Pembedahan Plastik Dan Rekonstruksi Yang Melibatkan Pengubahan Ciptaan Allah SWT: Analisis Berdasarkan Parameter Maqasid al-Shari’ah PDF

Title Pembedahan Plastik Dan Rekonstruksi Yang Melibatkan Pengubahan Ciptaan Allah SWT: Analisis Berdasarkan Parameter Maqasid al-Shari’ah
Author Mohd Anuar Ramli
Pages 17
File Size 4.9 MB
File Type PDF
Total Downloads 491
Total Views 898

Summary

MAQASID AL-SHARI̒AH: APLIKASI DALAM ASPEK SAINS DAN TEKNOLOGI 2016 MAQASID AL-SHARI̒AH: APLIKASI DALAM ASPEK SAINS DAN TEKNOLOGI Penyunting Sa’adan Man Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi Raihana Abdul Wahab Nurulhuda Ahmad Zaki 2016 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana- mana baha...


Description

MAQASID AL-SHARI̒AH: APLIKASI DALAM ASPEK SAINS DAN TEKNOLOGI

2016

MAQASID AL-SHARI̒AH: APLIKASI DALAM ASPEK SAINS DAN TEKNOLOGI

Penyunting Sa’adan Man Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi Raihana Abdul Wahab Nurulhuda Ahmad Zaki

2016

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik,

fotokopi,

mekanikal,

rakaman

dan

sebagainya

sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu. Maqasid al-Shari̒ah: Aplikasi Dalam Aspek Sains & Teknologi ©Jabatan Fiqh dan Usul Cetakan Pertama 2016 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan ISBN: 978-967-5534-57-7 Penyunting: Sa’adan Man, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Raihana Abdul Wahab, Nurulhuda Ahmad Zaki Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Palatino Linotype dan Traditional Arabic Diterbitkan oleh: Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur. Emel: [email protected] Tel: +603-79676011 Faks: +603-79676141

Daftar Isi Daftar Isi

iv

Kata Pengantar

vi

1.

Pendermaan Menurut al-Shari’ah

Mayat Di Perspektif

Malaysia Maqasid

1

Noor Naemah Abdul Rahman, Muhammad Ikhlas Rosele & Mohd Anuar Ramli 2.

Rawatan Antiretroviral Treatment (ART) terhadap Penghidap HIV/AIDS dari Perspektif Perubatan dan Maqasid al-Shari’ah

13

Fatin Nur Majdina Nordin*, Madiha Baharuddin, Ridzwan Ahmad, Nor Syuhada Ahmad Bashah & Adeeba Kamarulzaman 3.

Maqasid Syariah Dalam Pembiakan Manusia

31

Noor Munirah Isa 4.

Polemik Isu Pemvaksinan Dan Pertimbangan Menurut Kerangka Maqasid: Satu Tinjauan

55

Norkumala Awang 5.

Vaksinasi Menurut al-Shari’ah

terhadap Kanak-Kanak Perspektif Maqasid

Tengku Fatimah Azzahra Tengku Md Fauzi, Mohd Anuar Ramli & Nurhidayah Muhammad Sharifuddin iv

75

6.

Pembedahan Plastik Dan Rekonstruksi Yang Melibatkan Pengubahan Ciptaan Allah SWT: Analisis Berdasarkan Parameter Maqasid al-Shari’ah

101

Mohammad Naqib Hamdan, Mohd Anuar Ramli & Wan Nur Deeni Wan Ali 7.

Penggunaan Rawatan Moden Berasaskan Darah Mengikut Prinsip Maqasid al-Shari’ah

115

Nurhidayah Muhamad Sharifuddin, Mohd Anuar Ramli, Tg Fatimah Azzahra Tg Md Fauzi & Nur Diyana Azizi 8.

Peranan Institusi JAKIM Dalam Menentukan Arah Kiblat Di Malaysia Dari Perspektif Maqasid Syariah

135

Fara Nur Wahidah Suria, Nurulhuda Ahmad Zaki & Saadan Man 9.

Perkembangan Pensijilan Halal Negara MABIMS: Satu Analisis Perbandingan

141

Norhidayah Pauzi & Saadan Man 10.

Pembangunan Teknologi Autentikasi Halal dari Perspektif Maqasid alShari’ah

171

Afiqah Salahudin & Mohd Anuar Ramli 11.

