KEPENTINGAN INTEGRASI ILMU NAQLI DAN ILMU AQLI DALAM PDF

Title KEPENTINGAN INTEGRASI ILMU NAQLI DAN ILMU AQLI DALAM
Author Imam Awaludin
Pages 10
File Size 93.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 78
Total Views 337

Summary

KEPENTINGAN INTEGRASI ILMU NAQLI DAN ILMU AQLI DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Zetty Nurzuliana Rashed Ab.Halim Tamuri Abstrak Konsep ilmu dalam Islam adalah ilmu sepadu.Konsep kesepaduan ini membahaskan tentang kesepaduan antara ilmu naqli dan ilmu aqli dalam pengajaran Pendidikan Islam.Kertas ke...


Description

KEPENTINGAN INTEGRASI ILMU NAQLI DAN ILMU AQLI DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Zetty Nurzuliana Rashed Ab.Halim Tamuri Abstrak Konsep ilmu dalam Islam adalah ilmu sepadu.Konsep kesepaduan ini membahaskan tentang kesepaduan antara ilmu naqli dan ilmu aqli dalam pengajaran Pendidikan Islam.Kertas kerja ini membincangkan tentang kepentingan kesepaduan kedua-dua komponen tersebut dalam pengajaran Pendidikan Islam supaya generasi yang dilahirkan nanti merupakan generasi insan kamil yang menjadikan Al-Quran sebati dalam kehidupan mereka.Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dengan menganalisis dan menilai perdebatan dan perbincangan di dalam kandungan teks dalam bentuk pendekatan naratif.Kajian ini mendapati terdapat beberapa kepentingan integrasi ilmu ini antaranya adalah sebagai prasyarat pembangunan diri,masyarakat dan negara;dapat memahami perkembangan dan dan pembangunan sains dan teknologi Islam; dapat melahirkan peribadi holistik atau modal insan yang berkualiti;dapat menggalakkan manusia berfikir terhadap ciptaan Allah S.W.T serta mempunyai impak yang signifikan dalam membentuk perwatakan dan sahsiah pelajar. Kata kunci: integrasi, ilmu naqli, ilmu aqli & kepentingan pendidikan Islam 1.0 PENDAHULUAN Sistem pendidikan yang ditemui sekarang bersifat dualistik yang mana tidak wujud integrasi atau kesepaduan samada dalam ilmunya mahupun dalam proses bina insan dan pendidikannya.Terdapat institusi pendidikan yang memberikan fokus terhadap ilmu mengurus diri dan kurang menekankan kepentingan ilmu mengurus sistem.Ini bertepatan dengan resolusi yang telah dicapai dalam seminar Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan dari 2-5 Oktober 1995 yang merumuskan bahawa Pendidikan Islam hendaklah menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan sistem pendidikan yang bersepadu yang berasaskan integrasi ilmu, akal, dan wahyu ke arah menghapuskan dikotomi dan dualisme dalam pendidikan. Seperti diketahui umum, pendidikan adalah sebahagian daripada proses yang dapat membangunkan sesebuah negara menerusi kelahiran ramai modal insan yang berilmu dan berketerampilan. Modal insan itu nanti akan memberi sumbangan berbentuk penyelidikan dan pembangunan serta penghasilan menerusi inovasi dan kreativiti. Modal insan itu juga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang bertamadun dan kekal utuh. Kajian ini membincangkan secara terperinci kepentingan integrasi ilmu naqli dan ilmu aqli dalam pengajaran pendidikan 5

Islam yang mana berperanan membentuk modal insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi,rohani dan intelek.Ilmu naqli yang dinyatakan dalam kajian ini adalah merujuk kepada al-Quran manakala ilmu aqli pula adalah ilmu yang terdiri daripada pelbagai disiplin ilmu antaranya ilmu sains tauhid,sains kemasyarakatan dan sains tabii. 2.0 KEPENTINGAN INTEGRASI ILMU NAQLI DAN ILMU AQLI Terdapat beberapa kepentingan integrasi ilmu naqli dan ilmu aqli yang dapat dibincangkan dalam kajian ini. Antaranya adalah seperti berikut; a.

