Contoh proposal penyelidikan (cara membuat bajet) PDF

Title Contoh proposal penyelidikan (cara membuat bajet)
Author Abdilla Khairol
Pages 10
File Size 132.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 613
Total Views 681

Summary

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN SKPS6004 METODOLOGI PENYELIDIKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN DADAH, KELUARGA DAN REMAJA: PERSPEKTIF DAN LANGKAH MENGATASINYA DALAM KALANGAN KELUARGA IMIGRAN PULAU GAYA, KOTA KINABALU, SABAH. ABDILLA BIN KHAIROL P72778 PENSYARAH DR MIMI HANIDA ABDUL MUTALIB 1.0 Pendahuluan...


Description

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

SKPS6004 METODOLOGI PENYELIDIKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN

DADAH, KELUARGA DAN REMAJA: PERSPEKTIF DAN LANGKAH MENGATASINYA DALAM KALANGAN KELUARGA IMIGRAN PULAU GAYA, KOTA KINABALU, SABAH.

ABDILLA BIN KHAIROL P72778

PENSYARAH DR MIMI HANIDA ABDUL MUTALIB

1.0

Pendahuluan

Dadah merupakan masalah yang sudah lama wujud dalam masyarakat di dunia ini, sama ada dari aspek perubatan mahupun penyalahgunaan. Namun dalam kajian ini, ianya ingin menekankan tentang pengaruh dadah dalam keluarga dan juga remaja. Ramai penyelidik yang melaksanakan kajian tentang kesan penggunaan dadah oleh remaja dan pengaruh kepada keluarga. Jika boleh dikatakan bahawa permasalahan dadah ini adalah bersifat dua hala, adakah ianya boleh lagi dikatakan bahawa dadah perosak masa depan anak bangsa? Dalam komuniti di Pulau Gaya ini, penggunaan dadah khususnya syabu merupakan norma hidup yang biasa. Penggunaan dadah ini boleh ditemui sama ada kedua-dua ibu bapa atau salah seorangnya yang menggunakan dadah manakala anaknya pula tidak. Begitu juga sebaliknya, hal yang sama berlaku dalam komuniti ini. Oleh yang demikian, kajian ini melihat isu penggunaan dadah dalam keluarga dan remaja itu sendiri, serta melihat perspektif komuniti tentang permasalahan ini. Selain itu, kajian ini juga akan turut membincangkan tentang langkah untuk mengatasi permasalahan ini sebagai satu sumbangan untuk memperbaiki komuniti di kawasan kajian.

1.1

Permasalahan Kajian.

Dalam melihat kepada isu dadah, ianya merupakan satu isu yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat pada masa ini dan juga pada masa lalu. Penekanan yang diambil kira kini semakin pudar dan menganggap bahawa masalah dadah ini merupakan masalah yang biasa. Permasalahan dadah ini khususnya dalam imigran di Pulau Gaya ini merupakan satu fenomena biasa. Ianya sudah menjadi sebagai satu perniagaan bah kan darah daging dalam tradisi keluarga yang menjalankan aktiviti sedemikian. Akan tetapi, bukan semua keluarga imigran ini yang menyukai akan masalah ini. Pelbagai langkah yang telah diambil oleh keluarga ini, namun permasalahan ini tetap menjadi norma kehidupan keluarga imigran ini. Oleh yang demikian, bagaimana pula tahap keseriusan dadah dalam perpektif keluarga dan remaja dalam masyarakat imigran ini? Adakah ianya menjadi satu isu utama yang ditekankan dalam diri remaja oleh keluarga itu sendiri? Bagaimana pula tanggapan remaja terhadap dadah ini? Adakah ianya sebagai satu elemen 1

dalam mencari keseronokan sementara atau ianya menjadi satu kemestian untuk mengambilnya?

