KEMAHIRAN MENJANA IDEA KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BOGRAF DI SEKOLAH RENDAH PDF

Title KEMAHIRAN MENJANA IDEA KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BOGRAF DI SEKOLAH RENDAH
Author Eliyas Yaz
Pages 17
File Size 1.4 MB
File Type PDF
Total Downloads 130
Total Views 181

Summary

KEMAHIRAN MENJANA IDEA KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BOGRAF DI SEKOLAH RENDAH Rubiaton Ibrahim1 & Jamaludin Badusah2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected], [email protected] ABSTRAK Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk meneroka olahan idea penulisan karangan murid sete...


Description

KEMAHIRAN MENJANA IDEA KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BOGRAF DI SEKOLAH RENDAH Rubiaton Ibrahim1 & Jamaludin Badusah2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk meneroka olahan idea penulisan karangan murid setelah menggunakan teknik BoGraf. Borang Grafik (BoGraf) merupakan alat berfikir berbentuk pengurusan grafik yang dibina khusus untuk membantu murid menjana idea bagi menulis karangan. Kajian ini berlandaskan teori konstruktivisme dan teori kognitif yang mana murid membina dan mengolah sendiri idea menggunakan BoGraf bagi menghasilkan karangan yang lengkap. Pendekatan kajian secara kualitatif dengan kaedah kajian tindakan digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan tindakan ini akan menggunakan teknik kajian berbentuk triangulasi sumber data iaitu analisis dokumen, pemerhatian, dan catatan nota lapangan sebagai teknik pengumpulan data. Dua orang responden dari tahun 5 yang berprestasi sederhana dalam penulisan berformat Bahagian C dipilih sebagai responden kajian ini. Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan analisis dokumen secara deskriptif hasil daripada triangulasi dapatan. Dapatan kajian ini menunjukkan adanya peningkatan bilangan idea dalam karangan dan olahan ayat huraian responden menjadi semakin berstruktur berdasarkan isi utama karangan. Kajian ini boleh dijadikan intervensi dan panduan oleh guru-guru bahasa Melayu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membina idea dan menulis huraian lengkap bagi menghasilkan karangan yang cemerlang. Namun begitu, aspek kelemahan responden dalam mengenal pasti isi utama dan kelemahan aspek tatabahasa yang turut menyumbang kepada masalah penguasaan penulisan karangan tidak diteroka dalam kajian ini. Kata kunci:

Alat Berfikir, Pengurusan Grafik, Kemahiran Menulis, Teknik Menjana Idea, BoGraf

ABSTRACT

The purpose of this study is to explore the elaboration of ideas in students’ essay writing after using BoGraf technique. Graphic Form (BoGraf) is a thinking tool in a graphical organizer form that is specifically designed to help students generate ideas for writing. This study is based on the constructivism and cognitive theories which students construct ideas and provide supporting details on their own using BoGraf to produce complete essays. Qualitative research approach with action plan method is used in this study. This action research will use the data sources triangulation technique, namely, document analysis, observation, and record field notes as data collection techniques. Two intermediate level of Year 5 respondents in formatted writing, Part C, were selected as respondents. The data analysis was conducted by using descriptive document analysis result of the finding triangulation. This study showed an increase in the number of ideas and the respondents’ supporting details become more structured based on the main ideas in the essay. This study can be used as intervention and guidance by the Malay language teachers to help students who have not mastered the skills in developing ideas and writing complete supporting details to produce excellent essay. However, the weaknesses of the respondents in identifying the main ideas and in grammar aspect that contributed to the problems in essay writing proficiency is not explored in this study. Keywords: Thinking Tools, Graphics Organizer, Writing Skills, Idea Generating Technique, BoGraf