Prasyarat pembangunan diri, masyarakat dan negara.

Terdapat juga sistem yang mengutamakan ilmu mengurus sistem tetapi tidak melihat aspek pembangunan hati dan diri atau akhlak dan budi sebagai sesuatu yang penting.Akhirnya corak generasi manusia yang bakal dilahirkan tidak seimbang dan tidak terarah kepada fitrah. Integrasi ilmu atau kesepaduan ilmu dalam pendidikan adalah prasyarat pembangunan diri, masyarakat dan negara. Apabila kurikulum yang bersepadu telah dirancang dengan rapi, maka ia akan dilaksanakan di dalam sistem pendidikan.Menurut Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini (2002), matlamat akhir pendidikan adalah mewujudkan insan yang berintelek, multiskill, serta bersikap proaktif dan positif terhadap ilmu pengetahuan. Matlamat akhir pendidikan ini akan membawa insan memahami akan kebenaran, makna dan tujuan hidup manusia yang akhirnya mencapai selfactualization (Rohana, 2010). Di sini, guru memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan isi kandungan kurikulum sepadu. Guru perlu mempunyai kesediaan yang mantap dalam berfikir secara beradab dalam pada memahami ilmu – ilmu dalam kurikulum sejelas-jelasnya (Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini, 2002). Dengan sistem pendidikan yang dijalankan menerusi konsep sepadu, insan yang akan dilahirkan kelak akan mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap, kemahiran yang tinggi dan juga akhlak yang baik serta dapat menongkah arus dalam hidup bermasyarakat. Masyarakat sebenarnya memainkan peranan yang besar di dalam memastikan kelangsungan sistem pendidikan.Menurut Rohana (2010), pada masa kini, fokus dan matlamat pendidikan adalah berasaskan kepercayaan, nilai, ilmu yang diterima oleh masyarakat.Keadaan ini mengakibatkan insan yang dilahirkan hilang sifat kejiwaan dan hilang dalam mengenal hakikat kejadian di muka bumi ini.Pendidikan juga perlu menyediakan pelajar untuk menghadapi perubahan yang sering berlaku dalam masyarakat. Justeru, apa yang diperlukan adalah menerusi kurikulum dan pendidikan yang sepadu, unsur kejiwaan dan mengenal hakikat kejadian akan kembali diterapkan ke dalam jiwa dan hati masyarakat. Ini bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang kekal utuh, tahan nilai dan akhlak 6

serta mempunyai ketamadunan yang dibanggakan. Jika keadaan tersebut masih berkekalan atau tiada sumbangan atau sokongan daripada masyarakat, sudah tentu sistem pendidikan akan menjadi kucar-kacir dan hilang keberkesanannya. b.