Selain itu juga, seperti yang kita semua tahu bahawa keadaan persekitaran juga mampu untuk mempengaruhi seseorang itu mengambil dadah. Ianya seperti pengaruh rakan sebaya mahupun pengaruh komuniti bahkan dari keluarga itu sendiri. Persoalannya, adakah persekitaran tempat tinggal yang mempengaruhi pengambilan dadah? Atau adakah ianya adalah disebabkan permasalahan dalam keluarga tersebut? Atau ianya juga mungkin dari pengaruh komuniti dan akses dadah yang mudah? Atau ianya mungkin disebabkan keadaan Pulau Gaya yang sangat jarang sekali adanya campur tangan pihak berkuasa dalam sebarang aktiviti yang berlaku di Pulau Gaya? Dan ianya juga boleh dikatakan bahawa akses ke Pulau gaya yang terhad dan boleh dikatakan eksklusif, yang menyebabkan aktiviti pengedaran dadah adalah seperti cendawan yang tumbuh setelah hujan? Walau banyak persoalan yang timbul dalam perlaksanaan kajian ini, ianya hanya sebagai persoalan yang perlu dijawab. Dalam melihat sama ada persoalan tersebut boleh dijawab atau tidak, ianya menekankan kepada objektif kajian ini.

1. Mengenalpasti faktor sebenar yang mempengaruhi pergerakan dadah dalam kalangan keluarga dan remaja. 2. Mengkaji permasalahan yang wujud dalam penginteraksian dan pengambilan dadah dalam komuniti masyarakat ini. 3. Memberi cadangan yang bersesuaian tentang langkah yang boleh diambil dalam mengatasi permasalahan di antara Keluarga, Remaja dan Dadah.

2

2.0

Bil.

A

Anggaran Perbelanjaan

Item

Jumlah (RM)

50

100

5000

120

20

2400

Jumlah Keseluruhan (RM)

7400

Perbelanjaan Langsung Alatan bantu temuramah yang melibatkan alat perakam digital (2 unit) Majlis dan Program Borang Soal Selidik (104 borang soal selidik) Jumlah Perbelanjaan Langsung

C

Harga (RM)

Perbelanjaan Kakitangan Wang Saku dan Perbelanjaan untuk penemuramah bahasa asing: 50 Temuramah Perbelanjaan dan wang saku untuk pentadbiran dan dapatan data (120 hari) Jumlah Perbelanjaan Kakitangan

B

unit

2

300

600

1 104

1000 1.5

1000 156 1756

Perbelanjaan Perjalanan Pengangkutan

D

Tiket Kapal Terbang (2 Orang) Tambang bot (perjalanan dalam 12 kali/ sekali seminggu selama 3 bulan)

2

600

1200

2

72

144

Makan/Minum (Pagi, Petang & Malam)(2 Orang/ 120 hari) Tempat Tinggal (Satu Bilik/2 orang selama 120 hari) Jumlah Perbelanjaan Perjalanan

120

40

4800

120

60

7200 13344

Jumlah Perbelanjaan (A+B+C)

22500 3

E

Kontinjensi (10%)

2250

F

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan (D+E)

24750

3.0

Metodologi

Dalam pemilihan responden kajian ini akan dijalankan secara langsung dan juga melalui agen iaitu orang tengah yang membolehkan capaian maklumat mudah diperolehi. Ianya juga akan melibatkan teknik bola salji, yang mana selepas temu ramah dengan responden yang pertama, nama mahupun responden yang seterusnya akan diperolehi melalui pertanyaan kepada responden yang pertama, yakni responden yang boleh bekerjasama dan boleh memberikan kerjasama dalam kajian ini.

Bagi responden yang melibatkan remaja, ianya akan dijalankan di SK Pulau Gaya dan SMK Pulau Gaya, yang terletak di Pulau Gaya itu sendiri. Melalui capaian terhadap responden yang melibatkan budak sekolah, ianya akan melalui Pengetua sekolah tersebut. Pemberian borang soal selidik dan juga temu bual secara berkala akan dijalankan bagi memastikan pemerolehan maklumat mudah untuk dicapai.

