CTU101 ( Group Assignment) PDF

Title CTU101 ( Group Assignment)
Author Anonymous User
Course fundamentals of islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 19
File Size 214.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 178
Total Views 266

Summary

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAANKUMPULAN : BA1111ACTU101 : FUNDAMENTALS OF ISLAMPROJEK BERKUMPULAN : AJARAN SESAT (PUNCA DAN PENYELESAIAN)DISEDIAKAN OLEH :NUR IZZATY AFFRINA BINTI MOHD ISMAFAZIL 2021105551NUR BATRISYIA HUDA BINTI WAN PUTRA 2021127277WARDINA SAFFIYYAH BINTI ABDUL KADIR 2021121115SAY...


Description

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN KUMPULAN : BA1111A CTU101 : FUNDAMENTALS OF ISLAM PROJEK BERKUMPULAN : AJARAN SESAT (PUNCA DAN PENYELESAIAN)

DISEDIAKAN OLEH : NUR IZZATY AFFRINA BINTI MOHD ISMAFAZIL NUR BATRISYIA HUDA BINTI WAN PUTRA WARDINA SAFFIYYAH BINTI ABDUL KADIR SAYANG AYU UMAIRAH BINTI RAZMAN NOR SYAFIQAH BINTI AMIR

2021105551 2021127277 2021121115 2021105615 2021109333

SEM MAC – OGOS 2021 NAMA PENSYARAH : MOHAMMAD NASRUL HAKIM BIN ROSLAN

PENDAHULUAN

Malaysia ialah negara yang berbilang kaum dan agama, dan agama rasminya ialah Islam. Majoriti daripada penduduk di Malaysia merupakan penduduk yang beragama Islam manakala minoriti ialah penduduk yang beragama Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Akan tetapi, terdapat segelintir golongan yang telah mengikuti gerakan agama yang terpesong jauh dan lebih dikenali sebagai ajaran sesat. Ajaran sesat boleh didefinisikan sebagai segala amalan atau ajaran yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mempercayai bahawa ajaran tersebut merupakan ajaran Islam atau berlandaskan ajaran Islam tetapi hakikatnya ajaran sesat ialah ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran, Al-Sunnah dan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah. Ahli Sunnah Wal Jamaah didefiniskan golongan yang sentiasa berpegang teguh kepada Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Ahli Sunnah yang sebenarnya ialah para sahabat Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikuti beliau sehingga hari kiamat.

Dari luar jangkaan kita, kumpulan ini bukan sahaja terdiri daripada orang yang kurang ilmu, tetapi terdapat juga orang yang berpendidikan tinggi terlibat dalam gerakan ajaran sesat ini. Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat daripada pengasas ajaran sesat yang merupakan seorang Haji, bernama Haji Muhammad Shayfie yang merupakan pengasas bagi Taslim, atau dipanggil ajaran matahari. Dengan gelaran Haji kita dapat mengetahui bahawa dia mempunyai pengetahuan yang cukup untuk melaksanan ibadat haji dan telah menunaikan haji. Secara logiknya, pengasas merupakan seseorang yang memerlukan kemampuan dan kemahiran dalam banyak bidang untuk menyampaikan ajaran kepada orang lain. Oleh itu, mereka bukanlah individu yang tidak berilmu, tetapi malangnya mereka tidak mempercayai akidah dan syariat Islam sepenuhnya.

Ajaran sesat ini telah bermula sejak dahulu lagi iaitu pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Ar-Rasyiddin dengan munculnya individu-individu yang mengakui dirinya sebagai seorang nabi atau rasul. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, bermula kemunculan lebih banyak ajaran sesat yang menyeleweng daripada Islam kerana salah faham antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk melantik pemimpin seterusnya kepada kaum muslimin. Di Malaysia, gerakan ajaran sesat mula dikesan sekitar tahun 1950-an dan dijalankan secara senyap-senyap yang

menyebabkan ia sukar dikesan dan dibanteras oleh pihak yang bertanggungjawab dari awal. Gerakan ini dipercayai dibawa masuk ke negara Malaysia apabila terdapat rakyat tempatan yang belajar dan menetap di luar negara, kembali semula ke negara kita lalu menyebarkan tentang ajaran sesat.

