Pedagogi Releven Budaya (Culturally Relavent Pedagogy) PDF

Title Pedagogi Releven Budaya (Culturally Relavent Pedagogy)
Author Chang Tun Kuet
Pages 25
File Size 875.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 250
Total Views 818

Summary

Pedagogi Releven Budaya (Culturally Relavent Pedagogy) Oleh Chang Tun Kuet (PISMP SN Ambilan Januari 2011) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang 1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum dan etnik. Malaysia pernah diiktiraf sebagai sebuah negara yang bole...


Description

Pedagogi Releven Budaya (Culturally Relavent Pedagogy) Oleh Chang Tun Kuet (PISMP SN Ambilan Januari 2011) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang 1.0

Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum dan etnik.

Malaysia pernah diiktiraf sebagai sebuah negara yang boleh dijadikan model terbaik di mana penduduk terdiri daripada pelbagai etnik yang boleh hidup dengan aman berasaskan sikap saling mempercayai (“Malaysia Diiktiraf Model Terbaik”, 2010). Walaupun semua kaum dan etnik memiliki latar belakang sosiobudaya yang berbeza, tetapi semua rakyat Malaysia tetap layak menikmati pendidikan yang percuma selama 11 tahun atas pegangan kepercayaan “pendidikan untuk semua” (Education for All, EFA) dan dasar pendidikan negara (Choong, 2008). Memandangkan dasar pendidikan negara adalah sebegini, ia telah memberikan cabaran dan tugas yang besar bagi guru untuk mengajar, menyampaikan ilmu pengetahuan, serta mendidik anak-anak muridnya yang terdiri daripada latar belakang sosiobudaya yang berbeza. Menurut Noriati, Boon, Sharifah, dan Zuraidah (2011), bakalbakal guru harus mendapatkan pendidikan dan latihan yang menghala ke penguasaan pengetahuan dan kemahiran demi memastikan guru mampu menganalisis isu berhubung etnik, budaya dan amalan etnik-etnik secara kritikal serta mengenal pasti pendekatan yang paling berkesan untuk memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Guru perlu memastikan setiap murid tidak tertinggal dalam pelajaran mereka dengan mengambil kira kepelbagaian aspek budaya murid. Dalam konteks ini, pengetahuan mengenai pedagogi releven budaya menjadi amat penting dan harus diketahui dan dimiliki oleh setiap pendidik negara demi membina ilmu pengetahuan yang bermakna kepada murid di samping memudahkan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka. Sesungguhnya pedagogi releven budaya melibatkan latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid untuk memberitahu guru apakah kaedah dan metadologi yang harus digunakan oleh guru. Maka dalam nukilan ini, kita akan melihat dan membincangkan konsep dan definisi pedagogi releven budaya, tujuan dan kepentingan pedagogi releven budaya, ciri-ciri atau kriteria-kriteria pedagogi releven budaya, elemenelemen dalam pedagogi releven budaya, dan usaha-usaha memupuk hubungan etnik antara masyarakat Malaysia supaya dapat membina sebuah negara yang harmoni.

Pedagogi Releven Budaya

Konsep dan Definisi

Tujuan dan Kepentingan

Ciri-Ciri atau Kriteria-Kriteria

ElemenElemen PRB

Usaha-usaha memupuk hubungan etnik

Rajah 1: Gambaran keseluruhan Pedagogi Releven Budaya. 2.0

Konsep dan Definisi Pedagogi Releven Budaya Sebelum definisi pedagogi releven budaya ditakrif, istilah-istilahnya perlukah

ditakrif terlebih dahulu supaya kita dapat memahami konsep ini dengan lebih mendalam. Menurut Ibrahim, Azizah, Saidah, Aziah, Salmah, dan Rodziah (2005) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pedagogi dapat didefinisikan sebagai kajian mengenai kaedah dan prinsip pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia merupakan satu jenis sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Ibrahim et al. (2005) juga mendefinisikan istilah releven sebagai sesuatu yang ada kaitan atau hubungannya dengan apa yang dibicarakan, apa yang berlaku, dan sebagainya. Sementara itu, budaya dari segi sosiologi pula dapat ditakrifkan sebagai sesuatu cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu (Syed & Ahmad, 2010). Menurut Trumbull (2005) menerusi Oran (2009) pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem nilai, kepercayaan, dan cara untuk mengetahui panduan komuniti masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Tuntasnya, frasa ini menggambarkan satu kajian mengenai bagaimana seseorang pendidik untuk mengajar murid-murid sekolah dengan mengambil kira dan menyerapkan perbezaan cara-cara hidup,cara-cara belajar, etnik, dan latar belakang murid itu sendiri. Sebenarnya, frasa pedagogi releven budaya mula diperkenalkan oleh Gloria Ladson-Billings pada tahun 1992. Menurut Coffey (2008), seiring dengan masa berkembang,

