AA209 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam PDF

Title AA209 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
Author A. Ahmad
Pages 89
File Size 1.4 MB
File Type PDF
Total Downloads 150
Total Views 881

Summary

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM Mohd Azli Adnan Asnuurien Najma Ahmad Rasdin Husin Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi © Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Baha...


Description

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM Mohd Azli Adnan Asnuurien Najma Ahmad Rasdin Husin

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

© Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any retrieval system or transmitted in any form or by any mean – electronics, mechanical, photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the : Curriculum Development and Assessment Section, Curriculum Development and Career Training Division Department of Polytechnic Education, MOHE Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Perpustakaan Negara

Cataloguing –in- Publication Data

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam – Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Rasdin Husin ISBN 1. 2. 3. 4.

Islam Sains Islam Teknologi Islam Kejuruteraan Islam

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Editorial Editor

Pn. Yusma bt. Yusof Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

En. Yusni b. MohamadYusak Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Pn. Suzianah bt. Sahar Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Penulis

En. Mohd Azli b. Adnan Politeknik Balik Pulau (PBU)

Cik Asnuurien Najma bt. Ahmad Politeknik Merlimau, Melaka (PMM)

En. Rasdin b. Husin Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (PNS)

AA203

Bab - 1 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam Asnuurien Najma bt. Ahmad (PMM) Rusdin b. Husin (PNS)

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

AA203

TOPIK 1

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Topik ini menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam, peranan, impak serta pencapaiannya dalam tamadun Islam.

Hasil Pembelajaran : CLO 1 : Mejelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan dari perspektif Islam.

1.1

Memahami sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam. 1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek bahasa dan keilmuan Islam. 1.1.2 Menyatakan peranan sains teknologi dan kejuruteraan. 1.1.3 Menyatakan impak sains teknologi dan kejuruteraan. 1.1.4 Membincangkan pencapaian tamadun Islam dalam

sains

teknologi dan kejuruteraan.

5

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

AA203

TOPIK 1.0 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO 1] Menjelaskan Konsep Sains Teknologi dan Kejuruteraan dari Perspektif Islam

1.0

Pendahuluan

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam.Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi i

dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar.Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa ala mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.

Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

6

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

1.1

AA203

Memahami Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Menurut Islam

1.1.1

Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek bahasa dan keilmuan Islam.

Definisi Sains dari Aspek Bahasa dan Istilah 

SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH Daripada perkataan Inggeris iaituscience. Juga berasal daripada perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud



pengetahuan. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable



sense experience. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara



sistematik

berdasarkan

pengalaman

deria

yang

dapat

dibuktikan secara objektif. Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta



fahaman yang lahir daripadanya. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi i

atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping 

kaedah yang dapat diukur (kuantitatif). Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi i

atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping  

kaedah yang dapat diukur (kuantitatif). Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama. Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-

2.

Sains Tulen atau Sains Tabi i

3.

Sains Sosial (Tabiat Manusia)

1.

Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)

7

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

AA203

Definisi Sains dari Aspek Keilmuan Islam

SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM 

Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas

 

sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu

 

kebenaran. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.



Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.



Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-

Sains Propaedeutik

• Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu pengetahuan, timbangan, pertanian, biografi dan sejarah.

• Sains ini adalah satu bidang yang yang sama

Sains Syariah

Sains Falsafah

dengan ilmu agama pada hari ini. • Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith, syariah, tafsir, dan lain-lain. • Merangkumi 4 bahagian utama. • Merangkumi bidang matematik propaedeutik, logik, sains tabi’ie dan matematik tabi’ie.

8

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

i.     

  

AA203

Definisi Teknologi dari Aspek Bahasa : TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari perkataan Yunani téchnē , yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan.(Hairudin Harun, 2007 : 2) Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu techne dan logos . Techne adalah seni (art), kerja tanganatau keterampilan.Teknobermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis. Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaan sumber-sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah. Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh dalam kehidupan seharian. Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri. Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang bemanafaat ke atas alam tabi i.

Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu : a.



