Ibrahim Yaakub sebagai Nasionalis PDF

Title Ibrahim Yaakub sebagai Nasionalis
Author C. Yee Herng, Car...
Pages 14
File Size 137.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 51
Total Views 346

Summary

Carlson Chew Yee Herng AEE140006 Pengenalan Nasionalisme berasal daripada perkataan “bangsa” (nation) atau dalam bahasa Jerman volk yang bermaksud “rakyat” atau lebih tepat, sebuah komuniti politik. Konsep ini adalah satu gambaran tentang satu ikatan perpaduan dalam aspek etnik, agama, bahasa, dan t...


Description

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Pengenalan Nasionalisme berasal daripada perkataan “bangsa” (nation) atau dalam bahasa Jerman volk yang bermaksud “rakyat” atau lebih tepat, sebuah komuniti politik. Konsep ini adalah satu gambaran tentang satu ikatan perpaduan dalam aspek etnik, agama, bahasa, dan tradisi. 1 Nasionalisme juga merupakan kesedaran dalam diri individu atau sekumpulan ahli dalam negara dan iltizam untuk mengangkat kekuatan, kebebasan, dan kemakmuran negara sama ada negara sendiri mahupun sebaliknya. Benih-benih nasionalisme Melayu mulai tersemai sejak awal tahun 1900.2 Ia dimulakan oleh gerakan pembaharuan Angkatan Muda yang mendapat inspirasi daripada Gerakan Wahabi yang bermula di Semenanjung Arab oleh Muhammad ibn Abdul Wahab (1704-1792). Kesedaran politik orang Melayu pula mula muncul lewat tahun 1920-an. Keadaan ini dibantu oleh penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjong Malim pada tahun 1922. 3 SITC telah melahirkan nasionalis-nasionalis Melayu terutama Ibrahim Haji Yaakub. Ibrahim Haji Yaakub merupakan keturunan Bugis, dari daerah Silo, Sulawesi. Beliau dilahirkan pada 27 November 1911, di Kampung Tanjung Keratu, Temerloh, Pahang. Ayahnya, Haji Yaakub adalah seorang alim di kampungnya manakala ibunya yang bernama Hawa binti Hussein. Ibu bapa telah bercerai semasa beliau berumur dua tahun. Ibrahim telah dipelihara oleh ibunya sementara ayahnya berpindah ke Kampung Cebung di daerah hutan Sungai Tembeling. Hubungan dengan ayahnya tetap rapat. Beliau mempelajari ilmu agama dan ilmu dunia dengan ayahnya.4 Ibrahim Yaakob telah dipilih mengikuti kursus perguruan di SITC,

J. Kautsky, “Nationalism”, dlm. Politics in Transitional Societies, (ed.) H.G. Kebschull, New York: AppletonCentury-Crofts, 1973, hlm. 112. 2 Wan Hashim, Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2011, hlm. 27. 3 Ibid., hlm. 29. 4 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, KL: Dewan Bahasa dan Pusaka, 1999, hlm. 41. 1

