Ulasan Jurnal Jenayah Dalam Keluarga Isu Penderaan dan Pengabaian Warga Tua.pdf PDF

Title Ulasan Jurnal Jenayah Dalam Keluarga Isu Penderaan dan Pengabaian Warga Tua.pdf
Author Marinah Mohamad
Pages 14
File Size 680.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 172
Total Views 541

Summary

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN KOD DAN NAMA PROGRAM HA52 KERJA SOSIAL KOD DAN NAMA KURSUS PS32003 ISU-ISU DALAM KERJA SOSIAL NAMA PENSYARAH CIK SITI NOOR FAZARIAH BINTI SUIS@ MOHD RUSDY TUGASAN 1 (INDIVIDU): ULASAN JURNAL MARINAH BINTI MOHAMAD BP14161007 1 SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 ...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Ulasan Jurnal Jenayah Dalam Keluarga Isu Penderaan dan Pengabaian Warga Tua.pdf Marinah Mohamad

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Penderaan Warga Tua.pdf Marinah Mohamad

KET IDAKADILAN SOSIAL T ERHADAP WARGA T UA.pdf syahirah bast ari LAPORAN MENGENAI STAT US HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHT S COALIT ION MALA… LIM MEI

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

KOD DAN NAMA PROGRAM HA52 KERJA SOSIAL

KOD DAN NAMA KURSUS PS32003 ISU-ISU DALAM KERJA SOSIAL

NAMA PENSYARAH CIK SITI NOOR FAZARIAH BINTI SUIS@ MOHD RUSDY

TUGASAN 1 (INDIVIDU): ULASAN JURNAL MARINAH BINTI MOHAMAD

BP14161007

1

SENARAI KANDUNGAN PERKARA

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

3–4

2.0 ANALISIS JURNAL

5–6

3.0 PANDANGAN BERKENAAN PENGABAIAN WARGA

7

TUA 7–8

3.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN WARGA TUA

8–9

3.2 PERANAN PEKERJA SOSIAL 3.3 PEMAHAMAN BERKENAAN NATURE KEHIDUPAN

9

3.4 BADAN BUKAN KERAJAAN YANG MENYEDIAKN

9 – 10

PERKHIDMATAN UNTUK WARGA TUA 3.5 BADAN KERAJAAN YANG MENYEDIAKN

10 – 11

PERKHIDMATAN UNTUK WARGA TUA 4.0 RUMUSAN

12

5.0 RUJUKAN

13

2

Jurnal yang saya gunakan sebagai bahan utama dalam penulisan ini adalah jurnal yang ditulis oleh Jal Zabidi Mohd Yusoff yang bertajuk “Jenayah Dalam Keluarga: Penderaan dan Pengabaian Warga Tua di Malaysia”. Jurnal yang dikeluarkan di Universiti Malaya ini telah diterbitkan pada tahun 2009 sebanyak dua belas muka surat. Dari tajuk jurnal kita sedia maklum bahawa isi penting dalam jurnal membincangkan dan membahaskan berkenaan kerangka undang-undang yang sedia ada di Malaysia untuk menangani jenayah penderaan dan pengabaian warga tua.

1.0

PENGENALAN Proses penuaan adalah sesuatu proses yang bukan semua manusia merasainya kerana

