Bincangkan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah PDF

Title Bincangkan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah
Author Lin Zhi
Course Advanced Audit Practice
Institution Universiti Tunku Abdul Rahman
Pages 4
File Size 54.7 KB
File Type PDF
Total Views 44

Summary

Bincangkan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di EropahSelepas tamat Perang Dunia Pertama, masih wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan yang terlibat dalam peperangan tersebut. Antara negara yang paling terjejas ialah Jerman. Jerman menganggap syarat- syarat yang ditetapkan dalam Perj...


Description

Bincangkan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah Selepas tamat Perang Dunia Pertama, masih wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan yang terlibat dalam peperangan tersebut. Antara negara yang paling terjejas ialah Jerman. Jerman menganggap syaratsyarat yang ditetapkan dalam Perjanjian Versailles berat sebelah dan tidak adil. Perkembangan ini menyebabkan Jerman bertindak tidak mematuhi Perjanjian Versailles dan memulakan program mengukuhkan kekuatan tentera. Tindakan Jerman menimbulkan kebimbangan Kuasa Berikat yang terdiri daripada Perancis, Britain, Rusia, dan Amerika Syarikat. Dalam pada itu, Jerman mewujudkan pakatan dengan Itali dan Jepun yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Perkembangan ini telah menyebabkan dunia berada di ambang peperangan. Perang Dunia tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan serangan terhadap Poland pada 1 September 1939. Terdapat beberapa factor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah. Antara faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah ialah perasaan tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles. Perjanjian Versailles yang ditandatangani bagi menamatkan Perang Dunia Pertama. Namun syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan rakyat Jerman. Semasa perjanjian ini ditandatangani, pemimpin Jerman tidak diberi peluang untuk menyuarakan pandangan berhubung dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Sebahagian besar daripada wilayah dan semua jajahan takluk Jerman telah diserahkan kepada pihak yang menang. Selain itu, Jerman juga dikehendaki membayar pampasan berjumlah US$ 33 billion kepada pihak Berikat. Pasukan tentera Jerman dihadkan kepada 100 000 orang dan mereka juga dilarang memiliki kalap selam dan tentera udara. Jerman juga dilarang menempatkan pasukan tentera mereka di Rhineland. Perjanjian Versailles dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan Jerman. Dalam pada itu, Itali yang menyertai piha Berikat dalam Perang Dunia Pertama juga berasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles. Itali berasa tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan seperti yang diterima oleh Perancis dan Britain. Pendek kata,

perasaan tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles merupakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah. Selain itu, faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah ialah kemunculan Adolf Hitler. Sepepas Perang Dunia Pertama, keadaan politik di Jerman tidak stabil. Di samping itu, muncul perasaan tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak yang memenangi peperangarn tersebut kepada Jerman. Tambahan pula, keadaan politik Jerman tidak menentu ekoran perebutan kuasa oleh pergerakan pelampau nasionalis. Perkembangan ini memberi peluang kepada Adolf Hitler untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa di Jerman. Pada tahun 1933, Parti Sosialis Kebangsaan pemimpim Adolf Hitler membentuk kerajaan baharu di Jerman dan mencapai kejayaan mengatasi masalah pengangguran dan memulihkan keadaan ekonomi di Jerman. Hitler juga memulihkan semangat kebangsaan rakyat Jerman dengan menghapuskan syarat-syarat Perjanjian Versailles. Hitler bertindak membangunkan Jerman sebagai kuasa besar dengan menubuhkan angkatan tentera darat, laut, dan udara yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara Eropah seperti Perancis dan Britain. Jelaslah bahawa salah satu faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah ialah kemunculan Adolf Hitler. Faktor yang seterusnya yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah ialah masalah wilayah Saar. Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Jerman telah menyebabkan kemusnahan di Perancis. Tindakan Jerman menyebabkan kegiatan perindustrian dan perdagangan di Perancis terjejas. Selepas tamat perang, wilayah Saar yang merupakan kawasan Jerman yang kaya dengan arang batu telah diserahkan kepada Perancis. Wilayah tersebut diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa bagi tempoh 15 tahun. Perancis dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan di daerah berkenaan bagi tempoh tersebut. Selepas tempoh berkenaan, kedudukan wilayah Saar akan ditentukan menerusi pungutan suara. Isu penyerahan wilayah Saar telah memunculkan perasaan tidak puas hati Jerman. Tegasnya, masalah wilayah Saar merupakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah.

Selanjutnya, kemelesetan ekonomi juga merupakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah. Perang Dunia Pertama telah menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi yang teruk di Jerman dan Itali. Bayaran pampasan dan kos peperangarn yang tinggi telah menyebabkan berlaku inflasi di negara-negara tersebut. Kedudukan ekonomi Jerman dan Itali bertambah buruk ekoran kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929. Perkembangan ini telah menyebabkan berlaku masalah pengangguran di negara-negara tersebut dan berlaku masalah inflasi ekoran harga barangan dan makanan yang melambung tinggi. Hal ini mengakibatkan pemimpin-pemimpin yang berfahaman melampau di Jerman dan Itali meraih sokongan daripada rakyat. Pemimpin-pemimpin di Jerman dan Itali menjalankan dasar peluasan kuasa bagi mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara mereka. Melalui dasar peluasan kuasa, mereka mendapat pasaran, bahan mentah, dan makanan bagi keperluan penduduk tempatan. Kebangkitan pemerintahan dictator di Jerman dan Itali telah menyebabkan negara tersebut terlibat dalam kancah peperangan. Jelaslah bahawa kemelesetan ekonomi yang berlaku di Itali dan Jerman telah mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah. Tambahan pula, faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah ialah penolakan perjanjian. Dalam Persidangan Damai Paris, langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan kekuatan tentera bagi mengelakkan peperangan. Persidangan tersebut telah menetapkan dan mengehadkan kekuatan tentera bagi sesebuah negara. Malah negaranegara yang terlibat tidak dibenarkan menambah kekuatan tentera mereka. Namun demikian, selepas kebangkitan fahaman Nazi di Jerman, perkara ini tidak dipatuhi. Hitler telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian Versailles dan Persidangan Damai Paris. Selepas itu, Jerman menarik diri daripada Liga Bangsa dan seterusnya melancarkan serangan terhadap Czechoslovakia dan Austria. Pendek kata, penolakan perjanjian merupakan faktor tercetus Perang Dunia Kedua di Eropah. Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah. Perang Dunia Kedua bermula pada 1 September

1939 dan telah tamat pada 2 September 1945 selepas Jepun menyerah kalah secara rasmi. Perang Dunia Kedua telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan. Peperangan ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dalam sejarah dunia moden. Selepas Perang Dunia Kedua, muncul Blok Dunia yang mengakibatkan Perang Dingin....


Similar Free PDFs