Peristiwa Sejarah Nabi Berlaku di Bulan Ramadhan PDF

Title Peristiwa Sejarah Nabi Berlaku di Bulan Ramadhan
Author Syihabudin Ahmad
Pages 33
File Size 3.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 494
Total Views 618

Summary

Peristiwa-Peristiwa Sirah Nabi Muhammad Yang Berlaku Pada Bulan Ramadhan     1 Metodologi Kajian ‫ والصاة والسام على سيدنا محمد بن‬.‫الحمد ه رب العالمين الذي أنزل على عبد الكتاب ليكون للعالمين نذيرا‬ ‫عبد اه الذي أرسله اه تعالى رحمة لل اس وآتا الحكمة وجوامع الكلم وعلمه ما لم يكن يعلم وكان فضل ا...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Peristiwa Sejarah Nabi Berlaku di Bulan Ramadhan Syihabudin Ahmad

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Pendekat an Tahaluf Siyasi dalam Ekonomi Polit ik Islam oleh Mohd Syakir Mohd Rosdi Dr. Mohd Syakir Mohd Rosdi

SYI'AH DI SELANGOR MOHD HAIDHAR BIN KAMARZAMAN Dr. Mohd Haidhar Kamarzaman Shafiyurrahman al Mubarakfury Sirah Nabawiyah Dimas Alghifari

Peristiwa-Peristiwa

Sirah Nabi Muhammad Yang Berlaku Pada Bulan Ramadhan

   

1

Metodologi Kajian ‫ والصاة والسام على سيدنا محمد بن‬.‫الحمد ه رب العالمين الذي أنزل على عبد الكتاب ليكون للعالمين نذيرا‬

‫عبد اه الذي أرسله اه تعالى رحمة لل اس وآتا الحكمة وجوامع الكلم وعلمه ما لم يكن يعلم وكان فضل اه عليه‬

،‫عظيما وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين‬ ،‫أما بعد‬

Tujuan mempelajari sirah Nabi Muhammad ᤖialah untuk mendapatkan gambaran kehidupan Islam yang sebenar yang terkumpul di dalam kehidupan Nabi Muhammad ᤖ.1Seterusnya menjadikan ia sebagai teladan dan pedoman dalam kehidupan. Ia bukan semata-mata sejarah sepertimana sejarah orang-orang terdahulu. Ia tidak boleh dipelajari sepertimana membaca buku-buku sejarah lain seperti sejarah Melaka, penubuhan negara Malaysia, asal usul orang Amerika dan lain-lain. Bagi menggapai tujuan yang telah dinyatakan, kita hendaklah memastikan segala objektif yang disebutkan di bawah dimiliki terlebih dahulu. Antara objektif tersebut ialah: ᬚ Mendalami peribadi Nabi Muhammad ᤖsebagai seorang nabi yang mendepani segala ranjau kehidupan dan suasana zamannya. Beliau adalah seorang nabi. Kebijakkan beliau dalam menghadapi kehidupan adalah wahyu daripada Allah ᤗ. ᬛ Manusia hendaklah menjadikan Nabi Muhammad ᤖsebagai seorang ikon ikutan dalam seluruh aspek kehidupan. Baginda ᤖhendaklah menjadi contoh teladan yang tertinggi dalam segala aspek. Dalam erti kata yang mudah, manusia suka apa yang Nabi suka, benci apa yang Nabi benci, sedih sepertimana Nabi sedih, marah pada apa yang Nabi marah. ᬜ Dengan mempelajari sirah Nabi, umat Islam akan lebih memahami tuntutan-tuntutan alQuran sehingga merasai manisnya roh agama dan maqasidnya. Demikian itu kerana banyak ayat-ayat al-Quran diturunkan kerana peristiwa yang berlaku pada Nabi Muhamad ᤖ. Kajian ini akan mengambil urutan kisah yang disusun oleh Syeikh Sofiyurrahman alMubarakfuri di dalam kitab beliau, Ar-Rahiq al-Makhtum yang diterjemahkan dan diterbitkan oleh syarikat Kemilau Publika SDN BHD. Kajian ini juga mengkhususkan tarikh Ramadhan sebagai perbahasan utama. Semoga Allah menjadikan amalan ini sebagian daripada hujah yang baik buat saya dan keluarga di akhirat nanti. ___________ Syihabudin Ahmad, Sungai Buloh, Selangor 24 Sya`ban 1436H 11 Jun 2015