ahli-ahli

antropologi,

sosio-linguistik,

dan

pendidik-pendidik

telah

mengembangkan pedagogi ini mengikut cara masing-masing. Kesannya, pelbagai istilah lain telah diperkenalkan seperti culturally appropriate, caltural congruent, culturally responsive,

culturally

historical,

culturally

compatible,

dan

sebagainya.

Walau

bagaimanapun, sebenarnya semua pedagogi ini adalah lebih kurang sama dan berasal daripada pedagogi yang sama, iaitu pedagogi releven budaya. Menurut Gloria Ladson-Billings dalam jurnalnya yang bertajuk “Reading Between the Lines and Beyond the Pages: A Culturally Relevent Approach to Literacy Teaching” menerusi Noriati, Jamilah, Zuraidah, Lee, dan Raymond (2009), “Culturally relevent pedagogy is a pedagogy that empowers studuents intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes”. Ia

bermaksud, pedagogi releven budaya ialah pedagogi yang mengupayakan kekuatan intelek, sosial, emosi, dan politik murid dengan merujuk budaya dalam mengusasi pengetahuan, kemahiran, dan sikap menurut Noriati et al. (2011). Selain daripada Gloria Ladson Billings, Geneva Gay dan Kris Gutierrez juga merupakan antara pelopor dalam bidang pedagogi releven budaya ini. Gay (2002) dalam jurnalnya yang bertajuk “Preparing for Culturally Responsive Teaching” mengatakan bahawa: “Culturally responsive teaching is defined as using the cultural characteristics, experiences, and perspectives of ethnically diverse students as conduits for teaching them more effectively. It is based on the assumption that when academic knowledge and skills are situated within the lived experiences and frames of reference of students, they are more personally meaningful, have higher interest appeal, and are learned more easily and thoroughly (Gay, 2000).” (Gay, 2002) Penyataan ini membawa mesej yang amat jelas bahawa pedagogi releven budaya merupakan satu kaedah pendekatan yang melibatkan penggunaan ciri-ciri budaya, pengalaman, rujukan, dan perspektif budaya yang pelbagai dalam usaha mengajar muridmurid dengan lebih sesuai dan berkesan. Gay (2010) menerusi Noriati et al. (2011) mengatakan bahawa kepelbagaian etnik, warisan, dan budaya yang akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku murid wajar dimasukkan dalam kurikulum yang sedia ada pada masa kini. Semasa proses P&P, murid-murid akan sedar dan menghargai warisan budaya sendiri dan orang lain, dibekalkan sumber dan maklumat yang berlainan dan pelbagai di sekolah. Malah, apa yang diajar oleh guru harus menghubungkan pengalaman di rumah dan di sekolah kerana ia akan menggambarkan keadaan sosiobudaya yang sebenar. Oleh itu, strategi pengajaran dan bimbingan yang meluas dan pelbagai dikaitkan dengan perbezaan individu perlu diaplikasikan apabila seseorang guru berhasrat untuk mengajar berasaskan pedagogi releven budaya. Gutierrez dan Rogoff (2003) pula mencadangkan pedagogi releven budaya sebagai satu pendekatan yang dapat mengatasi cabaran mengajar murid-murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dengan memberikan fokus penyelidik, pendidik, dan peserta kepada variasi dalam latar belakang sejarah dan pengamalan budaya setiap golongan budaya etnik. Penyelidikan Gutierre dan Rogoff adalah lebih kepada perkembangan sejarah budaya kerana mereka percaya bahawa setiap budaya memiliki ciri-cirinya yang tersendiri yang harus dikenalpasti oleh guru-guru dalam usaha membantu guru menyediakan sumber-sumber pelajaran, menolong murid-murid menentukan cara belajar mereka, meningkatkan prestasi pelajaran, dan seterusnya berjaya dalam

akademik mereka. Gutierrez dan Rogoff (2003) percaya bahawa perkembangan seseorang mestilah berkaitan dan tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan sejarahnya. Dari perspektif sejarah budaya, kita akan dapat melihat dan menilai cara seseorang membuat kerja, memahami sejarah penglibatan seseorang dalam pelbagai komuniti, termasuklah komuniti etnik dan nasional, di samping komuniti akademik dan keagamaan.

