KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENDEKATAN INOVATIF DALAM PENDIDIKAN SEJARAH PDF

Title KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENDEKATAN INOVATIF DALAM PENDIDIKAN SEJARAH
Pages 19
File Size 1.5 MB
File Type PDF
Total Downloads 101
Total Views 198

Summary

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 21 KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENDEKATAN INOVATIF DALAM PENDIDIKAN SEJARAH Prof. Madya Dr Shakila Yacob There is only one good, knowledge, and one evil, ignorance (Socrates) Pemikiran kritikal merupakan satu idea atau istilah yang serin...


Description

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah

21

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENDEKATAN INOVATIF DALAM PENDIDIKAN SEJARAH Prof. Madya Dr Shakila Yacob

There is only one good, knowledge, and one evil, ignorance (Socrates) Pemikiran kritikal merupakan satu idea atau istilah yang sering digunakan oleh pelbagai pihak dalam masyarakat terutama mereka yang berkepentingan dalam bidang pendidikan. Pada abad ke-21 ini, semakin ramai pihak berkepentingan (stakeholders) termasuk pemimpin dalam bidang pendidikan, guru, ibu bapa, pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan orang awam yang mendesak agar pelajar yang dihasilkan oleh sistem pendidikan yang sedia ada memiliki ciri pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Generasi muda ini membentuk sebahagian daripada modal insan yang dapat membantu memacu negara ke arah kecermelangan dan kejayaan. Pemikiran kritikal bukan merupakan satu idea yang baharu tetapi bermula sejak tamadun Greek dan Rom lagi. Idea ini datang daripada Socrates. Beliau percaya cara terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran adalah melalui satu proses melatih tubi pelajar untuk berdebat dan bertanyakan soalan secara berterusan. Kaedah inkuiri ini dikenali sebagai kaedah Socratic (socratic questioning). Negara Malaysia merupakan negara pelbagai budaya, maka, perbezaan pendapat akan sentiasa wujud. Hal ini disebabkan latarbelakang dan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai. Kadangkala pelaziman budaya (cultural conditioning) ini boleh menyekat keupayaan seseorang individu untuk berfikir secara kritis. Ini kerana aliran pemikiran dan proses membuat keputusan selalunya di pengaruhi oleh latarbelakang budaya dan warisan seseorang individu. Ini termasuk pengaruh masa, tempat, budaya massa (mass culture) dan juga psikologi (Ruggiero, 2001, hlm 4-6). Sebaliknya, pelbagai budaya yang wujud juga berpotensi untuk mewujudkan satu suasana yang positif dalam sesi perbincangan. Ini kerana akan muncul pelbagai hujah dan perbezaan pendapat mengenai sesuatu peristiwa sejarah. Sesi perbincangan ini secara tidak langsung mendedahkan pelajar kepada pandangan yang berbeza dan menggalakkan pelajar untuk menimbang kesemua hujah dan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat haruslah berlandaskan kepada maklumat dan sumber bukti yang diperolehi. Justeru, dalam sesetengah keadaan pelajar boleh mencari jalan tengah bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jelas, suasana pelbagai budaya ini mampu memperkayakan pengetahuan dan aliran proses pemikiran yang kritis dan inovatif dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, guru harus memainkan peranan sebagai pemudahcara (facilitator) secara berkesan. Justeru, guru harus mempunyai ilmu sejarah yang luas. Adalah amat penting untuk guru membina kemahiran berfikir ini berlandaskan ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu peristiwa sejarah yang akan di ajar. Rata-rata guru selalunya menggunakan buku teks sebagai rujukan utama dan menyampaikan fakta melalui pengajaran yang membosankan tanpa berusaha untuk

