CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI PDF

Title CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
Author Aman Odah
Pages 19
File Size 653.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 261
Total Views 732

Summary

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI 1. Pendahuluan Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasi kuasa, kedinami...


Description

Accelerat ing t he world's research.

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI aman odah

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Modul GMGM 3013 Hubungan Manusia Dalam Pent adbiran Nor Azharuddin Shaharuddin Kepimpinan Perilaku Dan Hubungannya Terhadap Keberkesanan Program Akademik Di Sekolah Norasmawani Yusoff PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN Syafiqah Amira

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

1. Pendahuluan Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasi kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. ฀ Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin. ฀ Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain". ฀ Dalam alam pendidikan, Fred M. Hetchinger, Presiden New York Times pernah menulis: "I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good principal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and, regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise or fall could readily be traced to the quality of the principal".

2. Definisi Kepemimpinan 2.1Kepemimpinan boleh dedefinisikan sebagai Satu proses bagaimanakah seseorang mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamatmatlamat organisasi. 2.2Daripada definisi di atas kunci utama kepemimpinan ialah pengaruh seseorang ke atas orang lain yang menjadi pengikutnya akur. Semakin banyak pembolehubah yang terdapat di dalam organisasi, semakin banyak pengaruh yang diperlukan. 2.3Daripada definisi ini juga, ia menjelaskan bahawa jika tiada pengikut tak mungkin wujudnya pemimpin 2.4Persoalan yang timbul ialah dari manakah seseorang pemimpin itu memperolehi pengaruhnya?

3. Sumber-sumber Pengaruh Pemimpin

3.1Kuasa Sah (Legitimate Power) Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatannya yang dilantik secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi. 3.2Kuasa Ganjaran Kuasa ini berakar pada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada pengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika sekiranya pengikut mengamati bahawa pemimpin berupaya memberi ganjaran. Misalnya Pengetua/Guru Besar yang boleh memperakukan kenaikan pangkat guruguru/stafnya dan perakuan ini dipakai oleh orang atas, Pengetua/Guru Besar ini akan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya. 3.3Kuasa Paksaan Kuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan. Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin jika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan cuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman. Misalnya, orang yang melibat pembuangan kerja/ditukar tempat kerja sebagai sesuatu yang menyeksakan akan akur kepada permintaan pemimpin. 3.4 Kuasa Pakar Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa pemimpin mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran konseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikut memerlukan kepakarannya. 3.4.1 Kemahiran Konseptual Iaitu kebolehan menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam pengeluaran idea dan penyelesaian masalah. 3.4.2 Kemahiran Teknikal Iaitu pengetahuan tentang kaedah-kaedah prosedur-prosedur dan teknikteknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut. 3.4.3 Kemahiran perhubungan manusia Iaitu pengetahuan tentang gelagat manusia dan kemahiran hubungan perorangan, kebolehan memahami perasaan dan sikap orang lain, kebolehan berkomunikasi dengan jelas dan berkesan. 3.5 Kuasa Rujukan (Referent Power)

Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasa dengan yang mengikutinya. Kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat kerana pemimpin berkenaan adalah model kepadanya, dia akan mempunyai keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu bukan kerana apa-apa tetapi kerana hormat, tertarikh dan kagum, juga supaya dia diterima oleh pemimpin berkenaan. 4. Kesan Penggunaan Kuasa Ke Atas Organisasi dan Orang Bawahan 1. Kuasa paksaan mendorong ke arah penentangan yang kuat dibandingkan dengan kuasa ganjaran. 2. Pemimpin yang menggunakan kuasa ganjaran lebih diminati berbanding dengan pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan. 3. Orang-orang bawahan akan lebih patuh jika dendaan yang diterima itu berat. 4. Terdapat perkaitan yang tinggi di antara kuasa pakar dengan kepuasan dan prestasi orang bawahan. 5. Kuasa sah bersama-sama dengan kuasa pakar didapati mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang-orang bawahan. 6. Kuasa rujukan mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang bawahan dan prestasi organisasi. 7. Kuasa paksaan ialah yang paling lemah untuk membuat kakitangan menurut perintah dan mempunyai kaitan secara negatif dengan keberkesanan. 8. Kuasa pakar dan kuasa rujukan mempunyai perkaitan positif dengan kepuasan dan prestasi orang bawahan. 9. Dapatan kajian tentang kuasa sah, ganjaran dan paksaan didapati tidak tekal, dan perkaitan dengan kriteria keberkesanan adalah lebih kepada perkaitan yang negatif atau tidak signifikan. 10.Pemimpin yang berkesan banyak bergantung kepada kuasa pakar dan kuasa rujukan untuk mempengaruhi orang bawahan. 11.Rajah berikut menerangkan perkaitan di antara jenis-jenis kuasa yang digunakan dengan kepuasan kerja dan prestasi orang-orang bawahan:

Apabila staf mematuhi arahan Pengetua/GB kerana:

Kepuasan Kerja

Prestasi Kerja

Kuasa Rujukan

Tinggi

Tinggi

Kuasa Pakar

Tinggi

Tinggi

Kuasa Ganjaran

Dari sederhana ke rendah

Dari tinggi ke sederhana

Kuasa Sah

Dari sederhana ke rendah

Tiada perbezaan

Kuasa Paksaan

Rendah

Tiada perbezaan

5. Selain daripada kuasa-kuasa di atas, seorang pemimpin seharusnya memiliki tektik yang boleh mempengaruhi orang bawahan, iaitu: 5.1 Tektik Pujukan Rasional Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannya tercapai. Untuk menggunakan tektik ini, pemimpin haruslah mempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyai kemahiran berucap. 5.2 Taktik Daya tarikan yang memberikan inspirasi Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkan semangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa mereka adalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. Untuk menggunakan taktik ini, pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menggunakan metafora, simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yang menarik dengan gerak-geri yang menawan. 5.3 Taktik Perundingan Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi pendapat, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin. 5.4 Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tactics) Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa dia dihargai, misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang itu adalah yang layak melaksanakan tugas. Taktik ini kadang-kadang menjadi sebagai cara memanipulasi seseorang. Tetapi apabila seseorang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinnya, taktik ini akan menjadi berkesan. 5.5 Taktik Daya Tarikan Peribadi Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahan melaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatan orang bawahan terhadap pemimpin mereka. 5.6 Taktik Pertukaran Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatu ganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorang yang membuat tugsan yang diminta olehnya. Taktik ini akan menjadi berkdsan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpin mempunyai kuasa memberi ganjaran kepada orang bawahannya dan juga jika orang bawahan memerlukan ganjaran itu.

5.7 Taktik Sah Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi, peraturan, program dan tradisi yang mana semua orang perlu mematuhinya. Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan ini diperlukan atau direstui pihak atasan. 5.8 Taktik Tekanan Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan, amaran, dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakan yang kerap. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi, orang bawahan akan dimarahinya. Kaedah ini digunakan sebagai tindakan terakhir setelah cara-cara lain gagal. 5.9 Kesan taktik-taktik tersebut ke atas keberkesanan organisasi dan komitmen orang bawahan: Bil.

Taktik

Sumber Kuasa

Darjah Keberkesanan & Komitmen

1.

Pujukan Rasional

Pakar

Sederhana

2.

Daya Tarikan Inspirasi

Rujukan

Tinggi

3.

Perundingan

Kelima-lima

Tinggi

4.

Berbuat Baik ( Ingratiation)

Rujukan

Sederhana ke Rendah

5.

Daya Tarikan Peribadi

Rujukan

Sederhana

6.

Pertukaran

Ganjaran

Sederhana

7.

Gabungan

Kelima-lima

Rendah

8.

Sah

Sah

Rendah

9.

Tekanan

Paksaan

Rendah

6. Bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan. Di bawah ini disertakan satu jadual garis panduan bagaimana mempertingkat dan mengekalkan kuasa serta bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan. Nota:  

Autoriti (kewibawaan) merupakan kuasa sah Kuasa (Power) merupakan kebolehan mempengaruhi orang lain.

Bagaimana mempertingkatkan dan mengekalkan kuasa

Bagaimana menggunakan kuasa dengan Berkesan

Kuasa Sah Dapatkan autoriti formal

Suruh orang bawahan dengan sopan santun dan jelas perkara yang perlu dilaksanakan.

