"13 MEI 1969: SEJARAH HITAM CINA-MELAYU DI MALAYSIA" PDF

Title "13 MEI 1969: SEJARAH HITAM CINA-MELAYU DI MALAYSIA"
Author Betty M.
Pages 38
File Size 296.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 377
Total Views 843

Summary

13 MEI 1969: SEJARAH HITAM CINA-MELAYU DI MALAYSIA Those who do not remember the past are condemned to repeat it. -George Santayana i PENGHARGAAN Kami ingin mengucap terima kasih kerana kami dapat juga menyempurnakan tugasan bagi subjek Hubungan Etnik ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kam...


Description

13 MEI 1969: SEJARAH HITAM CINA-MELAYU DI MALAYSIA

Those who do not remember the past are condemned to repeat it. -George Santayana

i

PENGHARGAAN Kami ingin mengucap terima kasih kerana kami dapat juga menyempurnakan tugasan bagi subjek Hubungan Etnik ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “13 MEI 1969”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, _____________kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian, terima kasih.

ii

PENDAHULUAN

Tugasan yang kami sediakan berkisarkan tentang insiden 13 Mei yang pernah berlaku di Malaysia lebih kurang 4 dekad yang lalu dan bertajuk, “13 MEI 1969: SEJARAH HITAM CINA-MELAYU DI MALAYSIA”. Kami sangat berminat untuk menyiasat perkara yang telah terjadi di sebalik insiden yang sudah menjadi topik terlarang dalam kalangan kaum memandangkan terlalu banyak generasi masa yang tidak tahu menahu mengenai peristiwa hitam ini. Kajian kami bermula dengan gambaran masyarakat Malaysia sebelum 13 Mei 1969. Gambaran masyarakat diberikan melalui tiga perspektif: politik, ekonomi dan sosial. Diberikan unsur-unsur negatif yang sedia ada sebelum terjadinya insiden 13 Mei ini. Kami merumuskan kehidupan masyarakat Malaysia selepas itu. Peristiwa 13 Mei dibahagikan kepada tiga fasa: Fasa Sebelum Pilihan Raya, Fasa Semasa Pilihan Raya dan Fasa Selepas Pilihan Raya. Dalam bab yang ke-empat, disertakan analisis kejadian tersebut yang juga dilihat dari aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Analisa kejadian berdasarkan sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Kua Kia Soong. Akhir sekali, kami menyertakan beberapa usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengelakkan perkara ataupun situasi 13 Mei ini berlaku lagi.

iii

BAB I METODOLOGI PENYELIDIKAN

1.1

LATAR BELAKANG MASALAH

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum pada 1969 dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen perkauman menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat prasangka dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian adalah: (1)

Untuk mencari tahu bagaimana hubungan antara etnik yang menduduki

Malaysia sebelum pasca kemerdekaan.

(2)

Untuk mengetahui kronologi peristiwa 13 Mei dan punca kejadian yang menjadi

detik tercemas pernah dihadapi oleh negara. (3)

menganalisis faktor kejadian dan mengenal pasti usaha yang sudah diambil dan

masih diterapkan oleh kerajaan bagi mengelakkan daripada situasi yang sama berulang lagi.

1.3 MASALAH KAJIAN

Masalah-masalah yang kami hadapi dalam kajian adalah sifat menangguh yang ada dalam beberapa ahli kumpulan ini justeru melambatkan proses penyiapan tugasan ini sedangkan ketua kumpulan telah memberikan tugas yang termudah untuk mereka. Selain itu, mereka juga tidak memberikan hasil kerja yang memuaskan maka banyak kerja mengedit dan penambahan isi terpaksa dilakukan. Bukannya hendak memburukkan ahli kumpulan sendiri tetapi ini merupakan salah satu masalah yang dihadapi sepanjang kajian dijalankan. Seterusnya, kami tidak dapat mencari

informasi yang berkaitan di dalam

perpustakaan berkaitan dengan tajuk tersebut kerana tidak banyak buku yang dapat kami jadikan rujukan. Kami hanya mendapat rujukan buku melalui perisian internet dan terpaksa membaca setiap buku yang berkaitan untuk mencari idea yang utuh mengenai isu rusuhan kaum 1969. Tema penyelidikan kami agak luas dan harus diselaraskan dengan pencarian masing-masing demi pembaikan pembentangan kami dalam laporan ini.

