Mazhab (Pendiri dan dasar-dasar ajaran Mazhab) PDF

Title Mazhab (Pendiri dan dasar-dasar ajaran Mazhab)
Author Nursyazana Aziz
Pages 18
File Size 685.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 65
Total Views 307

Summary

Pengantar Pengajian Islam Skrip Diajukan Kepada Al-Zuhri Al-Zuhri, Singapura UIKA, Bogor, Indonesia Disusun oleh : Nursyazana Abd Aziz S8811019F Di Bawah Bimbingan: Dr. E. Bahruddin A. Mazhab (Pendiri dan dasar-dasar ajaran Mazhab) Sejarah hidup Imam Syafi’i Nama sebenar Imam Syafi’I ialah Abu Abdul...


Description

Pengantar Pengajian Islam

Skrip Diajukan Kepada Al-Zuhri Al-Zuhri, Singapura UIKA, Bogor, Indonesia Disusun oleh : Nursyazana Abd Aziz S8811019F Di Bawah Bimbingan: Dr. E. Bahruddin

A. Mazhab (Pendiri dan dasar-dasar ajaran Mazhab) Sejarah hidup Imam Syafi’i Nama sebenar Imam Syafi’I ialah Abu Abdullah, Muhammad ibnu Idris bin Abbas bin Usman bin Syafi’i bin Saaib bin ‘Abiid bin Abdu Yazid bin Hasim bin Muthalib bin Abdu Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 150 dan wafat pada tahun 204 H. Imam Syafi’I dilahirkan didaerah Ghazza, Syam berketurunan Quraisy dan nasabnya bertemu dengan Rasulullah pada datuknya. Ayahnya meninggal ketika beliau masih kecil dan dibawa oleh ibunya ke Makkah. Ketika beliau berusia tujuh tahun, beliau sudah hafal Al-Qur’an dan hadits-hadits. (Agus sanrosad, a. F. ,2011).

Pemikiran Imam Syafi'i Cara pemikiran Imam Syafi’I dipengaruhi oleh keaadan masyarakatnya pada ketika itu. Sehingga munculnya dua golongan dalam mazhabnya ialah: qaul qadim (mazhab lama) dan qaul jadid (mazhab baru). “ Menurut para ahli sejarah fiqih, mazhab qadim Imam Syafi’I dibangun di Irak pada tahun 195 H.” (Asroruddin, 2015) Selain itu, isu seperti pluralisme berlaku dan ia telah mempengaruhi kematangan pemikiran Imam Syafií. Pemikiran-pemikiran baru Imam Syafi’i dimuat dalam bukunya Al-Umm. Setelah itu, beliau menetap di Baghdad selama tiga tahun dan ketika itu, cara pemikirannya bertukar lebih bersifat pengembangan yang global terhadap masalah-masalah furu’iyah. Selepas itu, beliau pindah ke Mesir pada tahun 199 H dan akhirnya wafat pada tahun 204 H. Sebelum pemergiannya, dia telah menulis dan menyemak semula buku-buku yang ditulis olehnya seperti ArRisalah yang dikurangi dan ditambah sesuai dengan perkembangan baru di Mesir Di antara karyanya ialah Karya-karyanya Kitab Al-Umm, Kitab fiqih yang terdiri dari empat jilid berisi 128 masalah dan terbagi ke dalam 40 bab lebih, Kitab Al-Risalah Al-Jadidah, Kitab (induk kitab ushul fiqh yang terdiri dari satu jilid besar yang sudah di-tahqiq oleh Ahmad Syakir dan ada beberapa kitab yang dinisbahkan kepada beliau di antaranya kitab AlMusnad, As-Sunan, Ar-Rad ‘ala Al-Barahimiyah dan Mihnatu Imam Asy-Syafi’i. (Asroruddin, 2015)

Cara pemikiran Imam Syafi'i dalam menetapkan hukum Mazhab Syafi’iyah dikenali sebagai salah satu mazhab ahli Ahli Al Sunnah wal Jama’ah. Beliau lebih cenderung kepada Al-Hadits daripada Ahl al-Ra’yu kerana pengalaman dalam mendalami ilmu Islam daripada gurunya iaitu Imam Malik dan seorang lagi guru Muhammad Ibn al-Hassan (seorang murid kepada Imam Abu Hanifah). Disebabkan oleh kedua guru inilah, beliau tergolong dalam kelompok Ahl al-Hadits. Akan tetapi dalam bidang fiqih, banyak pemikirannya terpengaruh oleh kelompok Ahl alRa’yu. (Asroruddin, 2015)