3.1

Kaedah Mendapatkan Maklumat

Soalan yang akan ditanya adalah berkaitan dengan latar belakang responden, keadaan sosioekonomi responden dan juga kegiatan dadah yang berada dalam komuniti ini. namun soalan ini melibatkan responden keluarga, yakni ketua keluarga tersebut. Bagi remaja pula, ianya juga akan melihat latar belakang responden, pengetahuan tentang dadah serta pemahaman terhadap aktiviti dadah yang berlaku dalam komuniti tersebut. Walaupun ianya bersifat agak ofensif terhadap remaja tersebut, namun sifat keterbukaan bagi komuniti ini boleh dikatakan agak terbuka, namun bukan kepada orang luar. Untuk mendapatkan kepercayaan remaja, terlebih dahulu satu program harus dijalankan sepertimana program anti-dadah yang pernah dijalankan di SMK Pulau Gaya pada suatu masa dahulu. Melalui program ini, ianya akan mefokuskan kepada pelajar sekolah 4

tersebut. Melalui pendedahan dan pendekatan melalui program ini, ianya mampu untuk membina ikatan kepercayaan diantara fasilitator dan juga pelajar. Melalui ikatan kepercayaan tersebut, temuramah dan juga borang soal selidik akan diserahkan kepada pelajar tersebut untuk mendapatkan maklumat.

3.2

Kaedah Perlaksanaan Capaian Data

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pemerhatian subjek dan juga melalui kaedah temubual serta penyerahan borang soal selidik. Namun begitu, kaedah yang digunakan hanya dilaksanakan mengikut keadaan, jenis responden dan juga lokasi kajian. Hal ini kerana, kaedah yang berlainan akan dijalankan memandangkan dua jenis responden tetap yang akan dikaji iaitu keluarga dan juga remaja akan dicapai melalui dua lokasi yang berbeza.

3.3

Limitasi Kajian

Limitasi terhadap sesuatu kajian merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, begitu juga dengan kajian ini. kajian ini mempunyai beberapa sekatan yang mana kawasan kajian dan isu yang dikaji merupakan sesuatu yang agak sensitif untuk disentuh dalam kalangan komuniti ini. namun begitu, dengan pendekatan yang terancang dan efisien mampu untuk menjayakan kajian ini. berbalik kepada limitasi kajian ini, terdapat beberapa sekatan yang boleh memperlahankan kajian ini yang mana ianya diklasifikasikan sebagai geografi, kerangka masa, jenis responden, keselamatan penyelidik dan jenis pendekatan yang digunakan. Dengan mengenalpasti sekatan ini, ianya bukan sahaja mampu untuk membentuk kerangka kerja yang efisien tetapi, ianya juga mampu untuk menyiapkan kajian ini mengikut masa yang ditetapkan.

Sekatan yang pertama adalah dari aspek geografi, yakni lokasi dan keadaan kawasan kajian. Kawasan kajian iaitu Pulau Gaya yang terletak dalam anggaran jarak 1km dari Bandaraya Kota Kinabalu yang terletak betul-betul dihadapan Bandaraya Kota 5

Kinabalu itu sendiri. Kawasan Pulau Gaya yang mempunyai beberapa perkampungan yang dikenali sebagai Pondoh, Pasir Putih, Luk Malum dan juga perkampungan Labban yang dipisahkan di beberapa kawasan dan kawasan perkampungan yang paling hadapan sekali adalah Pondoh. Manakala kawasan sekolah pula terletak di kawasan perkampungan Labban. Namun begitu, disebabkan Pulau Gaya itu agak besar, terdapat beberapa resort yang berada di kawasan tersebut iaitu Gayana Resort dan juga Bunga Raya Spa and Resort. Yang mana ianya terletak dibahagian belakang pulau tersebut. Tambahan pula, pulau tersebut boleh dikatakan bahawa di bawah pembangunan CYL iaitu syarikat antarabangsa yang mana ianya ingin membangunkan pelancongan di Pulau Gaya tersebut.

Disebabkan keadaan kawasan kajian yang agak jauh dan sekiranya ianya ingin melaksanakan kajian dengan merangkumi 4 perkampungan ini, ianya akan mengambil masa yang agak lama kerana ketersampaian ke kawasan ini agak lama yang mana ianya terpaksa meredah hutan belantara untuk ke perkampungan tersebut. Namun begitu, ianya juga boleh dicapai dengan menaiki bot yang mana ianya hanya mengambil masa 15 minit sebagai kerangka masa untuk sampai ke empat-empat perkampungan tersebut. Tambahan pula, ianya adalah sebuah pulau yang mana sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, ianya hanya akan mempunyai akses menggunakan bot sebagai penghubung antara Pulau Gaya dan Bandaraya Kota Kinabalu. Selain itu, keadaan cuaca juga menjadi sekatan utama kerana ianya boleh mempengaruhi ketinggian ombak dan gelora ombak tersebut.