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah

22

mengalakkan pembelajaran aktif dan memupuk keupayaan berfikir dalam kalangan pelajar (Bain, 2005; Kuhn 1999). Mengikut Wineburg (2001), pelajar harus digalakkan mengunakan kemahiran pemikiran sejarah (historical thinking skills) disamping pengetahuan berasaskan didaktik bagi menarik minat mereka menghayati sejarah. Mengikut beliau lagi, sejarah mempunyai potensi untuk “memanusiakan” kita melalui pelbagai cara yang tidak wujud dalam bidang lain kurikulum sekolah (Wineburg, 2001, hlm. 5). Terdapat satu aliran pemikiran sejarah yang menekankan “counterfactual history” atau “imagined history” sebagai satu pendekatan yang mampu meningkatkan pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar. Persoalan “what if” atau “seandainya” ditekankan, contohnya sekiranya sesuatu peristiwa itu tidak berlaku apa yang akan terjadi. Mereka berpandangan “counterfactual history” sebagai pencetus pemikiran kritikal. Bagi golongan ini perbincangan yang tercetus dapat membawa kepada usaha untuk memahami kenapa sesuatu peristiwa berlaku (Ferguson, 1999). Justeru, penilaian yang dibuat juga bersifat “counterfactual” sehingga berkemungkinan besar mengelirukan pelajar. Ada juga yang mengaitkan “imagined history” dengan usaha kerajaan yang mempropagandakan sejarah melalui penulisan buku teks demi kepentingan identiti nasional, nasionalisme dan patriotisme (Hasan, 2002). Salah satu daripada kemahiran yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) sebagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar sejarah adalah kemahiran membuat imaginasi yang merujuk kepada “suatu usaha melibatkan muridmurid dengan sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah yang dikaji’ secara “visual dan empati”. Ini merupakan sesuatu yang perlu diteliti dengan baik kerana besar kemungkinan akan membawa kepada andaian dan kesimpulan serta tanggapan yang salah sekiranya tidak dibekalkan dengan fakta dan ilmu sejarah yang mencukupi dan menyeluruh. Kemahiran lain yang digalurkan oleh KPM adalah bertepatan dengan kemahiran pemikiran sejarah yang perlu wujud iaitu kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat intepretasi dan kemahiran membuat rasionalisasi. Di Malaysia, penilaian yang berlandaskan kepada sejarah yang diimaginasikan boleh menimbulkan kekeliruan terutama sekali dalam persekitaran pelbagai budaya negara Malaysia. Imaginasi ini menjadi sangat rigid apabila pelajar hanya berpandukan kepada fakta di dalam buku teks dan tidak terdedah kepada pembacaan yang meluas mengenai sesuatu topik. Namun, mereka yang mendokong aliran pemikiran ini yang mula mengambil tempat sejak 1990-an amat kecil. Ini kerana rata-rata sejarawan arus perdana berpandangan sejarah tidak boleh dimaginasikan. Bgi mereka, aktiviti “spekulatif” ini merupakan satu perbuatan sia-sia dan membuang masa (Evans, 2014). Sejarah harus berlandaskan fakta dan bukti dan intepretasi yang dibuat harus bersifat objektif. Walter, Knudsvig dll. (2003, hlm.3-4) memperkenalkan strategi: topik, kelas, penjelasan dan kerelevanan (TKPK) atau topic, class, description and relevance (TCDR) sebagai asas kepada pemikiran kritikal. Menurut mereka lagi, sekiranya pelajar dapat menguasai strategi ini sebagai asas kepada pemikiran kritikal baharulah mereka dapat bergerak seterusnya menguasai kemahiran berfikiran aras tinggi. Pertama, apakah topik yang harus saya fahami? (TKPK) Kedua, apakah kelas di mana topik ini berada? (TKPK) Ketiga, apakah penjelasan topik tersebut? (TKPK) Keempat, apakah kerelevanan topik tersebut? (TKPK)

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah

23

Sekiranya, pleajar dapat bertanya dan menjawab keempat soalan utama ini kepada apa yang sedang dipelajari, justeru pelajar dapat mengaplikasikannya dalam setiap mata pelajaran. Strategi ini dapat melengkapi pelajar dengan pemikiran yang jelas dan jawapan yang cemerlang. Pemikiran kritikal seharusnya memupuk ciri berikut dalam diri pelajar: a) Semangat ingin tahu atau keingin tahuan intelek (intellectual curiosity), b) keterlibatan; c) integriti, d) empati; dan e) tanggungjawab Ada beberapa persoalan penting atau kaedah yang boleh digunapakai dalam usaha menarik minat pelajar untuk berfikir secara kritis. Bagaimana kita dapat menarik perhatian pelajar untuk berfikir secara kritis? Dengan mencabar murid terutama dalam klasifikasi dan juga melalui penyediaan tugasan dan latihan. Untuk ilmu sejarah sudah tentu persoalan apa dan kenapa merupakan dua aspek penting.