1

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Tanjung Malim, Perak.5 Beliau mula menuntut di sana dari tahun 1929 hingga ke tahun 1931, iaitu mulai dari usia 17 hingga ke 20 tahun.6 Isi-Isi Penting – Ibrahim Yaakub sebagai Nasionalis Gerakan Politik semasa di SITC Boleh dikatakan bahawa kesedaran nasionalisme Ibrahim Haji Yaakub lahir semasa beliau menuntut di SITC. Selain daripada mempelajari hal-hal mengenai perguruan, pelajarpelajar di SITC ini juga kemudian memberikan perhatian kepada soal politik dan nasionalisme dan peristiwa yang berlaku di dalam mahupun di luar negeri. Guru-guru Melayu di SITC ini banyak mendapat ilham daripada perjuangan rakyat Indonesia menentang penjajah Belanda. Antara nasionalis-nasionalis Indonesia ialah Tan Melaka, Sultan Jenain dan beberapa orang lagi. Mereka telah meniup semangat nasionalis itu kepada pelajar-pelajar di SITC termasuklah Ibrahim Haji Yaakub. Sebagai manifestasi betapa subur dan kuatnya nasionalis dalam kalangan pelajar-pelajar SITC ini, maka antara tahun 1929 hingga tahun 1930, dua buah persatuan yang berunsur politik telah ditubuhkan secara haram. Nama kedua-dua persatuan itu adalah Ikatan Semenanjung Borneo (ISB) dan Ikatan Pemuda Pelajar (IPP) atau Belia Malaya yang terdiri daripada Ibrahim Yaakub, Muhammad Isa Mahmud, Yaakub Muhd. Amin dan Hassan Haji Manan.7 Keahlian pertubuhan ini dianggarkan 35 orang. Persatuan-persatuan ini menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa pertubuhan politik di Indonesia. Antaranya ialah Parti Nasional Indonesia (PNI) yang diasaskan oleh Soekarno. Malah PNI merupakan tenaga pendorong di samping memberi tunjuk ajar, perangsang dan galakan kepada persatuanpersatuan tersebut.8 Bagi mengetahui perkembangan di Indonesia, mereka turut membaca dan

Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, KL: Dewan Bahasa dan Pusaka, 1999, hlm. 42. Rustam A. Sani, Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaaan Kesatuan Melayu Muda, PJ: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2011, hlm. 47. 7 Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, KL: Utusan Publication & Distributors, 1978, hlm. 270. 8 Ibid. 5

6

2

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

berlanggan akhbar Fikiran Rakyat yang merupakan akhbar rasmi PNI. British dapat menghidu gerakan sulit ini dan mengaturkan langkah untuk menghancurkan gerakan tersebut. Antaranya memisahkan Ibrahim dengan rakan-rakan yang lain setelah mereka tamat pengajian pada 1931. Ibrahim diatur mengajar di Bentong, Pahang. Manakala rakan-rakannya diselerakkan di seluruh Tanah Melayu. Usaha British ini bertujuan untuk melemahkan semangat dan perjuangan nasionalis Melayu itu.9 Sebagai guru di Bentong dan di Polis Depot Semangat nasionalisme Ibrahim Yaakub masih membara-bara meskipun beliau melihat persekitarannya sebagai guru kampung di Bentong, Pahang tidak begitu membantu perkembangan politiknya. Beliau tetap menyumbangkan pelbagai artikel kepada akhbar di Kuala Lumpur dan Singapura seperti Majlis dan Warta Malaya. 10 Beliau seterusnya memindahkan markas Belia Malaya ke Bentong. Dalam masa yang sama, beliau menerima sokongan kuat daripada Ishak Mahmud yang ketika itu adalah timbalan penolong pegawai daerah Bentong. Namun British sekali lagi dapat mengesan aktiviti mereka. Ibrahim ditukarkan ke Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk menjadi guru Bahasa Melayu di Pusat Latihan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1935. Pada masa itu, beliau masih gigih menulis tentang politik yang membela kepentingan bangsa Melayu. Hal ini menimbulkan ketegangan antara beliau dengan Komandan Depot Polis, Tuan J.D. Hussey, yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan pada November 1936, atas permintaannya sendiri.11

Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, KL: Utusan Publication & Distributors, 1978, hlm. 271. Rustam A. Sani, Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaaan Kesatuan Melayu Muda, hlm. 35. 11 Mustapha Hussain, Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO Memoir Mustapha Hussain, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 208.

