Buku Penerangan KSSR (Semakan 2017) PDF

Title Buku Penerangan KSSR (Semakan 2017)
Author Cikgu Mor
Pages 86
File Size 1.5 MB
File Type PDF
Total Downloads 203
Total Views 295

Summary

Terbitan 2016 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum me...


Description

Terbitan 2016 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Terbitan: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

KANDUNGAN SENARAI JADUAL

iv

SENARAI RAJAH

v

RUKUN NEGARA

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

viii

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

ix

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

x

BAB 1

TRANSFORMASI KURIKULUM 1.1 Latar belakang 1.2 Teras Pembangunan Kurikulum 1.3 Prinsip Kurikulum Sekolah Rendah

1 3 7 9

BAB 2

REKA BENTUK KURIKULUM 2.1 Asas Kerangka Kurikulum 2.2 Kurikulum Berasaskan Standard 2.3 Fokus Kurikulum 2.4 Organisasi Kurikulum

15 18 19 19

BAB 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

29

BAB 4

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

35

BAB

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.1 Prinsip dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran 5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

39 43 44

BAB 6

PENTAKSIRAN SEKOLAH 6.1 Tujuan Pentaksiran Sekolah 6.2 Kepentingan Pentaksiran Sekolah 6.3 Perekodan dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah

53 55 56 57

BAB 7

PENGURUSAN KURIKULUM 7.1 Perancangan 7.2 Pelaksanaan 7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum

59 61 63 69

PENUTUP

71

RUJUKAN

72

SENARAI JADUAL Bil

Tajuk

Muka Surat

1.

Perbandingan KSSR dengan (KSSR Semakan 2017)

5

2.

Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

18

3.

Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, KSSR (Semakan 2017) Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)

21

4.

Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Ketidakupayaan Pendengaran Tahap I (Tahun Pengukuhan 1, 2 dan 3)

22

5.

Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Ketidakupayaan Penglihatan Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)

23

6.

Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Masalah PembelajaranTahap I (Tahun I, Tahun 1, 2 dan 3)

24

7.

Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, KSSR (Semakan 2017) Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

25

8.

Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Ketidakupayaan Pendengaran Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

26

9.

Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun, KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Ketidakupayaan Penglihatan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

27

10. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun,

28

11. Tahap Pemikiran

31

12. Profil Murid

33

KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017), Masalah Pembelajaran Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

iv

SENARAI RAJAH Bil Tajuk

Muka Surat

1.

Kerangka KSSR (Semakan 2017)

15

2.

Prinsip-Prinsip Dalam Proses PdP

43

3.

Kaedah Didik Hibur

45

4.

Kaedah Penyelesaian Masalah

46

5.

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek

47

6.

Kaedah Pembelajaran Koperatif

47

7.

Kaedah Pendekatan Inkuiri

48

8.

Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

49

9.

Kaedah Pengajaran Bertema

50

10. STEM sebagai Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

51

11. Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran STEM

52

12. Struktur Pengurusan Kurikulum Sekolah

53

13. Peranan Guru Besar

64

14. Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal

65

15. Peranan dan Tanggungjawab Ketua Panitia

66

16. Peranan dan Tanggungjawab Guru

67

17. Struktur Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

68

18. Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

69

Murid dan Kokurikulum

v

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,

kemahiran,

norma,

nilai,

unsur

kebudayaan

dan

kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97]

viii

KATA ALU-ALUAN Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Sejahtera Dan Salam Sehati Sejiwa.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mengupayakan pelaksanaan transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Pelan Pembangunan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Terdapat enam aspirasi murid yang ditekankan dalam PPPM 2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam usaha melengkapi PPPM 2013-2025 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan penggubalan KSSR (Semakan 2017) yang menggunakan jumlah jam setahun dalam tahun persekolahan untuk pelaksanaan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017. KSSR (Semakan 2017) telah memasukkan perkara baharu seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), peruntukan masa jam setahun, penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik dan bersepadu dapat menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017). Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua pihak berkaitan dalam sektor pendidikan menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan. Justeru, semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dituntut memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan retorik yang terkandung dalam KSSR (Semakan 2017) mencapai objektif yang ditetapkan.