Isu ajaran sesat perlulah dipandang berat dan tidak dihiraukan oleh masyarakat kerana walaupun perkara ini sering berlaku di negara kita, setiap individu hendaklah mengambil tindakan supaya gerakan ini dapat dipupuskan. Namun, masih terdapat ramai umat Islam yang mudah terpengaruh dan terjebak dengan ajaran sesat ini. Salah satu sebab perkara ini berlaku ialah kerana mereka kurang pengetahuan tentang ajaran Islam dan tidak mengambil berat untuk membuat kajian tentang ajaran Islam dengan lebih teliti. Terdapat juga kalangan yang tidak gemar atau mempercayai tentang Islam dan muncul dengan idea untuk mengubah dan merosakkan agama Islam dengan melibatkan diri dengan gerakan ajaran sesat ini.

Terdapat lebih daripada 100 kumpulan ajaran sesat yang wujud dan bertapak di Malaysia disenaraikan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ini dapat membuktikan bahawa perkara ini adalah serius dan perlu diambil berat kerana ia boleh meruntuhkan keamanan agama Islam. Isu ini melibatkan penyentuhan akidah seseorang Muslim yang juga akan menentukan masa depan dan kehidupan Muslimin di dunia dan akhirat.

AJARAN SESAT YANG TERKENAL DI MALAYSIA 

Kerajaan Langit Pengasas atau ketua ajaran sesat ini bernama Arifin Mohammed atau lebih digelar sebagai Ayah Pin telah menubuhkan ajaran yang dipanggil kerajaan langit pada tahun 1979. Ayah Pin mendakwa dirinya sebagai tuhan kepada segala agama yang wujud di dunia ini dan boleh menjelma semula sebagai Jesus, Budda, Shiva dan Rasulullah SAW. Berpuluh ribuan pengikutnya menganggap dia sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit. Pada sekitar 1980, dia telah menjadikan replikasi besar teko, payung kuning yang

terdapat di Terengganu sebagai simbol ideologi ajarannya. Pada Disember 1997, JAKIM telah mengisytiharkan bahawa ajaran yang dibawa oleh Ayah Pin adalah bercanggah dari islam dan ialah palsu. Ayah Pin dan keempat empat isterinya masih mempercayai bahawa ajaran yang dibawa oleh dia adalah benar walaupun setelah dihukum penjara selama 11 bulan pada tahun 2001. Ini terbukti apabila sebaik sahaja selepas daripada hukuman, dia masih memperjuangkan ajarannya, kerajaan langit. Bukan itu sahaja, dia juga pernah melarikan diri daripada polis ke Selatan Thailand bersama keempat-empat isterinya. Ayah Pin meninggal dunia pada 23 April 2016 akibat sakit tua selepas mendakwa dirinya pernah dilahirkan semula sebanyak 17 kali.



Taslim Agama Taslim atau ajaran Matahari ini ditubuhkan oleh pengasas yang bernama Haji Muhammed Shayfie atau lebih dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari pada sekitar 1870an dan berpusat di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Gelaran Haji Matahari adalah kerana dia mendakwa dirinya boleh menentukan masa terbit dan masa matahari terbenam dengan tepat. Haji Muhammad Matahari juga menggelar dirinya sebagai khalifah, kemudian pengikutnya akan diangkat sebagai khalifah apabila dia meninggal dunia. Pengasas bersama dengan pengikutnya masih mengaku diri mereka sebagai seorang Muslimin kerana mereka tidak meninggalkan ajaran Islam. Pada tahun 1940an hingga 1950an, ajaran Taslim sangat aktif melakukan amalan yang jauh beza daripada ajaran Islam, berbeza dengan zaman sekarang yang lebih tenang dan tidak aktif seperti dahulu. Contoh perkara yang mereka lakukan ialah walaupun mereka masih solat pada 5 waktu, mereka tidak perlu rukun solat seperti rukuk, sujud dan sebagainya tetapi hanya niat semata mata. Hal ini kerana mereka mempercayai bahawa Allah berada dalam tubuh badan apabila mengucap. Mereka juga hanya solat Jumaat di masjid tertentu sahaja dan solat menghadap matahari terbit. Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti yang dilakukan setiap setahun sekali di Kampung Seronok yang akan mandi dalam keadaan gelap sebelum melakukan persetubuhan.



Baha’i Agama atau ajaran ini ditibuhkan oleh Mirza Husayn-Ali atau Baha’u’llah pada 1847. Ajaran ini bermula di Iran dan kemudiannya dibawa ke Malaysia pada Yan Kee Leong oleh Yan Kee Leong. Nama ajaran ini diambil dari gelaran pengasasnya Baha’u’llah. Mereka menyatukan agama-agama yang ada di dunia ini, sepertia agama Buddha, Islam, Yahudi, Kristian, Zoroaster dan Hindu. Mereka tidak mempercayai kewujudan malaikat, syurga dan mukjizat, tetapi mereka mempercayai yang Nabi Isa mati disalib. Mereka juga mengubah kebanyakan daripada ibadah Islam. Contohnya ialah puasa perlu dilakukan pada 19 hari, solat dengan 9 rakaat dan 3 kali sehari, kemudian air wuduk yang digunakan perlulah air mawar atau digantikan dengan bacaan “Bismillah Athar”. Ajaran Baha’i kemudian diisytiharkan merupakan ajaran yang palsu dan umat Islam yang terlibat dalam ajaran ini adalah murtad.