Isu Alam Sekitar Dan Maqasid Syariah Mastura Mohd Zain

v

187

Kata Pengantar Sains dan Teknologi merupakan salah satu disiplin ilmu yang berkembang dengan begitu pesat sekali sejajar dengan perkembangan tamadun, pemikiran dan peradaban manusia sejagat. Inovasi baru dalam sains dan teknologi yang berupa natijah kreativiti minda insan yang infinitif menyaksikan berlakunya pelbagai penemuan baru yang menimbulkan seribu satu persoalan baik dari aspek etika, kemanusiaan, hukum dan perundangan. Pada masa lampau khususnya pada era keemasan Islam ketika saintis Muslim mempelopori perkembangan sains dan teknologi, mereka membina pelbagai teori sains, mencipta kaedah perubatan dan membangunkan teknologi baru dalam pelbagai aspek kehidupan dengan berasaskan acuan syariat Islam. Dalam ertikata lain, setiap inovasi sains dan teknologi yang dibangunkan oleh saintis Muslim era silam dipadankan dalam kerangka syariat Islam. Bagaimanapun, oleh kerana pada hari ini sains dan teknologi dikuasai hampir sepenuhnya oleh barat, inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini banyak yang dilihat bertentangan dengan norma kemanusiaan terutamanya yang melibatkan bidang bioteknologi dan perubatan. Dalam konteks syariat Islam pula ia menimbulkan banyak persoalan hukum yang mencabar kebijaksanaan minda para sarjana hukum dan inteligensia Muslim. Ia membuka medan ijtihad kepada para pembahas hukum dan mujtahid dalam bidangnya. Al-Qaradawi menyebut bahawa bidang sains dan perubatan pada hari ini telah membuka ruang vi

ijtihad yang luas kepada pada para ilmuwan dan sarjana untuk mempraktis ijtihad mereka secara juz’i dalam bidang kepakaran masing-masing. Salah satu metodologi ijtihad yang ideal dalam sains dan teknologi ialah berasaskan kepada pendekatan maqasid al-Shariah atau ijtihad maqasidi. Penulisan artikel-artikel dalam buku ini cuba merealisasikan pendekatan ini dengan memuatkan

pelbagai

artikel

yang

kebanyakannya

merangkumi perbahasan hukum yang menyentuh bidang sains perubatan dan seterusnya perbahasan berhubung isuisu aplikasi sains dan teknologi dalam konteks maqasid alShari`ah. Penulisan-penulisan dalam buku ini kesemuanya adalah berasakan kepada penyelidikan bersifat empirikal dan dijalankan oleh mereka yang berkepakaran dalam bidang masing. Semoga ia memberi manfaat kepada semua pembaca. 1 Muharram 1438H 2 Oktober 2016M

vii

[6] Pembedahan Plastik Dan Rekonstruksi Yang Melibatkan Pengubahan Ciptaan Allah SWT: Analisis Berdasarkan Parameter Maqasid Syariah Mohammad Naqib Hamdan, Mohd Anuar Ramli & Wan Nur Deeni Wan Ali Pembedahan Plastik dan Rekonstruksi Perkembangan teknologi perubatan menyaksikan peningkatan kualiti kesihatan masyarakat melalui pelbagai pilihan prosedur perubatan yang ada. Sebelum ini, kebanyakan prosedur perubatan yang ditawarkan memfokuskan kepada menyelamatkan nyawa dan memperbaiki kecacatan, namun senario ini mula berubah pada masa kini. Para pengamal perubatan mula menawarkan prosedur perubatan untuk mencantikkan manusia melalui pembedahan plastik dan rekonstruksi (PPR). Pembedahan plastik adalah prosedur perubatan yang menawarkan pembentukan semula struktur badan individu kepada bentuk baru, sama ada daripada tidak normal kepada normal atau daripada kurang cantik kepada lebih cantik. Biasanya, pembedahan plastik dilakukan untuk memperbaiki fungsi sesuatu anggota badan atau untuk tujuan kecantikan. Sebahagian doktor bedah mengklasifikasikan pembedahan plastik berdasarkan tujuan setiap pembedahan plastik yang dijalankan; iaitu (i) pembedahan kosmetik dan (ii) pembedahan rekonstruksi 1. Perbezaan antara pembedahan kosmetik dan pembedahan rekonstruksi boleh dilihat menerusi tujuan prosedur ini dibuat. Pembedahan kosmetik bertujuan membentuk semula anggota badan yang normal berdasarkan keinginan pesakit bagi meningkatkan tahap keyakinan dan harga diri. Biasanya, prosedur ini dilaksanakan bukan dengan indikasi perubatan. Pembedahan rekonstruksi pula bertujuan memperbaiki bentuk badan dan 1