20

PENGENALAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, telah menobatkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2003). Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam Bahasa Melayu adalah kemahiran menulis. Apatah lagi kemahiran ini akan diuji sepenuhnya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas Bahasa Melayu Penulisan. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas (KPM, 2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam telah menggariskan beberapa objektif kemahiran menulis yang perlu dicapai oleh murid. Antaranya ialah; menulis secara mekanis dengan betul dan kemas; membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun; dan menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul (KPM, 2014). Pelbagai masalah berkaitan penguasaan penulisan karangan yang telah dinyatakan dalam kajian-kajian lepas. Terdapat murid menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila kekurangan idea dan menjadikan karangan yang ditulis tidak bermutu (Che Zanariah, 2011). Kajian daripada Aisyah, Zamri dan Azwa (2016) mendapati sikap tidak minat mengarang merupakan faktor paling besar yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan responden kajian mereka. Natijahnya, responden kajian sukar menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan. Sikap guru yang mengajar menggunakan kaedah konvensional telah merumitkan lagi isu ini. Zamri et al. (2016) menegaskan, guru BM memainkan peranan yang sangat penting dalam masalah pengajaran kemahiran menulis ini. Guru BM harus mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dan segera membantu murid supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Justeru, untuk mengatasi masalah ini, pengkaji mengambil pendekatan berbentuk intervensi dengan membina borang grafik yang berupa alat berfikir dengan menggabung jalin kaedah pengurusan grafik dan kaedah penyoalan dalam kemahiran berfikir. Selaras dengan saranan KPM supaya mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Banyak contoh Pengurusan Grafik, namun dalam membina borang grafik aspek penulisan karangan, pengkaji telah pengurusan grafik menjana idea. Mengikut Som dan Mohd Dahalan (1998), pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea atau pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan. Walau pun pengurusan grafik ini disediakan dengan contoh-contoh tertentu, guru boleh mereka cipta pengurusan grafik sendiri atau mengubah suai pengurusan grafik yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran murid (Som dan Mohd Dahalan, 1998). KPM (2014) dalam buku panduan KSSR BM Sekolah Kebangsaan Tahun 6 juga menegaskan bahawa bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis, pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik, seperti maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain perlu digunakan untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Justeru, terbentuklah Borang Grafik Menjana Idea Penulisan Karangan yang juga dinamakan oleh pengkaji sebagai Teknik BoGraf. PERMASALAHAN KAJIAN

Keputusan UPSR 2017 di sekolah kajian menunjukkan seramai 25 orang murid mendapat Gred D (Mencapai Tahap Minimum) dan 4 orang mendapat gred E (Belum Mencapai Tahap Minimum). Manakala bagi UPSR 2016 seramai 42 orang murid mendapat gred D dan 14 orang mendapat Gred E, (Lembaga Peperiksaan, 2017). Data ini menunjukkan masih ramai murid di sekolah kajian yang belum menguasai penulisan karangan yang melayakkan mereka mendapat markah lebih baik. Saban tahun juga, pengkaji menerima sebahagian murid tahun 6 yang masih belum menguasai kemahiran menulis karangan walau pun sudah dua tahun belajar menulis semasa di tahun 4 dan tahun 5. Mereka masih terpinga-pinga

21

mencari idea penulisan, malah tidak tahu bagaimana untuk menyusun idea dan huraian. Murid juga tidak dapat menyiapkan penulisan karangan dalam masa yang ditetapkan kerana kebanyakan masa dihabiskan dengan berfikir untuk mengeluarkan idea. Idea dan isi karangan juga tidak mencukupi dan berulangulang penggunaannya. Kajian daripada Aisyah, Zamri dan Azwa (2016) mendapati responden kajian sukar menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan. Hasilnya, penulisan karangan mereka hanya berkisar kepada satu perenggan sahaja, idea serta huraian bertindan dan berlaku pengulangan isi utama. Markah penulisan karangan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) juga menunjukkan pencapaian yang mendukacitakan. Kajian Che Zanariah (2011) juga menyatakan bahawa murid menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila kekurangan idea dan menjadikan karangan yang ditulis tidak bermutu. Kajian yang dibuat oleh Abdul Rasid (2011), juga telah menggariskan lima kelemahan penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar iaitu kesilapan mentakrif tajuk karangan dengan tepat, kelemahan mengembangkan isi karangan, kelemahan penggunaan ayat-ayat gramatis, pengolahan kurang menarik dan penyampaian idea yang lemah dengan tiada pertautan antara ayat Oleh itu, dalam usaha mengatasi masalah ini, pengkaji telah membina teknik BoGraf dan kajian penyelidikan ini akan meneroka peningkatan kemahiran menjana idea dan mengolah huraian berdasarkan isi utama karangan menggunakan teknik BoGraf ini. OBJEKTIF & PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka peningkatan kemahiran menjana idea dan mengolah huraian berdasarkan isi utama karangan dan bagi menjawab persoalan kajian sejauh manakah peningkatan kemahiran mengolah huraian dan menyusun idea dalam karangan murid kajian? TINJAUAN PERPUSTAKAAN

