Portfolio 3 - Penulisan Ilmiah PDF

Title Portfolio 3 - Penulisan Ilmiah
Author Mohamad Nor Fitri
Course Wacana Akademik Bahasa Melayu
Institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pages 19
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 305
Total Views 1,015

Summary

BMWWACANA AKADEMIK BAHASAMELAYUPENCEMARAN BAHASA DALAMKALANGAN MASYARAKATMOHAMAD NOR FITRI BIN NURDIN NAMA PELAJAR D20191087798NO. MATRIK KUMPULAN KULIAH BENAMA PENGAJAR PUAN NURUL AIN BINTI ALIZUDDINPENERANGAN MARKAH KERANGKAFORMAT /12/ BAHASAPENYUNTINGAN /5/ JUMLAH KESELURUHAN /PUSAT BAHASA DAN PE...


Description

30 M PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BMW3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

PENCEMARAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT NAMA PELAJAR NO. MATRIK MOHAMAD NOR FITRI BIN NURDIN D20191087798 KUMPULAN KULIAH BE NAMA PENGAJAR PUAN NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN

PENERANGAN KERANGKA FORMAT BAHASA PENYUNTINGAN JUMLAH KESELURUHAN

MARKA H /12 /9 /5 /4 /30

Kandungan Bil.

Tajuk

Muka surat

1.0

Perenggan Pengenalan

2.0

Pencemaran Bahasa dalam Kalangan Masyarakat

2.1

Menyebabkan bahasa menjadi rosak

2-3

2.2

Menyebabkan berlaku kekeliruan bahasa

3-4

2.3

Menjadikan kualiti bahasa di tahap yang rendah

4-5

2.4

Menyebabkan identiti bahasa lenyap

5-6

3.0

Kesimpulan

6

1

Rujukan

7

Lampiran

8-17

1

1.0 Bahasa

Pengenalan merupakan

salah

satu

medium

penyampaian

seseorang

itu

dalam

berkomunikasi. Bahasa melambangkan bangsa seseorang itu dan menjadi satu perbezaan antara bangsa-bangsa lain. Bahasa yang digunakan tanpa ada kesilapan atau pun campur aduk bahasa lain akan menampakkan ketinggian bahasa yang dikuasai oleh seseorang itu. Dengan erti kata lain, bahasa amat penting dalam pertuturan bagi menjelaskan atau bercerita kepada orang lain. Namun begitu, terdapat masyarakat yang tidak menghiraukan ketinggian sesuatu bahasa itu dengan menggunakan bahasa tersebut secara melulu dan tidak mengambil kira tentang kesalahan tatabahasa yang digunakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, pada zaman sekarang segelintir masyarakat yang berpendidikan tinggi mahupun masyarakat biasa lebih gemar menggunakan bahasa yang bercampur aduk dan lebih gemar menggunakan bahasa basahan. Pada masa yang sama, masyarakat juga tidak menggunakan bahasa yang lebih standard kerana berpendapat bahawa mereka tidak berada dalam majlis formal. Sekiranya perkara ini tidak diubah atau dibendung ia akan menjadi satu kebiasaan walaupun berada dalam majlis formal. Oleh itu, timbul satu persoalan apakah sebab yang akan berlaku sekiranya pencemaran bahasa ini tidak dikawal dan diberi perhatian? Sudah tentu ada jawabnya. 2.0

Pencemaran Bahasa dalam Kalangan Masyarakat

Terdapat beberapa sebab yang menjadi kesan terhadap pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat iaitu, ;

2

2.1

Menyebabkan bahasa menjadi rosak

Antara kesan yang akan berlaku sekiranya pencemaran bahasa tidak dibendung, ialah menyebabkan bahasa menjadi rosak. Dengan bertutur tanpa mengira aspek struktur ayat perkara ini akan menjadi satu kesalahan dalam struktur bahasa. Bahasa yang digunakan itu akan mempunyai pelbagai kesalahan dan menjadi satu kebiasaan apabila bertutur sama ada dalam konteks tidak formal mahupun formal. Hal ini sekali gus menjejaskan penggunaan bahasa yang betul dan menjadi satu ikutan kepada orang lain. Bahasa yang mencerminkan sesuatu bangsa itu menjadi satu kebangaan misalnya dalam negara Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Maka haruslah masyarakat dalam negara ini mempamerkan ketinggian bahasa Melayu itu sendiri tanpa merosakkan bahasa tersebut dengan menggabungkan bahasa asli dengan bahasa asing. Perkara ini perlu dibendung agar tidak menjadi satu bahan jenaka kepada orang asing. Selain itu, penggunaan bahasa rojak juga tidak digalakkan walaupun berada dalam kedudukan tidak formal kerana akan mempengaruhi diri seseorang apabila berada dalam situasi formal. Menurut Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab Halim dan Ku Hasnita Ku Samsu (2017), ‘’Pemartabatan bahasa kebangsaan yang telah melalui hampir enam dekad penggubalan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam Perlembagaan Persekutuan, masih belum mencapai tahap pemartabatan bahasa yang bukan hanya sekadar fasih dipertuturkan serta mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan’’ (ms. 116). Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila masyarakat tidak melatih diri dalam menggunakan bahasa standard maka tidak mustahil mereka akan mudah untuk menggunakan bahasa rojak apabila bertutur atau pun berkomunikasi dalam situasi formal. Pada masa yang sama, segelintir masyarakat yang menggunakan media sosial banyak menggunakan bahasa Melayu sehingga merosakan bahasa itu sendiri dengan menulis dan menambah perkataan sehingga cara sebutannya menjadi