Di dalam permasalahan aqidah, beliau akan menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai landasan sumber hukumnya dan menggunakan dalil-dalil dari keduanya sebagai hujjah dalam pembahasan jika dia menghadapi penentangnya ( terutama ahli kalam). Allah telah memerintah umatnya untuk mengikuti perintahnya melalui Al-Qur’an dan Al-Hadits. Beliau akan menggunakan dalil Sunnah jikalau tidak menemukan dalil dikehendaki didalam Al-Qur’an. Selain daripada itu, beliau juga mengistinbatkan hukum melalui ijma' jikalau tidak menemui hukum syariah didalam kedua dalil-dalil utama Islam iaitu Al-Qur’an dan Al-Hadits. Sama halnya juga dengan Mu'az binJabal ketika ditanya oleh nabi: "Dengan apa kamu memutuskan sesuatu?", kemudian jawabnya: "Saya memutuskan sesuatu dengan Kitab Allah. Jika tidak didapati di dalamnya maka dengan sunnah rasulullah, dan jika tidak didapatkan lagi maka saya berijtihad dengan akal.”(H.R ) Hukum yang terakhir digunakan olehnya ialah hukum qiyas atau ijtihad, apabila dalam ijma' tidak juga ditemukan hukumnya. Akan tetapi Imam Syafi'i menolak dasar istihsan dan istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam. (Agus sanrosad, 2011)

Sejarah hidup Imam Hambali Nama lengkapnya ialah Ahmad bin Hambal bin Hilal bin Usd bin Idris bin Abdullah bin Hayyan ibn Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Mazin bin Syaiban. Beliau dilahirkan di Baghdad, Irak pada tahun 164 H/780 M dan wafat pada tahun 241H (Asroruddin, 2015) Ayahnya meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan pada usia 15 tahun, dia telah menghafal Al-Qur’an dan mahir dalam bacaan dan tulisan. Beliau amat minat dalam ilmu hadits sejak kecil bahkan sanggup untuk merantau ke Syam untuk mempelajari dengan lebih mendalam dari Imam Ahmad bin Hambal.

Selain dari itu, beliau juga telah menjadi guru kepada anak muridnya yang juga termashyur seperti Imam Bukhari, Muslim, AbuDaud, Nasai, Tirmidzi,Ibnu Majah, Imam Asy-Syafi’i dan sebagainya. Guru-guru yang telah mendidik cukup hebat seperti "Ismail bin Ja'far, Abbad bin Abbad Al- Ataky, Umari bin Abdillah bin Khalid, Imam Hasyim bin Basyir bin Abi Hazim Al-Wasithi, Husyaim bin Basyir bin Qasim bin Dinar As-Sulami" dan sebagainya. (Wahyuningrum, 2010) Beliau antara ulama yang paling beruntung kerana boleh mempelajari ilmu fikih dari tiga mazhab yang termasyhur seperti Abu Hanifah (Imam Hanafi), ImamSyafi'i dan Imam Maliki. Bahkan beliau mengambil kesempatan untuk melakukan penyemakan dari mazhab - mazhab sebelumnya dan mengembangkan gaya qiraat (tidak suka dengan qiraat yang terlalu berlebihan memanjang). Selain menguasai Tafsir Al-Qur’an, beliau pun ahli dalam ilmu Al - Nasikh wal Mansukh. Terdapat pelbagai buku karayaan Imam Ahmad bin Hanbal telah ditinggalkan olehnya seperti Kitab Al Musnad Al – Kabir, Kitab at - Tafsir, Kitab an Nasikh wa al – Mansukh, Kitab at – Tarikh, Kitab Hadist Syu’bah dan sebagainya.

Dasar Pemikiran Imam Hambali Beliau mengistinbatkan hukum adalah berpegang pada Al – Qur’an atau hadits (marfu’, mursal, diriwayatkan oleh tabi’in, Doif , Fatwa dan “ pendapat sebagian sahabat (baik yang disepakati maupun diperselisihkan)dan mereka yang lebih dekat pada Al - Qur-an dan hadits, di antara fatwa yang berlawanan sahabat dengan syarat benar-benar terjadi. Lalu pendapat sahabat yang diketahui terdapat ikhtilaf.” (Wahyuningrum, 2010) Jika terdapat perbezaan pendapat, beliau akan menggunakan metod ijtihad seperti qiyas dan istishab kerana tidak adanya hukum yang ditetapkan mengenai permasalahan baru timbul pada ketika itu.

