BUKU PANDUAN PENGURUSAN RMT DOCX

Title BUKU PANDUAN PENGURUSAN RMT
Author Ild Htb
Pages 1
File Size 27.9 MB
File Type DOCX
Total Downloads 19
Total Views 201

Summary

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa. Alhamdulillah, syukur dan setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) atas inisiatif dan kejayaan menerbitkan Buku Panduan Pengurusan P...


Description

1 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa. Alhamdulillah, syukur dan setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) atas inisiatif dan kejayaan menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Berpandukan buku panduan ini, adalah diharapkan pengurusan RMT di peringkat negeri, daerah dan sekolah akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang cemerlang. Matlamat buku ini adalah untuk memberi panduan yang lengkap kepada Guru Besar di sekolah dan pegawai penyelaras di peringkat negeri dan daerah. Usaha ini adalah selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi perkhidmatan terbaik dalam menjaga kesihatan dan kebajikan murid di sekolah yang berada dalam kategori keluarga miskin tegar. Buku panduan ini akan menjadi rujukan utama kepada semua sekolah yang terlibat dalam bantuan RMT agar pengurusan RMT selaras dan seragam di seluruh negara. Hal ini akan memudahkan BPSH yang diamanahkan untuk membuat pemantauan dan penambahbaikan program ini untuk kepentingan dan kebajikan murid. Saya berharap buku garis panduan ini dapat membantu semua pihak dalam menjayakan pengurusan RMT di sekolah. Terima kasih. Selamat maju jaya. TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF...


Similar Free PDFs