seperti yang kita tahu bukan semua manusia dapat hidup dalam tempoh yang lama. Warga tua adalah manusia yang hidup dalam jangka masa yang lama dan dianggap sebagai golongan yang sudah banyak pengalaman hidup dan melalui segala perkara yang terjadi di dunia. Warga tua merupakan golongan yang telah dipersetujui oleh ramai penyelidik sebagai manusia yang telah mencapai umur enam puluh tahun dan ke atas (Che Leman Hamzah, 2003). Warga tua merupakan golongan yang harus dilindungi dan diberi layanan istimewa kerana sumbangan yang mereka telah berikan untuk keluarga, masyarakat dan negara. Kemerdekaan dan kesenangan yang kita nikmati sekarang adalah hasil keringat warga tua yang bertungkus-lumus menuntut kebebasan untuk kesenangan dan kemudahan generasi pada masa kini. Mungkin dalam kalangan masyarakat ada sesetengahnya yang sedar akan bakti warga tua yang seharusnya kita generasi pada masa kini hargai dan teladani. Walau bagaimanapun kita sering disajikan dengan pelbagai cerita-cerita isu pengabaian warga tua dalam negara sejak akhir-akhir ini. Menurut Jal Zabidi Mohd Yusoff (2009), rata-rata masyarakat kita tidak percaya dan ragu-ragu untuk mempercayai ada sesetengah ahli keluarga yang lebih tua iaitu warga tua menjadi mangsa penderaan atau diabaikan oleh anak-anak mereka sendiri. ‘Abuse of older persons is a major societal problem that often goes undetected.’ (Policy Brief, 2013), pernyataan ini menerangkan bahawa penderaan dan pengabaian terhadap warga tua merupakan satu masalah sosial yang utama namun kurang diambil peduli, sukar dikenal pasti dan sangat jarang menjadi satu topik perbualan masyarakat kini. Dua definisi berkenaan penderaan dan pengabaian yang diberikan dari The Social Services Inspectorate of The Department of Health (1993) yang menyatakan bahawa penderaan warga tua mungkin 3

dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau hasil daripada pengabaian dimana ia menyebabkan kemudaratan kepada warga tua sama ada sementara atau tempoh yang lama. Manakala menurut Eastman (1984), penderaan berulang dan pencabulan hak asasi dan sivil seseorang termasuk warga tua oleh orang yang mempunyai kuasa ke atas hidup mangsa dera. Kedua-dua sumber definisi ini adalah hasil pembacaan daripada sebuah buku yang ditulis oleh Decalmer dan Glendenning (1997). Tanggapan ini mungkin disebabkan bagi mereka warga tua yang diherdik, dipukul dan tidak dipedulikan oleh anak-anak mereka adalah disebabkan tingkah laku warga tua yang cerewet dan nyanyuk. Masyarakat lebih meletakkan salah sepenuhnya ke atas warga tua sedangkan terdapat banyak pengetahuan yang mampu kita pelajari dalam menangani keadaan warga tua yang semakin lanjut usia. Kurangnya pendedahan berkenaan penjagaan yang khusus dan baik untuk warga tua sebenarnya pendorong kepada isu-isu penderaan dan penganiayaan terhadap warga tua. Masyarakat yang masih berfikiran bahawa memukul, mengabaikan dan menyakiti warga tua bukanlah bentuk jenayah keluarga kerana kurangnya penulisan dan pendedahan berkenaan isu ini di Malaysia sehingga dianggap tidak serius untuk dibincangkan (Jal Zabidi Mohd Yusoff,, 2009). Walaupun pihak kerajaan menjangkakan Malaysia bakal menempuhi era elderly bombing iaitu dimana 3.2 juta atau 9.5 peratus penduduknya terdiri daripada warga tua, namun ia menjadi satu kebimbangan dari sisi lain iaitu kebimbangan terhadap kejaminan kesejahteraan dan keamanan mereka dalam meneruskan kehidupan (Suziana Ishak & Zuliza Mohd Kusrin, n.d.). Tidak dapat dinafikan lagi bahawa warga tua pada masakini yang sudah lama terdedah dengan kepentingaan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat adalah faktor jangkaan elderly bombing yang bakal berlaku di Malaysia. Namun adalah menjadi satu harapan agar kepesatan kapasiti warga tua ini merupakan satu kepesatan yang memberikan manfaat kepada semua orang khususnya kepada golongan warga tua. Isu penderaan dan pengabaian yang semakin menular era ini sama ada yang kita ketahui ataupun yang lebih para kes-kes melibatkan warga tua yang kita tidak ketahui seharusnya dibendung dan dilupuskan bagi menjamin kehidupan sejahtera warga tua. Hal ini hanya dapat dijayakan jika segenap pelusuk masyarakat sedar dan peka akan hal-hal yang berkait dengan warga tua.

