Fungsi Gajet - no info PDF

Title Fungsi Gajet - no info
Course SPORTS SCIENCE I
Institution Universiti Utara Malaysia
Pages 2
File Size 76.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 47
Total Views 142

Summary

no info...


Description

Fungsi Gajet Beberapa gajet yang digunakan semasa perkhemahan ialah gajet tiang bendera, gajet tiang pintu gerbang, gajet kawasan dapur, gajet kawasan basuh, gajet papan kenyataan, gajet kawasan pengering, gajet tempat peralatan dan gajet kawasan tempat tinggal. Gajet tiang bendera dan gajet pintu gerbang adalah untuk menjadi mercu tanca perkhemahan. Mercu tanda perkhemahan adalah digunakan untuk memudahkan ahli perkhemahan untuk mengenali kawasan perkhemahan masing-masing. Ia boleh membantu ahli perkhemahan supaya tidak sesat apabila berada dalam hutan. Seterusnya, gajet kawasan dapur adalah untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan mengidangkan makanan. Ahli-ahli perkhemahan masih boleh menyediakan makanan yang sedap walaupun berada di tempat yang tidak begitu selesa seperti rumah. Ahli perkhemahan boleh menanak nasi, mengukus ikan atau menggoreng ayam di kawasan tersebut. Selain itu, gajet kawasan basuh merupakan tempat membasuh baju. Gajet tersebut menyediakan baldi-baldi untuk membasuh baju. Gajet kawasan pengering juga adalah penting kerana gajet ini berfungsi sebagai kawasan mengeringkan baju. Selepas mencuci baju di kawasan basuh, ahli-ahli boleh mengeringkan baju mereka di kawasan pengering. Gajet papan kenyataan adalah digunakan untuk memaparkan notis untuk kegunaan ahli perkhemahan. Papan kenyataan memudahkan penyampaian maklumat oleh ketua atau guru penasihat kepada ahli-ahlinya semasa berkhemah. Gajet tempat peralatan merupakan tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan dan peralatan di tapak perkhemahan. Akhirnya, gajet kawasan tempat tinggal ialah tempat tidur ahli perkhemahan.

Rujukan Julai, A. (2013, July 12). Nota Gajet Perkhemahan. Retrieved from Academia.edu: https://www.academia.edu/32515107/NOTA_GAJET_PERKHEMAHAN...


Similar Free PDFs