1[1]

Fiqh as-Sirah an-Nabawiyah, Said Ramadhan al-Bouti, Darus Salam, Kaherah, 2010. Ms: 15. 2

ISI KANDUNGAN Metodologi Kajian ................................................................................................................................... 2 Peristiwa 1: Beruzlah di gua Hira’ ........................................................................................................... 4 Peristiwa 2: Menerima Wahyu ............................................................................................................... 6 Peristiwa 3: Kali Pertama Orang Quraisy Mendengar Ayat al-Quran ..................................................... 8 Peristiwa 4: Kematian Abu Talib dan Khadijah ..................................................................................... 12 Peristiwa 5: Israk Mikraj Berlaku- Ini satu pendapat ............................................................................ 15 Peristiwa 6: Pasukan Perang (Sariyah) Pertama Menjalankan Misi ..................................................... 17 Peristiwa 7: Rasulullah Berehat Sebelum Perang Badar ....................................................................... 18 Peristiwa 8: Diwajibkan Puasa Ramadhan, Zakat Fitrah dan beberapa Isu peperangan ...................... 19 Peristiwa 9: Pasukan Tentera Abu Bakar di utus Selepas Perang Bani Quraizah/Muraisi`................... 20 Peristiwa 10: Pasukan Abu Qatadah Dihantar Pada Permulaan Bibit Fathul Mekah ........................... 21 Peristiwa 11: Tentera Islam Menuju Mekah ......................................................................................... 23 Peristiwa 12: Rasulullah bertolak keluar dari Mar az-Zahran ............................................................... 25 Peristiwa 13: Mengutuskan Tentera Untuk Teruskan Misi Jihad ......................................................... 26 Peristiwa 14: Pulang Dari Peperangan Tabuk ....................................................................................... 27 Peristiwa 15: Menerima Utusan dari Tsaqif Yang Masuk islam ............................................................ 27 Peristiwa 16: Iktikaf Terakhir Rasulullah ............................................................................................... 31

3

Peristiwa 1: Beruzlah di gua Hira’ Muka surat : 74 & 75 Tarikh : Setiap Ramadhan 3 tahun sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul. Catatan: Ketika umur Baginda mendekati 40 tahun dan tatkala pelbagai renungan yang dilakukannya telah membentangkan jarak pemikiran antara baginda dengan kaumnya, Nabi Muhammad mula suka menyendiri. Baginda membawa roti gandum dan bekal air lalu pergi ke Gua Hira yang terletak di Jabal Nur, yang jauhnya kira-kira dua batu dari Mekah. Ukuran Gua Hira sederhana, tidak terlalu besar. Dalamnya sepanjang empat engkol besi dan lebarnya 1 ¾ engkol besi. Sepanjang Nabi Muhammad berada di Gua Hira, Khadijah turut keluar dari Mekah dan tinggal berdekatan Gua Hira.2

Baginda berdiam diri di Gua Hira sepanjang bulan Ramadhan. Kalau ada orang miskin mendatangi gua itu, baginda tidak lupa memberi makanan untuknya. Baginda menghabiskan waktu di dalamnya untuk beribadah dan memikirkan fenomena alam yang terjadi di sekeliling baginda serta kekuatan tersembunyi yang ada di sebalik alam nyata. Baginda tidak mendapat ketenteraman hati menyaksikan apa yang ada pada kaumnya yang berupa keyakinan syirik yang membelenggu dan persepsi lemah yang dipenuhi dengan imaginasi tahyul. Namun begitu, di hadapan baginda juga tidak ada jalan terang untuk keluar daripada perkara itu, tidak juga jalan yang boleh dituju yang dapat membalut hati baginda dengan ketenteraman dan keredhaan.3

Pilihan hidup baginda untuk melakukan uzlah (menyendiri daripada masyarakat) merupakan salah satu rahsia Allah dalam mengatur diri baginda. Tujuannya adalah untuk mempersiapkan diri baginda sebelum menyambut urusan agung yang telah menanti baginda. Di situ, baginda bebas daripada kesibukan dan hiruk-pikuk dunia serta perangai manusia yang sentiasa mewarnai kehidupan.