Memahami perkembangan dan dan pembangunan sains dan teknologi Islam

Keunggulan sistem ilmu dan pendidikan di zaman kegemilangan Islam yang berpusat di Nizamiyyah, kuttab dan madrasah banyak memberi tumpuan kepada integrasi.Dari situ lahirnya ilmuwan seperti Ibn Nafis yang mahir dalam bidang bahasa Arab dan ilmu Syar’iyyah. Selain dari itu,beliau juga mempunyai kepakaran dalam ilmu perubatan khusunya tentang darah (Sidek Baba,2006). Seterusnya ilmuwan sains Islam yang tersohor adalah al-Razi(865-925M) yang terkenal dengan membuat pengelasan kepada sebatian kimia.Ibnu Sina(980-1037M) telah menerangkan lebih daripada 760 ciri ubat-ubatan dari herba.Yaqub Al-Kindi (801-873M) telah meneroka ilmu fizik khususnya dalam bidang optik dan cahaya.Al-Biruni (973- 1050M) telah menulis lebih daripada 150 buah buku dalam pelbagai bidang sains seperti kosmologi,sejarah,geografi,fizik,kimia,geologi dan biologi.Ibnu An Nafis pula telah menemui sistem edaran darah dalam tubuh manusia.Ibnu Al-Haitham (965-1039M) telah menerangkan struktur dan juga fungsi beberapa bahagian mata manusia,dan telah menyumbang kepada ilmu optik.Al-Khawarizmi pula amat terkenal dengan ilmu algebra.Dan banyak lagi nama-nama yang terkenal yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Arab,Parsi,Turki,Afganistan,dan seluruh pelusuk dunia Islam (Shabeer Ahmad,2008 &Yusoff, 2011). Oleh kerana itu kita tidak mungkin dapat memahami perkembangan dan pembangunan sains dan teknologi Islam tanpa mengetahui ajaran Islam itu sendiri. Sebenarnya ajaran Islamlah yang menjana pembangunan sains dan teknologi Islam. Justeru itu ilmu sains dan teknologi tidak pernah dipisahkan daripada ilmu yang berhubung dengan ketuhanan,ilmu adab dan akhlak, ilmu etika dan moral dan ilmu yang berhubung dengan pembangunan dunia hari ini keseluruhannya(Yusoff 2011). Untuk meneroka dan memastikan masa depan sains Islam, usaha perlulah dilakukan dengan meyepadukan antara sains dan ajaran Islam itu sendiri supaya pemikiran saintifik sebagai asas untuk meneroka khazanah yang terkandung dalam ciptaan Allah S.W.T. Ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan dalam masa yang sama nilai-nilai agama itu dapat dihayati untuk menjadikan manusia itu sebagai khalifah Allah S.W.T.

c.

Melahirkan peribadi holistik atau modal insan yang berkualiti

Sidek Baba(2006) juga berpandangan proses kesepaduan ilmu ini amat perlu dilakukan bagi menyelamatkan umat Islam dan umat manusia kepada pembangunan ilmu dan proses didik baik 7

dalam keluarga mahupun dalam masyarakat.Dalam usaha ini proses kesepaduan ini sewajarnya dilakukan secara serius ,terancang dan bijaksana.Sudah sampai masanya setiap tubuh ilmu atau disiplin ilmu mesti didasari oleh sistem nilai yang mana nilai akidah, ibadah, akhlak dan syariah umpamanya harus menjadi faktor utama dalam pembentukan akhlak pelajar.Asas ini amat penting supaya kurikulum yang dibina bersifat integratif.Ilmu yang integratif dan pendidikan yang membangunkan potensi dan bakat insan bakal melahirkan peribadi holistik atau modal insan yang berkualiti supaya kemajuan umat Islam dan manusia terbina atas asas kepentingan fikir, zikir, kemahiran dan nilai. d.

Menggalakkan manusia berfikir.