Teknologi sebagai teknik-teknik Teknologi selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan manusia atau segala rekaannya.

b.

Teknologi sebagai satu teknologi

c.

Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.

d.

Teknologi sebagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.

9

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

ii. 

     

iii.

AA203

Definisi Teknologi dari Aspek Keilmuan Islam : TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi i dengan baik. Wan Ramli Wan Daud, 1991) Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah ‫ صناعة‬sina ah yang bermaksud ilmu gunaan. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains. Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia. Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam. Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu :  Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.  Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan. Definisi Kejuruteraan dari Aspek Bahasa : KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH





Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia. Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.

10

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

iv.

AA203

Definisi Kejuruteraan dari Aspek Keilmuan Islam : KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM



Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan



manusia. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.

CIRI-CIRI SAINS ISLAM Ciri-ciri

Huraian 1. Menerima wahyu sebagai sumber ilmu.  Kajian sains dalam Islam bersumberkan wahyu dan akal.  Merujuk kepada ayat al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu sumber untuk menrangkan tentang alam tabi i dan sifat-sifatnya.  Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik. (al-Quran dan Hadith)

Ciri Keagamaan

2. Sains bersifat Rabbani  Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan proses alam dan konsep kausaliti (sebab dan musabab)  Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum Islam.  Tujuan terakhir keputusan sains adalah untuk mencari pembuktian kebenaran Allah SWT. 3. Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Penyelidikan mengandungi nilai ibadah.  Mengkaji, memerhati dan mencerap segala ciptaan Allah adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT.  Menelti dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah salah satu wasilah pengabdian diri kepada Allah SWT.

11

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

AA203

4. Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam.  Terikat dengan batas hukum dan etika Islam.  Sainstis dan teknokrat yang berjaya adalah mereka yang mematuhi segala suruhan dan meninggalkan larangan serta menyeru kebaikan.   Ciri Saintifik

  

Ciri Universal  

Ciri Sepadu

   

Ciri Harmoni



Sains Islam menggunakan kaedah emperikal yang diperkenalkan oleh Islam sejak abad ke7 Masihi lagi. Adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk klinikal. Menggunakan kaedah sintesis ke atas sumber-sumber tamadun yang terdahulu. Bentuknya sejagat yang melibatkan pelnagai bangsa, agama, bahasa, tamadun, wilayah, zaman dan sebagainya. Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh Muslimtetapi juga non-Muslim. Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu. Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah yang bersepadu. Kajian yang bersifat menyeluruh. Kajian alam fizik tidak terpisah dengan metafizik. Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah SWT kerana keimanan kepada Allah SWT dijadikan sebagai asas kajian. Tidak terdapat percanggahan antara sains dan agama. Kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT.

12

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

AA203

1.1.2 Menyatakan Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam 1.

Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam. 

Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir,

menyelidik

dan

mengkaji.

Penyelidikan

Islam adalah

berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya. 

Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.Firman Allah SWT dalam Surah Ali imran yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya

malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal . 

Surah Ali )mran :

Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi



tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi. Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia



bongkak dan jauh daripada Allah SWT. Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Allah SWT melalui kecanggihan ciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.

13

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

2.

AA203

Membantu Manusia Supaya Bertafakkur. 

Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia



melalui penggunaan akal. Penyelidikan

sains

melalui

wahyu-wahyu

membawa

kepada

penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam AlQuran surah Al-Baqarah iaitu : Maksudnya : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda

(keesaan

dan

kebesaran

Allah)

bagi

kaum

yang

memikirkan (Surah Al-Baqarah : 164)

3.

Membantu Pelaksanaan Syariat   

Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.

4.

Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu perkara. 

Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal



puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain. Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca.

14

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

5.

AA203

Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi. 

Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.

6.

Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan. 





Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain. Menjadikan kehidupan manusia selesa. Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.

1.1.3 Menyatakan Impak/Kesan Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah SWT Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting kepada kita terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.

15

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

A.

AA203

IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM Bidang

Huraian

Bidang Sosial

 Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain yang lebih maj...


Similar Free PDFs