Faktor-faktor yang mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 PDF

Title Faktor-faktor yang mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969
Author LOO CHENG YING .
Course History and meanings
Institution University of London
Pages 2
File Size 50 KB
File Type PDF
Total Downloads 61
Total Views 167

Summary

Huraikan TIGA (3) faktor-faktor yang mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 dan DUA (2) pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa tersebut.Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah ...


Description

Huraikan TIGA (3) faktor-faktor yang mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 dan DUA (2) pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa tersebut. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Faktor: 1. Perkembangan etnopopulisme, iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada dua kelompok berdasarkan kaum dan agama, yang berpotensi bersengketa antara satu sama lain. Orang Melayu berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. Negara ini dipecah perintah oleh penjajah British dengan dasar pengelompokan etnik sehingga terpisah melalui identiti sosio budaya. 2. Keputusan pilihan raya umum sembilanbelas enam puluh sembilan, lonjakan pengaruh parti cauvinis Cina serta hilang majoriti dua pertiga perikatan di DUN Selangor. Perarakan kemenangan sebagai pencetus provokasi besar yang membakar kemarahan kaum Melayu. Ketika berkumpul dalam keadaan bersemangat itu, bergentayangan cerita-cerita tentang kebiadapan segelintir orang Cina tersebar dan memulakan babak-babak rusuhan. Tragedi tercetus dengan Kuala Lumpur mula menjulang asap dan api kemarahan, pembunuhan dan keadaan yang panik mewabak dengan pantas. 3. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu yang kedudukan terkebawah berbanding dengan kaum Cina dalam perlembagaan dengan memainkan isu-isu sensitif dan perkauman. Walaupun DAP bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu yang telah memecah-belah perpaduan rakyat. Pengajaran: 1. Katanya, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial tentang perbezaan terhadap agama, bahasa, kedudukan istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu. Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik. 2. Perpaduan juga perlu dikekalkan untuk tidak memberikan peluang dan kesempatan kepada musuh-musuh negara untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat bersangka baik antara satu sama lain. Kesimpulannya,

Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. 13 Mei akan berulang kembali jika kita tidak bercermin dengan sejarah lalu....


Similar Free PDFs