4

2.0

ANALISIS JURNAL Pada awal penulisan jurnal ini, penulis atau pengkaji dengan lebih mendalam

menerangkan berkenaan warga tua, isu berkaitan penderaan dan pengabaian warga tua dan faktor pendorong serta statistik berlakunya jenayah dalam keluarga ini. Penulis ada menyebut bahawa penderaan warga tua yang dianggap sebagai granny-bashing (Burston GR, 1975; Jal Zabidi Mohd Yusoff, 2009) kurang diberi perhatian dalam kalangan masyarakat. Mungkin kerana masyarakat mengganggap disebabkan perangai warga tua yang semakin meningkat usia semakin banyak kerenah beranggapan bahawa penjaga mereka tidak tahan dengan perangai warga tua yang kadangkala meminta yang bukan-bukan dan melebih-lebih. Selain itu, warga tua kadangkala membutakan mata dan memekakkan telinga tentang penderaan yang dilakukan ke atas mereka terutamanya oleh anak mereka sendiri kerana malu dan kesian terhadap anak sendiri. Penulis juga menerangkan peranan rumah dimana dalam isu penderaan dan pengabaian warga tua, rumah bukanlah lagi satu tempat yang selamat bagi sesetengah insan kerana rumah adalah tempat berlakunya jenayah dalam keluarga. Penulis memberikan satu situasi dimana seorang anak lelaki telah dihukum penjara selama empat bulan kerana memukul ayahnya dengan kerusi dengan alasan bapanya sering mabuk dan marah-marah. Dalam jurnal yang saya gunakan sebagai bahan utama ulasan, penulis turut menyentuh berkenaan faktor atau punca penderaan dan pengabaian warga tua secara ringkas dimana punca yang selalu menjadi bualan ramai adalah perangai warga tua itu sendiri. Penulis turut menyatakan kajian perubatan di Jepun mendapati penderaan dan pengabaian berpunca daripada kemiskinan dan juga ketagihan alkohol. Selain itu, keadaan kesihatan warga tua, kelakuan mereka, budaya yang menbenarkan penderaan dan pengabaian, dan pertelingkahan antara warga tua dan pendera mereka juga boleh menjadi faktor penyumbang yang membawa kepada penderaan dan pengabaian ke atas warga tua. Penulis turut menyatakan peendapatnya iaitu, “Walau apapun alas an yang diberikan tentang punca berlakunya perbuatan jenayah ini, kejadian penderaan warga tua sukar untuk diterima kerana budaya masyarakat timur ini sentiasa menghormati orang tua.” Perbincangan seterusnya dalam jurnal ini yang diketengahkan oleh penulis adalah kerangka undang-undang perlindungan warga tua di Malaysia. Sungguhpun masyarakat Malaysia masih berpegang pada konsep filial piety atau ketaatan kepada orang tua, penderaan dan pengabaian terhadap warga tua masih berlaku dan kebanyakan hanya berdiam diri dan 5