BAB II GAMBARAN MASYARAKAT MALAYSIA SEBELUM 13 MEI 1969

Sebelum kemerdekaan dan selepas pasca kemerdekaan, bagaimanakah kehidupan masyarakat pada masa itu? Adakah mereka hidup dengan harmoni? Ataupun tidak? Oleh itu, adalah harus untuk kita mengamati kehidupan mereka pada masa lalu sebelum terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei barulah kita dapat mengamati dengan lebih dalam akan isu ini.

2.1 GAMBARAN

MASYARAKAT

MELALUI

TIGA ASPEK:

POLITIK,

EKONOMI DAN SOSIAL

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia. Peristiwa hitam ini bukanlah suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu serta kesan peninggalan penjajahan British merupakan faktor yang menyumbang kepada peristiwa 13 Mei.1

2.1.1 PERSPEKTIF POLITIK

Pada zaman penjajahan British, sistem masyarakat di Tanah Melayu yang asalnya

1

http://tatiuc.edu.my 10 Februari 2015

sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Raja dan sultan Melayu pada masa itu hanya dijadikan lambang kepada sesebuah negeri sahaja. Sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu serta sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula diterapkan oleh penjajah British. Pemerintah pada zaman itu percaya bahawa rakyat tidak akan bangkit untuk menentang mereka jika sistem pemerintahan yang berbeza mengikut negeri diwujudkan. Namunbegitu, hal inilah yang menyumbang kepada pencetusan peristiwa hitam 13 Mei. Sistem yang telah diperkenalkan oleh penjajah British ini telah mengurangkan kuasa pemerintahan sultan Melayu dan pembesarnya. Fungsi residen dan penasihat British telah mengambil alih peranan pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai.2 Struktur masyarakat di Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum telah mewujudkan banyak persatuan politik sosial yang berasaskan kaum masing-masing. Perkara ini telah menimbulkan perasaan syak wasangka di antara satu sama lain kerana setiap persatuan hanya memperjuangkan kepentingan kaum yang diwakili sahaja. Perasaan tidak puas hati yang ketara di antara kaum telah wujud disebabkan oleh parti politik berbentuk perkauman yang seringkali mengeksploitasi perbezaan yang wujud dalam kalangan kaum-kaum ini.

2.1.2 PERSPEKTIF EKONOMI Sistem ekonomi tradisional seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang, di Tanah Melayu turut mengalami perubahan disebabkan oleh pemerintahan British. Penjajah British telah menjalankan dasar ekonomi kolonialisme dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata. 2

http://islamicplayer.blogspot.com 10 Februari 2015

Dalam perlaksanaan dasar ekonomi ini, penjajah British telah mengasingkan kaumkaum di Tanah Melayu secara langsung dan tidak langsung mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Hal ini menyebabkan kesukaran kaum Melayu, Cina dan India untuk mewujudkan perpaduan kerana mereka tidak berpeluang mempelajari untuk memahami satu sama lain. Perbezaan jurang ekonomi amat ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah penjajah British. Masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan. Masyarakat Melayu kebanyakannya terdiri daripada petani dan nelayan yang tinggal di kawasan kampong. Masyarakat Cina pula kebanyakannya bekerja sebagai peniaga dan tinggal di kawasan Bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai peladang di estet dan tinggal di kawasan estet. Tanpa wujudnya perpaduan kaum, kepentingan dan kedudukan penjajah British tidak akan terjejas. Hal ini menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik. Disebabkan oleh perasaan tidak puas hati, perkara ini mendorong kepada pencetusan konflik seperti peristiwa 13 Mei.

