Maqasid Syariah Dalam Sains DAN Teknologi PDF

Title Maqasid Syariah Dalam Sains DAN Teknologi
Course CTU
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 13
File Size 238.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 10
Total Views 198

Summary

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANGKAMPUS JENGKADIPLOMA SAINS (AS120)SAINS DAN TEKNOLOGI DARI SUDUT MAQASID SYARIAHKUMPULAN 5 (AS1203H)NAMA AHLI KUMPULAN:nullNAMA PENSYARAHnullTARIKH HANTAR3 JANUARI 2021ISI KANDUNGANSains dan teknologi dari sudut maqasid syariah Ahli kumpulan ....................


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA DIPLOMA SAINS (AS120) SAINS DAN TEKNOLOGI DARI SUDUT MAQASID SYARIAH KUMPULAN 5 (AS1203H) NAMA AHLI KUMPULAN: null NAMA PENSYARAH null TARIKH HANTAR 3 JANUARI 2021

ISI KANDUNGAN

Ahli kumpulan……………………………………………………………………………2-2 Isi kandungan……………………………………………………………………………..3-3 Sains dan teknologi dari sudut maqasid syariah 1.0 Pendahuluan……………………………………………………………………………4-5 2.0 Pembahagian maqasid syariah…………………………………………………………6-7 3.0 Konsep maqasid syariah………………………………………………………………..7-10 4.0 Aplikasi maqasid syariah dalam bidang sains dan teknologi………………………….11-12 5.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………….13-13

Rujukan……………………………………………………………………………………14-14

2

PENDAHULUAN Zaman kebangkitan Maqasid (as-Sohwah al-Maqasidiyyah) telah menunjukkan bahawa ilmu Maqasid Syariah mula dibincangkan oleh para ilmuan, ahli politik dan pembuat dasar negara, malah ilmu ini turut dibincangkan dalam kalangan masyarakat awam. Perkembangan ilmu Maqasid Syariah yang pesat ini telah memberi impak yang positif kepada golongan pencinta ilmu. Serba sedikit sejarah berkenaan pengenalan ilmu Maqasid Syariah ialah guru pertama yang menyampaikan ilmu Maqasid Syariah iaitu Al-Imam as-Syathibi melalui Kitab agung nya al-Muwafaqat fi Usul as-Syari’ah telah memulakan ilmu Maqasid Syariah dalam satu kitab, dan menyusunnya dalam satu bentuk yang sistematik beserta perbahasan dan perbincangan yang menyeluruh dan panjang lebar. Namun, sebelum Al-Imam as-Syathibi, terdapat beberapa ulama’ terlebih dahulu telah membicarakan mengenai Maqasid Syariah ini, antaranya ialah Imam alHaramain al-Juwaini. Beliau telah menyatakan di dalam bukunya Ghiyats al-Umam fi al-Tayyats al-Zhulam (‫)غياث المأم في تياث الظلم‬, iaitu kegusaran dan kecaknaannya terhadap isu kemerosotan peradaban masyarakat Islam, khususnya dari sudut kesarjaan, intelektual dan politik Islam. Menurut beliau, satu-satunya cara untuk menghalang kemerosotan peradaban Islam adalah dengan cara membangunkan Maqasid Syariah yang universal (Luqman Tarmizi). Perkataan Maqasid merupakan kata jamak daripada maqsad dan maqsid (‫ )المقصد‬dan dari perkataan qasada (‫ )قصد‬dalam Bahasa Arab yang bermaksud menuju ke suatu arah. Syariah pula bermaksud tempat terbit air yang menjadi sumber minuman, jalan, dan apa yang disyariatkan oleh Allah dari aspek akidah dan hukum, serta agama dan pandangan mazhab yang jelas dan benar (Luqman Tarmizi). Manakala definisi Maqasid Syariah dari istilah syarak pula telah dikemukakan oleh ramai para ulama’. Antaranya, ‘Allamah Muhammad Thahir ibn ‘Asyur telah mendefinisikan Maqasid Syariah sebagai: ‫ بحيث ل تختص مألحاظتهننا بننالكون في نننوع‬،‫المعاني والحكم الملحوظة للشارع في جميع أحاوال التشريع أو مأعظمهننا‬ 2] .‫]خاص مأن أحاكام الشريعة‬