Tujuan pendidikan Islam adalah memupuk keimanan terhadap kebenaran dan kebesaran Allah.Jadi semua fakta dan penemuan ahli sains Islam ditafsirkan mengikut ketentuan ilmu alQur’an.Al-Qur’an mengajar manusia untuk menggunakan fikirannya mempelajari dan memperhatikan alam dan peraturan-peraturannya dengan maksud untuk mengetahui rahsia keagungan dan kebesaran Allah sebagai Pencipta alam semesta. Oleh sebab itulah faktor nilai yang terkandung dalam al-Quran amat penting dalam membina dan mengembangkan ilmu dan menggalakkan manusia berfikir serta membangunkan keterampilan untuk manfaat dan kebaikan alam sejagat.Sekiranya nilai ini mendasari hidup manusia, sewajarnya kualiti khalifah itu menjadi misi utama dalam kehidupan. Untuk apa manusia belajar sains sedangkan ilmu sains itu tidak dipandu dengan nilai sebenar bagi mendapatkan jawapan tentang rahmat dan nikmat Allah. Apa yang ditemui oleh para sainstis hanya berasaskan rasional akal dan fikiran semata-mata sedangkan rahsia dan rahmat Allah itu tidak terjangkau dengan akal fikiran melainkan dengan izin Allah.Oleh itu sainstis Islam hendaklah sentiasa menghubungkan jiwa tadabbur dalam konteks kebesaran Allah. Tajul Ariffin (1993) menyatakan bahawa Pendidikan Islam bermaksud bimbingan rohani dan jasmani berdasarkan hukum-hukum agama Islam mengarah kepada terbentuknya keperibadian utama menurut ukuran Islam, justeru matlamat pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan tauhid, iman dan akidah.Menurut Tajul dan Nor Aini (1997);Tajul (1988),pendidikan bersepadu iaitu gabungan antara ilmu pengetahuan sains dengan ilmu agama.Ini dilaksanakan supaya sesuai dengan keperluan futuristik Negara yang mana sistem pendidikan harus bertumpu kepada melahirkan individu yang dihajatkan dalam Falsafah Pendidikan Negara (1987) dan seterusnya mengatasi cabaran wawasan 2020. Memandangkan perubahan dan perkembangan negara amat pantas dengan kehadiran kemajuan sains dan teknologi ini akan menghasilkan keadaan pembelajaran tanpa sempadan iaitu menuntut penguasaan ilmu dan kemahiran yang lebih kompleks. Sehubungan dengan itu ,tuntutan 8

pendidikan sains dan teknologi anak-anak Malaysia semakin bertambah supaya boleh berjalan seiring dengan negara-negara maju yang lain seperti Jerman, Jepun dan Korea yang mempunyai potensi pemikiran, daya berkarya, daya kreatif dan keupayaan mencipta yang tinggi di samping penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar.Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Eryanty 2012). e.

Membentuk perwatakan dan sahsiah pelajar

Berdasarkan kepada konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan bertujuan untuk meningkatkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani,emosi, intelek dan rohani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Ini selaras dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Abdul Rahim & Azharul Nizam 2007). Kajian Nor Hayati Alwi (2005) menyatakan setiap bidang pendidikan negara harus memikul cabaran dalam menyeimbangkan tuntutan semasa iaitu menghasilkan sumber tenaga mencukupi untuk pembangunan sains negara berlandaskan tuntutan agama.Tuntutan ini bertujuan menghasilkan masyarakat seimbang bersahsiah mulia dan mampu memikul tanggungjawab terhadap diri, masyarakat, negara dan alam sekitar (Deuraseh 2010). Justeru, pendidikan Islam harus dilaksanakan secara bersepadu di antara ilmu wahyu dan ilmu akal iaitu menggabungkan aspek sains supaya dapat melahirkan individu berilmu sains, bermoral dan beretika baik. Ia boleh dikembangkan melalui aktiviti hands on dan minds on dalam pendekatan pengajaran. Justeru itu, pengajaran Pendidikan Islam harus menggunakan pendekatan yang sesuai untuk merealisasikan dasar ini iaitu pendekatan inkuiri penemuan seperti yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 2000. Piburn dan Baker (1993) menyatakan melalui aktiviti inkuiri ini juga boleh menambahkan minat dan motivasi pelajar dan seterusnya menggalakkan pembelajaran efektif. Begitu juga Mohd Kamal Hasan (1993) dalam tulisan beliau menyatakan perlunya sistem pendidikan yang mengintegrasikan apa yang dikenal sebagai ilmu agama dan ilmu duniawi supaya peribadi yang lahir daripada sistem pendidikan itu bukan sahaja mempunyai kecerdasan mental dan perspektif Islam tetapi juga mempunyai budi pekerti, jiwa yang luhur dan akhlak yang utama. Konsep kesepaduan dalam kurikulum sangat bergantung pada kaedah dan pendekatan guru dalam pengajaran mereka demi menjamin keberkesanan pelaksanaannya (Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad,2010).Namun mengikut Abdul Rahim dan Azharul Nizam(2007), konsep

