Pantang Larang Orang Melayu PDF

Title Pantang Larang Orang Melayu
Author Alya Zarifah
Course Malaysian History
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 3
File Size 90.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 89
Total Views 137

Summary

Pantang Larang Orang MelayuEtnik Melayu ini merupakan antara etnik yang mempunyai banyak adat resam, petua dan pantang larang yang diturunkan secara turun temurun dari nenek moyang. Amalan atau tradisi ini masih diamalkan bagi etnik Melayu secara mereka sedari atau tidak ini kerana, pantang larang y...


Description

Pantang Larang Orang Melayu Etnik Melayu ini merupakan antara etnik yang mempunyai banyak adat resam, petua dan pantang larang yang diturunkan secara turun temurun dari nenek moyang. Amalan atau tradisi ini masih diamalkan bagi etnik Melayu secara mereka sedari atau tidak.Hal ini kerana, pantang larang yang telah diajar sejak kecil telah diserap masuk ke dalam kehidupan individu etnik Melayu ini. Pantang larang ini boleh dikategorikan sebagai nilai murni dan tujuannya adalah untuk memberi pengajaran atau peringatan kepada masyarakat. Kini, hanya pantang larang orang Melayu yang tidak bertentangan dengan agama Islam sahaja yang masih diamalkan semasa menjalani kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, sudah tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 160(2)1 yang memberikan definisi Melayu bahawa seorang yang mengamalkan adat istiadat Melayu. Menurut Kamus Dewan, pantang larang boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang dilarang melakukannya menurut adat atau kepercayaan. Masyarakat Melayu dahulu kala percaya bahawa sekiranya pantang larang itu dilanggar, ia akan menyebabkan berlakunya sesuatu yang buruk kepada pelakunya. Terdapat pelbagai jenis pantang larang seperti pantang larang bagi ibu yang hamil, pantang larang bagi seorang bapa, pantang larang untuk bayi, kanak-kanak, anak dara dan pantang larang ketika makan2. Antara pantang larang yang sering didengari oleh masyarakat Melayu ini ialah pantang larang kanak-kanak. Ibu bapa atau golongan yang lebih tua sering kali melontarkan pantang larang ini kepada anak-anak mereka terutamanya di kalangan kanak-kanak agar mereka menjadi seorang yang bersopan-santun, disiplin dan menghormati orang tua. Contohnya, antara pantang larang yang sering didengari oleh kanak-kanak ialah dilarang duduk di atas bantal kerana dikhuatiri akan naik bisul, kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menjelir lidahnya kerana lidahnya akan dipotong, dan kakinya tidak boleh diangkat semasa baring meniarap kerana dipercayai bahawa ibunya akan meninggal dunia. Setiap pantang larang ini sebenarnya mempunyai maksud tersendiri, nilai atau elemen pengajaran kepada kanak-kanak. Sebagai contohnya, kanak-kanak ini dilarang menduduki di atas bantal kerana perlakuan itu dianggap tidak sopan. Hal ini kerana bantal merupakan tempat kita meletakkan kepala sewaktu baring atau tidur dan tidak sopan lah jika meletakkan punggung di atas bantal.

