Penderaan Kanak-kanak DOCX

Title Penderaan Kanak-kanak
Author Seharum Kenanga
Pages 24
File Size 61.2 KB
File Type DOCX
Total Downloads 447
Total Views 607

Summary

PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong 1.0 Pengenalan Anak merupakan amat yang dikurnikan oleh Allah SWT kepada seseorang. Tanggungjawab yang diamanah kepada ibu bapa adalah berat dalam membentuk peribadi anak yang mulia. Namun begitu, terdapat segenlintir manusia yang mempersia-siakan ...


Description

PENDERAAN KANAK-KANAK – 30 MEI 2018 SK/ Pi1M Redong 1.0 Pengenalan Anak merupakan amat yang dikurnikan oleh Allah SWT kepada seseorang. Tanggungjawab yang diamanah kepada ibu bapa adalah berat dalam membentuk peribadi anak yang mulia. Namun begitu, terdapat segenlintir manusia yang mempersia-siakan amanah Tuhan ini. Ibubapa atau penjaga yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak bertindak zalim terhadap kanak-kanak yang lemah. Sering kali menjadikan anak-anak sebagai sisa kemarahan. Justeru itu, berlakulah fenomena penderaan kanak-kanak sama ada berbentuk penderaan secara fizikal, seksual dan juga pengabaian kanak-kanak (Kasmini, 1992) Seperti juga masalah keganasan rumahtangga yang lain, penderaan kanak-kanak juga dikatakan sebagai suatu malah yang tersembunyi kerana ia dianggap satu malah peribadi. Oleh yang demikian, tiada perangkaan atau statistic yang tepat tentang jumlah kes penderaan kanak-kanak. Masalah penderaan kanak-kanak juga dikatakan suatu masalah peribadi berikutan situasi yang melibatkan pendera kanak-kanak yang terdiri daripada golongan yang terdekat dan mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak seperti ibu bapa, penjaga, datuk, jiran , bapa tiri dan sebagainya. Wilson et al (1991) menyatakan bahawa serangan ke atas kanak- kanak ini bukannya dilakukan oleh orang yang asing bagi kanak-kanak tetapi dilakukan oleh orang yang bertanggungjawab dalam penjagaan terhadap kanak-kanak. Keadaan ini mendorong anggota keluarga untuk merahsiakan penderaan kanak-kanak yang berlaku pada keluarga mereka kerana menganggap ia adalah sesuatu yang boleh mengaibkan pada pengetahuan ramai. Sekiranya mereka mendedahkan perkara tersebut bermakna memalukan diri mereka sendiri seperti kata pepatah Melayu "menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri" (Khadijah Alavi,1994) Paling menyedihkan ialah apabila kanak-kanak sendiri takut untuk memberitahu orang lain bahawa mereka didera kerana bimbang ibu bapa mereka dipenjarakan. Situasi tersebut akan menyebabkan mereka kehilangan tempat bergantung. Mereka juga bimbang sekiranya mendedahkan perkara tersebut kepada orang lain akan memberikan kesan yang buruk kepada keluarga. Mereka juga lebih bertumpu untuk mempertahankan maruah keluarga (Khadijah Alavi,1994) Mengikut rekod Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat sebanyak 4652 kes penderaan kanak-kanak di rekodkan sepanjang tahun 2015 dan 2016. Daripada...


Similar Free PDFs