bahasa rojak karangan bm DOCX

Title bahasa rojak karangan bm
Author Najihahmm Mmm
Pages 2
File Size 17.6 KB
File Type DOCX
Total Downloads 62
Total Views 132

Summary

PENCEMARAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR Bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi di Malaysia,telah menjadi wahana pembinaan tamadun di Negara ini sejak berpuluh tahun dahulu,dengan mengambil kira dari tarikh keramat ini iaitu tanggal 31 Ogos 1957 sebagai titik per...


Description

PENCEMARAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR Bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi di Malaysia,telah menjadi wahana pembinaan tamadun di Negara ini sejak berpuluh tahun dahulu,dengan mengambil kira dari tarikh keramat ini iaitu tanggal 31 Ogos 1957 sebagai ttk permulaan.Jika dikaitkan dengan tamadun Melayu di rantau alam Melayu ini,maka Bahasa Melayu telah menjadi asas kepada pembinaan dan pembentukan tamadun kerana Bahasa Melayu telah dikesan menjadi bahasa terawal dalam tamadun awal di rantau ini pada awal abad masihi.Bahasa merupakan alat perantara bagi kita menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan,lisan atau isyarat.Justeru,kemahiran berbahasa perlu dipelajari,dan bukan berserah kepada kudrat semula jadi.Perkara yang ingin saya dibincangkan disini adalah berkaitan dengan pencemaran bahasa dalam kalangan pelajar yang semakin meruncingkan dewasa ini. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pencemaran bahasa.Salah satu faktornya adalah daripada pengaruh rakan sebaya.Masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu masalah yang melibatkan remaja.Bagi faktor ini, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka sendiri tdak past akan identt mereka sendiri.Maka,mereka lebih mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka.Ingin mengikut arus,'trend'.Supaya tdak dikatakan ketnggalan zaman Pengetahuan yang lemah juga menyumbang ke arah pencemaran bahasa.Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa rojak,SMS,bahasa lucah dan sebagainya adalah mereka yang mempunyai pengetahuan cetek dan tdak peka terhadap bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi.Selalunya mereka akan menggunakan bahasa harian mereka terutamanya bahasa basahan iaitu bahasa pasar.Di samping itu,budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku.Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia.Budaya ini menjadi popular dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik sepert Too Phat.Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar. Selain itu,media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini.Bahasa yang digunakan oleh radio,televisyen,atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa,misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.Di samping itu,sebilangan orang besar dan juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca televisyen turut menggunakan bahasa rojak.Perkara-perkara sepert ini membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media. Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu.Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu.Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat pentng,iaitu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa pentadbiran, bahasa pengantar,bahasa rasmi dan sebagainya.Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian,kita seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastkan Bahasa Melayu tdak ditelan arus pemodenan atau globalisasi....


Similar Free PDFs