Perayaan Thaipusam DOC

Title Perayaan Thaipusam
Author Shaminiy Kumar
Pages 11
File Size 598 KB
File Type DOC
Total Downloads 330
Total Views 717

Summary

1.0 PENGENALAN Thaipusam merupakan perayaan agama yang paling popular dalam kalangan orang India. Perayaan ini merupakan suatu perayaan yang berpusatkan kuil-kuil Dewa Muruga atau Dewa Subramaniam. Perayaan Thaipusam disambut pada malam hari bulan purnama, iaitu dalam bulan Thai (Januari hingga Febr...


Description

1.0 PENGENALAN Thaipusam merupakan perayaan agama yang paling popular dalam kalangan orang India. Perayaan ini merupakan suatu perayaan yang berpusatkan kuil-kuil Dewa Muruga atau Dewa Subramaniam. Perayaan Thaipusam disambut pada malam hari bulan purnama, iaitu dalam bulan Thai (Januari hingga Februari) menurut kalendar Tamil. Sewaktu bulan purnama ia melintasi bintang bersinar yang bernama Pusam. Selalunya perayaan ini akan jatuh pada minggu terakhir bulan Januari atau minggu pertama bulan Februari. Biasanya hari Thaipisam ini disambut selama tiga hari atau empat hari. Perkataan Thaipusam adalah gabungan dua perkataan, iaitu Thai nama bulan dalam kalendar Tamil dan Pusam nama sebuah bintang yang mengufuk dan paling terang pada hari Thaipusam. Sambutan Thaipusam juga dipanggil "Kartikeya Thaipusam" iaitu untuk memohan keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai "Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha". Perayaan ini sebagai tanda memperingati peristiwa penganugerahan vel oleh Dewi Parvati kepada Dewa Murugan untuk menghapuskan raksasa bernama Soorapadman. Dewi Parvati ada kaitannya dengan istilah Ibu Pertiwi, penganut Hindu percaya bahawa Dewi Parvati juga adalah Dewi Bumi. Seterusnya terdapat laungan popular Thaipusam iaitu "Murugan'ku arogara!" yang disambut dengan laungan "vel vel vetri vel", bermaksud Murugan menerima anugerah iaitu senjata vel atau lembing yang berjaya. Perkara ini juga turut menjelaskan mengapa perarakan vel Thaipusam bermula di Kuil Seri Maha Mariaman (nama lain untuk Dewi Parvati) ke Kuil Batu Caves (Kuil Murugan). Pada hari ini Vel menjadi simbol senjata memerangi kezaliman, dan ketidakparwaan. Dewa Murugan adalah dewa khusus bagi ras Tamil yang berasal dari India Selatan. Juga dikenali dengan nama Skanda, dewa ini dianggap sebagai dewa penjaga orang Tamil. Disebabkan kepercayaan itu, Murugan tidak popular sebagai dewa utama dan jarang dikenalpasti oleh penganut Hindu bukan Tamil. Walaubagaimana pun sejak dua dekad yang lepas populariti Dewa Murugan terus memecah tembok-tembok perkauman. Pada hari ini, penganut Dewa Murugan terdiri daripada pelbagai lapisan etnik India, Cina, Siam dan juga bangsa Eropah.1 Sekiranya diperhatikan dengan lebih teliti, maka dapat melihat bahawa kebanyakkan dewa-dewi agama Tao mempunyai persamaan dengan dewa-dewi Hindu. Selaras dengan itu, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa mengalami 1 Taha Abdul Kadir, Hari Perayaan Penduduk Malaysia (Kuala Lumpur: Pelanduk Publicatinn, 1985), 47. 1...


Similar Free PDFs