9

10

3

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Sebagai Pengarah Majlis Selepas itu, oleh sebab mempunyai hubungan rapat dengan sidang pengarang Majlis, Ibrahim dengan mudah diterima menjadi wartawan sepenuh masa kepada akhbar tersebut. Ibrahim telah dilantik sebagai Penolong Pengarang pada bulan Mei 1936. Setahun kemudian beliau dilantik menjadi ketua pengarang. Dengan kedudukan ini, Ibrahim dapat menggunakan akhbar itu dengan berkesan sekali. Akhbar itu dapat dijadikan landasan untuk beliau mencurahkan idea-idea sebagai nasionalis dan pendapatnya dengan bebas.12 Penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) Pada tahun 1938, Ibrahim Yaakub dan Ishak Haji Muhammad menyertai Persatuan Melayu Selangor yang masih bersifat “konservatif". Namun begitu, mereka bertindak keluar daripada persatuan tersebut. Hal ini kerana mereka meluat persatuan masih dinaungi oleh RajaRaja Melayu, penguasaan golongan pembesar tradisional terhadap masyarakat Melayu dan sifat kenegerian yang menebal dalam persatuan itu. Melayu yang bukan anak negeri Selangor tidak boleh menjadi ahli persatuan ini. Bukan sahaja itu, Melayu dari Jawa, Sumatera, Sulawesi, dan pulau-pulau lain di Indonesia, bersama-sama dengan orang Melayu berketurunan campur turut sekali tidak dibenarkan menyertai persatuan.13 Dengan mengambil kira kekurangan yang ada dalam persatuan-persatuan negeri, Ibrahim Yaakub bersama beberapa orang rakan telah mengasaskan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada bulan April 1938 di bandar Kuala Lumpur. Dalam kalangan pimpinan KMM adalah pengikut-pengikut Ibrahim Yaakub dalam Belia Malaya iaitu Hassan Haji Manan, A. Karim Rashid dan Isa Mohammad. Juga terdapat beberapa rakan baru Ishak Haji Muhammad, Abdul Kadir Adabi, R.H. Mohammad Yunus Riauw dan lain-lain. KMM disokong oleh sejumlah pelajar dan guru Sekolah Teknik di Kuala

Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm. 48. Cheah Boon Kheng, The Japanese Occupation of Malaya, 1941-45: Ibrahim Yaacob and the Struggle for Indonesia Raya, Indonesia, No. 28, 1979, hlm. 88.

12 13

4

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Lumpur dan Sekolah Pertanian di Serdang.14 Mesyuarat penubuhan KMM telah diadakan di rumah Hassan Haji Manan. Ahli-ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan Hassan Haji Manan yang disokong oleh Abdul Karim Rashid, melantik Ibrahim Yaakub sebagai Presiden KMM, sementara Mustapha Hussain dilantik sebagai Naib Presiden atas cadangan Sulung bin Chik, dan disokong oleh Bahar bin Abik.15 Pemuda-pemuda nasionalis dalam KMM mahukan badan ini mencontohi pergerakan Turki Muda (Young Turks). Itulah sebab mereka menamakan pertubuhan ini Kesatuan dan memilih perkataan Muda. Maksudnya, ahli-ahli badan ini terbuka kepada semua, muda ataupun tua, asalkan berjiwa muda.16 Dasar KMM bertentangan dengan dasar Persatuan-persatuan Melayu Perak, Selangor dan Pahang yang baru sahaja ditubuhkan pada waktu itu. Persatuan-persatuan itu pro-penjajah dan berfahaman kedaerahan, tetapi KMM pula antipenjajah dan memperjuangkan kemerdekaan, dan pembebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah British.17 Tujuan atau objektif utama KMM ialah untuk memberi tempat yang sewajarnya kepada bangsa Melayu, yang dirasai telah tertindas oleh kaum-kaum yang menumpang di negeri ini akibat kegagalan kerajaan British menyekat bangsa-bangsa asing daripada membuat tuntutan, hingga kepada hak ketuanan negeri ini. KMM dalam pimpinan Ibrahim Yaakub ingin menjalankan ideologi nasionalis yang luas dan berjuang bersungguh-sungguh untuk bangsa dan negara. Kerjasama dengan Jepun Antara tahun 1938 hingga tahun 1941, KMM meneruskan dasar tidak bekerjasama dengan pentadbiran penjajah yang dipelopori oleh Sukarno dalam Parti Nasional Indonesia (PNI) antara tahun 1928 hingga tahun 1931. Ibrahim dan rakan-rakannya memulakan serangan

Rustam A. Sani, Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaaan Kesatuan Melayu Muda, hlm. 35. 15 Mustapha Hussain, Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO Memoir Mustapha Hussain, hlm. 197. 16 Ibid., hlm. 195. 17 Ibid., hlm. 198.

