Fikah Puasa Mazhab Asy-Syafii' PDF

Title Fikah Puasa Mazhab Asy-Syafii'
Author UCCTS KUISAS
Pages 49
File Size 6.8 MB
File Type PDF
Total Downloads 95
Total Views 763

Summary

‫)فقه الصيام على ضوء الشافعية(‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬ PUASA & IKTIKAF MENURUT MAZHAB ASY-SYAFII ISI KANDUNGAN 1. METODOLOGI KAJIAN ................................................................................................................. 1 2. PENGERTIAN/DEFINISI PUASA .....................


Description

Accelerat ing t he world's research.

Fikah Puasa Mazhab Asy-Syafii' Syihabudin Ahmad, UCCTS KUISAS

Related papers Sunnah dan Bidaah di bulan Ramadhan Syihabudin Ahmad Kelebihan Nisfu Syaaban Abu Izzah At -Tualanji Berjihad Membant u Umat Islam Di Syria Abu Izzah At -Tualanji

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

‫)فقه الصيام على ضوء الشافعية(‬

‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬

PUASA & IKTIKAF MENURUT MAZHAB ASY-SYAFII ISI KANDUNGAN 1.

METODOLOGI KAJIAN ................................................................................................................. 1

2.

PENGERTIAN/DEFINISI PUASA .................................................................................................... 2

3.

SEJARAH PENSYARIATAN ............................................................................................................ 3

4.

HUJAH PENSYARIATAN PUASA.................................................................................................... 4

5.

HUKUM MENINGGALKAN PUASA RAMADHAN TANPA KEUZURAN ........................................... 5

6.

HIKMAH, RAHSIA, SERTA FAEDAH BERPUASA ............................................................................ 6

7.

PENETAPAN BULAN RAMADHAN ................................................................................................ 9

8.

SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA.................................................................................. 12

9.

RUKUN PUASA........................................................................................................................... 15 Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah: ........................................................................ 18

10.

ADAB-ADAB PUASA DAN PERKARA YANG DIMAKRUHKAN .................................................. 24

A. ADAB-ADAB PUASA................................................................................................................... 24 B. PERKARA MAKRUH SEMASA BERPUASA ................................................................................... 27 10.

QADHA’ PUA“A RAMADAN FIDYAH DAN KAFARAH ........................................................... 28

11.

KAFARAH BERBUKA PADA BULAN RAMADAN ...................................................................... 32

12.

PUASA SUNAT (‫ )التط ع‬........................................................................................................... 35

Puasa Sunat Dan Jenisnya ............................................................................................................. 35 Membatalkan Puasa Sunat ........................................................................................................... 38 13.

PUASA YANG DIMAKRUHKAN DAN PUASA YANG DIHARAMKAN ........................................ 39

A. Puasa Yang Dimakruhkan ......................................................................................................... 39 B. Puasa Yang Diharamkan............................................................................................................ 41 14.

IKTIKAF .................................................................................................................................. 43

Dalil Disyariatkan .......................................................................................................................... 43 Hikmah disyariatkan...................................................................................................................... 43 Hukum Iktikaf ................................................................................................................................ 44 Syarat Sah Iktikaf........................................................................................................................... 44 Iktikaf yang Dinazarkan ................................................................................................................. 45 Adab Iktikaf ................................................................................................................................... 46 Perkara Makruh Ketika Iktikaf....................................................................................................... 46 Perkara Yang Merosakkan Iktikaf.................................................................................................. 46

0

1. METODOLOGI KAJIAN

‫ والصاة والسام على سيدنا محمد بن‬.‫الحمد ه رب العالمين الذي أنزل على عبد الكتاب ليكون للعالمين نذيرا‬

‫عبد اه الذي أرسله اه تعالى رحمة لل اس وآتا الحكمة وجوامع الكلم وعلمه ما لم يكن يعلم وكان فضل اه عليه‬