memilih untuk tidak ambil kisah soal isu ini. Jika melibatkan isu penderaan warga tua, undangundang yang digunakan di Malaysia bagi menegakkan nasib mereka adalah Akta Keganasan Rumahtangga (Akta 521) iaitu akta sama yang digunakan untuk kes-kes penderaan terhadap wanita. Penderaan dan pengabaian ke atas warga tua diidentitikan sebagai salah satu perbuatan jenayah dalam keluarga dan boleh dibahagikan kepada penderaan domestik dan penderaan institusi. Pada awalnya, isu penderaan ke atas warga tua ini hanya dikategorikan dalam masalah sosial namun sejak dekad ini telah banyak kes-kes yang melibatkan penderaan warga tua menyebabkan ia dikira sebagai perbuatan jenayah. Seperti mangsa-mangsa jenayah lain, warga tua turut diperuntukkan remedi dari Akta 521, antaranya adalah Perintah Perlindungan Sementara yang berfungsi untuk mencegah pendera daripada terus mencederakan mangsa, Perintah Perlindungan, pampasan, kaunseling dan beberapa perintah lain. Walau bagaimanapun, remedi tersebut hanya diperuntukkan untuk mangsa penderaan yang dicederakan oleh pendera tetatpi tidak untuk mangsa penderaan dari segi emosi/psikologikal atau penderaan dari segi kewangan. Selain itu, isu pengabaian warga tua juga tidak diperuntukkan untuk mendapat remedi ini kerana Akta 521 telah menjelaskan untuk melindungi warga tua yang diabaikan. Masalah utama yang diketengahkan oleh penulis dalam isu ini yang menjurus kepada pertanyaan kenapa isu penderaan dan pengabaian warga tua sukar untuk dikenal pasti adalah disebabkan mangsa bimbang tindak balas pendera, malu dan tidak percaya kepada sistem perlindungan yang sedia ada, kebergantungan kepada penderaan, dan kejahilan tentang perkhidmatan sokongan yang disediakan. Penulis turut menyatakan pihak kerajaan seharusnya menyediakan satu medium untuk mangsa melaporkan kes penderaan yang berlaku ke atas mereka. Beberapa pengkaji berpendapat bahawa salah satu perkara asas yang seharusnya dan wajib ada dalam undang-undang adalah keperluan untuk melaporkan. Akhir sekali, penulis meluahkan rasa kekecewaan terhadap isu penderaan dan pengabaian ke atas warga tua yang semakin menular di negara kita kerana Malaysia yang terkenal dengan negara yang mengangkat budaya saling menghormati dan menyanjungi tidak kira tua dan muda namun isu sebegini sangat membimbangkan pada abad ini.

6

3.0

PANDANGAN BERKENAAN PENDERAAN DAN PENGABAIAN WARGA

TUA Isu penderaan dan pengabaian terhadap warga tua di Malaysia bukanlah satu isu yang harus dipandang biasa oleh masyarakat kita. Warga tua adalah golongan insan yang wajib dilindungi, dihormati dan disayangi bukan diperlakukan seperti didera dan diabaikan. Malaysia adalah sebuah negara yang dijangkakan bakal mengalami era peningkatan jumlah warga tua. Menurut Abdul Aziz et al. (2001), situasi peningkatan warga emas adalah disebabkan oleh pertambahan jangka hayat warga emas akibat daripada terdapatnya kemudahan bantuan perubatan, kesedaran penjagaan pemakanan dan kesihatan, kaedah rawatan yang semakin canggih serta kemajuan dalam teknologi perubatan semakin meningkat (Noraini Che’ Sharif et al., 2015). Apa yang menjadi satu pucuk kebimbangan masyarakat sekarang adalah generasi masakini kurang pendedahan dengan lebih dalam berkenaan penjagaan warga tua dan kesedaran

mereka

terhadap

keburukan

penderaan

dan

pengabaian

itu

tidak

memberangsangkan. Kurangnya pendedahan atau pendidikan yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya generasi muda sekarang berkenaan penghargaan yang patut diberikan kepada warga tua dan cara-cara penjagaan yang terbaik untuk mereka. Satu stigma masyarakat yang menebal pada masa kini dan harus dikikis adalah tanggapan mereka berkenaan budaya menghantar warga tua ke pusat jagaan. Pusat jagaan untuk warga tua adalah baik untuk mereka kerana kebanyakan pusat jagaan menyediakan perkhidmatan yang menjurus kepada kebaikan dan membawa kepada kesihatan untuk warga tua. Contohnya, aktiviti terapi yang dikendalikan oleh pakar terapi, aktiviti seni yang mampu mengembalikan dan menguatkan ingatan mereka. Selain itu mereka juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru untuk berkongsi cerita. Adalah salah

apabila anak-anak yang

menghantar ibu bapa mereka yang sudah lanjut usia atas faktor ingin mengabaikan dan tidak lagi menjenguk mereka di pusat jagaan warga tua. 3.1