Christian Nordqvist, “What Is Cosmetic Surgery? What Is Plastic Surgery?,” 15 September 2014, accessed September 21, 2016, http://www.medicalnewstoday .com/articles /155757.php. 1

mengembalikan semula fungsi tubuh yang cedera akibat kemalangan, penyakit dan kecacatan sejak lahir2. Namun, pengkaji memilih pendapat yang mengatakan pembedahan kosmetik dan pembedahan plastik adalah sama3. Pembedahan plastik yang popular dan menjadi pilihan masyarakat termasuklah prosedur lipoplasty (sedut lemak), eyelid lift procedures (mencantikkan kelopak mata), face lift (mencantikkan muka) dan breast augmentation (pembesaran buah dada). Pembedahan rekonstruksi pula bergantung kepada tahap rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian pakar perubatan. Antara prosedur lazim adalah rawatan kulit terbakar dan membentuk semula tulang yang hancur seperti tengkorak dan tulang tangan. Terdapat juga beberapa prosedur pembedahan kosmetik yang dilakukan sebagai sebahagian daripada pembedahan rekonstruksi seperti prosedur blepharoplasty atau eyelift. Prosedur ini bertujuan merawat masalah kabur penglihatan dalam kalangan orang tua dengan mengurangkan geleber di bawah kelopak mata atau membuang kulit berlebihan pada kelopak mata atas. Prosedur pembedahan plastik dan rekonstruksi dibuat dengan beberapa sebab seperti meningkatkan keyakinan dan harga diri, ingin menjadi sebahagian daripada kumpulan rakan, meningkatkan pergaulan, meningkatkan keboleh pasaran diri dalam memohon pekerjaan dan merawat kecacatan pada tubuh4. Analisis Hukum berdasarkan Parameter Maqasid Syariah 2

Tam Cai Lian and Khoo Yoong Ting, “Pembedahan Plastik Dan Rekonstruktif,” accessed September 20. 2016, http://ww1.utusan.com.my/ utusan/info. asp?y=2007&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm; American Board of Cosmetic Surgery, “Cosmetic Surgery vs Plastic Surgery,” accessed September 20, 2016, http://www.americanboardcosmeticsurgery .org/patient-resources/cosmetic-surgery-vs-plastic-surgery/.

3

Nordqvist, “What Is Cosmetic Surgery? What Is Plastic Surgery?”

4

Lian and Ting, “Pembedahan Plastik Dan Rekonstruktif”; Adrian Furnham and James Levitas, “Factors That Motivate People to Undergo Cosmetic Surgery.,” The Canadian Journal of Plastic Surgery = Journal Canadien de Chirurgie Plastique 20, no. 4 (2012): e47-50, http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24294026; Tilmann von Soest et al., “Psychosocial Factors Predicting the Motivation to Undergo Cosmetic Surgery.,” Plastic and Reconstructive Surgery 117, no. 1 (January 2006): 51-62-4, http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16404248. 2

Pembahagian Prosedur Pembedahan Plastik dan Rekonstruksi Berdasarkan Turutan Tahap Keperluan Pembedahan plastik dan rekonstruktif biasanya dibuat untuk merawat kecacatan atau kekurangan yang menyakitkan tubuh badan atau menyekat keyakinan diri sehingga menghalangnya daripada bekerja atau menjalani kehidupan secara normal5. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan turutan tahap keperluan iaitu (1) pembedahan daruriyyat, (2) pembedahan hajiyyat dan (3) pembedahan tahsiniyyat. Pembedahan tahsiniyyat pula boleh dipecahkan kepada dua pula iaitu (i) pembedahan yang dibuat untuk mengembalikan tubuh badan kepada keadaan normal seperti orang lain dan (ii) pembedahan yang dibuat sekadar untuk kelihatan cantik (sila lihat rajah 1). Keharusan Pembedahan Daruriyyat Pembedahan daruriyyat dibuat dengan tujuan menyelamatkan nyawa pesakit atau meminimakan risiko pesakit daripada menjalani kehidupan yang sangat sukar seperti rekonstruksi tengkorak atau muka yang pecah akibat kemalangan dan pembedahan plastik bagi kulit terbakar6. Membiarkan pesakit dalam keadaan tengkorak atau muka yang pecah akan menyebabkan mudarat yang sangat besar kepada pesakit. Begitu juga pesakit yang kebakaran kulit mempunyai risiko jangkitan kuman yang tinggi melalui kulit tersebut jika dibiarkan tanpa rawatan. Walaupun dua keadaan ini tidak membawa kepada kematian secara langsung, tetapi ia boleh membawa kepada kematian selepas suatu tempoh. Ini kerana, maksud keadaan darurah itu juga termasuk keadaan yang boleh membawa kepada kematian atau kesulitan selepas suatu tempoh tertentu7. Imam al-Ghazali berkata: 5