Wassalam.

TAN SRI Dr. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

ix

KATA ALU-ALUAN Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Sejahtera Dan Salam Sehati Sejiwa. Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 bermula dengan murid Tahun Satu di semua sekolah rendah. Dalam tempoh pelaksanaan KSSR, terdapat beberapa penambahbaikan dan pengukuhan yang perlu diselarikan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan dengan itu, KSSR (Semakan 2017) digubal bagi memastikan murid di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang dan seterusnya menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti. KSSR (Semakan 2017) menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh dan tahap persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Tiga standard yang perlu dicapai oleh murid ialah Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang disediakan bagi setiap tahap. Dokumen ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan penerangan berkaitan KSSR (Semakan 2017). Kandungan dokumen ini merangkumi reka bentuk kurikulum, bidang pembelajaran, elemen merentas kurikulum dan pelaksanaan kurikulum bagi membantu guru-guru khasnya, dan masyarakat amnya untuk memahami KSSR (Semakan 2017). Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sehingga dokumen ini dapat diterbitkan. Semoga dokumen ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan KSSR (Semakan 2017) secara berkesan dan menepati aspirasi pendidikan negara.

Wassalam.

Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL x

TRANSFORMASI KURIKULUM 1.1 Latar Belakang Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) telah mengkonsepsikan kurikulum

persekolahan peringkat rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008. Konsep kurikulum ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009 dan dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Penggubalan KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Konsep KSSR mendasari semua kurikulum mata pelajaran sekolah rendah yang dibangunkan termasuk kurikulum Pendidikan Khas. KSSR dilaksanakan secara berperingkatperingkat bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011. Dalam tempoh pelaksanaan KSSR, terdapat keperluan untuk menambah baik dan mengukuhkan kurikulum agar selari dengan saranan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Sehubungan dengan itu, KSSR (Semakan 2017) telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil.1/2015 pada 5 Februari 2015 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan kali ke 208 pada 21 September 2015 untuk pelaksanaan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Tahun 1 pada 2017. Transformasi

kurikulum

merujuk

kepada

usaha

menambah

baik

program

pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai enam aspirasi iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang disyorkan dalam PPPM 2013 - 2025. Transformasi ini dilakukan ke atas kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti berikut:  Kandungan disusun semula dan ditambah baik untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. 3

 Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM.  Pentaksiran

dilaksanakan

secara

berterusan

untuk

memastikan

perkembangan dan pencapaian pembelajaran murid. Pentaksiran dalam PdP dilaksanakan dalam bentuk sumatif dan formatif. Guru mentaksir sejauh mana murid menguasai Standard Pembelajaran dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang ditetapkan. Perkembangan dan pencapaian sebenar tahap penguasaan murid direkod dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan ibu bapa. Bagi memastikan kesinambungan pendidikan prasekolah dengan pendidikan rendah, transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas KSSR (Semakan 2017). KSSR (Semakan 2017)

diperkukuh dan disemak semula bagi memastikan kurikulum

sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Perbandingan KSSR dengan KSSR (Semakan 2017) ini diperjelaskan dalam Jadual 1.

4

Jadual 1: Perbandingan KSSR Dengan KSSR (Semakan 2017)

Aspek Reka Bentuk Kurikulum

KSSR

KSSR (Semakan 2017)

Berasaskan 6 Tunjang;  Komunikasi  Perkembangan Fizikal & Estetika  Kemanusiaan  Keterampilan Diri  Sains dan Teknologi  Kerohanian, Sikap & Nilai

Berasaskan 6 Tunjang;  Komunikasi  Perkembangan Fizikal & Estetika  Kemanusiaan  Keterampilan Diri  Sains dan Teknologi  Kerohanian, Sikap & Nilai

