Peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi PDF

Title Peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi
Course Science and Technology in Islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 7
File Size 123.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 249
Total Views 277

Summary

Peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumiKita sebagai muslim perlulah berperanan sebagai khalifah Allah dengan menyangjungkan Al Quransebagai sumber utama dalam rujukan harian contohnya, kita perlulah berusaha untukmemahami tafsir Al quran kerana isi yang terkandung di dalamnya adalah...


Description

Peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi Kita sebagai muslim perlulah berperanan sebagai khalifah Allah dengan menyangjungkan Al Quran sebagai sumber utama dalam rujukan harian.Sebagai contohnya, kita perlulah berusaha untuk memahami tafsir Al quran kerana isi yang terkandung di dalamnya adalah sesuatu aset terpenting dalam kehidupan seseorang muslim yang inginkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah Ta’ala : “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi”,mereka berkata : “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa berstasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?”.Tuhan berfirman : “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS. 2 Al-Baqarah : 30) Dengan itu, wujudnya manusia yang pertama iaitu Adam,bapa kepada manusia.Menurut Al Quran, Adam adalah manusia pertama dari mana generasi manusia dimulai. Allah mencipta manusia melalui pelbagai generasi sebagaimana yang telah diterangkan di dalam Al Quran bahawa ada suatu generasi dimana manusia belum pernah disebut sebut yakni belum wujud. Sebagaimana firman Allah Ta’ala : “Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut ? ”. (QS. 76 Al-Insaan : 1) Tambahan lagi, khalifah didefinisikan sebagai pengganti. Menurut sebahagian ulama, terdapat kaum yang wujud sebelum kelahiran zaman Adam iaitu sekelompok makhluk yang disebut al-jinn , alhinn dan para malaikat. Ringkasannya, Adam a.s adalah khalifah yang menggantikan kaum sebelumnya dan peristiwa yang terjadi sebelum zaman Adam a.s hanya diketahui oleh Allah Ta’ala sahaja.Ini kerana kita tidak diizinkan untuk menyelidik secara mendalam. Al Quran menyebut bahawa malaikat adalah utusan Allah yang selalu tunduk, tidak pernah menentang perintah-Nya dan selalu patuh menjalankan apa mereka diperintahkan.Malaikat tidak yakin dengan kelahiran khalifah ini, lalu para malaikat telah menguji dan menggoda Adam supaya berbuat derhaka untuk menguji mentalnya. Secara ringkasnya, manusia diciptakan supaya hidup di bumi ini dan bertanggungjawab memangku jawatan khalifah Allah. Tanggungjawab yang harus dilakukan oleh khalifah Allah meliputi 4 aspek iaitu diri individu, keluarga, masyarakat dan alam sekitar. Dari segi individu, khalifah perlulah menuntut ilmu pengetahuan (QS. Al-Nahl : 43) ini kerana manusia adalah mahkluk yang perlu dididik dan diajar suapaya dapat menyebarkan ilmu tersebut kepada khalifah seterusnya dan berkembang dari generasi ke generasi yang lain. Manusia sebagai khalifah Allah juga perlulah menjaga dan memelihara diri dari segala perkara yang boleh menimbulkan bahaya dan kesengsaraan (QS. Al-Tahrim : 6 ) iaitu dengan menjaga kesihatan fizikal diri dengan memakan makanan yang halal dan berkhasiat . Seterusnnya, manusia perlu menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Dari segi keluarga, manusia perlu membentuk rumah tangga yang bahagia dan sejahtera atau keluarga sakinah, mawaddah dan wa rahmah / cinta kasih (QS. ar-Rum : 21) dengan mengetahui hak dan kewajipannya sebagai suami isteri atau ibu bapa dalam rumah tangga.