Muhammad Muhammad al-Mukhtar Al-Shinqiti, Ahhkam Al-Jirahah Al-Tibbiyyah Wa Al-Athar Al-Mutarattibah ’Alaiha, 3rd ed. (UAE: Maktabah al-Sahabah, 2004), 86; Shawqi ’Abduh Al-Sahi, Al-Fikr Al-Islami Wa Al-Qadaya Al-Tibbiyyah AlMu’asirah (Kaherah: Matba’ah Wahbah Hassan, t.t.), 128.

6

Raji ’Abbas Al-Takriti, Al-Suluk Al-Mihni Li Al-Atibba’, 2nd ed. (Beirut: Dar alAndalus li al-Tiba’ah wa al-Nashr, 1981), 265.

7

Muhammad bin Ahmad al-Gharnati Ibn Juzai, Al-Qawanin Al-Ahkam Al-Shar’iyyah Wa Masa’il Al-Furu’ Al-Fiqhiyyah (Beirut: Dar al-’Ilm li al-Malayin, t.t.), 94. 3

Maqasid Syariah bertujuan menjaga lima perkara iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Maka, sesuatu yang berperanan menjaga lima perkara ini dikira sebagai maslahah, dan sesuatu yang merosakkan lima perkara ini dikira sebagai mafsadah dan menolaknya adalah maslahah8. Malah, kaedah fiqh juga ada menyebutkan, keadaan darurat boleh mengharuskan perkara yang dilarang (‫تات‬ ‫)الضررراتاتبيحررلـبالظوررظ‬9. Maka, pembedahan plastik yang bertujuan menyelamatkan nyawa dibenarkan oleh syarak. Keharusan Pembedahan Hajiyyat Pembedahan hajiyyat adalah pembedahan untuk membaiki sebahagian anggota badan dan mengembalikan fungsinya kepada normal. Tindakan membiarkan pesakit tanpa melakukan pembedahan akan menyebabkan kesulitan dalam kehidupan sehariannya. Antara contoh pembedahan hajiyyat adalah rekonstruksi payudara selepas ia dibuang akibat kanser (mastectomy). Pembedahan hajiyyat dibenarkan oleh syarak walaupun melibatkan pengubahan ciptaan Allah SWT. Ini kerana, larangan mengubah ciptaan Allah SWT hanya terpakai pada tujuan mencantikkan, dan pengecualian diberikan jika bertujuan merawat atau menghilangkan kecacatan10. Malah, tujuan mencantikkan tubuh itu bukanlah tujuan utama, sebaliknya datang selepas tujuan utama iaitu merawat dan mengembalikan bentuk tubuh kepada bentuk normal11. 8

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, AlMustasfa, (Kaherah: Matba’ah ’Isa al-Babi al-Halabi, 1937), 287.

9

Zain al-’Abidin Ibrahim Ibn Nujaim, Al-Ashbah Wa Al-Naza’ir ’Ala Madhhab AlImam Abu Hanifah (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, n.d.), 85; Abdul Rahman Abu Bakr Al-Suyuti, Al-Ashbah Wa Al-Naza’ir Fi Qawa’id Wa Furu’ Fiqh Al-Shafi’i, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1982), 84.

10

Muhyiddin Sharaf Al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim, vol. 13 (Kaherah: al-Matba’ah al-Misriyyah, 1928), 107.