2

Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 47; Ibnu Hisyam, al-Sirah al-

Nabawiah, jil I, hlm. 235-236; Sayyid Quthb, Fi Zhilal al-Quran, jil XXIX, hlm. 166. 3

Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 47; Ibnu Hisyam, al-Sirah al-

Nabawiah, jil I, hlm. 235-236; Sayyid Quthb, Fi Zhilal al-Quran, jil XXIX, hlm. 166.

4

Seperti inilah baginda mempersiapkan dirinya untuk memikul amanah besar yang akan mengubah wajah dunia dan meluruskan garis sejarah. Allah menetapkan baginda melakukan uzlah selama tiga tahun sebelum membebankan risalah Islam di bahu baginda. Baginda biasanya pergi menyendiri selama satu bulan penuh dengan hatinya yang merdeka, lalu merenungi keajaiban tersembunyi yang ada di sebalik alam nyata ini. Hingga tibalah masanya baginda berinteraksi dengan keajaiban tersebut tatkala Allah mengizinkannya.4

4

Sayyid Quthb, Fi Zhilal al-Quran, jil XXIX, hlm. 166.

5

Peristiwa 2: Menerima Wahyu Muka surat : 75 & 76 Tarikh : Malam ke 21 bulan Ramadhan, 10 Ogos 610M Catatan: Setelah usia baginda genap 40 tahun (yang dianggap sebagai puncak kesempurnaan jiwa manusia dan dikatakan bahawa para nabi diangkat menjadi rasul pada usia ini) mulailah tanda-tanda kenabian melambai dan memancarkan kilaunya kepada baginda dari balik ufuk kehidupan. Tanda itu berupa mimpi yang benar. Baginda bermimpi kelihatan seperti fajar menyingsing di waktu subuh. Hal itu berlangsung selama enam bulan.

Baginda memikul amanah kenabian selama 23 tahun dan mimpi yang benar itu termasuk salah satu daripada 46 tanda kenabian baginda. Hingga akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun ketiga sejak baginda beruzlah di Gua Hira, Allah berkenan melimpahkan rahmat-Nya kepada baginda untuk menjadi pemimpin bagi seluruh penghuni bumi. Allah memuliakan baginda dengan kenabian dan mengutus Jibril kepada baginda dengan membawa beberapa ayat al-Quran.5 Dengan mengamati dan menganalisis pelbagai bukti dan dalil, kita boleh memastikan bahawa peristiwa itu terjadi pada hari Isnin, tepatnya pada malam ke-21 bulan Ramadhan, bertepatan dengan tarikh 10 Ogos 610 M. Umur Nabi Muhammad ketika itu tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari berdasarkan perkiraan bulan. Sedangkan, jika memakai kiraan matahari, maka umur baginda waktu itu ialah 39 tahun 3 bulan 22 hari.6 5

Ibnu Hajar mengatakan, “Baihaqi menyatakan bahawa mimpi yang benar berlangsung selama 6 bulan. Oleh

itu, permulaan mimpi yang benar yang merupakan petanda awal kenabian terjadi pada bulan baginda dilahirkan, iaitu Rabiul Awal. Peristiwa itu terjadi setelah umur baginda genap 40 tahun. Namun, wahyu pertama yang turun kepada baginda dalam keadaan sedar (tidak tidur), terjadi pada bulan Ramadhan.” Lihat Fath al-Bary, jil I, hlm. 27. 6