14

5

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

propaganda atas pentadbiran British dan "cooperators" iaitu birokrat Melayu berpendidikan Inggeris dan kumpulan bangsawan melalui dalam buku-buku dan surat khabar. Dengan kebangkitan kuasa politik Jepun sebelum Perang Pasifik meledak, Ibrahim Yaakub mula mengadakan hubungan dengan Jepun.18 Ibrahim bertemu dengan jurutera perlombongan Jepun, Ishikawa untuk menunjukkan kesediaannya untuk menjadi ejen Jepun. Beliau juga bertemu dengan Michio Hirakawa yang merupakan “orang penting” dalam perisikan utama Jepun di Tanah Melayu. Dalam perbincangan mereka Ibrahim mencadangkan cara untuk merahsiakan pergerakannya adalah untuk mempunyai akhbar sendiri. Pada April 1941, atas persetujuan di Tokyo, Ketua Konsul Jepun di Singapura, Ken Tsurumi menyerahkan sejumlah $ 18,000 untuk Ibrahim untuk membeli akhbar Melayu di Singapura, iaitu Warta Malaya yang dimiliki oleh orang Arab, Syed, Hussein bin Ali Alsagoff.19 Selepas KMM telah membeli Warta Malaya dan Ibrahim telah penjadi ketua pengarang majalah, beliau mengagihkan tugas kepada ahli KMM ke seluruh cawangan akhbar di Tanah Melayu. Wang dana juga digunakan untuk kegiatan aktiviti KMM dan Ibrahim Yaakub turut membeli sebuah kereta baru untuk memudahkan pergerakannya. Selain itu, KMM dipersetujui menjadi ‘Sayap Kelima’ ataupun KAME bagi tentera Jepun. Mengikut sejarah, gerakan Sayap Kelima (Fifth Column) telah dimulakan oleh Jeneral Franco, dalam peperangan saudara di Sepanyol.20 Sayap Kelima diumpamakan sebagai satu badan yang penting dalam peperangan, yang mana jika tentera telah mengepung keempatempat penahap, Sayap Kelimalah yang akan membuka pintu kubu musuh. Dengan jaminan orang Melayu tidak akan menentang tentera Jepun ketika mereka memasuki Malaya, kemerdekaan orang Melayu akan dipertimbangkan pada masa depan. Tambahan pula

Rustam A. Sani, Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaaan Kesatuan Melayu Muda, hlm. 27. 19 Cheah Boon Kheng, The Japanese Occupation of Malaya, 1941-45: Ibrahim Yaacob and the Struggle for Indonesia Raya, Indonesia, No. 28, 1979, hlm. 94. 20 Mustapha Hussain, Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO Memoir Mustapha Hussain, hlm. 244.

18

6

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

kedaulatan Melayu, agama, dan adat turut dipertahankan. KMM juga meminta sokongan Jepun menggabungkan "Kesatuan Tanah Melayu" dengan Indonesia Raya. Apabila Pihak berkuasa British segera mengesan bahaya aspirasi KMM dan membuat keputusan bahawa ianya tidak boleh dibenarkan berkembang; tangkapan dibuat di bawah Peraturan Pertahanan yang diluluskan pada awal 1940. Pemimpin dan ahli organisasi ini serta beberapa orang Melayu yang dianggap berbahaya kepada keamanan – berjumlah sekitar 150 orang – telah ditahan di penjara Singapura pada Disember 1941. Dalam kalangan mereka ialah Ibrahim Yaakub, Ishak Hj. Muhammad, Ahmad Boestamam dan Sultan Djenain. Sebenarnya pihak berkuasa British telah merancang untuk memindahkan Ibrahim Yaakub melalui pengangkutan udara untuk dihantar dan ditahan di India. 21 Namun disebabkan kekalahan mengejut Inggeris dalam perang, rancangan ini telah dibatalkan. Apabila Jepun menawan Singapura pada 15 Februari 1942, para tahanan yang masih ada di penjara Singapura telah dibebaskan serta-merta oleh pihak berkuasa Jepun kerana dianggap memberi kerjasama kepada sebagai KAME. Selepas pembebasan, Ibrahim Yaakub telah menyusun semula KMM sambil bekerjasama dengan Jepun. Pembubaran KMM Pada Jun 1942, KMM telah dibubarkan. Hal ini adalah sebahagian daripada dasar ketenteraan Jepun supaya aktiviti politik tidak menggalakkan oleh mana-mana kumpulan tempatan. Jikalau KMM boleh diteruskan, maka persatuan Cina, Serani, dan kumpulankumpulan lain akan meminta keistimewaan yang sama. Pada masa itu, hanya Indian Independence League (IIL) disokong kerana berorientasikan India dan merupakan sebahagian daripada pelan tentera Jepun untuk melakukan serangan ke atas India.22 Sebahagian ahli KMM

