Literasi Bahasa DOCX

Title Literasi Bahasa
Author Cikgu Wyna
Pages 1
File Size 64.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 8
Total Views 159

Summary

PENGHARGAAN Salam sejahtera. Saya Wyna ak Thomas ingin menyampaikan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan dengan limpah dan kurnianya saya berjaya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada pensyarah matapelajaran iaitu Dr Haji Sabri Bin Che Man ...


Description

PENGHARGAAN Salam sejahtera. Saya Wyna ak Thomas ingin menyampaikan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan dengan limpah dan kurnianya saya berjaya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada pensyarah matapelajaran iaitu Dr Haji Sabri Bin Che Man di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ini iaitu Y.Bhg. Datin Siti Hanifah binti Madarsa kerana sering memberi nasihat dan dorongan moral kepada semua warga kampus ini. Beliau juga seorang yang pandai mengambil hati para pelajar walaupun dalam ketegasan beliau dalam menjalankan tugasnya. Selain itu, terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa saya kerana sedikit sebanyak telah menyediakan atau menyumbangkan wang ringgit lebih untuk kemudahan saya menyiapkan tugasan ini malah untuk matapelajaran-matapelajaran yang lain juga. Di samping itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru, para mahasiswa haruslah tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus- menerus" Akhir kata daripada saya, terima kasih sekali lagi kerana sudi membantu dan jasa anda semua akan tetap saya kenang. Sekian, terima kasih. 1...


Similar Free PDFs