9

pendidikan bersepadu ini agak abstrak dari segi matlamatnya dan agak sukar bagi mendapatkan buku tentang konsep pendidikan bersepadu di kalangan guru. Dengan itu untuk mencapai tujuan ini mesti ada perubahan kurikulum yang berdasarkan prinsip tauhid dengan menggunakan kaedah sains Islam.Jika tiada perubahan,guru perlu menguasai maklumat berkaitan falsafah, rasional, sukatan pelajaran dan isi kurikulum menggunakan konsep kesepaduan berasaskan elemen tauhid dalam pengajaran mereka. Untuk apa manusia belajar sains sedangkan ilmu sains itu tidak dipandu dengan nilai sebenar bagi mendapatkan jawapan tentang rahmat dan nikmat Allah S.W.T. Apa yang ditemui oleh para sainstis hanya berasaskan rasional akal dan fikiran semata-mata sedangkan rahsia dan rahmat Allah S.W.T itu tidak terjangkau dengan akal fikiran melainkan dengan izin Allah S.W.T.Oleh itu sainstis Islam hendaklah sentiasa menghubungkan jiwa tadabbur dalam konteks kebesaran Allah S.W.T.Sulaiman Nordin (2010) juga menyatakan bahawa pengkajian dan pemikiran secara saintifik atas alam tabii adalah suatu cara dalam Islam untuk mengenal Allah S.W.T sebagai Pencipta seluruh alam.Melalui sistem pendidikan ilmu yang sepadu pengkajian sains boleh menerapkan sifat tafakkur,berfikir secara mendalam dan kritis serta melahirkan manusia yang beriman.Allah telah berfirman; “Dan Dia menundukkan malam dan siang,matahari dan bulan untukmu.Dan bintang-bintang itu ditundukkan(untukmu)dengan PerintahNya.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda(kekuasaan Allah bagi kaum yang memahamiNya).(Surah An-Nahl:12). Dalam melihat kepada fungsi pendidikan Islam untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan dan sejajar dengan kehidupan Islam serta melahirkan insan yang seimbang dari aspek akal, emosi, rohani dan jasmani nya, maka dalam rangka Dasar Pendidikan Negara, pendidikan Islam merupakan salah satu komponen penting dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan.Penggubalan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) menjadi cermin untuk menilai rupa bentuk dan identiti keseluruhan budaya pendidikan negara.Hal ini kerana pengertian falsafah itu sendiri adalah untuk mencari hikmah, kebenaran dan hakikat tentang perkara-perkara yang berlaku (Nik Mohd Rahimi et al.,2000).Integrasi antara intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Islam yang menekankan konsep kesepaduan individu insan.

f.

Menemukan insan kepada Pencipta

Pendidikan Islam juga bertujuan untuk membangunkan intelek insan kerana ia penting untuk mengetahui kebenaran hakiki, menemukan insan kepada Penciptanya (Abdullah, 1982). 10