Filosof Al-Khindi (Jiwa dan Kenabian) Al Khindi Nama sebenarnya ialah Abu Yusuf Ya’qub Al-Khindi(digelar sebagai Al-Khindi kerana dihubung kait dengan kabilah Arab Kindah) dan dikenali sebagai filosof islam yang pertama dan juga ilmuan dalam bidang kedokteran. Berketerunan Qahthan dan dilahirkan di Kufah (Arab Asli) dan boleh berbahsa dalam Bahasa Arab dan Yunani. Walaupun ayahnya meninggal dunia pada usianya masih kecil, dia tidak sekali pun patah semangat bagi menimba ilmu. Pelbagai ilmu dipelajari olehnya seperti agama,filsafat, logika, matematika, musik, astromi, fisika, kimia, geografi, kedokteran dan teknik mesin. (Setiawan, 2012)

Jiwa Menurut Al Kindi, jiwa adalah sesuatu yang tidak tersusun, sempurna dan penting. Hubungan roh dengan Tuhan boleh diibaratkan sama seperti isi dengan kuku. Selain itu jiwa bersifat spiritual, Ilahiah, terpisah dan berbeda dari tubuh. Roh terpisah dari badan dan mempunyai wujud sendiri. Maka jika jasad ingin membuat sesuatu perbuatan buruk, jiwa akan melarang dan menahan nafs yang buruk. (Setiawan, 2012)

Kenabian Nabi mempunyai derajat pengetahuan yang tertinggi dalam kalangan manusia. Oleh kerana itu, hanya nabi sahaja yang memahami ilmu alam ghaib dan ketuhanan melalui wahyu. Bahkan manusia biasa tidak akan boleh memahami lebih mendalam mengenai alam ghaib selain nabi. Ilmu pengetahuan manusia mempunyai batas kerana pemahamannya mengenai ilmu agak cetek dan belum ada keyakinan yang teguh terhadap wahyu Tuhan. Hanya nabi sahaja yang berkeyakinan tinggi terhadap wahyuNya kerana kepercayaan dan mempunyai keimanan yang teguh. Oleh sebab itu, nabi mempunyai kedudukan tinggi disisiNya kerana kepercayaan tinggi terhadapaNya dan wahyuNya. (Setiawan, 2012)

Filosof Ibn Sina filsafat jiwa, wahyu dan nabi-nya Ibn Sina Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-husein ibn Abdullah ibn al-Hasan ibn Ali ibn Sina. Dilahirkan di desa Afsyanah, dekat Bukhara, Transoxiana (persia utara) pada 370H. Pada seusia 10 tahun, beliau telah menghafal Al-Qur’an, sebagian besar sastra arab, dan kitab metafisika karangan aristoteles setelah di bacanya empat puluh kali(setelah membaca keterangan Al-Farabi). (Taufik, 2012)

Jiwa Jiwa merupakan sesuatu sumber rahsia bagi menyimpan perasaan dan fikiran seseorang. Menurut Ibn Sina jiwa terbahagi kepada tiga iaitu: •

Jiwa tumbuhan n (al-nafs al-nabatiyah) daya makan, daya tumbuh dan daya berkembang biak



Jiwa binatang (al-nafs al-hayawaniyah) daya bergerak: marah,syahwat dan berpindah tempat dan daya menangkap: penggunaan indera batin



Jiwa manusia (al-nafs al-Nathiqah) daya fikiran 1) daya praktis (mengawal badan manusia, sehingga hawa nafsu yang terdapat dalam badan tidak menghalangi berkembangnya daya teoritis.) 2) daya material (a) Akal mempunyai potensi untuk berpikir (b)Al-aql bi al-malakah pemikiran akal dilatih secara abstrak (c) Al-aql bi al-fi’- berfikir tentang 10 hal-hal abstrak (d) Al mustafad- kemampuan untuk berfikir secara abstrak. Akal teoritis ada empat tingkat iaitu ✓ Akal Materiil, berpotensi ✓ Akal bakat iaitu akal yang kesanggupannya berfikir secara murni abstrak telah mulai nampak, ✓ Akal actual iaitu akal yang telah terlatih untuk menangkap erti-erti murni ✓ Akal perolehan iaitu tingkat akal yang tertinggi dan terkuat dayanya, iaitu akal yang didalamnya erti-erti abstrak tersebut selamanyan sedia untuk dikeluarkan dengan mudah. Akal serupa inilah akan menerima limpahan ilmu pengetahuan dari akal aktif