،‫عظيما وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين‬ ،‫أما بعد‬

Mazhab asy-Syafii ialah antara mazhab terulung dan terunggul di antara 4 mazhab utama ikutan Ahli Sunnah wal Jamaah, khususnya di Malaysia. Justeru itu, kami nyatakan kertas kajian ini bagi memudahkan kefahaman umat Islam di Malaysia yang rata-rata daripada kalangan mazhab asySyafii. Berikut kami nyatakan beberapa metodologi utama di dalam pembikinan kajian ini:   



Setiap hadis dinyatakan matan di dalam bahasa Arab. Semua hadis yang digunakan bertahap sahih atau hasan. Melainkan jika kami terlepas di dalam membuat penilaiannya. Kami jadikan kitab Fiqh al-manhaji, Kifayatul Akhyar dan al-Iqnak sebagai panduan di dalam penulisan. Ketiga-tiga kitab ini adalah daripada aliran Mazhab asy-Syafii yang mudah difahami oleh peringkat orang awam. Ia juga adalah ulasan kepada matan Abi Syuja’ yang terkenal. Kami sertakan ulasan di bahagian nota kaki apabila ada tambahan yang kami rasakan perlu.

Semoga ia menjadi pahala yang bermanfaat dan berpanjangan. WallahuA`lam,

Syihabudin Ahmad, Sungai Buloh, Selangor.

*Jika anda ada sebarang tambahan, kemusykilan dan kritikan, sila hantarkan ke email: [email protected]

1

2. PENGERTIAN/DEFINISI PUASA Menurut bahasa, puasa ialah :

ً ً ً‫ كاما كا أ طعاما‬، ‫اإمسا عن الش‬ Menahan diri daripada melakukan sesuatu, sama ada percakapan atau makanan.1 Dalilnya ialah firman Allah yang menceritakan tentang Maryam:

                    26. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari Segala Yang merunsingkan. kemudian kalau Engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya Aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang demikian) maka Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini". (Surah Maryam: 26) Maksud puasa di dalam ayat ini ialah menahan diri dan diam daripada apa-apa percakapan. Menurut syarak pula, puasa ialah:

‫ من طل الفج ل غ ب الشمس مع الني ب‬، ‫مسا عن امفط ا‬ Menahan diripada dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan disertai niat.

Nota Mausu`ah: Pengertian Puasa daripada sudut bahasa ialah: ‫( اإمس مط‬menahan diri secara mutlak). Maksudnya, ia merangkumi semua perkara yang melibatkan penahanan diri sama ada dalam makanan, minuman, percakapan, perkahwinan, dan pengembaraan.

1

Menurut Mughni Muhtaj, Puasa ( ‫ )الصي‬ialah masdar kepada: ‫ص م أ صي م‬ 2

‫ص يص‬.

3. SEJARAH PENSYARIATAN Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah2. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah al‐ Baqarah, ayat 183:

ً ً ‫يا أيها ال ين من ا كت عل ْيك الصيام كما كت عل ال ين م ْن ق ْبلك ْ لعلك ْ تتق‬ Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa (Ramadhan) sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu3, supaya kamu bertaqwa.4 [Al-Baqarah : 183] Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan.

2

Pada masa yang sama juga difardhukan Zakat Fitrah. Pada tahun ini jugalah berlakunya peperangan Badar al-Kubra dan Umat Islam kali pertama menyambut Hari Raya pada tahun ini. 3

Maksudnya, orang yang terdahulu telah diwajibkan juga untuk berpuasa tetapi tanpa ditentukan pada bulan Ramadhan. Justeru itu, puasa orang terdahulu itu tidak jauh bezanya dengan puasa umat Muhammad SAW. Ia adalah syariat yang telah diketahui cara dan bentuknya. “ayid Qutu e kata: De ikia lah ayat i i e o jolka atla at agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa ke a a e ju ju g pe i tah Allah da e guta aka ke edhaa ‐Nya. Ta wa itulah ya g mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dala hati. O a g‐o a g ya g dihadapka ayat‐ayat al‐Qu a i i kepada e eka e a g seda etapa ti ggi ya a a ta wa di sisi Allah da etapa e at ti a ga ya di dala e a a Allah Ι. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh e eka e e usi i adat puasa. 4