Dengan mengemukakan persoalan apa? dan kenapa? secara langsung dan tidak langsung kita mengalakkan pelajar untuk berusaha: a) b) c) d) e) f)

Guru a) b) c) d) e)

Memahami; Memeriksa bukti; Menimbangkan implikasi; Menyoal anggapan/andaian; Meneroka perspektif; dan Menimbangkan persoalan lain

harus membina satu garis panduan yang di dalamnya mengandungi perkara berikut: Senarai semak; Rubrik; Panduan; Model atau modul contoh bagi mata pelajaran sejarah; dan Membentuk dan mencorak soalan perbincangan yang bersesuaian

Justeru, guru harus menyampaikan kepada pelajar apa yang di harapkan daripada mereka. Garis panduan yang dapat mengalakkan murid berfikir harus mengambilkira perkara tersebut di bawah: a) Mencari isu b) Memulakan proses bertanyakan soalan c) Mencari kekaburan dalam fakta atau maklumat d) Mengenal pasti konflik nilai yang wujud dan membuat andaian/anggapan e) Mencari bukti dan sebab musabab f) Mencari maklumat yang penting dan relevan

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah

24

Bagaimana membentuk soalan yang boleh mengalak pelajar berfikir secara kritis? Soalan yang dikemukakan harus bersifat inkuiri yang mendalam dan bukan semata-mata mencari jawapan dalam buku teks. Juga, bukan semata-mata mengambil pendekatan seperti “apakah pandangan anda?” Soalan yang dikemukakan kepada pelajar akan memerlukan mereka untuk menunjukkan kemahiran pengetahuan dan pemahaman terutama sekali bagaimana pengetahuan ini dapat diaplikasikan kepada manusia dan keadaan sekeliling. Soalan yang akan menilai pengetahuan dan kefahaman pelajar contohnya dengan merujuk buku Sejarah Tingkatan Empat, Bab Dua: Peningkatan Tamadun (Sumbangan Tamadun Yunani) halaman 42- 44. a) Bagaimana amalan demokrasi di Malaysia berbeza dengan Athens di zaman Greek? Soalan ini memerlukan pengetahuan mengenai sistem demokrasi di Malaysia dan juga ciri demokrasi yang telah diperkenalkan oleh Athens di zaman Greek. Kedua, pemahaman iatu berjaya mengaplikasi pengetahuan untuk membanding kedua-dua sistem demokrasi; Ketiga, pengaplikasiannya di Malaysia hari ini; dan Akhirnya, membuat analisis kritikal apakah isu yang terlibat dan sama ada sesuai di amalkan di Malaysia. Terdapat banyak perbezaan dan ada juga persamaan dalam sistem demokrasi di Athens dan Malaysia. Satu daripada ciri demokrasi yang boleh dibincangkan adalah sifat eksklusif dalam demokrasi Athens yang berbeza dengan amalan demokrasi moden hari ini termasuk Malaysia. Athens (demokrasi langsung) 1.

Bersifat esklusif Wanita, hamba, kanak-kanak dan penduduk asing tidak diberi kewarganegaraan dan tidak boleh mengundi

Malaysia (demokrasi berpewakilan) Bersifat inklusif Kesemua warganegara lelaki dan perempuan boleh mengundi pada usia 21 tahun.

Ada perbezaan status: a) antara wanita dan lelaki; b) antara penduduk bebas dan hamba abdi; c) antara lelaki yang memiliki harta dan tidak memiliki harta; dan d) antara Greek dan bukan Greek. 2.

Hanya lelaki dewasa yang bebas dan merupakan warganegara dibenarkan menyertai aktiviti pentadbiran kerajaan. Justeru, hanya 10-20 peratus sahaja dalam kalangan penduduk Athens yang aktif dalam politik dan membuat keputusan mengenai polisi kerajaan.

Terbuka kepada semua yang layak dan dipilih melalui pilihanraya. Mereka yang terpilih akan mewakili rakyat membuat keputusan.

Menyenarai, Mengkategori, Membanding, Menghubungkait, Mengintepretasi, Menganalisa, Menghujah, Merumus