Gunakan simbol autoriti

Terangkan sebab-sebab mengapa perkara itu perlu dilaksanakan.

Dapatkan orang lain untuk mengesahkan autoriti.

Buat tindak ikut untuk mengesahkan kepatuhan

Gunakan autoriti sepanjang masa

Jangan membuat arahan melampaui kuasa yang ada

Gunakan saluran sah dalam membuat arahan

Hendaklah sensitif dengan kerisauan orang bawahan.

Gunakan kuasa ganjaran dan paksaan untuk menguatkan autoriti.

Kuasa Ganjaran Kenali apa yang diperlu dan dikehendaki orang bawahan

Tawarkan ganjaran yang mengghairahkan

Perolehi kuasa ganjaran sebanyak mungkin

Buat tawaran ganjaran yang saksama dan beretika

Pastikan orang tahu bahawa anda mempunyai kuasa ke atas sesuatu ganjaran.

Jelaskan kriteria untuk ganjaran itu.

Jangan membuat janji jika tidak boleh ditepati

Tunaikan ganjaran yang dijanjikan

Jangan gunakan ganjaran untuk Memanipulasi

Guna ganjaran sebagai simbol untuk membuat peneguhan terhadap tingkah laku yang mengkagumkan.

Jangan gunakan ganjaran sebagai yang boleh mendapatkan keuntungan peribadi

Kuasa Pakar Dapatkan pengetahuan berkaitan sebanyak mungkin.

Jelaskan sebab-sebab mengapa perkara itu perlu dilaksanakan

Ambil makluman tentang perkaraperkara yang berkaitan dengan teknikal.

Berikan bukti-bukti bahawa cadangan yang dikemukakan itu akan mencapai kejayaan

Kembangkan sumber-sumber Maklumat

Dengar dengan serius kerisauan orang bawahan

Pamerkan ketrampilan dengan Menyelesaikan masalah yang sukar

Hormatilah orang bawahan dan jangan sekali-kali berlagak sombong

Jangan keluarkan kenyataan dengan terburu-buru

Bertindaklah dengan penuh yakin semasa wujudnya krisis

Jangan berbohong Bersikap tegas

Kuasa Rujukan Tunjukkan yang orang bawahan

Gunakan daya tarikan peribadi apabila perlu

diterima Bertindak menyokong dan membantu

Tunjukkan bahawa permohonan itu adalah penting kepada anda

Jangan memperkudakan orang bawahan untuk kepentingan diri Janji hendaklah ditunaikan

Jangan minta pertolongan untuk diri sendiri Pamerkan tingkah laku yang boleh dicontohi.

Buat pengorbanan untuk menandakan keperihatinan Jujur dalam segala tindakan, terutama semasa berbaik-baik dengan orang bawahan.

Kuasa Paksaan Kenal pasti denda yang boleh menghalang tingkah laku menentang

Beritahu orang bawahan tentang peraturan dan penalti yang akan dikenakan

Dapatkan kuasa sah untuk menggunakan denda/hukuman.

Berikan masa yang secukupnya untuk melaksanakan hukuman

Jangan membuat ancaman secara terburu-buru.

Fahami situasi terlebih dahulu sebelum mengenakan hukuman

Jangan gunakan kuasa paksa untuk tujuan memanipulasi

Bertenang semasa menjatuhkan hukuman, dan jangan tunjukkan sikap bermusuhan

Kenakan hukuman yang memang dalam kekuasaan kita.

Galakkan orang-orang bawahan Mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman.