3

Maksudnya: Makna-makna dan hikmah-hikmah yang diambil perhatian oleh Syarak dalam keseluruhan atau sebahagian besar situasi penurunan syariat yang tidak mengkhusus kepada mana-mana hukum Syarak yang tertentu. (Rujuk Maqasid as-Syari’ah al-Islamiyyah, hal. 55) Syeikh ‘Allal al-Fasi pula mentakrifkan Maqasid Syariah sebagai: ‫أرار التي وضعها الشارع عند كل حاكم مأن أحاكامأه‬฀‫ وال‬،(‫الغاية مأنها )أي الشريعة‬ Maksudnya: Tujuan-tujuan syariat serta rahsia-rahsianya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT pada setiap hukum-hakam. (Rujuk Maqasid as-Syari’ah wa Makarimuha, hal. 7) Dr. Ahmad ar-Raysouni pula berpendapat bahawa Maqasid Syariah merupakan: ‫الغايات التي وضعت الشريعة لجل تحقيقها لمصلحة العباد‬ Maksudnya: Tujuan-tujuan yang telah ditetapkan oleh syari’at bagi merealisasikan kemaslahatan manusia. (Rujuk Nazhariyyatul Maqasid ‘indal Imam as-Syathibi, hal. 7) Oleh itu, berdasarkan ketiga-tiga takrif di atas, Maqasid Syariah boleh didefinisikan sebagai tujuan atau makna yang dikehendaki syarak dalam hukum-hakam yang disyariatkan untuk merealisasikan kepentingan, keperluan, dan kesejahteraan manusia.

4

PEMBAHAGIAN MAQASID SYARIAH Semua pensyariatan hukum yang terkandung di dalam ajaran Islam adalah untuk mendatangkan maslahah dan mengelakkan mafsadah dari menimpa manusia. Kepentingan manusia yang menjadi objektif syarak terbahagi kepada tiga jenis iaitu: 1. Al-Daruriyat Al-Daruriyat merupakan objektif dimana ia adalah perkara yang menjadi asas dan keperluan kepada kehidupan manusia. Jika ia tidak dapat dipenuhi, kehidupan seseorang itu bukan sahaja hancur di dunia, malah hancur di akhirat juga. Para Sarjana Islam mengatakan bahawa objektif yang amat penting ini ialah keperluan asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Perkara-perkara ini menjadi objektif syarak dalam keseluruhan pensyariatan hukum (Al-Najjār, 2008; Al-Yūbī, 1998). Jika perkara perkara ini dicabul atau tidak diendahkan, ia akan dianggap sebagai kemudaratan kepada hidup seseorang. 2. Al-Hajiyyat Al-Hajiyyat ialah keperluan hidup untuk memudahkan dan melancarkan urusan manusia di dunia. Ketiadaannya tidaklah sepenting Al-Daruriyat tetapi tanpanya, manusia akan menghadapi kesukaran dan kesempitan dalam hidup. Misalnya, dari segi ibadah ialah keringanan solat dan berpuasa bagi orang yang bermusafir atau sakit. Selain itu, kelonggaran dalam muamalat pula ialah keharusan dalam jual beli sewaan serta pinjaman. Dari segi adat masyarakat pula, dibenarkan untuk menikmati perkara perkara yang baik yang tak melanggar syarak seperti makanan, minuman, pakaian, pekerjaan dan sebagainya. 3. Al-Tahsiniyyat Al-Tahsiniyyat ialah perkara perkara yang melengkapkan lagi hidup manusia agar lebih kemas dan selesa. Ia tidaklah sepenting Al-Darruriyat dan Al-Hajiyyat tetapi ia boleh menyebabkan kehidupan jadi tidak ceria dan suram. Contoh maqasid ini ialah keharusan memakai pakaian dengan pelbagai corak dan warna, keharusan menggunakan kenderaan yang mewah dan

5

keharusan menggunakan gelaran-gelaran yang baik (Al-Najjār, 2008; Al-Shāt ṭibī, 2004). Contoh dalam ibadah pula seperti menutup aurat, melakukan ibadah ibadah sunat dan menyucikan diri dari najis.