Para sejarawan berbeza pendapat berkaitan pada bulan apa Allah memuliakan Nabi Muhammad dengan

kenabian dan menurunkan wahyu pertama. Sebahagian mereka berpendapat peristiwa itu terjadi pada bulan Rabiul Awal, sementara sebahagian lain menyatakan ia terjadi pada bulan Ramadhan. Ada pula yang menyebutkan pada bulan Rejab. Lihat Abdullah bin Muhammad al-Najdy, Mukhtashar Sirah al-Rasul, hlm. 75. Saya merajihkan pendapat yang kedua, iaitu terjadi pada bulan Ramadhan. Dasarnya adalah firman Allah Taala, “Bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan al-Quran.” (Al-Baqarah: 185) dan“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam al-qadar.” (Al-Qadar: 1). Telah maklum pula bahawa malam al-Qadar terdapat pada bulan Ramadhan. Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya

6

pada malam yang penuh berkah. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi peringatan.” ( ad-Dukhan: 3). Kesimpulan bahawa “malam yang penuh berkah” ini terjadi pada bulan Ramadhan diambil kerana Rasulullah berdiam diri di Gua Hira sepanjang bulan Ramadhan dan bahawa turunnya Jibril pertama kali kepada Nabi Muhammad dengan membawa wahyu terjadi pada bulan Ramadhan. Seterusnya para pengkaji masih berbeza pendapat lagi dalam menetapkan hari pada bulan Ramadhan tatkala pertama kali wahyu diturunkan. Ada yang berpendapat pada hari ke-7 bulan Ramadhan. Ada yang mengatakan pada hari ke-17. Ada juga yang mengatakan pada hari ke-18. Lihat Abdullah bin Muhammad al-Najdy, Mukhtashar Sirah al-Rasul, hlm. 75 dan Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 49. Dalam Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah, jil I, hlm. 69, al-Khudhari menekankan bahawa peristiwa itu terjadi pada hari ke-17. Saya berpendapat peristiwa itu terjadi pada hari ke-21 meskipun tidak ada ulama yang mengatakan demikian. Ini kerana para pakar sejarah (majoriti atau bahkan seluruhnya) bersepakat bahawa pengutusan Nabi Muhammad sebagai rasul terjadi pada hari Isnin. Mereka menguatkannya dengan riwayat hadis daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang puasa pada hari Isnin, maka baginda menjawab, “Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku.” Di tempat lain diriwayatkan dengan lafaz, “Itu adalah hari aku dilahirkan dan hari aku diutus atau diturunkan wahyu kepadaku.” Lihat Sahih Muslim, jil I, hlm. 368; Musnad Ahmad, jil V, hlm. 297; Sunan al-Baihaqi, jil IV, hlm. 286, 300 dan Mustadrak al-Hakim, jil II, hlm. 602. Hari Isnin bulan Ramadhan pada tahun tersebut terjadi pada hari ke-7, ke-14, ke-21 dan ke-28. Sementara riwayat-riwayat sahih menunjukkan bahawa Lailatul Qadar terjadi pada malam-malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Jatuhnya Lailatul Qadar untuk setiap tahun selalu berganti-ganti antara malam-malam ganjil tersebut. Dengan demikian, apabila kita mengaitkan antara firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam yang penuh berkah,” dengan riwayat Abu Qatadah bahawa pengutusan Nabi Muhammad sebagai rasul terjadi pada hari Isnin ditambah lagi dengan hitungan tarikh secara ilmiah pada hari Isnin bulan Ramadhan yang tahun itu jatuh pada tarikh apa saja, maka kita boleh menarik kesimpulan bahawa diutusnya Nabi Muhammad sebagai rasul terjadi pada malam ke-21 bulan Ramadhan.