PUNCA KEWUJUDAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA Pada era globalisasi ini, pihak yang mengamalkan ajaran sesat di seluruh dunia termasuk di negara kita sendiri amat menakutkan kerana jumlahnya yang banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini demikian kerana, kejahilan diri masyarakat terhadap agama Islam sendiri yang seterusnya telah membawa kepada kemunculan ajaran sesat. Oleh itu, kita perlulah merungkaikan asbab-asbab ataupun punca-punca yang telah membawa kepada kewujudan ajaran sesat terutamanya di negara kita sendiri iaitu Malaysia. Merujuk kepada Al-Quran, antara puncapunca kewujudan ajaran sesat ini adalah kerana terbabasnya manusia daripada landasan agama sebenar berdasarkan beberapa faktor utama misalnya ialah faktor kepercayaan.

Faktor kepercayaan merupakan salah satu punca terbesar yang membawa kepada kewujudan ajaran sesat di negara kita, Malaysia. Faktor ini juga terbahagi kepada beberapa faktor kecil dan yang pertama ialah percaya kepada perkara-perkara ghaib. Percaya kepada perkara-perkara ghaib boleh dikategorikan sebagai faktor tersebarnya ajaran sesat kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa perkara ghaib itu adalah sesuatu yang sememangnya diasaskan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith. Malahan, akidah, syarak dan akhlak Islam itu sendiri

adalah perkara ghaib yang hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith sahaja. Oleh yang demikian, penganut-penganut ajaran sesat amat mudah mempercayai kepada sesuatu perkara ghaib yang dikemukakan oleh guru-guru mereka yang tidak bertauliah itu kerana apabila guru-guru mereka akan memutar belitkan segala ajaran berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith ia telah menyebabkan penganutnya tidak dapat melihat akan kesesatan yang telah cuba untuk disampaikan malahan mereka terus percaya sebulat-bulat tanpa membuat sebarang usul periksa.

Khurafat juga termasuk dalam kategori faktor kepercayaan dan ia boleh dikatakan sebagai tapak semaian yang paling subur untuk tersemainya ajaran sesat. Di antara kepercayaan khurafat yang menjadi darah daging umat Islam ialah mempercayai sesuatu selain daripada Allah S.W.T. Ini dikatakan kesalahan yang paling besar kerana sebagai umat islam sudah pasti kita wajib mengucap dua kalimah syahadah.Tambahan lagi, kalimah tersebut sudah menyatakan bahawa ’Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain disembah selain Allah dan Nabi Muhammad ialah persuruh Allah’. Apabila kita mempercayai tiada tuhan selain Allah kita juga boleh terkeluar daripada agama islam itu sendiri ataupun lebih dikenali sebagai ‘Murtad’. Selain itu, percaya kepada sesuatu selain daripada Allah S.W.T. boleh membawa kesan kepada kehidupan manusia dari segi akidah, ia sering diekspresikan menerusi perbuatan membuang canak, sembah binatang di tempat-tempat tertentu dan banyak lagi seperti yang sering dilakukan oleh sesetengah bomoh.

Seterusnya, perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai khurafat ialah mempercayai dengan ‘Tenung dan Telek’. Umat islam juga ada yang begitu percaya dengan kepercayaan khurafat di dalam bertenung nasib, bomoh dan sebagainya untuk menentukan masa depan seseorang. Secara logiknya, kita sudah sedia maklum bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui nasib kita serta Qada’dan Qadar kerana semuanya telah tertulis sejak kita dibentukkan lagi. Jadi oleh yang demikian, umat Islam yang pergi bertemu dengan tukang telek dan meminta untuk melihat nasib mereka di kemudian hari amatlah rugi kerana mereka tidak menggunakan akan fikiran yang sedia ada. Apabila mereka mempercayai kata-kata tukang telek yang dusta itu semua maka bermulah bunga-bunga kesesatan yang membawa kepada kepercayaan hadir di dalam diri mereka.