KONSEP MAQASID SYARIAH 1.

Memelihara Agama Memelihara agama bermaksud berpegang kepada agama Islam. Sebagai seorang muslim,

kita mestilah meletakkan agama Islam sebagai satu keutamaan dalam setiap perkara yang kita lakukan dengan menjauhi segala larangan dan kepercayaan yang bertentangan dengan syariah Islam. Segala aktiviti dan perancangan yang dilaksanakan mengikut syariah Islam dapat merealisasikan maslahah dalam kehidupan manusia (Nur Mardia binti Mazri, Zubair bin Amir Nur Rashid, Dr Nan Noorhidayu binti Megat Laksamana, Dr Mohd Fauzi bin Md Sawari). Dalam konteks sains dan teknologi, Islam tidak melarang umatnya untuk mengkaji tentang sains seperti mengkaji planet-planet selain bumi ataupun mencipta teknologi-teknologi canggih yang boleh memberi keselesaan dan kesenangan kepada manusia tetapi mestilah tidak melanggar batas manusia dan tidak akan memberi kesan buruk kepada akidah manusia. Sebagai contoh, saintis bukan Islam telah membuat pengajian dan penyelidikan bahawa tahun 2012 adalah tahun bagi penghancuran dunia. Dan kata-katanya itu telah memberi kesan yang besar kepada manusia. Ramai yang mempercayai kata-kata beliau sehingga ada pengarah filem yang membuat filem bagi menggambarkan situasi yang akan berlaku ketika penghancuran bumi. Sebagai seorang muslim, kita mestilah tidak terpedaya ataupun mempercayai kata-kata ini yang sememangnya bercanggah dengan syariah Islam. Ini kerana, tiada seorang manusia ataupun makhluk di muka bumi ini yang tahu bila hari kiamat akan berlaku.

6

2.

Memelihara Jiwa / Nyawa Nyawa adalah satu anugerah yang Allah SWT turunkan kepada kita. Nyawa adalah satu

anugerah yang berharga kerana tiada gantinya. Kita mestilah menghargai dan bersyukur atas nikmat kehidupan yang diberikan dengan tidak mencederakan atau membahayakan diri kita. Begitu juga sebaliknya, kita mestilah tidak menzalimi atau menindas orang lain serta makhluk Allah yang lain seperti tumbuhan dan haiwan. Selain daripada menjaga tubuh badan, Islam juga menyeru umatnya untuk menjaga kesihatan jiwa kerana rohani dan jasmani merupakan elemen yang saling melengkapi. Jiwa yang sihat dan kuat akan menghalang seseorang itu dari melakukan perkara yang membahayakan diri seperti membunuh diri (Nur Mardia binti Mazri, Zubair bin Amir Nur Rashid, Dr Nan Noorhidayu binti Megat Laksamana, Dr Mohd Fauzi bin Md Sawari). Jika dilihat dari segi sains dan teknologi, banyak kilang-kilang dibangunkan untuk memudahkan penghasilan sesuatu barang dalam masa yang cepat. Sebagai contoh kilang untuk menghasilkan sarung tangan getah dan pakaian. Dengan adanya pembinaan kilang-kilang ini, teknologi dapat berkembang dengan lebih maju. Namun, ada sesetengah pihak pengurusan kilang yang mengambil mudah dengan membuang sisa-sisa toksik yang dihasilkan oleh kilang ke dalam sungai. Perbuatan ini sangat membahayakan penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran sungai tersebut kerana mereka terdedah kepada bahan-bahan kimia yang terdapat dalam sisa-sisa toksik itu. Ini adalah perbuatan yang bercanggah dengan syariah Islam yang melarang umatnya dari membahayakan nyawa. 3.

Memelihara akal Memelihara akal bermaksud melindungi akal dari apa-apa yang boleh merosakkannya.

Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai murni. Kita juga mestilah mengisi akal fikiran kita dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk meluaskan dan menimba ilmu. Ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan. Di zaman Rasulullah SAW lagi, banyak pusat-pusat pengajian dibina dan dibangunkan sebagai tempat untuk menuntut ilmu. Sehingga sekarang manusia masih lagi menuntut ilmu kerana semakin 7

banyak ilmu yang kita miliki semakin luas pandangan kita. Orang yang berilmu pasti akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, semua unsur-unsur yang menjurus kepada kehilangan dan kerosakan akal fikiran seperti arak, dadah serta video-video pornografi perlulah kita jauhi kerana ia bercanggah dengan syariah Islam yang menyeru kita supaya memelihara akal (Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). 4.