Satu kajian yang dilakukan oleh Norliza dan Wan Muna Ruzzana (2018) untuk meneroka penjanaan idea murid dalam penulisan karangan dengan menggunakan Modul PERHALUS. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini melibatkan 6 orang responden murid sekolah mengah di daerah Kuantan, Pahang. Kajian mendapati bahawa penggunaan modul dapat menjana idea dengan baik, namun bagi memantapkan aspek penjanaan idea murid. Kajian Norliza & Wan Muna Ruzzana mencadangkan agar penggunaan grafik perlu dijadikan strategi untuk merangsang murid menjana idea. Penggunaan bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan, petikan dialog, dan catatan dalam PdP karangan boleh mencetuskan idea murid. Dapatan kajian Aisyah, Zamri dan Azwa (2016) berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu, melibatkan 400 orang responden dari Tingkatan 4 di sekitar daerah Manjung Perak, mendapati responden mereka sukar menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan, kurang yakin untuk menulis kerana mempunyai kemahiran bahasa yang lemah, dan tidak bermotivasi untuk belajar Bahasa Melayu. Guru haruslah menggunakan strategi yang sesuai digunakan dalam pelajaran dan murid dapat mempraktikkan ketika mereka mengulang kaji pelajaran. Responden juga menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik juga menjadi faktor yang mempengaruhi dalam penulisan karangan. Zaleha & Zubaidah (2014) telah menjalankan kajian tindakan terhadap 39 orang murid tahun 3 dan tahun 4 di sebuah sekolah rendah Park View, Singapura menggunakan kaedah “Tinta Emas” untuk meningkatkan kemahiran menulis murid. Kaedah ini memfokuskan kepada kaedah proses mengarang, iaitu membina kemahiran menulis dalam kalangan murid melalui mekanisme pengajaran karangan secara berpandu. Kajian mereka mendapati pengajaran kemahiran mengarang melalui pendekatan proses bukan sahaja telah berjaya mengubah persepsi guru malahan juga dapat memupuk keterampilan guru di dalam bilik darjah. Guru-guru menjadi lebih yakin dan dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan disebabkan adanya bahan pengajaran yang terancang (sumber multimedia, slaid pengajaran, lembaran kerja) dan sumber rujukan untuk kegunaan guru.

