca dapat memahami teks tersebut seperti membaca teks yang asal. Sebagai contoh, ayat “Such behaviour unless addressed promptly” telah diterjemahkan kepada “Sekiranya tingkah laku tersebut tidak ditangani dengan segera”. Ayat terjemahan tersebut telah menjalani proses penstrukturan semula warta ke dalam lenggok bahasa penerima agar mudah difahami. Setelah melalui semua proses yang telah dinyatakan, penterjemah perlulah menyemak semula teks sasaran agar menepati dengan kehendak penerima iaitu pembaca. Hal ini bagi memastikan pembaca dapat memahami konteks di dalam teks sasaran seperti mereka membaca teks asal. 7

2.3

Kaedah terjemahan

Menurut Arizah Ardi (1950) dalam bukunya Pengantar Prinsip Penterjemah, terdapat pelbagai jenis kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis terjemahan. Beliau berpendapat bahawa kaedah terjemahan terbahagi kepada dua iaitu kaedah lama (formal) dan kaedah baru (tidak formal). Mengikut kaedah lama (formal), penterjemahan ditumpukan pada persamaaan bentuk teks terjemahan dengan teks asal. Aspek seperti format, rima rentak, bunga bahasa dan ciri-ciri kebahasaan yang khusus dalam teks asal cuba dikekalkan supaya terjemahan yang dihasilkan menyamai bentuk asal. Kaedah ini juga dikenali sebagai Kaedah Langsung, Kaedah Formal (formal equivalence), Kaedah Terjemahan Harafiah dan Terjemahan Literal. Kaedah baru (tidak formal) pula mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca. Kaedah yang turut dikenali sebagai Kaedah Tidak Langsung ini turut menitikberatkan persamaan dinamik (dynamic equivalence) dan disebut sebagai terjemahan kaedah dinamik. Sambutan pembaca terjemahan hendaklah serupa dengan sambutan pembaca teks sumber, begitu juga dengan emosi yang dialaminya. Berdasarkan dua kaedah utama tersebut, Vinay dan Darbelnet iaitu 2 orang pakar penterjemahan telah mengutarakan beberapa kaedah seperti berikut:

Kaedah formal (langsung)

1. Pinjaman 2. Peniruan 3. Literal

Kaedah dinamik (tidak langsung)

1. Transposisi 2. Modulasi 3. Persamaan 4. Penyesuaian

8

2.3.1 Kaedah Formal 2.3.1.1

Kaedah Pinjaman (borrowing)

Kaedah ini digunakan untuk sesuatu unsur yg tidak wujud dan tiada padanan yg sesuai di dalam bahasa sasaran misalnya dari segi teknik, konsep, peristilahan dan sebagainya. Kaedah pinjaman ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pinjaman langsung, pinjam dan ubah suai, pinjam terjemah, dan pinjaman lama. Antara kaedah pinjaman yang digunakan untuk menterjemah teks sumber termasuklah kaedah pinjam dan ubah suai. Para penterjemah akan meminjam sesuatu istilah dalam bahasa sumber dan mengubah ejaannya mengikut kesesuaian bunyi dalam bahasa sasaran. Contoh-contoh kaedah yang dipinjam dan diubah suai yang telah diaplikasikan di dalam teks sumber ke dalam teks sasaran adalah seperti berikut: Teks Sumber

Teks Sasaran

1. affect the function and flow of the

1. memberi kesan terhadap fungsi dan aturan

workplace

tempat kerja

2. negative consequences

2. kesan-kesan negatif

3. dangerous interaction and encounter

3. interaksi serta pertembungan yang berbahaya

Istilah pertama yang dipinjam dan diubah suai adalah istilah function. Menurut Kamus Dwibahasa, function ialah fungsi dalam ejaan Bahasa Melayu. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat menerangkan maksud fungsi sebagai suatu tugas yang perlu dilaksanakan. Dalam konteks ini, ayat “affect the function and flow of the workplace” membawa erti yang sesuatu perkara itu akan memberi kesan terhadap fungsi dan aturan tempat kerja. Sekiranya istilah function diterjemahkan mengikut makna yang diberi di dalam kamus, perkataan tugas akan digunakan dan ia tidak akan melambangkan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis teks sumber kerana ia akan kelihatan tergantung. 9

Yang kedua, istilah negative jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ialah negatif. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, negatif membawa maksud pernyataan yang tidak setuju, tidak mempunyai nilai, atau cenderung untuk membawa kesan yang tidak elok. Sekiranya kaedah pinjam dan ubah suai tidak diaplikasikan, ayat “negative consequences” akan diterjemahkan kepada kesan-kesan yang tidak setuju, kesan-kesan yang tidak mempunyai nilai, atau kesan-kesan yang cenderung untuk membawa kesan yang tidak elok. Hal ini akan menjadikan ayat terjemahan tersebut kedengaran salah dan mempunyai makna yang lari daripada konteks. Oleh itu, istilah negatif perlu digunakan. Seterusnya, istilah interaction yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ialah interaksi. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, interaksi membawa maksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain. Istilah interaksi lebih sesuai digunakan ekoran maknanya yang mampu disampaikan serta difahamkan melalui satu perkataan yang dipinjam dan diubah suai mengikut kesesuaian bunyi dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan “dangerous interaction and encounter” harus diterjemahkan kepada “interaksi dan pertembungan yang berbahaya”.

2.3.1.2

Kaedah Peniruan (loan transaction/calque)

Kaedah ini berlaku apabila istilah pinjaman dimasukkan ke dalam bahasa sasaran. Namun begitu, hanya istilah atau konsepnya sahaja yang ditiru atau diterjemah. Terdapat dua jenis peniruan iaitu peniruan struktur dan peniruan penyampaian. Peniruan stuktur adalah peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa manakala peniruan penyampaian adalah terjemahan dibuat menggunakan perkataan dalam bahasa sasaran tetapi strukturnya mengikut bahasa sumber. Contoh peniruan penyampaian yang terdapat di dalam teks sumber adalah seperti berikut:

10

Teks Sumber

Teks Sasaran

1. Workplace

1. Tempat Kerja

2. Social media

2. Media sosial

Di sini, penggunaan istilah workplace membawa maksud tempat kerja kerana ia diterjemahkan menggunakan kaedah peniruan penyampaian. Sekiranya istilah tersebut diterjemahkan menggunakan peniruan struktur, istilah itu akan menjadi kerja tempat yang sudah terang lagi bersuluh tidak ada di dalam mana-mana kamus Bahasa Melayu. Begitu juga dengan perkataan social media. Istilah tersebut perlu diterjemahkan menggunakan kaedah peniruan penyampaian yang menjadi media sosial dan bukannya sosial media.

2.3.1.3

Kaedah Literal (harafiah)

Kaedah ini digunakan dengan menterjemahkan atau menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Seseorang penterjemah perlu memastikan penukaran atau penterjemahan sesuatu istilah tersebut mempunyai padanan maksud di samping memastikan kegramatisan ayatnya. Sebagai contoh: Teks Sumber

Teks Sasaran

1. One’s disruptive behaviour will affect

1. Tingkah laku mengganggu seseorang akan

the function and flow of the workplace.

memberi kesan terhadap fungsi dan atu...


Similar Free PDFs