(akal kesepuluh). Menurut penjelasan Ibn Sina, akal aktif adalah menejelaskan sifat seseorang bergantung pada jiwa mana dari ketika jiwa itu yang berpengaruh pada dirinya. Jika jiwa binatang dan tumbuhtumbuhan yang berkuasa pada dirinya, dia disifatkan berkelalukan binatang, Atau ia adalah sebaliknya, jiwa sifat dominan akan memberi kesan kepada sifat peribadinya itu. Maka sifatnya itu bakal mempengaruhi perbuatan amalan baik atau buruknya. Ia juga akan menentukan jikalau dia akan masuk ker syurga atau neraka diatas sifat yang akan mempengaruhi amalannya kelak. (Taufik, 2012)

Kenabian Menurut Ibn Sina, manusia tidak boleh hidup tanpa teman demi memenuhi keperluan kehidupan seharian dan berbeza dari haiwan(manusia mempunyai akal dan binatang tidak berakal). Bahkan setiap individu memainkan berlainan peranan dalam masyarakat, tiada individu yang memainkan peranan yang sama. Oleh kerana itu, ibn Sina menegaskan bahawa keharusan adanya seorang nabi dalam sesebuah ummah dalam hal keutamaan dan keunggulan pada segenap wujud (yang berdiri sendiri atau tidak berdiri sendiri). Seorang nabi mempunyai intelektual-spiritual yang kualitas tinggi akan tetapi sifat-sifat ini tidak mungkin terselah dalam keperibadian manusia biasa.

Pentingnya gejala kenabian dan wahyu ilahi merupakan sesuatu yang oleh Ibnu Sina telah diusahakan untuk dibangun dalam “empat tingkatan : intelektual, “imajinatif”, keajaiban, dan sosio politis. Totalitas keempat tingkatan ini memberi kita petunjuk yang jelas tentang motivasi, watak dan arah pemikiran keagamaan. Akal manusia terdiri empat macam iaitu akal materil(al hads: intuisi bentuk akal tertinggi dan didapati hanya pada nabi), akal intelektual, akal aktuil, dan akal mustafad. Dari keempat akal tersebut tingkatan akal yang terendah adalah akal materiil.” (Taufik, 2012)

Wahyu Wahyu yang dimaksudkan secara teknikal ialah untuk mendorong manusia untuk beramal dan berakhlak. Nabi memainkan peranan penting dalam memupuk prinsip-prinsip dan nilai moral yang diteterakan didalam Al-Qur’an sebagai sebagai hamba yang taat dan soleh serta pemimpin yang tercontoh. (Taufik, 2012)

Aliran Ajaran-ajaran Mu’tazilah Mu’tazilah menggunakan aliran teologi berlandasan pemahaman dan pergerakan mereka seperti mengadopsi faham qodariyah iaitu kefahaman yang mengingkari taqdir Allah; dan menjadikan akal sebagai satu-satunya sumber dan metodologi pemikirannya. Menurut buku “al-mausu’ah al-muyassarah fi’ladyânwa’lmadzâhib wa’lahzâb al-mu’âshirah” mu’tazilah mempunyai dua buah pemikiran yang menyimpang (mubtadi’),iaitu pertama, pemikiran bahwa manusia punya kekuasaan mutlak dalam memilih apayang mereka kerjakan dan mereka sendirilah yang menciptakan pekerjaan tersebut. Keduan, pemikiran bahwa pelaku dosa besar bukanlah orang mu’min tetapi bukan pula orang kafir, melainkan orang fasik yang berkedudukan diantara dua kedudukan mu’min dan kafir (manzilatun baina’lmanzilataini)”. (Purwanto, 2012)

Tokoh-tokoh Mu'tazilah Menurut tokoh Mu’tazilah bahawasanya manusia yang menciptakan perbuatannya. Kefahaman Mu’tazilah yang memberikan kebebasan dan berkuasanya manusia dipengaruhi oleh tokonya iaitu Wasil bin Atha. Menurutnya, Allah s.w.t adalah Adil dan tidak boleh menyifatkanNya sebagai keji dan berlaku zalim terhadap hambaNya. Bahkan manusia dibalas ganjaran dan dihukum yang setimpal mengikut amalan mereka dan semuanya berlaku keatas kehendak manusia sendiri.