1

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura. 2 Ani Haji Omar. (2014). Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari Perspektif Teori SPB4K. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 7(1), 76-97.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menjelir lidahnya kerana nanti lidahnya akan dipotong. Maksud tersirat disebalik pantang larang ini adalah untuk mengajar kanakkanak untuk bersikap sopan. Hal ini kerana, perbuatan menjelir lidah itu tidak seperti mengejek seseorang dan bak kata orang-orang tua, ia kurang enak dilihat orang masyarakat lain. Pantang larang ini sering ditujukan kepada kanak-kanak agar mereka dapat membesar dengan mempunyai nilai-murni yang tinggi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bukan itu sahaja, ada jugak pantang larang yang berbunyi seperti kanak-kanak dilarang bermain atau keluar rumah di waktu senja kerana ditakuti akan disorok hantu. Sebenarnya, orang tua-tua ketika dahulu berkata demikian kerana ingin anak-anak mereka pulang ke rumah bagi menghormati waktu solah maghrib. Hal ini kerana orang Melayu dan agama Islam amat berkait rapat dan meraka jugak amat menghormati ajaran Islam. Ada juga pantang larang yang melarang kanak-kanak untuk beracakap sambil makan. Secara logiknya, bercakap sambil makan merupakan tindakan yang tidak menghormati orang lain kerana ia boleh menganggu ketenteraman orang lain semasa mereka makan. Tuntasnya, pantang-larang ini merupakan satu medium bagi mendidik anak-anak muda ini supaya mereka akur akan perintah ibu bapanya. Selain itu, pantang larang juga sering didengari di kalangan anak dara atau gadis-gadis kerana beranggapan bahawa ia boleh memelihara kecantikan rohani dan jasmani mereka, dan juga memelihara pandangan masyarakat terhadap gadis itu. Antara pantang larang yang sering kali didengari adalah anak gadis ini dilarang duduk di muka pintu, mereka dilarang untuk bangun lambat pada waktu pagi kerana risau jika lambat bertemu dengan jodonya, dilarang makan bertindih pinggan kerana dipercayai nanti akan hidup bermadu, dilarang makan beralih dempat kerana nanti dipercayai akan kahwin ramai, dilarang makan sambil baring dan lain-lain lagi. Sebenarnya, pantang larang tersebut mempunyai maksud tersirat dan ia ditujukan kepada para gadis dan juga anak-anak dara bagi mendidik mereka untuk menjadi lebih bersopan santun serta berakhlak mulia. Sebagai analoginya, maksud pantang larang seperti anak dara dilarang bangun lambat kerana risau jika lambat bertermu dengan jodoh tersebut adalah agar anak dara ini bangun awal untuk mendidik mereka supaya menunaikan solat fardhu subuh serta mencari rezeki di pagi hari. Bukan itu sahaja, amalan makan sambil barang boleh membawa banyak kemudaratan pada diri sendiri di mana ia akan menyukarkan system penghadaman makanan dan ia juga boleh memberikan seseorang itu sakit perut. Pantang larang seperti melarang seseorang dari memotong kuku pada waktu malam adalah untuk mengelakkan dari berlakunya kecederaan atau luka pada seseorang yang memotong kukunya. Hal ini kerana pada zaman dahulu tiada kemudahan elektrik seperti hari ini di mana memotong kuku dalam keadaan

cahaya yang malap mungkin boleh melukakan diri sendiri akibat tercucuk dengan jarum. Selain itu, para gadis juga dilarang memasak sambil menyanyi di dapur kerana dikhuatiri berkahwin dengan orang tua. Maksud tersirat pantang larang ini adalah agar para gadis ini tidak cuai atau leka semasa memasak sehingga mengakibatkan masakan hangus serta tempias air liur para gadis itu memasuki masakan tersebut. Tamsilnya, pantang larang ini diwujudkan untuk mendidik para gadis supaya menjaga adab santunnya serta menjadikan mereka yang mempunyai tahat akhlak yang tinggi. Intihannya, pantang larang masyarakat Melayu ini merupakan adat lisan turun-temurun yang masih diamalkan bagi sesetengah kaum Melayu secara mereka sedar atau tidak. Amalan ini telah diserap masuk ke dalam rutin harian mereka. Kita dapat menyaksikan bahawa tujuan utama amalan ini adalah untuk mendidik masayarakat terutama generasi muda untuk menjadi seseorang yang berakhlak mulia, sopan santun dan mempunyai personaliti yang kaya dengan nilai murni. Kini, sebagaimana yang kita ketahui bahawa majoriti orang Melayu memeluk agama Islam dan mereka hanya mengamalkan amalan pantang larang yang hanya berlandaskan hukum syarak sahaja. Segala amalan pantang larang yang berunsurkan syirik telah ditinggalkan. Megikut kajian sejarah, masayarakat Melayu ketika dahulu mengamalkan kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap segala benda seperti batu atau kayu mempunyai semangat atau roh dan oleh sebab kepercayaan tersebut diamalkan, maka terhasil lah sesetengah pantang larang orang Melayu yang berbunyi atau mempunyai elemen makhluk halus, hantu jembalang dan sebagainya. Hal ini juga membuktikan bahawa masyarakat Melayu amat kreatif dalam penyusunan ayat bagi memberi pengajaran terhadap generasi yang lebih muda. Pantang larang yang dianggap relevan sahaja masih diamalkan sehigga kini....


Similar Free PDFs