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Penderaan dan pengabaian warga tua bukanlah satu isu yang baru tetapi isu ini sering

ditutupi kerana kononnya tidak sehebat isu penderaan dan eksploitasi ke atas kanak-kanak dan wanita. Kerajaan Malaysia seharusnya menggubal satu undang-undang yang melindungi secara khas untuk isu-isu penderaan dan pengabaian ke atas warga tua secara keseluruhan. Seperti yang diterangkan dalam jurnal yang saya gunakan untuk bahan utama, undang-undang yang 7

digunapakai untuk isu penderaan warga tua adalah Akta 521 iaitu undang-undang keganasan rumahtangga. Walau bagaimanapun undang-undang ini terbatas untuk melindungi warga tua yang didera secara fizikal dan tidak kepada mangsa yang didera secara emosi atau kewangan dan pengabaian warga tua. Undang-undang yang khas untuk melindungi warga tua seharusnya meliputi pelbagai bentuk penderaan dan pengabaian secara keseluruhannya. Pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan haruslah mempromosikan kempen kesedaran yang berbentuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat khususnya generasi masakini dan akan datang mengenai penjagaan khusus warga tua dan mengajar untuk menghargai warga tua. Kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat berkenaan isu ini mampu untuk membanteras kes penderaan dan pengabaian ke atas warga tua agar tidak terus menerus menular hari demi hari. 3.2

PERANAN PEKERJA SOSIAL

Advokasi dan Fasilitator Lipsky (1980) mendefinisikan bahawa orang yang menyokong mesti menggunakan pengetahuan, kemahiran mereka dan kedudukan untuk mendapatkan rawatan klien yang terbaik atau kedudukan selaras dengan kekangan perkhidmatan (Kinney, 2012). Pekerja sosial berperanan dalam memberi pengetahuan kepada penjaga-penjaga warga tua mengenai caracara penjagaan yang baik untuk warga tua. Contohnya, bagi kes warga tua yang mengalami demensia atau sebagainya, pekerja sosial boleh menyalurkan penjaga-penjaga kepada seorang yang pakar untuk mengendalikan warga tua yang mengalami masalah ingatan. Broker dan Initiator Pekerja sosial berperanan sebagai orang tengah yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam berkomunikasi untuk mencadangkan dan mengutarakan penyelesaian masalah dan memberi pendapat profesional berkenaan penderaan dan pengabaian ke atas warga tua. Menurut Dwiyantri (2013), pekerja sosial juga berupaya membentuk jaringan kerja dengan perkhidmatan organisasi sosial untuk mengawal kualiti perkhidmatannya. Penghubung (Mediator) Pekerja perkhidmatan sosial bertanggungjawan melaporkan dengan segera ketika situasi penderaan atau pengabaian berlaku kepada pihak atasan atau pihak berwajib (Perin &

8

Polowy, 1993). Pekerja sosial penting peranannya dalam mengurangkan tekanan dan stres yang dialami oleh keluarga atau warga tua itu sendiri. 3.3