3

4. HUJAH PENSYARIATAN PUASA5 Dalil difardhukan6 puasa pada bulan Ramadhan ialah Surah al‐Baqarah, ayat 185:

ِ ِِ ِ ِ َ‫ات ِمن ال ُْه َدى والْ ُفرق‬ ٍ َ ِ‫اس وب ي‬ ‫ان فَ َم ْن‬ َ ‫َش ْه ُر َرَم‬ َ َ ِ ‫ضا َن الذي أُنْ ِز َل فيه الْ ُق ْرآ ُن ُه ًدى لل‬ ْ َ َ ِ ُ‫ص ْمه‬ ُ َ‫َش ِه َد م ْ ُك ُم الش ْه َر فَ لْي‬ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dan salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu;” Nabi juga pernah berkata :

‫ يتا‬، ‫ قام الصًا‬، ‫ه‬

ْ ‫ أ محم ً ا س‬، ‫بن اإ ْسام عل خ ْمس شهاد أ ا ل ا الل‬ ْ ً ‫ ص ْ م مضا ب‬، ‫ال كا الحج‬

Agama Islam tertegak atas lima perkara; 1) Penyaksian bahawa tiada sembahan melainkan Allah, dan Muhammad itu utusan Allah, 2) Mendirikan sembahyang, 3) Menunaikan zakat, 4) dan Haji, 5) Puasa di bulan Ramadhan. [HR al-Bukhari (8) dan Muslim (16) di dalam kitab sahih mereka berdua]

Begitu juga, jawapan Nabi SAW kepada persoalan seorang “Al-`Arabi” :

ً ‫ ش ْه مضا‬: ‫الل علي من الصيام؟ قا‬

ْ ‫أخب ْرني بما ف‬

Beritakankanlah kepadaku, apakah puasa yang telah diwajibkan Allah terhadap diriku?, Lantas Rasulullah berkata: “Puasa Ramadhan”. [HR al-Bukhari (1792) dan Muslim (11) di dalam kitab sahih mereka berdua]

5

Mausu`ah (28/10): Puasa mempunyai 3 jenis. 1- Puasa yang ditentukan waktunya oleh Allah. Seperti Puasa Ramadhan dan puasa Sunat selain Ramadhan. 2- Puasa yang ditentukan waktunya oleh hamba. Seperti puasa yang bernazar dengan dikhususkan waktu. 3- Puasa yang tiada waktu tetap. “epe ti Puasa Qadha’ Ra adha , puasa Kaffa ah u uh, zihar, sumpah, berbuka puasa, denda haji, dan puasa nazar tanpa waktu tetap.

6

Ulama telah bersepakat tanpa kecuali bahawa puasa adalah diwajibkan dengan pelbagai buktibukti yang sahih dan sarih (jelas). 4

5. HUKUM MENINGGALKAN PUASA RAMADHAN TANPA KEUZURAN Apabila kita sudah memahami bahawa Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun Islam, bahkan ia terkandung dalam perkara yang pastinya semua orang sudah tahu : “‫”المع مة من الدين ب لضر رة‬, 1- Oleh itu sesiapa mengingkari kewajipannya akan menjadi kafir iaitu kita berurusan dengannya seperti berurusan dengan orang murtad. Lalu dia diminta untuk bertaubat, jika dia bertaubat maka taubatnya diterima, namun sekiranya enggan, maka dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya dua telah lama memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada para ulama. 2- Jika dia sudah tahu kewajipannya tanpa mempertikaikan kewajipan puasa, namun dia berkata “ Aku tahu wajib, tetapi aku tidak mahu berpuasa” , maka dia tergolong dalam golongan yang fasik7, bukannya kafir. Golongan ini mestilah dicegah oleh pemerintah dengan diperintahkan mereka menahan makan dan minum supaya mereka juga seolah-olah berpuasa sekalipun hanya sekadar luaran sahaja.

