Masalah Bahasa Dan Komunikasi Kanak-Kanak Autisme DOC

Title Masalah Bahasa Dan Komunikasi Kanak-Kanak Autisme
Author Syakil Zainal
Pages 4
File Size 55 KB
File Type DOC
Total Downloads 273
Total Views 875

Summary

Masalah Bahasa Dan Komunikasi Kanak-Kanak Autisme Pengenalan Masalah bahasa dan komunikasi seringkali terjadi pada kanak-kanak yang berkategori kanak-kanak khas. Antara contoh kanak-kanak yang akan mengalami masalah bahasa dan komunikasi ini adalah seperti kanak-kanak sindrom sown, cerebral palsi, a...


Description

Masalah Bahasa Dan Komunikasi Kanak-Kanak Autisme Pengenalan Masalah bahasa dan komunikasi seringkali terjadi pada kanak-kanak yang berkategori kanak-kanak khas. Antara contoh kanak-kanak yang akan mengalami masalah bahasa dan komunikasi ini adalah seperti kanak-kanak sindrom sown, cerebral palsi, autisme dan lain –lain lagi. Masalah bahasa adalah ketidakupayaan seorang kanak-kanak seorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen iaitu fonologi, morfologi , sintaksis , semantik dan pragmatik. Manakala masalah komunikasi pula terjadi apabila terdapat satu penyimpanan daripada pendengaran pertuturan atau bahasa yang normal mengganggu komunikasi. Contohnya adalah seperti kesengauan dan juga gagap di kalangan kanak-kanak. Bagi artikel kali ini saya akan mengutarakan beberapa masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi oleh kanak-kanak autisme. Sebelum kita mengetahui masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisme ini eloklah dulu jika kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kanak-kanak autisme ini. Menurut istilah.Autisme berasal dari perkataan autos iaitu diri sendiri dan isme yang bermaksudaliran. Jadi dalam erti kata lain kanak-kanak autisme diertikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Oleh sebab itu, jika kita lihat kanak-kanak ini sukar didekati dan berkomunikasi secara verbal. Hal ini kerana, seperti yang sedia maklum, kanak-kanak autism adalah merupakan seorang kanak-kanak yang sukar untuk didekati kerana sikapnya yang suka untuk bersendirian. Autism merupakan salah satu daripada kecacatan yang kadangkala dipanggil " pervasive developmental disorders" ataupun autisme spectrum. Walaupun symptom autism berbeza, namun terdapat beberapa perwatakan yang biasa. Ini termasuklah, kelemahan interaksi sosial yang seperti saya telah katakan tadi. Perbezaan dalam hubungan sosial kemungkinan ciri yang paling menonjol dalam spectrum disorders. Kanak-kanak ini kebiasaannya sukar memberi respons kepada ibubapa ataupun penjaga yang lain. Anggaran menunjukkan bahawa sesetengah daripada mereka tidak faham apa yang dipertuturkan. (Rutter and Shoppler, 1987) . Kesukaran komunikasi dan berbahasa adalah bukti bagi kebanyakan kanak-kanak yang mengalami autism dan ini berlanjutan sehingga dewasa. Selain itu juga, kanak-kanak autism sering berkelakuan aneh dan berbeza berbanding budak normal yang lain. Kanak-kanak ini sering dianggap berkelakuan pelik seperti suka memukul kepala mereka, menepuk tangan dan membuat apa saja yang mereka suka. Mereka juga akan merasa sedih jika terdapat sesuatu yang berlainan daripada asal.(Puttar& Schopler, 1987). Antara sebab-sebab yang menyebabkan autism ini ialah disebabkan faktor genetik. Selain itu ada juga mencadangkan kecacatan dalam sistem otak mungkin menyebabkan kesukaran dalam memproses maklumat dan kelakuan streotaip pada kanak-kanak autism.(Tanguny&Edwards,1992). Folstein &Rutter (1988) pula mengatakan punca autism adalah organic daripada psikososial. Mungkin ini sahaja yang dikatakan mengenai autism, namun punca sebenar untuk autism masih belum diketahui. Seterusnya, saya akan mula membincangkan mengenai kajian kes mengenai kanak-kanak autism yang telah saya kaji semasa mengikuti program PBS yang lalu. Berikut adalah merupakan hasil dapatan yang saya perolehi. (rujuk kajian kes di bawah) LAPORAN PEMERHATIAN Kategori dan ciri-ciri. Aiman ( bukan nama sebenar) adalah merupakan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak autisme. Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas dan menarik. Kanak- kanak ini juga mempamerkan ciri-ciri kebersihan yang sesuai dengan tahap umurnya. Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, Aiman didapati lebih suka untuk bersendirian dan tidak gemar untuk...


Similar Free PDFs