KESUSASTERAAN DOC

Title KESUSASTERAAN
Author C. Nooh
Pages 1
File Size 205.5 KB
File Type DOC
Total Downloads 18
Total Views 50

Summary

BMM 3165 PENGENALAN Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Melalui bahasa seseorang dapat menikmati keindahan yang ada dalam sesuatu karya kesusasteraan. Perkataan “sastera” ber...


Description

1 BMM 3165 PENGENALAN Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Melalui bahasa seseorang dapat menikmati keindahan yang ada dalam sesuatu karya kesusasteraan. Perkataan "sastera" berasal daripada bahasa Sanskrit "castra" iaitu kitab suci. Kesusasteraan pula membawa maksud segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran.(Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa. Syed Ali Ashraf (1989:36) menyatakan sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik....


Similar Free PDFs