Memelihara Keturunan Memelihara keturunan adalah memelihara asal usul keturunan manusia dengan

menggalakkan perkahwinan mengikut syariah dan mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh merosakkan keturunan seperti rogol, zina, liwat dan homoseksual (Nur Mardia binti Mazri, Zubair bin Amir Nur Rashid, Dr Nan Noorhidayu binti Megat Laksamana, Dr Mohd Fauzi bin Md Sawari). Dalam aspek sains dan teknologi, sekarang teknologi sudah semakin canggih sehinggakan lelaki boleh membuat pembedahan menjadi perempuan begitu juga sebaliknya di mana perempuan boleh membuat pembedahan menjadi seorang lelaki. Terdapat kes diluar negara dimana transgender perempuan berkahwin dengan transgender lelaki. Dari sudut islam, perbuatan ini adalah dilarang dan sangat bercanggah dengan syariah Islam. Perkara ini juga akan mendatangkan kesan kepada keturunan kerana walaupun seseorang lelaki itu menjalankan pembedahan untuk menjadi seorang perempuan, ia tetap tidak membolehkannya untuk mengandung. Maka, sebagai seorang muslim, kita mestilah berkahwin mengikut syariah Islam untuk memelihara keturunan kita. 5.

Memelihara harta Islam menyuruh manusia mencari rezeki yang halal dan melarang perbuatan mencuri dan

merompak. Sebagai pemerintah sesebuah negara, mereka wajib memelihara dan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak intelek, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkaraperkara yang menzalimi dan merugikan (Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Disebabkan itu, sesebuah negara perlulah mempunyai undang-undang yang membolehkan

8

pesalah dihukum (Nur Mardia binti Mazri, Zubair bin Amir Nur Rashid, Dr Nan Noorhidayu binti Megat Laksamana, Dr Mohd Fauzi bin Md Sawari). Di era sains dan teknologi yang semakin canggih ini, kebanyakan proses pembayaran bil, membeli-belah, transaksi wang, pembayaran zakat dan pelaburan boleh dibuat secara atas talian. Kemajuan ini telah memberi banyak keselesaan dan kesenangan kepada manusia kerana segalanya boleh dibuat di hujung jari asalkan mereka mempunyai rangkaian internet. Namun, ada juga keburukannya di mana, data-data peribadi mereka boleh dicuri oleh pihak lain. Kesannya, ramai orang telah ditipu sehingga menyebabkan mereka kehilangan wang ringgit. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati agar data-data peribadi kita tidak tersebar.