PEMAHAMAN BERKENAAN NATURE KEHIDUPAN WARGA TUA Warga tua merupakan golongan insan yang sudah banyak menempuhi pengalaman

pahit manis kehidupan. Usia-usia tua mereka adalah waktu untuk mereka merasai nikmat untuk berehat, bersenang-senang dan berbahagia. Menurut Amran Hassan et al. (2013), warga tua berisiko mengalami kesunyian kerana kehilangan dan perubahan fizikal dan penyakit kronik boleh meningkatkan lagi risiko kesunyian dalam kalangan warga tua. Pengabaian yang berterusan menyebabkan gangguan emosi ke atas warga tua kerana mereka kurang diberi perhatian dan kurang menerima kasih sayang dari orang yang mereka harapkan dan ini juga dikenali sebagai penderaan berbentuk emosi. Kesunyian wujud apabila individu berasa tidak kepunyaan, tidak dihargai dan tidak diambil berat oleh individu yang lain dalam hidupnya, mengalami kesakitan dalaman (jiwa), dan kekurangan perhubungan sosial dengan orang lain (Smith, 2009; Amran Hassan et al., 2013). 3.4

BADAN BUKAN KERAJAAN YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN

UNTUK WARGA TUA Badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan untuk warga tua salah satunya di Malaysia adalah Rumah Jagaan Husna Ar-Rashid yang ditubuhkan pada Mei 2012. Rumah jagaan ini menetapkan matlamatnya yang dicapai iaitu menyediakan perkhidmatan penjagaan unggul kepada warga emas berpaksikan lima objektif yang ditetapkan. Lima objektif tersebut adalah: 1. Penjagaan keperluan asas kehidupan penginapan dan sajian harian dan bulanan 2. Menyediakan perkhidmatan rawatan susulan dan penjagaan kesihatan. 3. Menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala dan apabila diperlukan. 4. Mengatur keperluan pengangkutan bagi temujanji pakar serta lawatan berkumpulan. 5. Memberikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan atas panggilan. Rumah jagaan ini menyediakan perkhidmatan seperti penyediaan fasiliti untuk memudahkan pergerakan warga tua dan aktiviti riadah bagi mengisi masa lapang mereka. Rumah jagaan ini menerima warga tua yang tinggal untuk sementara dan 9

juga yang tinggal tetap bagi warga tua yang sudah tiada waris untuk menjaga mereka. Rumah jagaan ini turut tidak menerima sebarang lawatan dari orang luar sama ada membuat aktiviti bersama warga tua atau mengadakan sebarang majlis. Lawatan hanya dibenarkan untuk pihak berwajib sahaja seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau waris-waris warga tua. Selain itu, Rumah Jagaan Husna tidak menerima sebarang sumbangan dari mana-mana pihak dan segala perbelanjaan untuk warga tua bergantung sepenuhnya daripada yuran yang dibayar oleh waris-waris warga tua. 3.5

BADAN KERAJAAN YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK

WARGA TUA Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut terletak di dalam daerah Papar merupakan sebuah pusat jagaan warga tua badan kerajaan dibawa pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Awam dan mula beroperasi pada 4 Februari 1994. Tujuan penubuhan pusat jagaan ini adalah untuk memberikan penjagaan dan perlindungan kepada warga tua yang tidak mempunyai pendapatan, tempat tinggal dan anak yang tidak sanggup menyara kehidupan mereka. Rumah Warga Tua Sri Pritchard merupakan sebuah pusat jagaan yang terbaik bukan sahaja di Malaysia malah di Asia juga. Pusat jagaan ini berada di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) untuk tujuan mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan pusat-pusat jagaan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut, Sabah merupakan sebuah institusi kebajikan yang mempunyai objektif utama dalam memberi penjagaan dan perlindungan penuh kepada warga tua yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung kehidupan sendiri oleh sebab tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan. Selain itu, menyediakan institusi dan persekitaran yang kondusif sebagai tanda penghargaan bagi memberi peluang kepada warga tua menua secara aktif, produktif dan sihat juga merupakan salah satu objektif pusat jagaan ini. Pusat jagaan ini turut menetapkan objektif lain iaitu mewujudkan kemahiran dalam pemerhatian tingkah laku warga ...


Similar Free PDFs