Al-Qadh Abd Al-Jabbar juga mempunyai pendapat yang sama. Ia dimana Menurutnya, perbuatan manusia adalah atas kehendak masing-masing dan bukan perbuatanNya. Oleh kerana itu jika seseorang itu murtad atau sebaliknya, ia berdasarkan pilihan sendiri. Maka Allah telah mengutuskan para rasul dan nabi sebagai pembimbing supaya manusia boleh membuat pilihan yang bijak iaitu mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya. Bagaimanapun mazhab Mu’tazilah tetap mengakui keesaanNya sebagai Pencipta alam. Akan tetapi manusia yang lebih berhak untuk bertanggungjawab keatas perbuatan baik mahupun buruknya. Seperti Allah s.w.t berfirman, ”Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya". (QS.As-Sajdah: 7). Maknya ayatnya ialah: kesemua pebuatan Allah adalah baik dan manusia yang bertanggungjawab keatas perbuatannya sendiri.

Ajaran-Ajaran Asy'ariyah Pengasasnya iaitu Abu al Hasan al Asy`ary. Beliau telah mempraktikan teologi mu’tazilah selama 40 tahun. Akan tetapi setelah mendalami ilmu Al-Qur’an dan hadits, beliau mendapat hidayah daripadaNya dan keluar dari mazhab Mu’tazilah kerana keraguan terhadpa ajarannya. “Asy’ariyah dinisbatkan kepada pemahaman Abu Hasan Al-Asy’ari. Nama asli beliau adalah `Ali bin Isma`il binAbi Bisyr Ishaq bin Salim bin Isma`il bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Burdah bin Musa Al Asy`ary, lebih dikenal dengan Abu Al Hasan AlAsy`ary. Dilahirkan pada tahun 260 Hijriyah atau 875 Masehi.” (Rofa Yulia Azhar, 2010) Beliau mengikut ajaran mu’tazilah sejak kecil. Bahkan beliau mendalami ilmu AlQur’an dan Hadits. Pemikirannya berubah apabila dia menemui salaf bernama al Barbahari. kembali ke Metod pemikirannya dikenali sebagai Salafu Ahli As Sunnah wa Al Jama`ah dan merumuskannya dalam tiga kaidah seperti berikut: a) Memberikan kebebasan mutlak kepada akal sama sekali tidak dapatmemberikan pembelaan terhadap agama. Mendudukkan akal seperti inisama saja dengan merubah aqidah. Bagaimana mungkin aqidahmengenai Allah dapat tegak jika akal bertentangan dengan wahyu. b) Manusia harus beriman bahwa dalam urusan agama ada hukum yangbersifat taufiqi, artinya akal harus menerima ketentuan wahyu. Tanpaadanya hukum yang bersifat taufiqi maka tidak ada nilai keimanan. c) Jika terjadi pertentangan antara wahyu dan akal maka wahyu wajibdidahulukan dan akal berjalan dibelakang wahyu. Dan sama sekali tidakboleh mensejajarkan akal dengan wahyu apalagi mendahulukan akal ataswahyu.Adapun manhaj Abul Hasan dalam memahami ayat (tafsir) adalahsebagai berikut: a. Menafsirkan ayat dengan makna zahir tanpa menta`wilkan kacuali ada dalil. b. Menjelaskan bahwa Allah menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab,untuk itu dalam memahami Al Quran harus berpegang pada kaidah-kaidah bahasa Arab. c. Menafsirkan ayat dengan berpedoman kepada asbabun-nuzul dari ayat tersebut d. Menjelaskan bahwa isi ayat Al Quran ada yang umum dan ada yangkhusus, kedua-duanya harus ditempatkan pada kedudukannya masing-masing. Manhaj Al Asy`ary dalam aqidah berlandaskan naqli( Al Qur`an dan Al Hadits Al Mutawatir), dan aqlil. Akan tetapi dia lebih mendahulukan akal daripada naql. “ Misalnya dalam menetapkan dua puluh sifat wajib bagi Allah,diawali dengan menetapkan hanya tiga sifat wajib, kemudian berkembang dalam menyimpulkan menjadi lima sifat, tujuh sifat, dua belas sifat atau danakhirnya dua puluh sifat atau yang lebih dikenal dengan Dua puluh SifatAllah (7 sifat hakiki, 13 sifat majazi).(Rofa Yulia Azhar,

2010)