Rustam A. Sani, Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaaan Kesatuan Melayu Muda, hlm. 28. 22 Cheah Boon Kheng, The Japanese Occupation of Malaya, 1941-45: Ibrahim Yaacob and the Struggle for Indonesia Raya, Indonesia, No. 28, 1979, hlm. 104.

21

7

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

dibawa bekerja di Malai-Sumatra Gunseikanbu (Pentadbiran Jepun bagi Malaya dan Sumatera), yang lain di Warta Malaya, tiga lagi pula dihantar ke Jepun.23 Beberapa pegawai KMM seperti Mustapha Hussein, Ahmad Boestamam, Idris Hakim, Abdul Kadir Adabi, dan MN Othman tidak mengambil bahagian lagi kerana telah meninggalkan Singapura sebelum Mei 1942. Mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ibrahim dan keengganan Jepun untuk menunaikan janji KMM iaitu memberikan kemerdekaan. Sebagai cara untuk meredakan Ibrahim daripada pemansuhan KMM, pada Julai 1942, Kapten Ogawa, setiausaha Jeneral Watanabe, menjemput Ibrahim dan empat orang anggota KMM lain untuk makan malam. Kapten Ogawa bersimpati dengan aduan Ibrahim tentang layanan Jepun terhadap KMM. Beliau mencadangkan Ibrahim menerima jawatan dalam kerajaan sebagai penasihat mengenai hal ehwal Melayu kepada pentadbiran Singapura dan Malaya di Singapura.24 Lembaga penasihat ini terdiri daripada 5 atau 6 orang Melayu yang boleh dilantik oleh Ibrahim. Walau bagaimanapun, setiausahanya perlu dijawat oleh orang Jepun, iaitu Mr. Hosai yang berpangkat Kolonel. Ibrahim akhirnya menerima pelantikan tersebut selepas berbincang dengan rakan-rakan kerana mempercayai gerakan nasionalisme Melayu itu boleh diteruskan. Ibrahim Yaakub seterusnya menyeru orang Melayu melalui radio agar bekerjasama dengan pentadbiran Jepun dan menyatakan mereka akan mencapai matlamat nasionalis mereka dalam masa terdekat. Giyu gun dan Giyu tai Pada Ogos 1943, Jepun memberitahu bahawa beliau telah dipilih untuk menghulurkan bantuan dalam penubuhan giyu gun (Sukarelawan Tentera) atau Pembela Tanah Air (PETA) dan giyu tai (Ikatan Rela). Giyu gun adalah sebuah angkatan pertempuran yang digunakan

Mustapha Hussain, Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO Memoir Mustapha Hussain, hlm. 210. 24 Cheah Boon Kheng, The Japanese Occupation of Malaya, 1941-45: Ibrahim Yaacob and the Struggle for Indonesia Raya, Indonesia, No. 28, 1979, hlm. 105.

