didik hibur DOCX

Title didik hibur
Author Eda Muryanti
Pages 27
File Size 62.2 KB
File Type DOCX
Total Downloads 668
Total Views 798

Summary

KEBERKESANAN PENDEKATAN DIDK HIBUR TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID LEMAH ABSTRAK ABSTRAK: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan didir hibur dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 3. Kajian telah dilaksa...


Description

KEBERKESANAN PENDEKATAN DIDK HIBUR TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID LEMAH ABSTRAK ABSTRAK: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan didir hibur dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 3. Kajian telah dilaksanakan ke atas 15 orang murid Tahun 3yang juga turut terlibat dengan program LINUS di Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut, Papar. Bagi mencapai objektif kajian ini, instrumen kajian berbentuk kuantitatif telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat kajian seperti pelaksanaan ujian pra dan ujian pos ke atas respondan kajian serta penggunaan borang soal selidik. Dalam pada itu, kaedah pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti kesan penggunaan kaedah didik hibur ini dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan respondan kajian. Hasil pelaksanaan kajian yang telah diperolehi mendapati bahawa kesemua 15 orang murid kajian hanya mendapat Band 2 dalam ujian tersebut. Ini bermakna bahawa kesemua 15 orang murid Tahun 3 ini hanya tahu membaca dan mengenal huruf vokal dan konsonan sahaja. Sebaliknya, tidak dapat membaca dengan baik seperti mana yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, keputusan ujian pos yang telah dilaksanakan ke atas kesemua 15 orang murid Tahun 3 ini mendapati bahawa kemahiran membaca murid telah dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Melalui ujian pos dapat dilihat pencapaian yang diperolehi oleh murid-murid ini yang mana 9 orang (60%) murid memperolehi band 3 dapat mengeja secara perlahan, iaitu dapat menterjemahkan huruf-huruf yang mereka lihat untuk menjadi sebutan dalam bentuk ejaan. Seramai 4 orang (26.7%) memperolehi band 4 pula dapat mengeja dengan laju tidak seperti sebelum pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan didik hibur, mereka hanya tahu sebut vokal dan konsonan sahaja. Seterusnya 2 orang murid (13.3%) telah berjaya memperolehi band 5, iaitu dapat membaca tanpa mengeja huruf-huruf yang diberikan....


Similar Free PDFs