22

Kajian tentang alat berfikir melibatkan peta pemikiran yang dilakukan oleh Noor Hidayu & Yahya Othman (2016) menunjukkan peningkatan kemahiran menulis karangan naratif bagi 30 orang murid tahun 5 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Penggunaan peta pemikiran yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain untuk menyatakan atau menyampaikan idea dalam karangan mereka. Dengan menggunakan peta pemikiran juga pemikiran murid lebih terarah dan terancang mengikut fungsi peta pemikiran yang telah ditetapkan berbanding alat berfikir yang lain seperti peta konsep dan peta minda. Kajian Yahya& Azemy (2012) berkaitan peningkatan pencapaian penulisan karangan argumentatif menggunakan peta minda sebagai alat berfikir di Sekolah Menengah Arab, mendapati murid yang menggunakan strategi peta minda dalam PdP juga telah berjaya meningkatkan pencapaian penulisan mereka berbanding murid yang diajar menggunakan kaedah konvensional. Dapatan kajian Rohaida & Zamri (2015), terhadap 60 orang murid tahun 6 di daerah Batu Pahat, mendapati teknik perbincangan konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dapat meningkatkan pencapaian murid. Tetapi bagi kumpulan kawalan, penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran penulisan karangan berjaya meningkatkan penguasaan subjek dalam aspek olahan karangan. Kajian ini merumuskan bahawa peta pemikiran merupakan salah satu alat bagi murid untuk menjana pendapat mereka sendiri ketika proses PdP di dalam bilik darjah. Abdul Fatah Hassan dalam kajian Mohd Sidek et al. (2013), menyatakan bahawa penggunaan pengurusan grafik dalam amalan pengajaran guru di Malaysia seperti peta minda masih di tahap yang rendah serta tidak menggalakkan murid menjadi lebih kreatif dan kritis dalam pembelajaran mereka. Secara keseluruhan, kajian lepas melaporkan bahawa penggunaan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, bahan grafik dan juga modul penulisan dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menjana idea dan juga meningkatkan kemahiran penulisan mereka. Kajian-kajian tersebut juga menyebut bahawa kaedah konvensional tidak lagi relevan pada masa kini, kerana terbukti secara signifikan kaedah itu tidak memberi impak positif kepada peningkatan kemahiran penulisan Bahasa Melayu murid. Ternyata kemahiran berfikir yang diterapkan dalam PdP Bahasa Melayu tidak patut diabaikan oleh para guru yang mengajar kemahiran menulis karangan di sekolah. TEKNIK BOGRAF

Bagi mendapatkan hasil karangan yang cemerlang, sesebuah karangan perlu memenuhi kriteria berikut: idea menepati tugasan; pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik; penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta bertepatan dengan tugasan; penggunaan kata dan kosa kat a yang meluas serta sesuai dengan tugasan; dan Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. Sejajar dengan kriteria di atas, borang grafik (BoGraf) dibina secara berstruktur sebagai alat berfikir dalam bentuk pengurusan grafik dan penyoalan untuk membantu murid menjana idea dan menyusun isi karangan penulisan. Hal ini kerana idea, olahan idea dan susunan idea merupakan perkara utama yang menentukan kecemerlangan sesebuah karangan. Oleh itu BoGraf ini dibina dengan harapan dapat digunakan oleh murid untuk menghasilkan satu perenggan lengkap, tersusun dan tidak terpesong daripada tugasan karangan yang diberikan. Borang ini berfokus kepada pengajaran proses mengarang seperti yang dinyatakan dalam kajian Zaleha & Zubaidah (2014). Pengajaran proses mengarang ini akan membuat pemetaan kognitif dalam ingatan murid. Susunan binaan ayat-ayat dalam BoGraf menyebabkan proses murid membina ayat huraian menjadi lebih mudah. Sekeping lembaran BoGraf mewakili satu perenggan lengkap sesebuah karangan. Untuk mendapatkan 3 perenggan karangan isi, perlu menggunakan 3 BoGraf. Perenggan pendahuluan dan penutup, murid boleh menulis mengikut kreativiti sendiri berdasarkan tajuk.