Dari segi masyarakat pula,manusia perlulah mewujudkan persatuan dan kesatuan umat (Q.S alHujurat : 10 dan 13, al-Anfal : 46 ) dengan saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan (Q.S al-Maidah : 2) sebagai contohnya, gotong-royong, mesyuarat rukun tetangga dan sebagainya. Khalifah Allah juga seharusnya menegakkan keadilan dalam masyarakat (Q.S al-Nisa : 135 ) dengan mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar.Selain itu, berlaku baik terhadap golongan masyarakat yang lemah, termasuk kepada para fakir miskin serta anak yatim (Q.S al Taubah : 60, al Nisa’ : 2), orang yang cacat tubuh , orang yang berada di bawah penguasaan orang lain iaitu hamba. Dari segi alam sekitar pula, manusia sewajarnya menggunakan sumber semula jadi dengan sebaik baiknya seperti berbakti kepada tanah , sehingga dapay menghasilkan sesuatu yang mengnutngkan dan bermanfaat bagi hidup manusia. Seterusnya, dengan menyangi alam sekitar seperti tidak merosakkan alam sekitar agar tidak menimbulkan malapetaka yang dapat membinasakan seseorang manusia itu. Sebagai contoh pembalakan haram yang menghasilakn bencana seperti tanah runtuh , banjir dan sebagainya. Secara konklusinya manusia diciptakan sebagai khalifah bukan untuk berkehidupan seperti para malaikat yang bertugas hanya untuk me-Maha Sucikan Allah, akan tetapi manusia diciptakan supaya hidup di bumi ini dan memangku jawatan sebagai khalifah Allah. Kebajikan yang melulu bersifat Jabbari seperti kebajikan yang dilakukan oleh para malaikat yang bukan hasil dari usaha dan pilihan sendiri berdasarkan akal dan ilmu, tidak menujukkan bahawa mereka layak mendukung jawatan sebagai khalifah yang merupakan pengganti mereka.

Sebab- sebab Al Quran diturunkan kepada manusia

Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Allah, Tuhan seluruh semesta alam yang menurunkan Quran untuk panduan hamba hambanya iaitu menerangkan satu per satu perkara dalam beberapa surah yang berlainan dengan cara yang pelbagai.Ini menunjukkan kebijaksanaan Allah dalam menyampaikan peringatan dan pimpinan agar manusia tidak jemu membaca dan mentafsirkan isi yang terkandung di dalam Al Quran. Keadaan yang demikian merupakan keistimewaan susunan kitab Quran dan ia benar-benar sesuatu mukjizat yang tidak boleh ditentang dari zaman dahulu sehinggalah sekarang. Menurut ayat-ayat yang dibaca oleh Umar bin Khattab R.A dari surah Thaha, Quran pada umumnya menggunakan Bahasa pertuturan Arab Quraisy tetapi perkataan thaha bukanlah perkataan Quraisy.Di dalam Bahasa suku Uki, perkataan itu digunakan dengan pengertian “wahai manusia” dan dalam Bahasa suku Suryani pula, perkataan itu diertikan sebagai “wahai lelaki” tidaklah kami turunkan Quran kepadamu untuk menyusahkan, sebenarnya adalah peringatan bagi sesiapa yang gentar .Diturukan dari pencipta Bumi dan Langit-langit yang tinggi. Yang pemurah bersemayam di “arasy” kepunyaanNya segala apa yang ada di langit-langit dan di Bumi, dan segala yang ada di antara keduadua langit dan di Bumi dan juga yang ada di bawah Bumi .Dan sekiranya anda nyaringkan perkataan seperti doa sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang lebih tersembunyi. Allah,tidak ada sebarang Tuhan yang lain, melainkan Dia. KepunyaanNya segala nama-nama yang baik . (Q 20 : 1-8 )

Namun begitu telah jelas dinyatakan di dalam Al Quran sebab-sebab Al Quran telah diturunkan di muka Bumi ini. Antaranya ialah, untuk memberi petunjuk kepada orang yang mahu bertaqwa menuju ke jalan yang benar dan lurus iaitu jalan Allah S.W.T . Sejarah Arab dan kerasulan Muhammad S.A.W. cukup jelas menceritakan bagaimana Arab sebelum Islam, dan berlaku perubahan mendadak dalam tempoh 23 tahun setelah dipimpin secara lansung oleh Muhammad Bin Abdullah, pesuruh atau utusan dari kalangan manusia keturunan Adam. Firman Allah Ta’ala : ‫ب ۛ فِي ِه ۛ ُهدًى لّْل ُمتّقِي َن‬ َ ْ‫ك الْ ِكتَابُ َل َري‬.َ “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, 2:2)

Selain itu, Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia untuk membezakan baik buruk sesuatu perkara. Sebagai contoh , Al Quran mengajar seseorang erti halal dan haram, berpuasa, solat dan sebagainya. Malah menjelaskan juga kesan dan hikmah jika kita mengamalkannya. Sebagai contohnya makanan yang halal dan berkhasiat dapat menyihatkan tubuh badan kita manakala makanan yang haram pula boleh mendatangkan penyakit yang memudaratkan seperti arak , khinzir dan sebagainya.

