Dasar Ekonomi Baru (DEB) DOCX

Title Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Author Nasiruddin Hassan
Pages 1
File Size 39.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 713
Total Views 886

Summary

PENGENALAN Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia pada ketika itu banyak dipengaruhi oleh penjajah yang membuat pelbagai langkah bagi memperbaiki dan memperkembangan ekonomi negara. Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secar...


Description

PENGENALAN Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia pada ketika itu banyak dipengaruhi oleh penjajah yang membuat pelbagai langkah bagi memperbaiki dan memperkembangan ekonomi negara. Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara "plural" melalui amalan "pecah dan perintah". Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel kereta api dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar pun turut bertambah besar. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan mula memperkenalkan rancangan pembangunan yang terancang dan teratur yang dipanggil sebagai Rancangan Pembangunan Ekonomi atau Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956 sehingga tahun 1960. Selain itu, pada era ini juga ditubuhkan rancangan pembangunan tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956 bertujuan mengatasi masalah kekurangan tanah serta membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kaum petani.1 Pada tahun 1961, Rancangan Pembangunan Ekonomi Dua pula telah dilancarkan. Kedua-dua rancangan tersebut hanya memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang menjadi tunjang ekonomi Malaysia pada ketika itu. Pada tahun 1970 pula, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan oleh kerajaan. DEB ialah program selama 20 tahun kerajaan iaitu bermula pada tahun 1970 hingga tahun 1990 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussien. DEB termaktub dalam Rancangan Malaysia Kedua berikutan Rancangan Malaysia yang pertama menunjukkan kelemahan dari segi strategi yang mana pegamalan sistem 'pecah dan diperintah' masih diteruskan. 1 Siti Hadijah Che Mat, Fauzi Hussin & Mohd Razani Mohd Jali, 2003. Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur :PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm 1....


Similar Free PDFs