7

Peristiwa 3: Kali Pertama Orang Quraisy Mendengar Ayat al-Quran Muka surat : 116-119 Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun kelima Nabi Dilantik Menjadi Nabi Catatan: Pada bulan Rejab tahun kelima kenabian, berhijrahlah gelombang Muhajirin pertama daripada kalangan sahabat menuju Habsyah. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki dan 4 orang wanita. Pemimpin perjalanan mereka ialah Usman bin Affan. Ikut serta juga adalah Sayyidah Ruqayyah, anak Rasulullah s.a.w. Tentang mereka berdua, nabi berkata, “Mereka berdua adalah Ahli Bait pertama yang berhijrah setelah Ibrahim dan Luth.”7 Perjalanan mereka dilakukan dengan berhati-hati pada tengah malam, sehingga orang Quraisy tidak mengetahuinya. Mereka menuju ke laut sehingga sampai di Pelabuhan Syaibah. Takdir menemukan mereka dengan dua buah kapal pedagang yang kemudian menghantar mereka berlayar sehingga ke Habsyah. Selepas itu, barulah orang Quraisy menyedari pemergian mereka. Maka, orang Quraisy segera menyelusuri jejak kaki mereka. Namun begitu, tatkala orang Quraisy sampai di tepi pantai, rupa-rupanya para Muhajirin telah selamat berlayar dengan aman. Orang Islam kemudiannya tinggal di Habsyah dengan mendapat layanan yang baik daripada penduduk setempat.8

Pada bulan Ramadhan tahun yang sama, Nabi Muhammad keluar menuju ke Masjidil Haram. Di sana ada banyak orang Quraisy yang sedang berkumpul. Di situ terdapat para pemimpin dan pembesar mereka. Rasulullah s.a.w. berdiri di hadapan mereka. Secara tiba-tiba, baginda membacakan Surah an-Najm kepada mereka. Itulah kali pertama orang kafir mendengar bacaan kalam Allah. Ini kerana, selama ini, usaha mereka yang berkesinambungan dalam memusuhi nabi hanya didasari atas hasutan daripada sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain. Antara bentuk hasutan itu ialah,

            7

Abdullah bin Muhammad al-Najdy Alu Syaikh, Mukhtashar Sirah al-Rasul, hlm. 92-93 dan Ibnu Qayyim al-

Jauziyah, Zad al-Ma’ad, jil I, hlm. 24. 8

Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 61 dan Ibnu Qayyim al-

Jauziyah, Zad al-Ma’ad, jil I, hlm. 24.

8

“Orang-orang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar al-Quran ini serta buatlah penafian terhadapnya supaya kamu dapat mengalahkannya,” sebagaimana termaktub dalam Surah Fussilat ayat 26.

Maka, untuk kali ini, kejutan yang diberikan oleh nabi kepada mereka membuatkan mereka semua mendengar bacaan Surah an-Najm tersebut. Ketika itulah telinga mereka digetarkan oleh kalam Ilahi yang indah lagi menawan, di mana keindahan dan keagungannya sukar untuk dijelaskan. Mereka tinggalkan segala kesibukan mereka seketika sehingga masingmasing larut dalam keasyikan mendengar bacaan tersebut.

Di benak mereka tidak terlintas sedikit pun selain bacaan tersebut. Hinggalah tatkala Rasulullah s.a.w. membaca bahagian-bahagian akhir surah ini yang terdengar begitu menggoncang, hati mereka seakan-akan terbang. Rasulullah s.a.w. meneruskan pembacaan hingga pada ayat,

     “Maka bersujudlah kamu kepada Allah dan sembahlah Dia.” (An-Najm: 62), lalu baginda bersujud.

Ketika itulah semua orang yang ada di sana tidak mampu menguasai hatinya hingga mereka tersungkur bersujud. Sebenarnya cahaya kebenaran telah mencerai-beraikan sifat keras kepala di dalam diri orang yang sombong dan suka mencela itu. Buktinya, mereka tidak berkuasa mengawal diri hingga tersungkur bersujud kepada Allah.9

Jatuhlah segala yang ada di tangan mereka tatkala mereka merasakan keagungan kalam Allah. Mereka bersujud terhadap perkara yang selama ini mereka usahakan dengan seluruh tenaga mereka untuk menghapus dan melenyapkannya. Mereka kemudian dikecam dan ditegur dengan sangat keras dari pelbagai arah oleh orang Musyrik yang tidak mendengar

9

Bukhari meriwayatkan kisah sujud ini secara ringkas daripada Ibnu Mas‘ud dan Ibnu Abbas. Lihat bab tentang

sujud pada bacaan Surah an-Najm dan bab tentang sujudnya orang Islam dan orang Musyrik, jil I, hlm. 146, juga bab tentang seksaan yang diterima nabi dan sahabatnya daripada orang Musyrikdi Mekah, jil I, hlm. 543.