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah

25

Berbalik kepada pendekatan kritis dalam bidang pendidikan termasuk bidang sejarah, salah satu kaedah yang sering digunakan adalah merujuk kepada taksonomi Bloom yang dikatakan amat bersesuaian untuk di aplikasikan dalam usaha membina pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar. Dr Benjamin Bloom, seorang ahli psikologi pendidikan telah memperkenalkan taksonomi Bloom sejak 1956 lagi. Menurut beliau, amat penting untuk menggalakkan aliran pemikiran yang lebih tinggi dalam pendidikan seperti menganalisis dan menilai konsep, proses, prosedur dan prinsip daripada hanya menghafal fakta semata-mata. Justeru itu, taksonomi ini digunakan untuk membentuk arahan atau proses pembelajaran. Taksonomi Bloom mengenai proses kognitif melibatkan beberapa peringkat: 1) Pengetahuan: keupayaan untuk mengingat kembali fakta, pandangan dan konsep 2) Pemahaman: keupayaan untuk menginterpretasi maklumat menggunakan perkataan dan ayat sendiri 3) Aplikasi: keupayaan untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru 4) Analisis: keupayaan untuk mengenal pasti hubungan dalaman 5) Penilaian: keupayaan untuk mengambil pendirian menggunakan kriteria dan standard 6) Penciptaan/Sintesis: keupayaan untuk menganding fakta menjadi sesuatu yang dapat difahami atau mencapai satu tahap kefahaman yang baru dengan menghubungkait fakta tersebut. Walaupun taksonomi Bloom ini dapat diaplikasikan kepada pengajaran dan pembelajaran sejarah, namun, guru sejarah hanya merujuk atau menguna pakai aspek penghafalan dan mengingat semula fakta yang berada pada tangga terbawah dalam taksonomi Bloom. Analisis isu dengan menggunakan konteks sejarah amat jarang dilakukan. Penggunaan sumber primer dan sekunder yang lain juga amat terbatas. Sekiranya, guru menyediakan diri dan melaksanakan pengajaran dengan baik mengguna pakai perspektif sejarah, maka pendekatan menganalisis isu amat bersesuaian kepada pendidikan sejarah sebagai satu komponen penting dalam pemikiran sejarah (Chilcoat & Ligon, 2004). Bagi setiap tahap, para pendidik boleh membentuk soalan mengikut kriteria tertentu untuk menilai kedudukan pelajar.

Tahap pertama: Pengetahuan Menunjukkan keupayaan mengingat semula fakta, konsep asas dan jawapan. Contoh soalan: a) Apa itu...? b) Bila ........ berlaku? c) Kenapa ini........? d) Bagaimana dapat anda menjelaskan....?

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah

26

Tahap Kedua: Pemahaman Menunjukkan pemahaman fakta dan idea dengan kemampuan menyusun, membanding, menterjemahkan, menginterpretasi, memberi penjelasan dan menyatakan idea utama. Contoh soalan: a) Bagaimana anda membandingkan....? Bezakan..? b) Jelaskan dengan menggunakan perkataan anda sendiri....? c) Apakah fakta atau idea yang ditunjukkan.....? d) Apakah bukti yang ada.....?

Tahap Ketiga: Aplikasi Pelajar cuba menyelesaikan masalah dengan mengaplikasi pengetahuan, fakta dan teknik yang diperolehi dengan cara yang berbeza. Contoh soalan: a) Apakah contoh-contoh yang dapat anda cari untuk......? b) Bagaimana anda dapat menunjukkan pemahaman anda .....? c) Apakah pendekatan yang akan anda gunakan untuk.....? d) Apakah yang akan terjadi sekiranya....?

Tahap Keempat: Analisis Pelajar cuba meneliti dan membahagikan maklumat kepada beberapa bahagian dengan mengenal pasti motif dan punca; membuat penaakulan dan mencari bukti untuk menyokong generalisasi (anggapan umum). a) Apa penaakulan yang dapat dibuat dari....? b) Bagaimana anda mengelaskan...? c) Bolehkah anda mengenalpasti bahagian yang berbeza...?

Tahap Kelima: Penilaian Pelajar cuba mempersembahkan dan mempertahankan pendapat dengan membuat pendirian berlandaskan kepada maklumat, keesahan idea atau mutu kerja berdasarkan kepada satu set kriteria. a) b) c) d) e)

Bagaimana anda membandingkan....? Apa yang anda rasakan lebih baik...? Nilai sumbangan ..........kepada........ Apakah nilai kepentingan ........dalam.......? Apa yang anda akan cadangkan sekiranya anda....?

Tahap Keenam: Mencipta/Merumus Mengumpul maklumat melalui kaedah yang berbeza dengan mencantumkan elemen dalam corak yang baru atau mencadangkan penyelesaian alternatif.  

Apa akan berlaku sekiranya..............? Bolehkah anda cadangkan satu interpretasi alternatif selain dari......?