Justeru, ada juga sesetengah umat Islam yang mempercayai bahawa roh wali boleh mengkabulkan cita-cita. Kepercayaan khurafat yang sesterusnya ialah mempercayai bahawa roh si mati yang dahulunya dikenali sebagai wali, boleh menyampaikan hasrat hati manusia kepada Allah S.W.T. Oleh itu, seperti yang kita sering lihat di dalam filem atau drama, sekiranya seseorang itu ingin menyatakan hajat, mereka akan pergi ke kubur dan membayar nazar serta sebagainya kerana mereka percaya bahawa roh si mati tersebut boleh mengkabulkan hajat mereka.Yang menyedihkan perkara ini bukan sahaja berlaku di dalam drama, tetapi berlaku di dalam dunia realiti sendiri. Kesesatan kepercayaan khurafat yang ini amat ketara sekali. Ini kerana tiada siapa lagi yang lebih mulia daripada Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan di makam Rasulullah SAW juga kita dilarang sama sekali untuk dijadikan tempat merayu, menangis, meminta dan sebagainya. Inikan pula kubur si mati yang belum tentu ada hujung pakalnya dan sekiranya kita mengganggu roh si mati yang tidak tenang, khuatir di kemudian hari kita yang akan menyesal.

Selain itu, terdapat juga kepercayaan khurafat di kalangan umat Islam yang berkaitan dengan masa, contohnya seperti bulan safar. Dikatakan bahawa terdapat hari tertentu di dalam bulan tersebut yang dikatakan sebagai hari sial. Untuk menolak bala, beberapa upacara diadakan iaitu seperti mencampakkan kertas yang bertulis dengan ayat Al-Quran ke dalam tempayan berair atau perigi sebagai usaha untuk menolak bala tersebut.

Semua faktor kepercayaan yang telah dinyatakan di atas merupakan punca-punca kewujudan ajaran sesat di Malaysia. Sebagai umat islam yang mempunyai akal fikiran perlulah sentiasa berpegang teguh dan hanya percaya dengan ajaran Al-Quran, Al-Hadith dan Al-Sunnah sahaja sekiranya tidak mahu terjebak sama sekali dengan kesesatan di atas.

CADANGAN PENYELESAIAN KEPADA MASALAH KEWUJUDAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Isu-isu yang berkaitan dengan ajaran sesat masih hangat diperkatakan di dalam mediamedia perantaraan seperti berita, surat khabar, televisyen dan sebagainya. Sebenarnya, isu ini masih tidak dapat diselesaikan dengan baik lagi walaupun pelbagai langkah telah dilakukan. Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita perlu bertindak segera agar isu ini dapat diselesaikan. Jadi, kita perlu memikirkan langkah-langkah penyelesaian yang paling efektif agar masalah kewujudan ajaran sesat di negara kita ini dapat dibendung dengan segera. Sebelun nasi menjadi bubur mari kita sama-sama merungkaikan apakah penyelesaian kepada isu yang sedang kita hadapi ini.

Cadangan penyelesaian yang pertama ialah peranan individu itu sendiri dalam membanteras isu ajaran sesat ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, individu tersebut perlu mengenal pasti, mengetahui serta memilih sumber yang tepat jika ingin menuntut ilmu tentang agama Islam lebih-lebih lagi yang melibatkan Al-Quran. Setiap orang yang ingin menuntut ilmu wajarlah menuntut daripada ulama’ mahupun ustaz serta guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam tentang ilmu yang ingin dituntut bak kata pepatah ‘ilmu penyuluh hidup’. Sekiranya individu tersebut tidak membuat penyelidikan awal terhadap guru yang mengajarnya terlebih dahulu, maka dia akan senang ditipu oleh gerangan yang dipanggil ’guru’ tersebut. Tambahan lagi, kebanyakan manusia zaman sekarang menipu sesama sendiri kerana hanya mahukan wang jadi, mereka akan menipu dengan menggunakan Al-Quran dan AlHadith sebagai medium supaya mereka lebih mudah untuk memperoleh wang.