11

Al-Shinqiti, Ahhkam Al-Jirahah Al-Tibbiyyah Wa Al-Athar Al-Mutarattibah ’Alaiha, 125. 4

Status Keharusan Pembedahan Tahsiniyyat Bagi pembedahan daruriyyat dan hajiyyat, majoriti ulama mengharuskan pembedahan daripada jenis ini berdasarkan nas dan kaedah fiqh yang telah dibincangkan. Namun, keharusan pembedahan tahsiniyyat mempunyai dua pendapat. Pendapat pertama melarang pembedahan tahsiniyyat secara mutlak. Pendapat ini disokong oleh Muhammad Mukhtar al-Shanqiti12, ‘Abd al-Salam al-Sukari13, Muhammad Khalid Mansur14, Nurah al-Mutlaq15 dan Izdihar al-Madani16. Menurut mereka, pembedahan tahsiniyyat ini menyebabkan pengubahan ciptaan Allah SWT yang dilarang secara jelas oleh-Nya di dalam surah al-Nisa’, ayat 119 dan juga hadis berkaitan larangan mencacah tatu, mencukur bulu kening dan menjarakkan gigi. Pendapat kedua pula tidak memberikan hukum secara mutlak, sebaliknya memperincikan setiap prosedur pembedahan yang ditawarkan pada peringkat ini. Menurut mereka, setiap prosedur pembedahan pada tahap ini perlu dikaji secara berasingan kerana adalah tidak adil untuk memberikan hukum secara umum. Ini kerana, masih kedapatan kemungkinan pembedahan pada peringkat ini dibenarkan walaupun dibuat dengan tujuan kecantikan. Malah, pembedahan yang dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri disebabkan terdapat kekurangan pada tubuh badan mungkin dibenarkan. Pendapat ini dipegang oleh Muhammad ‘Uthman Shubair17, Zarwati Rabih18, Salih al-Fawzan19, Hani alJubair20 dan Sha‘ban al-Kumi Fayid21.

12

Ibid, 129-131.

13

'Abd al-Salam Al-Sukari, Naql Wa Zira’ah Al-A’da’ Al-Adamiyyah Min Manzur Islami, 1st ed. (Kaherah: al-Dar al-Misriyyah li al-Nashr wa al-Tawzi’, 1989), 240.

14

Muhammad Khalid Mansur, Al-Ahkam al-Tibbiyyah al-Muta’alliqah Bi al-Nisa’ Fi alFiqh al-Islami, 2nd ed. (Amman: Dar al-Nafa’is, 2004), 198.

15

Nurah ’Abdullah Al-Mutlaq, Jirahah al-Unf al-Tajmiliyyah, Majallah al-Buhuth alFiqhiyyah al-Mu’asirah, vol. 79:213, 2008.

16

Izdihar Al-Madani, Ahkam Tajmil al-Nisa’ Fi al-Shari’ah al-Islamiyyah, ed. 2001, (Riyad: Dar al-Nafa’is, 2002), 379.

17

Muhammad ’Uthman Shubair, Ahkam Jirahah al-Tajmil Fi al-Fiqh al-Islami, (Kuwait: Maktabah al-Fallah, n.d.), 63-70. 5

Penutup Dalam pembedahan plastik dan rekonstruktif, pengkaji mendapati terdapat pelbagai hukum berdasarkan parameter maqasid alShari’ah, sama ada daruriyyat, hajiyyat ataupun tahsiniyyat. Pembedahan tahsiniyyat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu (i) pembedahan yang mengubah anggota cacat kepada normal dan (ii) pembedahan dengan tujuan semata-mata untuk mencantikkan tubuh. Pembedahan jenis pertama biasanya dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri bagi pesakit yang terkesan dengan kecacatan pada badannya. Ini kerana, hilangnya keyakinan diri pada diri seseorang boleh membawa kepada mudarat sedangkan kaedah fiqh menyebutkan: setiap mudarat perlu dihilangkan ( ‫)الضررتبزرلا‬, tidak kira mudarat pada zahir (tubuh badan) dan batin (psikologi) 22. Kesimpulannya, pembedahan plastik dan rekonstruksi adalah pembedahan yang dibuat dengan tujuan utama iaitu sebagai rawatan dan kecantikan. Prosedur pembedahan yang ditawarkan pula merangkumi seluruh tubuh badan. Penentuan hukum pembedahan ini tidak boleh dibuat berdasarkan jenis pembedahan yang ditawarkan, sebaliknya perlu melihat tahap keperluan pembedahan tersebut, sama ada pada peringkat daruriyyat, hajiyyat atau tahsiniyyat. Ini kerana, prosedur pembedahan yang sama boleh merentasi ketiga-tiga tahap keperluan tersebut. Tuntasnya, pengkaji berpendapat, wujudnya keperluan untuk mewujudkan kerjasama antara pakar perubatan dan pakar agama bagi menentukan status setiap prosedur pembedahan agar hukum yang ditentukan dan