Firman Allah Ta’ala : َ ‫َش ْه ُر َر َم‬ ٰ ‫بين ٍَات ّم َن ْال ُهد‬ َ ‫ض‬ ‫ان‬ َّ‫اسَ و‬ ِ ّ‫ان ال ّذِيُ أنزِ َل فِي ِه الْقُ ْر ُآن ُهدًىّ لن‬ ِ ‫َى َوالُْف ْر َق‬ “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan AlQuran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, 2:185)

Di samping itu, Al Quran diturunkan untuk membimbing manusia yang telah sesat keluar daripada kegelapan dan kembali menuju ke jalan Allah. Manusia yang sudah terpesong memerlukan bimbingan yang secukupnya bagi mereka untuk insaf.Al Quran dapat menjelaskan kepada mereka erti kehidupan yang sebenar dengan memberitahu perkara yang dilarang di dalam Islam.Sebagai contohnya, berzina, tidak menutup aurat,minum arak dan sebagainya. Firman Allah ta’ala : ّ ‫بَ ُلالسَّ لم َويُ ْخ ِر ُج ُهم ّم َن‬ ّ ‫الظلُم َ ِات َِإلى ال‬ ْ ‫َي ْهدِي ب ِ ِه الُّ َم ِن ّاتبَ َع ِر‬ ٍ ‫ص َر‬ ِ ‫ِيهمْ إَِل ٰى‬ ‫ضَ اونَُهُس‬ ِ ‫ن ِوربِإِْذ‬ ْ ‫اط ّم‬ ِ ‫نه َوَي ْه د‬ ٍ‫ستَقِيم‬ ِ “Dengan (Al-Quran) itu ALLAH menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNYA, dan (dengannya) TUHAN keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNYA; dan (dengannya juga) TUHAN menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah al-Ma’idah, 5:16)

Al Quran juga diturunkan sebagai penawar kepada penyakit hati,nasihat dan pengajaran buat manusia di dalam kehidupan seharian mereka. Al Quran dapat menenangkan manusia yang sedang berada di dalam kemarahan. Nasihat yang dijelaskan berbentuk seperti janganlah mengumpat , erti kesabaran dan segala penyelesaian masalah yang berkaitan di dalam kehidupan manusia. Firman Allah Ta’ala : َ ‫اس قَ ْد َج ا َء ْتُكم ّموْ ع‬ ّ ‫َيا أَيَّ اه ال‬ ‫ِظةٌ ّمنّ ر‬ ‫ُور َو ُهدًى َو َر ْحمَ ٌة لّلُْمْؤ ِمنِي َن‬ ُ ‫ن‬ ّ ‫بُّكمْ َو ِشفَا ٌء لّم َ ا فِي‬ ِ ‫الصد‬ “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus, 10:57) ٰ ‫اب‬ ِ ‫ب ِه َولَِيْعلَمُ واَ أنّ َما ُه َو إَِٰل ٌه َو‬ َُ ‫اس َوُلِي‬ َ ‫احٌد َولِيَ ّذ ّك َر أُول ُو ْ َالل‬ ِ ‫ب‬ ِ ‫نذروا‬ ِ ‫ََهاذب ََل ٌغّ ل ّن‬ “(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi peringatan dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf” (Surah Ibrahim, 14:52)