Kerangka masa merupakan permasalahan yang kedua, yang mana masa yang diambil untuk ulang-alik antara Bandaraya Kota Kinabalu dengan Pulau Gaya mengambil masa setengah jam. Selain itu, untuk merangkumi keempat-empat pulau tersebut, ianya akan mengambil masa yang agak lama, yang mana ianya mengambil masa sebulan atau lebih. Sekiranya penyelidik tinggal di resort Gayana, ianya juga akan mengambil masa yang agak lama dari aspek perjalanan sama ada menaiki bot atau berjalan kaki meredah hutan. Disebabkan pembiayaan yang disalurkan ini adalah terhad yakni mempunyai jumlah yang ditetapkan, maka masa yang diambil haruslah tidak menjadi faktor yang menyebabkan dana ini tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kajian ini. 6

sekatan dari aspek masa juga menjadi faktor utama dalam menyiapkan kajian ini. hal ini kerana, semakin cepat kajian ini disiapkan di lapangan, ianya adalah semakin baik.

Yang ketiga adalah berupa jenis responden yang mana melibatkan sifat keterbukaan dan juga bahasa yang digunakan. Sifat keterbukaan lebih kepada maklumat yang diperolehi ketika melakukan temubual. Responden yang terlibat boleh memberikan maklumat yang diinginkan namun ianya akan terhad kerana dengan kebocoran maklumat tersebut, ianya boleh menyebabkan keselamatan responden juga tergugat. Walaupun ianya bukan disebabkan oleh penyelidik, ianya disebabkan oleh penduduk di kawasan atau lebih tepat lagi khabar angin yang mudah tersebar dalam komuniti itu. Selain itu, sekatan asas yang utama adalah bahasa. Bahasa utama yang digunakan oleh penduduk di kawasan kajian adalah bahasa Bajau dan juga bahasa Suluk, walaupun bahasa kebangsaan Malaysia boleh ditutur oleh penduduk di sana, tetapi penggunaan kosa kata yang terhad mengehadkan penyampaian maklumat dengan baik. Oleh yang demikian, pengantara yang boleh berbahasa melayu dan juga berbahasa Suluk dan Bajau diperlukan bagi memastikan maklumat yang diinginkan diperolehi dengan mudah.

Aspek keselamatan merupakan sekatan keempat yang boleh membantutkan kajian ini. kawasan penempatan di Pulau Gaya, khususnya di perkampungan Pondoh dan Labban mempunyai jaringan jalan yang mempunyai saiz yang agak kecil namun ada jugak jambatan kayu yang boleh dilalui. Selain itu, siratan jalan juga adalah tidak tersusun dan boleh menyebabkan seseorang yang tidak biasa dengan jalan tersebut akan mudah sesat. Berbanding kepada perkampungan Pasir Putih, ianya mempunyai jaringan jalan yang agak tersusun seperti perkampungan di Semporna. Akses keluar masuk dari kawasan tersebut agak mudah untuk dilalui. Aspek keselamatan yang seterusnya adalah berkisar dengan sindiket pengedaran dadah, hal ini juga boleh menyebabkan keselamatan penyelidik tergugat kerana dengan adanya senjata berbahaya seperti parang dan juga pistol sebagai senjata utama yang dimiliki oleh sindiket di kawasan tersebut. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, kawasan pulau ini dikelilingi oleh air laut dan akses ke bandar adalah terhad selain dari menggunakan bot. 7