9

APLIKASI MAQASID SYARIAH Aplikasi maqasid syariah dalam sains dan teknologi amat diguna pakai dalam kehidupan manusia. Seperti sedia maklum, Maqasid syariah ialah satu ilmu disiplin ilmu yang menerbitkan satu kaedah umum yang mana menjelaskan kaedah-kaedah (qawaid fiqhiyyah) atau cara yang digariskan dalam ilmu usul al-fiqh berkaitan dengan nas-nas syarak yang sesuai untuk diaplikasikan di sepanjang zaman dan masa. (Hajah Makiah Tussaripah Binti Jamil). Aplikasi maqasid syariah yang pertama adalah dalam bidang perubatan. Dalam bidang perubatan, ianya mesti memastikan rawatan yang diberikan adalah selari dengan prinsip syariah. Selain itu, rawatan yang diberikan juga adalah dengan tujuan supaya individu tersebut boleh kembali semua melakukan ibadah kepada Allah SWT seperti biasa, namun rawatan yang diberikan tidak boleh membinasakan kerana ianya bercanggah dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjaga nyawa. (Hajah Makiah Tussaripah Binti Jamil). Seterusnya, islam mewajibkan untuk umatnya memulihara keturunan, jika semua kaedah yang telah dilaksanakan gagal dan tidak mempunyai ikhtiar lain, maka jalan terakhir ialah melalui tabung uji tetapi dengan syarat benih tersebut adalah dari suami isteri yang sah dan tidak boleh dari individu lain. (Hajah Makiah Tussaripah Binti Jamil). Seterusnya maqasid syariah dalam bidang farmasi. Maqasid dalam farmasi adalah salah satu aspek maqasid syariah iaitu menjaga akal. Islam melarang daripada mengambil ubat-ubat yang boleh menghalang kewarasan berfikir seperti dadah dan lain-lain. Tetapi, islam tidak menolak sepenuhnya ubat-ubatan yang mengandungi dadah untuk merawat penyakit tetapi hanya tujuan perubatan dan dalam kuantiti yang dibolehkan dan terkawal. (Hajah Makiah Tussaripah Binti Jamil). Seperti kita sedia maklum juga, penggunaan dadah dalam bidang perubatan perlu juga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan mana-mana individu yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Aplikasi maqasid syariah yang terakhir adalah maqasid dalam bidang bioteknologi terdapat beberapa penghasilan demi menjaga lima maqasid syariah seperti menjaga agama dan keturunan. Seperti contoh, pengenalan diri melalui ujian DNA adalah diperlukan untuk mengetahui status mayat tersebut adalah islam atau pun tidak. (Hajah Makiah Tussaripah Binti Jamil). Selain itu, rawatan genetik bagi ujian mengesan penyakit keturunan dengan lebih awal dan ujian darah ke atas pasangan yang ingin berkahwin bagi menentukan sama ada mereka 10

merupakan baka yang membawa penyakit keturunan atau pun tidak. Ini adalah penting untuk memastikan anak mereka tidak mempunyai dan pembawa penyakit berjangkit atau kanser dan lain-lain. Ini merupakan kepakaran saintis yang dapat memulihara keturunan. Akhir sekali, ujian ini juga tidak boleh menentukan kesahtarafan sesuatu anak daripada hasil perkahwinan. Kesemua ini adalah demi menjaga maqasid seperti menjaga keturunan dan harta. Anak yang tak sah taraf tidak boleh menerima harta pusaka ayahnya kecuali ibunya sahaja. (Hajah Makiah Tussaripah Binti Jamil).

11

KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dibuat adalah perkembangan ilmu sains dan teknologi yang semakin pesat pada hari ini telah memberi keuntungan yang sangat besar kepada tradisi keilmuan islam. Meskipun begitu, penggunaan alatan dalam bidang sains dan teknologi ini mestilah dalam kerangka fikah yang telah diteliti sepenuhnya dan sebaiknya.ianya perlu dilihat secara menyeluruh daripada pelbagai jenis aspek. Jelaslah bahawa penggunaan alatan yang tidak bercanggah dengan prinsip asas islam amat dituntut dan sebaiknya.oleh yang demikian, semoga kajian maqasid Syariah dalam bidang sains dan teknologi ini dapat membawa manfaat yang besar kepada masyarakat di luar sana.

12

RUJUKAN Luqman Tarmizi. Retrieved from Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/3099-irsyad-usul-al-fiqh-33-pendahuluankepada-ilmu-maqasid-syariah Jamil, H.M.T. (2017). Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Penggunaan Teknologi PGD Bagi Tujuan Penyaringan Penyakit-Penyakit Genetik. International Journal of Law, Government and Communication, 2(5), 73-81. Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim (2016). Memahami Kerangka Maqasid Al-Syariah. Universiti Utara Malaysia Majlis

Agama

Islam

Selangor.

Maqasid

Syariah.

Retrieved

from

website

https://www.mais.gov.my/maqasid-syariah/ Nur Mardia binti Mazri, Zubair bin Amir Nur Rashid, Dr Nan Noorhidayu binti Megat Laksamana, Dr Mohd Fuad bin Md Sawari. (2019). Retrieved from International Journal of Business,

Economics

and

Law,

Vol.

18,

Issue

(April):

https://www.ijbel.com/wp-

content/uploads/2019/03/KLIISC_8_032.pdf 19 Mei 2016. Retrieved from Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Huraian Aplikasi 5 Prinsip Maqasid Syariah Dalam Tabir Urus

13...


Similar Free PDFs