Gloria Ladson bermaksud Billings (1992) menurut Konsep dan Definisi Pedagogi Releven Budaya

menurut Geneva Gay (2000, 2002)

bermaksud

Pedagogi yang mengupayakan kekuatan intelek, sosial, emosi, dan politik murid dengan merujuk budaya dalam mengusasi pengetahuan, kemahiran, dan sikap. Pendekatan yang menggunakan pengetahuan budaya, pengalaman, rujukan dan gaya persembahan yang berbeza-beza mengikut perbezaan etnik murid.

Pendekatan yang dapat mengatasi cabaran mengajar murid-murid yang terdiri daripada menurut pelbagai budaya dengan memberikan fokus Gutierrez dan bermaksud penyelidik, pendidik, dan peserta kepada Rogoff (2003) variasi dalam latar belakang sejarah dan pengamalan budaya setiap golongan budaya etnik. Rajah 2: Konsep dan Definisi Pedagogi Releven Budaya. 3.0

Tujuan dan Kepentingan Pedagogi Releven Budaya Tujuan utama pengenalan pedagogi releven budaya adalah untuk memastikan

pendidik menyedari dan menghargai kepelbagaian budaya dan pandangan mengenai populasi murid di sekolah

dan mengelakkan diri daripada menganggap atau

mempromosikan perspektif diri-sendiri sebagai pandangan atau kepercayaan universal (Oran, 2009). Sekiranya seseorang guru memahami pedagogi releven budaya dengan mendalam, beliau akan dapat memahami mengapa seseorang murid di kelasnya berkelakuan di luar norma masyarakat dan tidak akan memarahinya sekiranya kelakuannya adalah luar biasa berbanding dengan murid lain. Lantas, prejudis guru terhadap sesetengah golongan kaum dan etnik akan dapat dihapus, dan sikap keterbukaan, toleransi, dan hormat-menghormati antara guru dan dengan murid akan dapat dipupuk di sekolah. Sesungguhnya, tiada seorang murid yang harus mengorbankan warisan budaya, identiti etnik, dan rangkaian sosialnya semata-mata demi mendapatkan pendidikan di sekolah (Oran, 2009).

Noriati et al. (2011) mempercayai bahawa pedagogi relevan budaya merupakan salah satu cara yang dapat membolehkan murid-murid mempertahankan identiti budaya mereka sendiri di samping dapat mencapai kecemerlangan akademik. Malah, dengan pengolahan P&P yang berkesan dan berintekasi secara positif dengan murid, diharapkan semangat kebanggaan budaya akan dapat dipupuk dalam kalangan murid dan seterusnya memangkinkan kematangan intelek. Hanya dengan memahami pelbagai aspek perbezaan individu murid-murid seperti latar belakang dan etnik, cara belajar dan sebagainya, guru dapat mengaplikasikan pedagogi ini untuk memaksimumkan peluang pembelajaran murid-murid, lantas mengubah sikap murid-murid terhadap mustahaknya pelajaran dalam kehidupan mereka. Selain itu, pedagogi releven budaya merupakan salah sejenis pendekatan yang paling berkesan untuk mencapai matlamat akademik dan tuntutan sosial murid-murid yang berasal daripada pelbagai budaya. Sebagai pendidik, kita perlu memahami kepelbagaian murid, bukan hanya sekadar mengenal dan mentafsir konsep sahaja, tetapi perlu mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif dan budaya dan sosial setiap murid yang terdapat di dalam bilik darjah supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik yang diperoleh oleh murid-murid dapat mencapai hasrat yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara (Noriati et al., 2009). Di samping itu, kesedaran dan pemahaman mengenai pedagogi releven budaya juga adalah amat penting untuk membantu guru-guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka dengan berkesan. Kita sebagai guru seharusnya sedar dan memahami hakitat bahawa di Malaysia, murid-murid kita biasanya tidak akan terdiri daripada sejenis kaum sahaja, tetapi terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, metadologi dan pedagogi yang sesuai dan releven menggunakan berbagai-bagai jenis strategi dan kaedah P&P mampu menjadikan pembelajaran kita lebih bermakna kepada semua murid (Syed & Ahmad, 2010). Maka, guru yang memberikan perhatian kepada aspek ini akan mengambil kira sensitiviti budaya semasa mereka menganalisis latar belakang murid, merancang aktiviti, menyediakan bahan bantu mengajar, mengelola aktiviti, mengurus dan melaksanakan P&P di bilik darjah, serta menetapkan prosedur dan kaedah penilaian untuk murid-murid kelak. Tuntasnya, sebagai seorang guru yang peka terhadap kepelbagaian sosiobudaya dan mengajar di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagi kaum dan etnik, pedagogi releven budaya adalah sesuai dan penting bagi kita untuk memahami konsep kepelbagaian murid semasa menghadapi murid-murid yang berlatarkan pelbagai budaya demi mewujudkan suasana P&P di dalam bilik darjah yang lebih berkesan, maksima, sempurna, dan optima bagi semua murid.