9

langsung bacaan yang menakjubkan itu. Disebabkan itulah mereka kembali memungkiri Rasulullah s.a.w..

Mereka turut memfitnah bahawa baginda bersimpati terhadap berhala-berhala mereka dengan ucapan penghormatan, iaitu bahawa baginda berkata tentang berhala-berhala itu, “Burungburung bangau yang suci dan mulia itu, yang syafaatnya sungguh diidam-idamkan.” Ke mana-mana sahaja mereka membawa fitnah ini. Memang tidak aneh jika perkara seperti ini dilakukan oleh kaum yang terbiasa berdusta dan memfitnah.10

Berita tentang bersujudnya orang Musyrik sampai ke telinga para Muhajirin di Habsyah tetapi dengan maklumat yang berbeza daripada fakta yang sebenarnya. Maklumat yang mereka terima adalah bahawa orang Quraisy memeluk Islam. Disebabkan itulah mereka kembali ke Mekah pada bulan Syawal pada tahun yang sama.

Pada siang hari ketika jarak perjalanan mereka hanya tinggal satu jam untuk sampai di Mekah, mereka mendengar fakta kejadian yang sebenarnya. Maka, beberapa orang antara mereka kembali semula ke Habsyah. Sementara itu, kebanyakan mereka yang tetap berusaha masuk ke kota Mekah hanya dapat memasukinya secara sembunyi-sembunyi atau dengan perlindungan orang Quraisy.11

Selepas itu, badai ujian dan seksaan yang dilancarkan oleh Quraisy kepada mereka yang kembali dari Habsyah dan para pemeluk Islam lainnya semakin kuat. Masing-masing diseksa oleh keluarganya sendiri. Padahal sebelum ini, orang Quraisy sukar untuk menyeksa mereka yang ada di Habsyah lantaran orang Quraisy mendengar bahawa Najasyi melayan mereka dengan baik. Oleh itu Rasulullah s.a.w. melihat bahawa tidak ada pilihan lain kecuali mengarahkan kepada para sahabat untuk berhijrah lagi ke Habsyah.

Hijrah yang kedua ini lebih sukar daripada yang pertama. Kali ini orang Quraisy terusmenerus mengawasi setiap gerak-geri orang Islam serta bertekad untuk menggagalkan usaha 10

Abu al-A‘la al-Maududy, Tafhim al-Quran, jil V, hlm. 188. Penjelasan seperti inilah yang disimpulkan oleh

para peneliti ketika mengkaji hadis tentang sujudnya orang-orang Musyrik. 11

Abu al-A‘la al-Maududy, Tafhim al-Quran, jil V, hlm. 188; Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Zad al-Ma’ad, jil I,

hlm. 24 dan jil II, hlm. 44; juga Ibnu Hisyam, al-Sirah al-Nabawiah, jil I, hlm. 364.

10

hijrah. Namun begitu, orang Islam juga menyedari situasi ini sehingga mereka bergerak lebih cepat dan Allah pun memudahkan perjalanan tersebut untuk mereka. Akhirnya, mereka dapat sampai ke wilayah pemerintahan Najasyi di Habsyah sebelum disusuli oleh orang Quraisy.

Pada hijrah yang kedua ini, jumlah orang Islam yang berhijrah terdiri daripada 83 orang lelaki dan ditambah dengan 18 atau 19 orang wanita.12 Al-‘Allamah Muhamma...


Similar Free PDFs