Pembangunan intelek adalah penting untuk menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan dan membantu insan mencapai kemuncak kesedaran akal untuk memperoleh ilmu (Abdul Haq,2002; Ul-Islam,2003). Oleh itu, pengajaran Pendidikan Islam hendaklah memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk mempertingkatkan keupayaan intelek bagi memahami, memerhati, mengkaji dan menyelesaikan masalah(Umar 2000). Muhaimin(2004) juga menyatakan bahawa secara umumnya pendidikan Islam adalah bertujuan untuk meningkatkan keimanan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman murid tentang agama Islam sehingga mereka menjadi manusia Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T, serta berakhlak mulia dalam kehidupan peribadi, bermasyarakat, berbangsa dan dengan negara. Selain daripada perkembangan intelek, perkembangan spiritual juga salah satu tujuan pendidikan Islam yang penting kerana insan terdiri daripada unsur roh.Perkembangan spiritual hakikatnya bersangkutan dengan aspek memantapkan keimanan insan kepada Allah S.W.T, malaikat, rasul, hari akhirat dan qada’‟ serta qadar.Justeru keimanan yang teguh lazimnya diiringi dengan amalan salih dan tingkah laku yang baik.Dalam aspek spiritual juga, Pendidikan Islam turut memberi fokus agar insan menjauhi dosa bagi menjalani kehidupan yang baik (al-Hasan,2005).Ini bermakna pengajaran Pendidikan Islam bertujuan untuk membersihkan jiwa daripada sikap negatif atau dikenali sebagai tazkiyat al-nafs (Abdullah, 1982). Ini disokong oleh Al-Aroosi (1990) menyatakan bahawa Pendidikan Islam berperanan membersihkan hati daripada nafsu yang buas dan dorongan yang tidak sihat. Selanjutnya, Pendidikan Islam turut bertujuan untuk memastikan perkembangan keperibadian yang seimbang.Perkembangan keperibadian dapat diraih dengan membangunkan aspek fizikal, emosi, intelek dan spiritual insan (Dangor 2005; Husain & Ashraf 1979 ).Kesemua aspek tersebut perlu dibangunkan secara bersepadu (Sultan,1992) kerana perkembangan insan yang bersepadu ini selari dengan tujuan pengajaran Pendidikan Islam iaitu untuk melahirkan insan yang baik (Al-Attas,1978). Insan yang baik ialah insan yang dibangunkan kesemua potensinya secara seimbang dan berjaya dibentuk sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T (Rosnani,2001;Sulaiman,2003). Pendidikan Islam bukan semata-mata untuk mencurahkan fakta dan ilmu tetapi untuk membina watak dan keperibadian pelajar (Che Noraini Hashim & Hassan Langgulung,2008). Hal ini bersesuaian dengan tujuan Pendidikan Islam yang tidak terlepas dari tujuan hidup manusia dalam Islam iaitu untuk menciptakan peribadi hamba Allah S.W.T yang bertakwa kepada Nya dan dapat mencapai kehidupan di dunia dan akhirat (Azyumardi Azra,1999 ; 2012).

11

3.0 KESIMPULAN Di sini, guru pendidikan Islam perlu memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan isi kandungan kurikulum sepadu.Mereka juga perlu mempunyai kesediaan yang mantap dalam berfikir secara beradab dalam pada memahami ilmu – ilmu dalam kurikulum sejelas-jelasnya (Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini, 2002). Dengan sistem pendidikan yang dijalankan menerusi konsep sepadu,insan yang akan dilahirkan kelak akan mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap, kemahiran yang tinggi dan juga akhlak yang baik serta dapat menongkah arus dalam hidup bermasyarakat. Justeru itu, pengajaran Pendidikan Islam seharusnya memberi penekanan kepada usaha untuk mempertingkatkan keupayaan intelek bagi memahami, memerhati, mengkaji dan menyelesaikan masalah(Umar,2000).Apa yang diperlukan adalah menerusi kurikulum dan pendidikan yang sepadu, unsur kejiwaan dan mengenal hakikat kejadian akan kembali diterapkan ke dalam jiwa dan hati masyarakat.Ini bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang kekal utuh, tahan nilai dan akhlak serta mempunyai ketamadunan yang dibanggakan (Akhmal, 2011). Kesedaran dan kesungguhan pelbagai pihak terutama umat Islam bagi merealisasikan konsep ini amat-amat diharapkan khususnya dalam bidang pendidikan formal sekarang.Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia yang perlu menghala ke arah konsep ini agar generasi yang terbentuk kelak merupakan generasi Islam yang membangun daripada kepelbagaian aspek...


Similar Free PDFs