Menyedari dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Mewujudkan suasana P&P di dalam bilik darjah yang lebih berkesan, maksima, sempurna, dan optima .

Membantu guru merancang P&P dengan berkesan dan bermakna.

Mengelak mempromosikan perspektif sendiri sebagai pandangan universal.

Memupuk sikap keterbukaan, toleransi, hormat-menghormati.

Tujuan & Kepentingan Pedagogi Releven Budaya

Mempertahankan identiti budaya murid sendiri dan mencapai kecemerlangan akademik.

Mencapai matlamat akademik dan tuntutan sosial murid-murid. Memupuk semangat kebanggaan budaya.

Rajah 3: Tujuan dan Kepentingan Pedagogi Releven Budaya.

4.0

Ciri-Ciri/ Kriteria-Kriteria dalam Pedagogi Relevan Budaya Menurut Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) menerusi Noriati et al.

(2009), antara ciri pedagogi releven budaya termasuklah pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila murid mengabungkan semua pengetahuan, konsep, prosedur, kemahiran dan strategi yang telah dipelajari oleh mereka daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya, pedagogi releven budaya adalah mustahak bagi murid untuk memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya, supaya murid dapat belajar dalam proses aktif pembelajaran merentasi pelbagai budaya, dan selain membantu pelajar memperoleh pengetahuan, pedagogi relevan budaya juga memberikan motivasi murid untuk belajar secara konstektual, iaitu mengambil kira pengalaman murid yang berbeza. Berdasarkan ciri-ciri yang disenaraikan di atas, kita dapat merumuskan bahawa pembelajaran yang mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di sekolah serta memenuhi tuntutan dan keperluan kurikulum dan menjanjikan kecemerlangan murid dari segi semua aspek di sekolah. Pedagogi releven budaya harus memanfaatkan latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid untuk memahami pengajaran guru, serta menjadikan budaya sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mengetahui ciri-ciri pedagogi releven budaya dengan lebih lanjut, Ladson Billings (1995a, 1995b) telah mengutarakan tiga jenis kriteria untuk menjelaskan pedagogi releven budaya. Antaranya termasuklah kejayaan akademik murid, persaingan budaya, dan budaya mengkritik.

Persaingan Budaya

Kejayaan Akademik Murid

Budaya Mengkritik

Pedagogi Releven Budaya Rajah 4: Kriteria-Kriteria dalam Pedagogi Releven Budaya.