Hukuman hendaklah setimpal

Mintalah orang bawahan Mencadangkan cara-cara untuk Meningkatkan prestasi

Jangan gunakan kuasa paksaan untuk kepentingan peribadi

Uruskan kes-kes disiplin secara Sulit

7. Selain daripada kuasa dan taktik-taktik, sifat pemimpin juga sering disebutkan sebagai faktor yang penting yang berupaya mempengaruhi orang bawahannya. 1. Sifat-sifat fizikal seperti saiz badan, umur, berat badan, jantina, perawakan didapati tidak berkait dengan keberkesanan dan kemunculan kepemimpinan. 2. Kecerdasan dan kepemimpinan didapati ada perkaitan tetapi kecerdasan semata-mata adalah bukan faktor tunggal yang menentukan kejayaan kepimpinan. 3. Personaliti seseorang dikatakan berkait rapat dengan keberkesanan dan kemunculan pemimpin. Ciri-ciri personaliti yang dikaitkan dengan kejayaan kepemimpinan ialah: o

Penguasaan (dominas) Penguasaan dimaksudkan sebagai keperluan untuk menguasai orang lain, dimana individu yang tinggi penguasaan dikatakan suka menjadi

pemimpin, cuba mempengaruhi orang lain dan berusaha mewujud dan mengekalkan penguasaan tersebut. Mempunyai sifat yakin, bertenaga, tegas dan bersemangat, lantang, dan yakin kepada pendapatnya. o

Keyakinan kendiri Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

o

Berorientasi Pencapaian (Achievement Oriented) Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

o

Bertanggungjawab Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin.

o

Bertenaga Pemimpin yang berjaya mempunyai tenaga yang kuat berbanding dengan pemimpin yang kurang berjaya. Orang yang bertenaga sering bekerja keras dan mengeluarkan output yang banyak berbanding dengan orang yang kurang bertenaga. Pemimpin yang bertenaga dikatakan waktu tidurnya pendek dan tidak banyak makan.

o

Pengawasan kendiri (self-monitoring) Pintar/bijak mengenali isyarat-isyarat dan dengan serta merta menyesuaikan diri dengan kehendak isyarat tersebut.

o

Lokus Kawalan (Locus of Control) Lokus Kawalan luasan ialah perasaan seseorang yang berasa bahawa nasibnya adalah ditentukan oleh kuasa luar, manakala Lokus Kawalan dalaman ialah perasaan seseorang yang berasa bahawa nasibnya adalah bergantung kepada kebolehan dan kemahirannya.

o

Kesabaran Kepada Kekaburan (Tolerance of Ambiguity) Sifat ini penting dalam keadaan dunia yang sentiasa berubah dan sukar diramalkan. Didapati pemimpin yang mempunyai kesabaran yang tinggi kepada kekaburan, sering beroleh kajayaan.

o

Penyesuaian Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan berbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan.

o

Suka bergaul/ramah Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya.

o

Dapat diterima Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

7.4 Selain daripada sifat-sifat tersebut, Al-Farabi ada menyebutkan bahawa pemimpin yang berjaya memiliki sifat-sifat seperti berikut: o

Sempurna tubuh badan dan berkemampuan supaya dia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah

o

Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan serta tahu apa yang patut dilakukan

o

Baik ingatannya.

o

Bijaksana dan cerdik. Boleh memahami, sesuatu dengan cepat

o

Dapat membuat penjelasan dengan baik sesuatu yang abstrak.

8. Gaya dan Tingkah Laku 8.1 Ada 3 gaya yang sering dibincangkan iaitu: a. Autokratik o o o o o o

Merujuk kepada gaya mengarah yang melampau yang mempunyai ciriciri seperti: Pemimpin menetapkan semua polisi Teknik dan langkah melaksanakan tugas ditentukan oleh pemimpin Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin Pemimpin akan mengkritik apabila dirasakan

b. Demokratik o o o o o o o

Merujuk kepada gaya yang mempunyai ciri-ciri berikut: Polisi organisasi ditentukan oleh kelompok Teknik dan langkah pelaksanaan kerja dibincangkan sehingga semua orang faham Pemimpin akan memberi nasihat kepada ahli dalam melaksanakan tugas Anggota bebas bekerja dengan siapa yang dia suka Pembahagian tugas ditentukan oleh kelompok Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritikan

c. Laissez faire Merujuk kepada gaya lepas-tangan di mana kebebasan diberi sepenuhnya kepada kelompok menentukan matlamat, teknik dan kaedah bekerja. Pemimpin hanya campur tangan apabila diterima pelanggan. Walaupun gaya autokratik sering disebutkan sebagai g...


Similar Free PDFs