18

Zarwati Rabih, Taghyir Khalqillah: Mafhumuhu, Majalatuhu, Dawabituhu Wa Ahkamuhu Al-Shar’iyyah, (Beirut: Dar Ibn Hazm, t.t.), 87-115.

19

Salih Muhammad Al-Fawzan, Al-Jirahah Al-Tajmiliyyah: ’Ard Tibbiy Wa Dirasah Fiqhiyyah Mufassalah, (Riyad: Dar al-Tadmuriyyah, 2007), 127.

20

Hani ’Abdullah Muhammad Al-Jubair, “Al-Dawabit Al-Shar’iyyah Li Al’Amaliyyat Al-Tajmiliyyah,” in Seminar Al-’Amaliyyat Al-Tajmiliyyah Bayn Al-Shar’ Wa Al-Tibb (Riyad, t.t.), 14.

21

Sha’ban al-Kumi Fayid, Ahkam Tajmil Al-Nisa’ Fi Al-Shari’ah Al-Islamiyyah (Iskandariah: Dar al-Jami’ah al-Jadidah, 2006), 200.

22

Salih Muhammad Al-Fawzan, Al-Jirahah Al-Tajmiliyyah: ’Ard Tibbiy Wa Dirasah Fiqhiyyah Mufassalah, 1st ed. (Riyad: Dar al-Tadmuriyyah, 2007), 119-120. 6

amalan pembedahan dijalankan selari dengan parameter maqasid alShari‘ah. Bibliografi Abu Dawud, Sulayman bin al-Ash‘ath. Sunan Abu Dawud. Edited by Salih bin “Abd al-”Aziz Ali al-Sheikh. 2nd ed. Riyad: Dar alSalam, 2000. Ahmad al-Raisuni. “Al-Akhlaq Fi Al-Tibb; Ta’sis Maqasidi.” In Seminar Al-Akhlaq Al-Islamiyyah Wa Al-Tibb, 13–15. Doha: Markaz Dirasat al-Tashri’ al-Islami wa al-Akhlaq, n.d. Al-Fawzan, Salih Fawzan ’Abdullah. Al-Fatawa Al-Muta’alliqah Bi AlTibb Wa Ahkam Al-Marda. 3rd ed. Riyad: al-Ri’asah al-’Ammah li al-Buhuth al-’Ilmiyyah wa al-Ifta’, 2014. Al-Fawzan, Salih Muhammad. Al-Jirahah Al-Tajmiliyyah: ’Ard Tibbiy Wa Dirasah Fiqhiyyah Mufassalah. 1st ed. Riyad: Dar alTadmuriyyah, 2007. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. Al-Mustasfa. 1st ed. Vol. 1. Kaherah: Matba’ah ’Isa al-Babi al-Halabi, 1937. Al-Jubair, Hani ’Abdullah Muhammad. “Al-Dawabit Al-Shar’iyyah Li Al-’Amaliyyat Al-Tajmiliyyah.” In Seminar Al-’Amaliyyat AlTajmiliyyah Bayn Al-Shar’ Wa Al-Tibb. Riyad, n.d. Al-Sukari, ’Abd al-Salam. Naql Wa Zira’ah Al-A’da’ Al-Adamiyyah Min Manzur Islami. 1st ed. Kaherah: al-Dar al-Misriyyah li al-Nashr wa al-Tawzi’, 1989. Al-Suyuti, Abdul Rahman Abu Bakr. Al-Ashbah Wa Al-Naza’ir Fi Qawa’id Wa Furu’ Fiqh Al-Shafi’i. 1st ed. Beirut: Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah, 1982. Al-Takriti, Raji ’Abbas. Al-Suluk Al-Mihni Li Al-Atibba’. 2nd ed. Beirut: Dar al-Andalus li al-Tiba’ah wa al-Nashr, 1981. Al-Tirmidhi, Abu ’Isa Muhammad bin ’Isa Saurah. Sunan Al-Tirmid...


Similar Free PDFs