23

Rajah 1: Paparan BoGraf Untuk memastikan murid dapat menjana idea, pengkaji menggunakan teknik penyoalan seperti siapa, di mana, kenapa dan bagaimana bagi mencungkil isi-isi dan huraian karangan. Murid perlu menyoal diri sendiri berkaitan isi karangan dan menulis jawapan dalam ayat lengkap menggunakan BoGraf yang diberikan. Kajian Norliza dan Wan Muna Ruzzana (2018) mendapati melalui teknik penyoalan, murid akan dirangsang untuk berfikir. Dengan bertanya soalan khusus dan kemudian datang dengan jawapan, seseorang akan mengumpulkan banyak maklumat dan idea tentang topik yang sedang dibuat. Bagi murid tahun lima, memadai dengan tiga soalan bagi membentuk tiga ayat huraian dalam sesebuah perenggan. Setelah murid dapat membuat pemetaan BoGraf dalam kognitif mereka, helaian borang ini tidak perlu digunakan lagi. Murid perlu memahirkan diri mereka dengan teknik ini tanpa menggunakan borang ini. Secara ringkas, contoh murid menjana idea menggunakan borang ini adalah seperti Rajah 2 di bawah. Murid perlu sentiasa bertanya pada diri sendiri soalan-soalan berkaitan isi utama dan jawapan mestilah dalam bentuk ayat yang lengkap.

Rajah 2: Contoh Penggunaan BoGraf Apabila murid telah menyiapkan pengisian BoGraf seperti Rajah 2 di atas, cantumkan semua ayat jawapan dalam satu perenggan seperti paparan di bawah:

24

Untuk membina perenggan isi berikutnya, murid akan mengulangi proses bertanya dan menjawab soalan itu dalam BoGraf lain pula. Bagi murid yang lebih cemerlang, guru boleh menambah bilangan soalan dan juga bilangan BoGraf yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak huraian dan idea. METODOLOGI KAJIAN

Penerangan reka bentuk kajian, sampel, instrumen, prosedur, kaedah pengumpulan dan kaedah menganalisis data terkandung dalam metodologi kajian. Reka bentuk Kajian

Kajian ini merupakan penyelidikan tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Reka bentuk ini adalah sesuai dengan jenis kajian tindakan kerana kajian ini bertujuan untuk meneroka kesan tindakan yang dilakukan terhadap masalah yang dihadapi (Cohen, Manion, & Morrison, 2007). Kajian tindakan ini akan melalui empat fasa utama, iaitu membuat perancangan, melaksanakan, memerhati dan membuat refleksi sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 3 (Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992).

Rajah 3: Reka Bentuk Kajian (adaptasi daripada Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992) Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan dua orang murid tahun 5 dari sebuah sekolah rendah daerah Puchong, Selangor. Pemilihan responden kajian adalah secara pensampelan mudah berdasarkan pencapaian mereka dalam Penulisan Karangan Bahagian C semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT). Kedua-dua responden merupakan seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan berbangsa Melayu yang berprestasi sederhana dengan mendapat skor di bawah 20 markah daripada markah keseluruhan 25 markah. Keduadua responden telah dikenal pasti oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah berkenaan berdasarkan kriteria yang disenaraikan oleh pengkaji iaitu; menguasai kemahiran membaca dan menulis ayat mudah, mempunyai masalah menyiapkan karangan, lemah dalam penulisan karangan; dan bersikap positif untuk membaiki kelemahan mereka. Instrumen Kajian

Kajian ini merupakan penyelidikan tindakan yang menggunakan teknik pengutipan data secara deskriptif. Pendekatan ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat terperinci yang melibatkan proses kajian tindakan dilaksanakan terhadap responden. Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan berperanan sebagai instrumen utama yang hadir sendiri di tempat kajian bagi melaksana PdP BoGraf dan mengutip data yang diperlukan. Pengkaji dapat melihat secara langsung tentang apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh responden kajian (Merriam, 1990). Selain itu, catatan lapangan dan analisis dokumen juga dijadikan instrumen kajian untuk menyokong dapatan kajian ini.

25

Prosedur Kajian

Kajian ini dijalankan dengan berpandukan model kajian tindakan yang telah dicadangkan oleh Lewin, (1946) dan Laidlaw, (1992). Penyelidikan tindakan ini bermula setelah pengkaji mengenal pasti permasalahan yang berlaku di dalam kelas. Dalam kajian ini, pengkaji dapati masalah murid adalah untuk mengeluarkan idea-idea bagi menulis karangan. Hasil pemerhatian terhadap tingkah laku, buku lati...


Similar Free PDFs