Berasaskan; - Standard Kandungan - Standard Pembelajaran - Standard Prestasi

Berasaskan; - Standard Kandungan - Standard Pembelajaran - Standard Prestasi

Dokumen Kurikulum

Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)  Dokumen Standard Kurikulum Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)  Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Peruntukan Masa

Peruntukan masa dalam minit seminggu untuk pelaksanaan PdP

Peruntukan masa dalam jam setahun untuk pelaksanaan PdP

Organisasi Kurikulum

Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)  Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)  Mata pelajaran Teras & Elektif

Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)  Mata pelajaran Teras & Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)  Mata pelajaran Teras & Elektif

Elemen Merentas Kurikulum

     

Fokus Kurikulum

Penekanan Pedagogi

4M         

  

Bahasa Sains & Teknologi Teknologi Maklumat & Komunikasi Kelestarian Alam Sekitar Nilai Murni Patriotisme

      4M    

Membaca Menulis Mengira Menaakul Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Penyelesaian Masalah Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Kolaboratif Pembelajaran Berasaskan Projek 5

Bahasa Sains & Teknologi Teknologi Maklumat & Komunikasi Kelestarian Alam Sekitar Nilai Murni Patriotisme Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan Kelestarian Global

Membaca Menulis Mengira Menaakul

 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri  Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah  Pembelajaran Kontekstual  Pembelajaran Kolaboratif  Pembelajaran Berasaskan Projek  Pendekatan Konstruktivisme  Pendekatan STEM

Aspek Pentaksiran

Penjenamaan Semula Mata Pelajaran

KSSR

KSSR (Semakan 2017)

Pentaksiran Sekolah  Sumatif  Formatif

Pentaksiran Berasaskan Sekolah:  Pentaksiran Pusat  Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum  Pentaksiran Psikometrik  Pentaksiran Sekolah



Dunia Sains Teknologi (Tahap I)



Sains



TMK sebagai mata pelajaran



TMK sebagai modul tambahan

 

Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan



Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan



Dunia Kesenian (Tahap I) -Dunia Muzik -Dunia Seni Visual Pendidikan Seni Visual (Tahap 2) Pendidikan Muzik (Tahap 2)



Pendidikan Kesenian (Tahap 1 & Tahap 2)

 

6

1.2 Teras Pembangunan Kurikulum Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan menjadi asas perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. Dalam usaha memastikan sistem pendidikan selari dengan misi negara, PPPM 2013 – 2025 telah dirangka dan dilancarkan pada 6 September 2013. Pelan ini memberi tumpuan kepada pembelajaran dan keberhasilan murid dengan menyasarkan pembangunan murid yang memiliki enam ciri iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Ciri-ciri ini sangat penting dalam memastikan kemenjadian murid bagi menghadapi cabaran abad ke-21, selain membolehkan mereka memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) pada tahun 2017 mengambil kira hasrat PPPM yang melakarkan aspirasi murid bagi memenuhi keperluan negara. PPPM 2013-2025 berhasrat agar murid yang menamatkan persekolahan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan mampu bersaing di peringkat global. Setiap murid akan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Murid juga akan mempelajari bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Semai, Iban dan Kadazandusun sebagai bahasa tambahan sehingga mampu berinteraksi dalam wacana sosial seperti yang diperincikan dalam Common European Framework of Reference (CEFR). Sehubungan dengan itu, kurikulum bagi semua mata pelajaran bahasa dijajarkan dengan CEFR. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) memastikan setiap murid akan dipupuk dengan etika dan kerohanian dalam diri mereka sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan. Murid diharapkan boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip serta berani melakukan perkara yang betul. Setiap murid akan dibentuk menjadi rakyat Malaysia yang cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, 7

agama atau status sosioekonomi. Murid akan dipupuk dengan semangat patriotisme serta diajar memahami, menerima dan menghayati kepelbagaian. Murid yang mengikuti PdP di bawah KSSR (Semakan 2017) dilengkapi kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia yang sentiasa berubah dalam arus kemajuan dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terdapat dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Tumpuan diberikan kepada pengukuhan asas program sedia a...


Similar Free PDFs