4.1

Pedagogi Releven Budaya dengan Kejayaan Akademik Murid

Menurut Ladson-Billings (1995a), pedagogi releven budaya memerlukan murid untuk mengekalkan integriti budaya di samping mengekalkan kecemerlangan kejayaan. Ramai pendidik percaya bahawa murid menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam menggalakkan pembelajaran dan kecemerlangan akademik apabila murid mudah memahami sesuatu kandungan pelajaran yang dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, iaitu pengalaman hidup mereka dalam komuniti dan budaya masing-masing (Noriati, et al., 2011). Oleh itu, sekiranya seseorang guru mengambil kira aspek budaya dan memasukkan cara-cara hidup murid dalam proses P&P mereka, nescaya ia dapat meningkatkan kemajuan murid dalam bidang pembelajaran dengan memberikan tumpuan membantu dan membimbing murid menguasai kemahiran membaca, menulis, bertutur, malah mampu menyelesaikan masalah dan bersama-sama dengan rakan yang lain mencari jalan untuk mengatasi masalah. Coffey (2008) mengatakan bahawa dalam usaha memastikan murid menyertai masyarakat yang demokratik, murid perlu membangunkan kemahiran literasi dan numerasi mereka, serta mengembangkan kemahiran mereka dalam teklologi, keupayaan sosial dan politik. Dengan menumpukan perhatian tentang kepentingan kejayaan akademik dalam dunia hari ini, maka guru dapat memupuk dan merangsang murid mereka untuk mencapai kejayaan intelektual yang diingini.

Mengekalkan integriti budaya di samping mengekalkan kecemerlangan kejayaan Menumpukan perhatian tentang kepentingan kejayaan akademik dalam dunia hari ini

Pedagogi Releven Budaya Dengan Kejayaan Akademik Murid

Mengembangkan kemahiran mereka dalam teklologi, keupayaan sosial dan politik

Guru mengambil kira aspek budaya dan memasukkan cara-cara hidup murid dalam proses P&P mereka

Membangunkan kemahiran literasi dan numerasi mereka

Rajah 5: Ciri-Ciri Pedagogi Releven Budaya dengan Kejayaan Akademik Murid.

4.2

Pedagogi Releven Budaya dengan Persaingan Budaya

Menurut Ladson-Billings (1995b) menerusi Coffey (2008), guru yang berfokus kepada pembangunan persaingan budaya akan menggalakkan murid-murid mereka belajar bagaimana untuk mengekalkan integriti budaya mereka. Guru yang menekankan releven budaya akan menggunakan budaya sebagai wahana untuk belajar. Guru juga akan menggunakan pedagogi releven budaya untuk membekalkan murid-murid ilmu pengetahuan dengan syarat membina pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada atau pengalaman budaya mereka. Oleh itu, guru yang mementingkan budaya akan menggalakkan murid-muridnya untuk bersedia mempelajari dan menyokong budaya sama ada budaya di sekolah mahupun budaya di rumah. Manakala guru berperanan untuk menilai dan membina kemahiran sedia ada pada murid berdasarkan budaya yang dibawa dari rumah. Hasil pembelajaran tidak hanya berfokus pada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya turut berhasrat mempertahankan identiti dan warisan budaya. Bersedia mempelajari dan menyokong budaya sama ada budaya di sekolah mahupun budaya di rumah Menilai dan membina kemahiran sedia ada pada murid berdasarkan budaya

Budaya sebagai wahana untuk belajar

Menggalakkan murid-murid belajar bagaimana untuk mengekalkan integriti budaya

Pedagogi Releven Budaya dengan Persaingan Budaya

Hasil pembelajaran tidak berfokus pada pencapaian akademik, sebaliknya mempertahankan identiti dan warisan budaya

Rajah 6: Ciri-Ciri Pedagogi Releven Budaya dengan Persaingan Budaya.

4.3

Pedagogi Releven Budaya dengan Budaya Mengkritik

Menurut Noriati et al. (2011), dalam pendidikan, guru akan membantu murid untuk mengenal pasti, mengkritik dan menambah baik ketidaksamarataan sosial melalui pembangunan sosiopolitik dan kesedaran kritikal. Kita sebagai guru harus sedar bahawa murid diibaratkan menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang besar, berkembang, saling menyokong dan saling membantu demi mencapai kehidupan yang berjaya dan berkualiti. Dalam usaha membina sebuah komuniti akademik, guru perlu melayani kehendak dan keperluan murid yang mempunyai perasaan sepunya, menghargai perbezaan yang ada pada diri murid serta mampu mengetengahkan konsep kendiri setiap murid. Persekitaran yang terdiri daripada pelbagai budaya juga akan membantu membina pedagogi relevan budaya, dan seterusnya mewujudkan amalan demokrasi budaya serta menyediakan murid menjadi rakyat yang global dan lokal. Pendekatan ini turut akan membuka ruang kepada guru dan murid untuk menjalani aktiviti perbincangan, refleksi serta analisis identiti etn...


Similar Free PDFs