7

iaitu golongan yang tidak diterima penyaksiannya, serta dia tidak boleh menjadi wali perkahwinan anak perempuannya sendiri, atau mewakili mana-mana perkahwinan. 5

6. HIKMAH, RAHSIA, SERTA FAEDAH BERPUASA8 8

Puasa mempunyai banyak kelebihan: antaranya, dapat mengangkat darjat manusia, mampu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu, mematahkan keinginan yang tidak berpatutan, memperbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan, melengkapi ketaatan kepada Allah,, dan mampu mencegah dari bahaya maksiat dan sebarang godaan Syaitan Laknatullah Alaihi. Adapun puasa dapat mengangkat darjat, ia sepertimana sabda Rasulullah ... : َ ‫الشياطين‬

َ ‫إ ا جاء رمضان فتح ْت أ ْبواب ْالج َنة غلق ْت أ ْبواب‬ ‫النار صف‬

Apabila datangnya bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu Syurga, dan tertutuplah pintu-intu Neraka, dan syaitan-syaitan pula dirantai. [Direkodkan oleh Muslim: 1079] Dan juga sabda Nabi . – ketika menceritakan kata dari Tuhannya Azza wa Jalla : ْ ‫ إذا ك ن ي ْ ص ْ أحدك ْ فل يرْ ف‬، ‫كل عمل ابْن آد له إل ا الصِي فإ انه لي أن أجْ زي به الصِي ج انة‬ ‫ ل يصْ خ ْ فإنْ س باه‬، ‫ث‬ ْ ْ‫ر‬ ‫ص ئ ف حت ن يفرح م‬ ‫ص ئ أ ْطي ع ْند ل منْ ريح ا ْلمسْ ل ا‬ ‫ أ ْ ق ت ه ف ْي ْل إ ِني امْرؤ ص ئ الاذي ن ْفس محماد بيده لخ ف ف ال ا‬، ‫أحد‬ .‫ إذا ل ي رباه فرح بص ْ مه‬، ‫إذا أ ْفطر فرح‬ Setiap amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, kerana ia adalah untukKu, dan Akulah (sahaja yang berhak) memberi ganjaran pahala padanya. Puasa adalah pelindung. Apabila seseoramg dari kamu berpuasa, maka janganlah kamu berkata kotor (mencarut) pada hari itu, dan jangan pula kamu berteriak (bergaduh). Sekiranya dia dikeji oleh seseorang atau diajak berkelahi, maka katalah : Sesungguhnya aku orang yang sedang berpuasa. Demi diri Muhammad ditanganNya, perubahan bau mulut orang berpuasa lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat berbanding bau haruman kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan yang akan mengembirakannya : 1) Apabila dia berbuka, maka dia bergembira dengan makanannya, 2) dan apabila dia bertemu dengan tuhannya, maka dia bergembira dengan amalan puasanya. [Direkodkan oleh Muslim: 1151] Penjelasan : Adapun, terbukanya pintu-pintu Syurga adalah sebuah ibarat yang diberikan kepada banyaknya perbuatan ketaatan (di bulan Ramadhan) yang mewajibkan terbukanya pintu Syurga. Dan tertutupnya pintu Neraka pula adalah ibarat ke atas sedikitnya perbuatan maksiat (di bulan Ramadhan) yang mewajibkan tertutupnya pintu Neraka. Dan terantainya syaitan pula adalah ibarat ke atas terpotongnya keraguan yang mereka timbulkan terhadap orang berpuasa. Kerana mereka tidak mampu mendorong orang berpuasa kearah maksiat. Dan kata Allah : ‫كل عمل ابْن آد له إلا الصِي فإ انه لي أن أجْ زي به‬ Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya, kecuali puasa, kerana ia adalah untuk Aku dan Akulah yang (berhak) memberi ganjaran padanya. 6