2.1.3 PERSPEKTIF SOSIAL Sejak dari zaman pemerintahan British lagi kaum Cina tidak bersefahaman dengan kaum Melayu kerana layanan yang diberikan amat berbeza. Begitu juga pada zaman pemerintahan Jepun di mana kaum Cina ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Orang Melayu telah diberikan layanan yang istimewa berbanding dengan kaum Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi oleh sentiment peperangan dengan Negara Cina. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Cina dan Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum hidup berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada pula yang berlainan. Sebelum laporan Razak dikemukakan, Tanah Melayu tidak mempunyai sistem pendidikan nasional. Hanya ada empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Silibus yang digunakan telah diambil dari Negara

masing-masing seperti India, mereka menggunakan silibus yang diambil daripada Negara India. Begitu juga dengan Melayu dan Cina. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi fahaman kerana setiap kaum mengamalkan fahaman yang berlainan. Selain itu, bahasa penghantar juga tidak seragam dan hal ini telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka sahaja. Budaya dan agama masyarakat di Tanah melayu berbeza-beza mengikut kaum. Kaum Melayu seumpamanya, menganuti agama Islam, kaum Cina pula menganuti agama samada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confusius manakala kaum India menganuti agama Hindu. Terdapat juga kaum yang beragama Kristian pda masa itu. Setiap kaum pula mempunyai budaya yang berbeza dan ini telah menambahparahkan lagi perpaduan kaum di Tanah Melayu. 3

2.2 UNSUR UNSUR NEGATIF YANG SEDIA ADA SEBELUM 13 MEI 1969 Berikut adalah unsur-unsur negatif yang sedia ada sebelum 13 Mei terjadi. 2.2.1 DASAR PECAH DAN PERINTAH BRITISH Pada zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan

kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu

mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan peranan yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 3

http://www.ipgksm.edu.my 15 Mac 2015

1969.

2.2.2 SISTEM PENDIDIKAN YANG BERASINGAN

Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

2.2.3 PERBEZAAN AGAMA DAN KEBUDAYAAN

Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga

banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

2.2.4 PERSATUAN-PERSATUAN ETNIK

Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

2.2.5 LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang Melayu dan Cina. 2.3

RUMUSAN KEHIDUPAN MASYARAKAT SEBELUM 13 MEI

Kehidupan masyarakat Tanah Melayu sebelum 13 Mei penuh dengan syak wasangka

dalam kalangan kaum yang menetap di sana. Kaum Melayu dan kaum Cina terutamanya mempunyai sifat curiga akan satu sama lain dan tidak percaya dengan kaum yang bertentangan. Masyarakat pada masa itu tinggal dengan satu kemarahan yang terpendam dan rasa tidak puas hati. Situasi ini diibaratkan seperti bom jangka yang boleh meletus bilabila masa sahaja. Seperti yang dijangkakan oleh British yang tidak mungkin satu kerajaan yang disertai oleh pelbagai kaum yang berbeza, untuk mencapai satu kesepaduan sosial bukanlah tugas yang sebegitu mudah. Dek kerana sifat benci dan prejudis yang sudah sedia ada dan dimarakkan lagi dengan sentimen perkauman, memang tidak hairanlah kejadian berdarah 13 Mei berlaku dengan begitu ganas dan kejam.