Tokoh-tokoh Asyariyah Muhammad Ibn al-Thayyib Ibn Muhammad Abu Bakr al-Baqillani Salah satu murid Al-Asy’ari iaitu Ibn Mujahid dan Abu Al-Hasan Al- Bahili dan wafat wafat di Bagdad pada tahun 1013 Masehi. Ajrarannya berlainan dengan gurunya seperti Allah itu bukan sifat melainkan hal. Selain itu juga,pendiriannya berbeza mengenai perbuatan manusia seperti “manusia mempunyai sumbangan yang efektif dalam perwujudan perbuatannya.Yang diwujudkan Tuhan ialah gerak yang terdapat dalam diri manusia,adapun bentuk atau sifat dari gerak itu dihasilkan oleh manusia itu sendiri.” (Rofa Yulia Azhar, 2010) Pemikirannya terarah kepada extrim dalam pendapat dan pembelaan seperti menggunakan bukti-bukti dari pelbagai penularan akal dan menghasilkan pelbagai konklusi. Asalkan tidak bercanggah dengan konklusi yang dicapainya dan pemikiran yang dihasilkannya. .” (Rofa Yulia Azhar, 2010)

Abd al-Malik al-Juwaini Dikenali sebagai Al-Haramain. Pola pemikirannya hampir sama seperti Al-Baqillani yang kebanyakkan ajarannya bertentangan dengan ajaran Al-Asy’ari. “Misalnya Tangan Tuhan diartikan (ta’wil) kekuasaan Tuhan, mata Tuhan diartikan penglihatan Tuhan dan wajah Tuhan diartikan Wujud Tuhan, sedangkan mengenai Tuhan duduk diatas takhta kerajaan diartikan Tuhan berkuasa dan Maha Tinggi. Mengenai soal perbuatan manusia, ia mempunyai pendapat yang lebih jauh dari Al-Baqillani. Daya yang ada pada manusia itu mempunyai efek,tetapi efeknya serupa dengan efek yang terdapat antara sebab dan musabab. Wujud perbuatan manusia tergantung pada daya yang ada padamanusia, wujud daya itu bergantung pada sebab yang lain dan wujud sebab itu bergantung pula pada sebab yang lain dan demikianlah seterusnya hingga sampai pada sebab dari segala sebab yaitu Tuhan.” (Syarifudin, 2009)

Maqomat Pengertian dan kefahamanya Al Mahabbah Dikenali sebagai cinta dan berasal dari Bahasa Arab ‫ بحأ‬, ‫ بحأ‬, ‫ةححم‬, bererti mencintai secara mendalam. Menurut Jamil, Mahabbah (cinta) adalah lawan dari kata al Baghd (benci). Selain itu, ia juga bererti al Wadud, (penyayang) seperti rasa cinta kepada keluarga dan sebagainya untuk memenuhi keperluan bersifat material ataupun spiritual. Tingkat mahabah paling tertinggi ialah usaha seseorang demi mencapai tingkat kerohanian dengan bersungguh cinta kepada Tuhan. Di dalam aliran tasawwuf sufi, ia lebih dikenali sebagai cinta yang mendalam kepada Tuhan dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. "Al-Qusyairi menafsirkan mahabah seperti berikut: “Al-Mahabbah merupakan hal (keadaan) jiwa yang mulia yang bentuknya adalah disaksikan nya (kemutlakan) Allah Swt oleh hamba, selanjutnya yang dicintainya itu juga menyatakan cinta kepada yang dikasiha-Nya”.”””(

)

Menurut Harun Nasution, pengertian mahabbah adalah patuh kepada Tuhan dan membenci sikap melawan kepada-Nya, menyerahkan seluruh diri kepada yang dikasihi dan mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali dari yang dikasihi,yaitu Tuhan. Sebagai tanda cinta dan kasih sayang seorang hamba kepada Allah, dia boleh berzikir dan beribadah mengikut perintahNya. Bahkan dia boleh menahan nafs kepada duniawi dan mendekatkan diri kepada Allah dengan mengisikan hatinya dengan penuh rasa kecintaan dan rindu kepadaNya. Bahkan mahabah adalah tingkatan perasaan jiwa yang tertinggi dimana individu akan merasa perasaan kesenangan seperti rindu, cinta, takut, sedih dan sebagainya terhadap Tuhan. Kesemua martabat ini boleh diperolehi hanya kerana anugerah dan mendapat rahmat dari Tuhan.

Tokoh Mahabah - Rabi’ah Al Adawiyah Nama lengkapnya ada...


Similar Free PDFs