Sebelum kita memanjangkan perbahasan, setiap Muslim hendaklah memahami bahawa puasa pada bulan Ramadhan adalah suatu ibadah yang telah difardhukan oleh Allah Taala. Apa yang dimaksudkan sebagai puasa itu adalah ibadah ialah: Setiap orang Islam yang melakukannya kerana semata-mata mematuhi perintah Allah SWT dan melaksanakan tanggungjawab penghambaan, tanpa melihat sebarang kesan yang mungkin didapati daripada ibadah Puasa tersebut.9 Sekalipun seseorang Muslim melakukan ibadah seperti itu, tiada halangan bagi sesiapa yang berpuasa melihat apa-apa hikmah dan rahsia Ilahi yang tersembunyi di dalam ibadah puasa atau selainnya. Adalah tidak diragui bahawa semua hukum Allah mempunyai hikmah, rahsia dan faedah untuk hamba-hambanya, namun mereka tidak disyaratkan mengetahui kesemuanya itu. Ibadah puasa mempunyai beberapa hikmah dan faedah yang mungkin diketahui oleh sesetengah orang, tetapi banyak lagi yang masih tersembunyi daripada pengetahuan mereka. Antara hikmah dan faedah puasa ialah: Pertama: Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga sebaik sahaja dia melalui sebahagian daripada waktu siangnya. Nafsunya ingin makan dan minum, namun wujud perasaan yang menyedari dirinya berpuasa, lantas menghalang keinginan tersebut. Dalam menghadapi dugaan sebegini, hatinya sedar terhadap pemerhatian Allah, lantas ia dilindungi di dalam ingatan terhadap ketuhanan (rububiyah) Allah serta keagungan pemerintahan-Nya. Seperti mana ia benar-benar menyedari bahawa dia adalah seorang hamba yang sentiasa tunduk kepada hukum Allah dan patuh pada perintah-Nya. Kedua: Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci berbanding semua bulan. Allah SWT menghendaki hamba-Nya supaya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan yang menghampirkan diri kepada-Nya. Serta dipraktikkan makna penghambaan yang tertinggi kepada Allah SWT. Allah menggaitkan puasa kepada dirinNya adalah satu kaitan kemulian. Kerana puasa tidak terdapat padanya perasaan riya, disebabkan ia adalah suatu yang tersembunyi. Dan Kata Allah : (( Akulah yang memberi ganjaran padanya )) secara umumnya, Allahlah yang memberi ganjaran kepada segala amalan ketaatan, dan maksud yang dikehendaki dari ayat tersebut adalah : membesarkan pahala puasa tersebut. 9

Asal bagi ibadah ialah melaksanakan ketaatan tanpa menjadikan hikmah sebagai perkara utama yang perlu difikirkan. Sekalipun tidak dapat dijelaskan sebarang hikmah daripada sudut sains atau akal, ibadah hendaklah diteruskan kerana menepati nilai ketaatan. Kita hendaklah mengajar masyarakat Islam dengan nilai ketaatan melebihi hikmah. Sehingga mereka menjadikan ibadah itu dengan sebenar-benarnya. Hikmah pula berpernan menambah rasa seperti makanan yang ditambah gula dan garam. 7

Ini jelas apabila Muslim berada di hadapan hidangan makanan, majlis minum-minuman, sedangkan jauhnya perut daripada menjadi penuh sehingga wap makanan telah naik sehingga ke fikiran dan otak. Pensyariatan puasa ini adalah cara yang termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab hamba kepada-Nya. Ketiga: Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat keras hati dan keterlaluan. Kedua-duanya bertentangan dengan sifat seorang Islam. Justeru, pensyariatan puasa dapat mendidik jiwanya dan mengurangkan sifat-sifat tersebut. Keempat: Sifat berkasih sayang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat Islam. Akan tetapi, orang kaya tidak dapat menghayati kasih sayang yang sebenar terhadap orang miskin tanpa merasai keperitan, kesempitan hidup dan kepahitan hidup yang diburu kelaparan. Oleh itu, bulan puasa merupakan waktu terbaik bagi golongan kaya untuk menyelami perasaan orang miskin. Sehingga menjadikan ia hidup bersama-sama dalam keperitan dan kekurangan. Justeru itu, puasa adalah jalan terbaik untuk memberi kesan kepada jiwa orang-orang kaya yang membela kelembutan, kasih sayang, dan persamaan kedudukan.

8

7. PENETAPAN BULAN RAMADHAN Penetapan bulan Ramadan adalah berdasarkan salah satu daripada dua perkara berikut: Pertama: Melihat anak bulan Ramadan (Rukyah al-Hilal) pada malam 30 Sya’ban. Ini boleh berlaku ...


Similar Free PDFs