23

8

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

untuk mempertahankan Tanah Melayu sahaja. Sementara giyu tai berfungsi untuk mempertahankan pinggir pantai dan memelihara ketenteraman awam. Unit-unit ini akan menguatkan Heiho (Anggota Perkhidmatan Auxiliary) yang ditubuhkan oleh Jepun pada bulan Jun untuk membantu pasukan mereka dalam perkhidmatan buruh. Ibrahim telah diarahkan untuk mengarahkan pemuda Melayu ke dalam kedua-dua giyu gun dan giyu tai. Beliau juga perlu menjalani latihan ketenteraan enam bulan untuk mengambil perintah giyu gun itu. Walaupun Jepun pada asalnya menjangka giyu gun sebagai angkatan tentera berbilang kaum, tetapi akhirnya majoriti adalah orang Melayu. Ibrahim, yang sebelum ini telah meminta Jepun untuk mewujudkan tentera Melayu, cukup bersedia untuk mengambil pelantikan itu dengan harapan bahawa beliau boleh menjadikan giyu gun sebagai angkatan tentera sebenar. 25 Akhirnya, giyu gun dan giyu tai ditubuhkan secara rasmi pada 3 Oktober 1943. Pembentukan giyu gun dan giyu tai di Tanah Melayu bertepatan dengan kumpulan yang sama di Sumatera dan Jawa. Tujuan Jepun adalah untuk memujuk penduduk tempatan untuk mengambil alih peranan dalam pertahanan daripada serangan Tentera Bersekutu. Mereka kini sudah bersedia untuk mempercayai dan lebih bergantung kepada rakyat tempatan kerana kedudukan tidak menentu Jepun dalam perang dan pengagihan tentera Jepun yang lebih besar di Burma dan Pasifik. Para wartawan KMM di Berita Malai dan penerbitan Melayu yang lain mempromosikan giyu gun. Pelantikan Ibrahim sebagai komander juga dipromosikan untuk menarik minat anak muda Melayu untuk menyertai giyu gun. Jun 1944 latihan beliau telah tamat dan telah diberikan pangkat Leftenan Kolonel. Kira-kira 2,000 belia Melayu dikatakan telah direkrut ke dalam satu unit dengan kem latihan pusat dan berek di Johor Bharu. Pada bulan Julai giyu gun yang telah dihantar untuk satu operasi anti-gerila. Walaupun satu persetujuan telah dicapai antara Ibrahim dan PKM / MPAJA sebelum operasi ini berlangsung,

Cheah Boon Kheng, The Japanese Occupation of Malaya, 1941-45: Ibrahim Yaacob and the Struggle for Indonesia Raya, Indonesia, No. 28, 1979, hlm. 107.

25

9

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

hal ini tidak menghalang tentera mereka bertempur di dalam hutan Kota Tinggi. Akhirnya, dua puluh lima gerila terbunuh dalam operasi tersebut. Jepun mula curiga terhadap giyu gun apabila operasi di Ipoh tidak melibatkan kecederaan mahupun kematian antara kedua-dua pihak. Bukan sahaja itu, Pembentukan PETA membolehkan Ibrahim Yaakub menggerakkan underground melawan Jepun berhubungan dengan MPAJA dengan INA Chandra Bose dan Col. Naga, dengan Soekarno-Hatta di Jakarta, PUSA-Acheh, gerakan underground di Sumatera Barat dan lain-lainnya.26 Giyu gun ditarik balik ke Singapura dan angkatannya ditukarkan ke unit-unit lain. Jepun mula tidak percaya Giyu gun dan telah mengawal pergerakan mereka dengan lebih ketat. Ibrahim hanya mempunyai sedikit kuasa meskipun dinaikkan pangkat. KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung kemudian ditukar kepada Kekuatan Kaitan Rakyat Indonesia Semenanjung) Pada Julai 1945, Jepun akhirnya bersetuju untuk menggalakkan pergerakan nasionalis Melayu berdasarkan konsep 'Greater Indonesia’. Sebuah pertubuhan baru politik, KRIS telah ditubuhkan di bawah kepimpinan Ibrahim dan Burhanuddin Al-Helmy. Mereka berhasrat bahawa Semenanjung Tanah Melayu bukan sahaja bebas daripada penjajahan tetapi bersatu dengan Indonesia.27 Penubuhan KRIS yang direstui oleh Jepun telah dilakukan se...


Similar Free PDFs