Selain itu, setiap individu juga perlu mempunyai pegangan yang teguh terhadap AlQuran, Al-Sunnah serta Al-Hadith agar hidup kita lebih terpelihara dan terselamat daripada segala perkara yang boleh membawa kita kepada ajaran sesat. Seperti yang kita sedia maklum, kita perlulah menuntut ilmu syarak iaitu ilmu-ilmu yang membicarkan dan mengandungi semua jawapan kepada pertanyaan kita yang melibatkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Tambahan lagi, terdapat sebahagian ulama’ yang menyatakan bahawa keperluan manusia untuk mendalami ilmu syarak adalah lebih besar berbanding keperluan seharian mereka misalnya seperti makan dan minum. Apabila individu tersebut telah berguru daripada sumber yang betul, maka secara tidak langsung dia akan dapat menyebarkan ajaran yang betul kepada ahli keluarga serta kenalan rapat

mereka. Banyak surau dan masjid yang mengadakan ceramah tentang agama secara percuma dan kita boleh melibatkan diri dengan program yang telah dianjurkan berbanding dengan memanggil guru yang kita tidak tahu asal usulnya. Oleh itu, dengan cara ini masalah ajaran sesat di dalam negara kita akan dapat dibendung sekiranya individu itu sendiri memainkan peranan penting dalam isu ini seperti yang telah saya nyatkan di atas tadi.

Di samping itu, cadangan untuk mengatasi masalah kewujudan ajaran sesat yang kedua ialah pendekatan undang-undang daripada pihak berkuasa. Seperti yang kita ketahui terdapat ramai pihak yang sentiasa berusaha keras untuk membanteras ajaran sesat ini bermula daripada para ulama dan sekarang masih diteruskan oleh pihak berkuasa agama. Pihak yang berkuasa perlulah mengambil tindakan terhadap mana-mana yang masih keras kepala dan mengamalkan ajaran Islam yang telah diselewengkan. Kita hendaklah sama-sama berusaha untuk memelihara keharmonian serta keagungan agama Islam dengan penuh rasa tanggungjawab dan bukannya sekadar ingin memenuhi tuntutan undang-undang sahaja. Sebagai contoh, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Aduan Dan Penguatkuasaan. Di sini, masyarakat boleh mengadu kepada pihak berwajib sekiranya terdapat mana-mana individu yang masih mengamalkan ajaran sesat agar lebih mudah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut. Mereka yang mengamalkan ajaran sesat boleh didakwa dibawah Enakmen Kesalahan Jenayah dan boleh dijatuhkan hukuman jika tersabit kesalahan.

Justeru, apa yang leibih penting di dalam undang-undang berkenaan ajaran sesat ialah bagaimana cara yang terbaik untuk menggunakannya agar boleh membawa golongan-golongan yang telah sesat kembali semula ke pangkal jalan. Para pegawai penguatkuasa agama serta pegawai pejabat agama yang lain perlulah berusaha keras di dalam tindakan serta denda yang akan diberikan kepada pengamal ajaran sesat supaya mereka dapat menyesali kesalahan mereka dan memilih untuk bertaubat. Tambahan lagi, isu ajaran sesat ini tidak boleh disamakan dengan kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang lain misalnya seperti berzina, minum minuman yang keras dan sebagainya.

Apabila pendekatan undang-undang telah dijalankan oleh pihak berkuasa secara tidak langsung masalah kewujudan ajaran sesat ini dapat dibanteraskan dengan segera.Ini dikatakan demikian kerana penunggang ajaran sesat akan mula sedar akan kesilapan mereka dan mengetahui cara yang betul untuk menghentikan perbuatan terkutuk mereka tersebut.

PUNCA KEWUJUDAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA Dalam mendepani alaf baru yang semakin mencabar ini, kita sering kali didendangkan dengan berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan kewujudan ajaran sesat di malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, ajaran sesat ini bukanlah isu baharu dalam kalangan penduduk di dunia. Isu tersebut dikatakan telah lama membarah dan semakin meruncing dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat yang hilang pengangan agama islam. Apabila masyarakat terbawa-bawa budaya barat atau seseorang ulama yang taksub untu menegakkan agama islam akan tetapi telah melanggar suruhan dan melakukan larangan Allah. Tambahan pula, penguatkuasaan yang lemah juga turut dikaitkan sebagai punca berlakunya kegiatan ajaran sesat ini. Sebagai contoh, pihak berkuasa dikatakan tidak bersilengah dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersikap lebih proaktif dalam menangani masalah tersebut daripada terus manusia membuat dosa besar, maksiat dan hilang waras. Sebenarnya, kewujudan ajaran sesat ini banyak mendatangkan kesan buruk kepada kita. Persoalannya, apakah faktor-faktor kewujudan ajaran sesat?

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa punca utama ialah daripada keilmuan seseorang yang berlebihan sehingga mendatangkan syirik dalam agama dan keinginan untuk mempertahankan diri dengan ilmu-ilmu batin yang bertentangan dengan Islam seperti ilmu kebal dan sebagainya telah menyebabkan ramai umat Islam yang tersesat. Hal ini berlaku kerana, ilmu kebal dan sihir bukanlah dari ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh sebab itu, untuk meng...


Similar Free PDFs