Ciri ciri pluralisme PDF

Title Ciri ciri pluralisme
Course Values and Civilization
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 2
File Size 38.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 225
Total Views 951

Summary

Download Ciri ciri pluralisme PDF


Description

Ciri ciri pluralisme Terdapat dua perkara penting yang perlu kita ketahui apabila membincangkan tentang persoalan pluralisme. Yang pertama ialah pluralisme dalam pengajian etnik dan kedua ialah pluralisme dalam konteks agama. Pluralisme agama adalah fahaman yang sangat merbahaya dan sering menjadi perbincangan kita pada masa kini. Manakala, pluralisme dalam pengajian hubungan etnik pula adalah perbahasan berkaitan kepelbagaian dalam masyarakat. Pluralisme dalam konteks ini adalah suatu keadaan masyarakat yang berbilang bangsa atau kemajmukan masyarakat. Pluralisme dalam konteks ini juga sering menimbulkan persoalan-persoalan kenegaraan di dunia dan mempunyai berbagai penyelesaian. Akibat daripada era globalisasi pada masa kini, masyarakat berbilang kaum menjadi semakin luntur dari segi budaya. Keadaan ini juga menjadi semakin kusut apabila berlakunya migrasi dan pembangunan. Dilema bagi setiap negara ialah sama ada kepelbagaian etnik dikekalkan atau pendekatan-pendekatan menanganu kepelbagaian etnik dilakukan pengubahsuaian. Selain itu, terdapat juga kerajaan di dunia yang menghargai kepelbagaian agama, persaingan antara etnik dan berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan hubungan etnik. Semua ini termasuk dalam perbahasan mengenai pluralisme dalam hubungan etnik. Isu pluralisme agama menimbulkan fenomena baru dalam pemikiran Islam. Ia mencetuskan pelbagai kontroversi di dalam dunia Islam dan antarabangsa serta menggugat akidah umat Islam. Antara ciri pluralisme agama ialah ia mempunyai satu gerakan yang terancang yang berlindung di bawah gerakan-gerakan seperti global ethics, human rights dan interfaith dialogue of faith dan civilizational dialogue. Selain itu, ideologi dan fahaman pluralisme agama merupakan suatu serangan mental dan penjajahan pemikiran yang berbahaya terhadap Islam serta penganutnya. Ia dilakukan secara halus untuk mengelirukan pemikiran umat Islam dengan menggunakan nama seperti rasional, toleransi dan perpaduan. Ia juga mempunyai jaringan luas hamper di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Pluralisme agama juga lebih cenderung meletakkan neraca akal melebihi neraca agama kerana akal dianggap sebagai berautonomi dan mampu memikirkan segala-galanya. Di samping itu, ia menanamkan bibit kekeliruan dan ketidakpastian dengan menggunakan moto yang kelihatan baik dan mulus seperti “One God Different Ways”, “Unity in Diversity” dan sebagainya. Ia juga mempunyai elemen-elemen fahaman Islam liberal, sekularisme, rasionalisme, penolakan autoriti keagamaan, longgar dalam perbahasan mengenai hakikat kebenaran sesuatu agama dan sentiasa cuba menyamaratkan ajaran-ajaran agama yang berbagai. Ciri-ciri pluralisme ini juga memisahkan nilai dalam agama dengan menyatakan nilai sejagat atau universal mengatasi kebaikan nilai agama dan ini menidakkan peranan agama dalam kehidupan seseorang. Seterusnya, ia memperjuangkan kebebasan mengeluarkan pendapat dalam beragama kononnya setiap orang berhak untuk memberikan pandangan walaupun pandangan itu sebenarnya bertentangan dengan agama atau pandangan itu boleh menyakiti penganut-penganut agama lain. Metodologi yang digunakan mereka iaitu relativisme iaitu dengan menyatakan bahawa kebenaran adalah relative dan tidak boleh didakwa mana-mana pihak, yang bertujuan kononnya memberi kebebasan yang mutlak dalam mengeluarkan

pendapat dalam agama masing-masing. Jika kebenaran adalah relative, maka agama juga bermakna bukanlah sesuatu yang benar dan tidak mutlak. Apabila fahaman ini menyatakan nilai-nilai yang diterima majoriti itu adalah suatu kebaikan, tetapi ia sebenarnya telah menolak autoriti agama, kesahihan agama dan keabsahan agama. Sebagai seorang muslim, kita mestilah berhati-hati, berwaspada dan berawas dengan gerakan fahaman pluralisme agama kerana matlamat akhir gerakan ini ialah menghapuskan semua agama. Apabila nilai akal diletakkan ditempatkan yang lebih tinggi daripada agama, maka agama tidak lagi mempunyai sebarang signifikan dan peranan. Oleh itu, kita perlulah berpegang teguh dengan agama Allah agar kita tidak terpesong....


Similar Free PDFs