Kelebihan mengamalkan Al Quran kepada manusia

Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ‫ ألم‬itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Riwayat al-Timrmizi (2910)) Berdasarkan dari sabda di atas ternyata lah bahawa Al Quran memberi banyak kelebihan kepada manusia yang mengamalkannya.Kita sewajarnya membaca Al Quran setiap hari jika diberi kesempatan masa atau mengisi masa lapang dengan membaca Al Quran untuk mendapat keberkatan di dalam kehidupan.Kurangkanlah pembaziran masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah kerana perbuatan itu hanya mendatangkan sia-sia sahaja. Antara kelebihan mengamalkan Al Quran ialah :1.Mendapat keberkatan di dalam hidup dan mendapat syafaat di akhirat kelak Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim) Menurut daripada hadis di atas, mereka yang mengamalkan Al Quran akan diberi syafaat pada hari kiamat.Ini kerana pada hari kiamatlah segala amalan dan perbuatan kita akan dihitung.Jika kita membuat amalan kebaikan, kita diberi jabinan yang terbaik oleh Allah S.W.T. iaitu syurga yang indah. 2.Al Quran dapat menjadi pembela untuk mempertahankan diri pada hari kiamat Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadith Nawwas bin Sam’an ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253) Menurut hadis berikut, jika kita membaca dan mengamalkan apa yang dihujahkan di dalam Al Quran ,kita akan dipertahankan di hari kiamat.Sebelum mengamalkannya, individu tersebut perlulah memahami maksud yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam kitab ini.Sebagai contoh, tafsir dan kaji dahulu sebelum mengamalkan sesuatu, kemudian sebarkan ilmu tersebut kepada muslim seterusnya kerana sebaik baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan Al Quran kepada muslim yang lain . Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari) 3.Selain itu,individu tersebut dapat pahala dua kali ganda sekiranya ayat tersebut sukar untuk disebut. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Walaubagaimanapun, kita perlulah sedaya upaya belajar untuk memperbetulkan ayat yang sukar dibaca itu untuk mengelakkan daripada salah maksud dan sebagainya yang bimbang akan ditolak ganjaran pahala.Oleh itu,perlulah individu tersebut belajar tajwid dengan tepat dan betul supaya dapat mengelakkan daripada berlaku perkara sebegini.

4. Martabatnya / pangkatnya diangkat oleh Allah S.W.T. Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab AlQuran”. (Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

Perkara ini dapat membuatkan individu tersebut dipandang tinggi oleh masyarakat dan menjadi contoh yang terbaik untuk mereka menuju ke jalan yang benar. 5.Al Quran dapat memberi ketenangan jiwa kepada pembaca Daripada Barra’ bin ‘Azib r.a. telah melaporkan: “Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran”. (Hadith Barra’ r.a. bin ‘Azib r.a. ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, No hadith 5011) Ringkasannya, jika seseorang itu mengalami kemurungan dan rasa tidak tenteram , Al Quran dapat menjadikan penawar penyakit tersebut.Kita juga perlu memperbetulkan niat sebelum membaca supaya amalan tersebut diterima olehNya.Disarankan juga kepada individu yang menagalami kemurungan untuk download aplikasi yang berkaitan Al Quran supaya mereka dapat menghayatinya di mana-mana sahaja mereka berada.Dengan cara itu juga, individu dapat mendengar bacaan yang betul dan pada masa yang sama dapat membuatkan teringat ayat-ayat suci itu dalam hati. 6.Mendapat kelebihan dan manfaat yang lebih apabila berdoa selepas membaca Al Quran Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan) antara waktu yang dianggap sebagai mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T ialah selepas khatam al-Quran. Hal ini dianggap sebagai salah satu bentuk tawassul dengan amal salih. Tsabit bin Qais R.A berkata:

‫َعا لَ ُهْم‬ َ ‫َم الُْق ْر‬ ٌ ‫َكا َنَ أن‬ َ ‫بْيتِ ِه فَد‬ َ ‫آن َجمَ َع َولََدهُ َوأَ َهَل‬ َ‫َس إَِذا َخت‬

Maksudnya: Adalah Anas apabila mengkhatamkan al-Quran, beliau menghimpunkan anaknya dan ahli keluarganya di rumah beliau kemudian berdoa bagi mereka. Kesimpulannya, doa selepas membaca Al Quran adalah alat terbaik untuk memudahkan kita mendapat petunjuk dan keberkatan dari Allah S.W.T ....


Similar Free PDFs