Sumber: Anderson et.al (2001)http://www.ucdoer.ie/index.php/How_to_Ask_Questions_that_Prompt_Critical_Thinking

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah

27

Soalan yang ditanya oleh guru juga harus memenuhi kriteria tertentu. Antara kriteria yang digunakan untuk menilai soalan di kemukakan oleh guru adalah: Relevan: berkait dengan bahan dalam unit kajian Penting: menangani isu penting dalam topik Mencabar minda: memerlukan pemikiran aras tinggi, bukannya satu carian mudah di Internet Keaslian: menanyakan soalan yang unik yang tidak ditanyakan oleh pelajar lain Penyediaan awal: supaya pelajar lain dapat memberi komen dan maklumbalas. Sumber: http://www.qcc.cuny.edu/socialsciences/ppecorino/SS770/OutlineGOOD_QUESTIONS.html

Guru boleh menarik minat pelajar melalui: Perkongsian maklumat dan interaksi dalam kalnagan pelajar Menceritakan masalah melalui kaedah penceritaan Menanyakan soalan yang boleh menimbulkan minat Apa yang kita telah tahu.... Bagaimana ia mempengaruhi....? Bagaimana perkara ini bersamaan dengan yang lain. Apa yang telah dipelajari? Kenapa .....ini penting? Apakah hujah balas bagi....., namakan beberapa. Guru boleh mengalakkan pelajar untuk membentuk kumpulan dan berbincang sesama sendiri dan usaha ini secara tidak langsung dapat membina hubungan yang baik dan efektif sesama pelajar. Pelajar harus dibantu oleh guru untuk menentukan hasil pembelajaran dan berusaha untuk mencapai hasil pembelajaran tersebut. Duron, Limbaugh dan Waugh (2006, hlm. 15) telah mengemukakan Model lima-langkah ke arah pemupukan pemikiran kritikal. Peringkat pertama merujuk kepada mengenalpasti hasil pembelajaran. Ini dikuti dengan proses pengajaran dengan bertanyakan soalan yang relevan dan menarik bagi menghidupkan suasana interaktif dalam kelas. Langkah ketiga adalah melatih sebelum menilai. Ini bererti guru menyediakan ruang untuk pembelajaran aktif. Proses mengulangkaji dan menambahbaik merupakan langkah keempat yang penting bagi menentukan aktiviti yang bertepatan dengan hasil pembelajaran. Akhir sekali dalam langkah kelima adalah memberi maklumbalas dan menilai pembelajaran yang telah dilalui (lihat Rajah 1).

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah

28

Langkah 1: Mengenal pasti hasil pembelajaran * mengenalpasti tingkah laku pelajar * mensasarkan tingkah laku berfikir aras tinggi Langkah 5: Maklumbalas dan menilai pembelajaran

Langkah 2: Mengajar dengan bertanyakan soalan

* Memberi maklumbalas kepada pelajar

* Membina soalan yang bersesuaian

* Menyediakan ruang untuk penilaian kendiri * Menggunakan maklumbalas untuk menambahbaik arahan

Langkah 4: Mengulangkaji, menambahbaik

* mengguna teknik menanya soalan * mengalakkan diskusi interkatif

Langkah 3: Latihan sebelum penilaian

* Mengawasi aktiviti kelas

* Memilih aktiviti yang mengalakkan pembelajaran aktif

* Mengumpul maklumbalas dari pelajar

* Menggunakan kesemua komponen pembelajaran aktif

Rajah 1: Model lima-langkah menggalakan pelajar ke arah pemikiran kritikal Mengikut Clasen dan Bonk (1990) soalan daripada guru merupakan strategi yang paling berkesan dalam mempengaruhi pemikiran pelajar. Tahap pemikiran pelajar amat berkaitan dengan tahap soalan yang ditanya. Justeru, guru harus bersedia dan merancang dengan baik setiap rancangan pengajaran dan apa yang ingin di capai oleh guru melalui soalan yang ditanya. Dengan ini, guru harus mempunyai kemahiran bertanya soalan yang mendapat respon yang diingini daripada pelajar. Di samping itu suasana dalam kelas haruslah kondusif. Jika Socrates mengajar anak muridnya sambil berjalan dalam suasana pembelajaran yang kondusif di bawah pepohon hijau (ini dikenali sebagai “peripatetic”), guru juga boleh bersikap lebih terbuka dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk menyumbang buah fikiran dan mengadakan perbincangan secara santai dan tidak formal. Guru harus sentiasa menyediakan maklumat yang tepat, berasaskan fakta, logik dan sumber yang sah dan mengajar pelajar untuk menulis dengan jelas dan disampaikan secara logik dan tersusun. Pada masa yang sama sentiasa mengalakkan pelajar untuk berfikir mengenai kepentingan sesuatu peristiwa sejarah atau kepentingan sesuatu bukti dan maklumat. Pelajar harus didedahkan kepada beberapa aspek interpretasi. Contohnya, bagaimana sejarawan menginterpretasi masa lalu, kenapa mereka menginterpretasi sedemikian dan bagaimana mereka menilai keesahan interpretasi mereka. Dalam hal ini, guru harus

Kemahiran Berfikir dan Pendekatan ...


Similar Free PDFs