BAB III PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969: PENCERITAAN SEMULA

12 tahun selepas kemerdekaan dicapai dengan kepayahan, satu kejadian berdarah telah berlaku pada 13 Mei 1969 . Dua kaum terbesar di Persekutuan Tanah Melayu, Cina dan Melayu, pada masa itu berusaha membunuh dan mengambil nyawa masing-masing dan sebagai akibat daripada kejadian tersebut, Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada pentadbiran Malaysia. Ramai generasi baru mendapat tahu mengenai isu ini melalui buku-buku Sejarah dalam sekolah menengah. Akan tetapi sejauh manakah pengetahuan generasi masa kini mengenai kejadian ini yang telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa dalam masa beberapa hari? Sejauh manakah pengetahuan mereka mengenai punca tercetusnya pergaduhan dan keganasan antara kaum pada waktu itu? Garis masa yang digunakan untuk menjelaskan kronologi kejadian ini dibahagikan kepada tiga fasa mengaitkan pilihan raya umum (PRU 1969): Fasa 1: Sebelum Pilihan Raya Umum Fasa 2: Semasa Pilihan Raya Umum Fasa 3: Selepas Pilihan Raya Umum

3.1

FASA 1: SEBELUM PILIHAN RAYA UMUM

Pulau Pinang terkenal dengan sifat perkauman yang tebal di kalangan penduduknya pada tahun 1950-an. Salah satu contoh terawal pergaduhan di Pulau Pinang adalah sewaktu

perarakan untuk meraikan penaikan taraf Georgetown ke Bandar Raya dan perayaan 100 tahun. Khabar angin mengenai niat buruk orang-orang Melayu untuk mengganggu perarakan itu membuat orang-orang Cina gelisah. Suatu salah faham berlaku apabila seorang lelaki Cina melihat beberapa orang Melayu yang kelihatan seperti memegang senjata. Lantas pergaduhan pun berlaku menyebabkan 4 kehilangan nyawa manakala 48 yang lain cedera. Pada 24hb November 1967, pergaduhan antara orang Melayu dan orang Cina berlaku sekali lagi di Pulau Pinang. Ini disebabkan oleh penyebaran propaganda anti penurunan nilai mata wang dan hasutan oleh gerakan komunis. Penurunan nilai mata wang ini dilihat mengancam ekonomi penduduk. Perintah berkurung pernah dilaksanakan di Sungai Pinang pada 3hb Mei 1959 dan Bukit Mertajam pada 14hb Julai 1964 kerana tercetusnya pergaduhan di antara dua kaum terbabit iaitu kaum Melayu dan juga kaum Cina yang membawa kepada serang menyerang serta bakar membakar. Pada tahun 1968 pula, 2 lelaki Melayu dan 11 lelaki Cina telah dipenjarakan seumur hidup kerana dituduh sebagai pengkhianat negara semasa konfrontasi. Para pengikut Mao Zedong (26 Disember 1893 - 9 September 1976) menyebarkan propaganda menyatakan bahawa lelaki-lelaki Cina ini tidak bersalah atas jenayah tersebut. 2 minggu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), salah seorang daripada pegawai UMNO telah dibunuh oleh anasir subversif yang mencuba untuk membangkitkan ketegangan antara kaum. Ahli-ahli komunisme pula dituduh menghasut orang ramai untuk memulaukan sesi PRU. Demi mengelakkan daripada sebarang kekacauan yang akan merosakkan perhubungan longgar antara kaum pada waktu itu, pemimpin-pemimpin UMNO mengambil keputusan dengan mengebumikan si mati senyap-senyap dengan bantuan penyokong parti UMNO4. 3.2

4

FASA 2: SEMASA PILIHAN RAYA UMUM

The May 13 Tragedy, National Operations Council (1969), hal. 17-23.

Semasa PRU, calon-calon pilihan raya yang tidak bertimbang rasa membangkitkan sentimen perkauman dengan membahaskan Fasal 153 dalam Perlembagaan dan menyoalkan hak dan kedudukan orang Melayu sebagai bumiputera. Mereka turut menakutkan orang-orang Melayu mengenai ancaman dominasi kaum-kaum yang bukan Melayu selain daripada mengungkit layanan istimewa yang diberikan kepada orang Melayu dalam jawatan-jawatan kerajaan sementara orang-orang bukan Melayu dipinggi...


Similar Free PDFs