Sekatan dalam kajian yang terakhir adalah berkaitan dengan pendekatan yang digunakan dalam mendapatkan maklumat. Dapatan maklumat dari borang soal selidik adalah sesuatu yang mudah kerana ianya diedarkan kepada pelajar sekolah itu sendiri. Situasi yang agak sukar apabila cuba untuk mendekati responden yakni komuniti di perkampungan tersebut. Hal ini kerana, walaupun cuba untuk menemubual responden ianya akan terhad yang juga boleh disebabkan oleh posisi seseorang itu. Dalam keadaan untuk menemubual, wartawan dan juga guru sekolah merupakan dua anggota yang sudah menjadi kebiasaan di perkampungan tersebut. Sebagai seorang penyelidik, diri harus diperkenalkan sebagai seorang guru dan juga harus menyatakan kajian dalam ayat yang ringkas dan tidak menyinggung mana-mana pihak serta kajian yang dilaksanakan harus dinyatakan dengan sejelasnya untuk mengelakkan sebarang salah faham yang boleh membawa kepada satu situasi yang kurang diingini.

Kesimpulannya, sekatan yang dikenalpasti bukanlah menjadi penyebab kepada kajian ini untuk tidak dilaksanakan. Akan tetapi, sekatan yang dikenalpasti ini haruslah menjadi panduan dalam melaksanakan kajian supaya kajian yang dijalankan ini dapat disiapkan dengan jayanya.

3.4

Kesimpulan Kajian Yang Ingin Dicapai

Kajian ini diharap untuk dapat melihat faktor sebenar yang membolehkan pergerakan dadah dalam kalangan keluarga dan remaja sangat mudah didapati. Kesimpulan yang ingin dicapai juga adalah berdasarkan kepada faktor keadaan dan lokasi, yang mana disebabkan dua faktor ini juga yang menyebabkan dadah mudah untuk diedarkan. Tambahan pula, melalui kajian ini juga, ianya diharap untuk dapat mengkaji permasalahan yang wujud dalam penginteraksian dan pengambilan dadah dalam komuniti ini. Sama ada komuniti ini menerima atau menolak atau redah dengan aktiviti dadah yang dijalankan dalam komuniti ini. Melalui perlaksanaan kajian ini juga, ianya diharap dapat mewujudkan cadangan yang bersesuaian yang membolehkan komuniti ini mampu untuk 8

membanteras pengedaran dadah, sekaligus membersihkan nama mereka sebagai komuniti yang kurang baik dalam strata sosial di Bandaraya Kota Kinabalu.

Kajian yang dijalankan ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kelebihan yang pertama adalah ianya dapat memahami tentang faktor perluasan dalam pengedaran dadah. Sama ada aktiviti ini merupakan bisnes keluarga atau mungkin terdapat sebab yang lain, yang boleh dikaitkan dengan faktor sosioekonomi komuniti di kawasan itu. Yang keduanya, ianya dapat membantu komuniti tersebut dalam membina kehidupan yang baru, khususnya yang tidak melibatkan sebarang aktiviti haram dan seumpamanya. Yang ketiga adalah dengan kajian ini, ianya dapat membantu masyarakat setempat khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu untuk tidak memberikan pandangan yang negatif terhadap komuniti ini, kerana pada asasnya walaupun mereka adalah imigran tetapi mereka berpindah kerana ketidaktenteraman pergolakan politik di tanah air mereka sendiri.

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa kajian ini turut membawa kekurangan antaranya adalah sifat antagonis mula menular dalam masyarakat. Walaupun dengan mengenalpasti faktor yang sebenar, ianya sangat membimbangkan bahawa penemuan maklumat dalam kajian ini mungkin akan memberikan tanggapan yang negatif terhadap komuniti ini, sekali gus menutup kepercayaan dalam membenarkan mana-mana pihak luar untuk menjalankan sebarang aktiviti di Pulau Gaya. Keduanya, kajian ini juga boleh dikatakan bahawa tidak akan member sebarang impak perubahan dalam komuniti tersebut kea rah yang lebih baik. Ianya mungkin kerana imigran secara umumnya adalah bersifat defensif dan sebarang perubahan yang mendadak mungkin tidak akan mudah diterima pakai. Selain itu, kesan dari kekurangan yang pertama juga akan menyebabkan konflik tempatan yang boleh mengakibatkna pergolakan dalam komuniti itu tercetus, sekali gus boleh menyebabkan sebarang jalinan politik kerajaan Sabah terputus dari komuniti tersebut.

9...


Similar Free PDFs