3

salah dan jauh berbeza daripada bahasa Melayu baku. Noor Husna Abd. Razak dan Hasnah Mohamad (2016) menjelaskan bahawa: Perkembangan penggunaan media sosial yang semakin pesat secara tidak langsung meluaskan penggunaan bahasa slanga. Pengguna media sosial menggunakan media sosial untuk pelbagai tujuan khususnya untuk tujuan komunikasi. Penggunaan bahasa slanga

yang

sangat

santai

tanpa

menghiraukan

ketertiban

bahasa

amat

membimbangkan. Hal ini kerana, kekerapan penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna secara tidak langsung akan mendedahkan pengguna dengan penggunaan bahasa slanga yang menyalahi sistem bahasa Melayu standard. Situasi ini berkemungkinan akan mempengaruhi pengguna tersebut menggunakannya dalam situasi formal (ms. 27). Oleh itu, masyarakat hendaklah lebih peka terhadap isu-isu bahasa terutama bahasa Melayu itu sendiri kerana, bahasa tersebut merupakan bahasa kebangsaan yang perlu kita kuasai agar tidak merosakan bahasa tersebut. 2.2

Menyebabkan berlaku kekeliruan bahasa

Selain itu, kesan pencemaran bahasa juga menyebakan berlaku kekeliruan bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, pencampuran bahasa yang dilakukan oleh segelintir masyarakat pada masa kini akan memberi impak kepada generasi akan datang. Generasi akan datang akan mudah keliru apabila penutur natif bahasa ibunda yang bertutur bahasa Melayu seringkali diselang-seli dan diselitkan dengan bahasa Inggeris. Akhirnya, lahirlah bahasa Melayu kacukan, yakni bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu pun bukan. Kesannya, pengguna Melayu dilihat seolah-olah mengalami kekeliruan bahasa. Pada masa yang sama, generasi muda akan terkeliru untuk mempraktikkan

4

bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Menurut Hafizan Kono Jamil (2005), ’’Apabila bahasa Malaysia yang tidak betul digunakan untuk menyampaikan informasi kepada pembaca, ini akan mencerminkan kelemahan bahasa Malaysia itu sendiri’’ (ms.11). Hal ini sekali gus merencatkan segala program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan misalnya Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan sebagainya. Oleh itu, masyarakat hendaklah memandang serius perkara ini agar dapat membantu generasi muda menguasai bahasa Melayu standard supaya tidak mengelirukan mereka. 2.3

Menjadikan kualiti bahasa di tahap yang rendah

Seterusnya, ialah menjadikan kualiti bahasa di tahap yang rendah. Penggunaan bahasa secara bersahaja akan menyebabkan kualiti bahasa itu berada pada tahap yang rendah. Hal ini telah menjatuhkan martabat sesuatu bahasa misalnya bahasa Melayu yang diguna dalam penulisan di media sosial seperti perkataan ’’aku’’ ditulis ’’aque“ di lihat sebagai satu kerosakan bahasa sehingga menjatuhkan kualiti bahasa Melayu itu. Hal ini sekali gus memberi kesan negatif kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Malaysia. Di samping itu, apabila perkara ini dibiarkan tanpa dipantau maka akan menjadi sebati kepada masyarakat terutama pelajar sekolah dan pastinya kualiti bahasa itu semakin merosot dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair serta gagal menguasai bahasa Melayu baik pertuturan mahupun penulisan. Dalam era serba maju ini, bahasa sudah mula menggunakan perkataan-perkataan yang lebih menjurus kepada sesuatu yang tidak jelas dan lebih membimbangkan akan mempengaruhi generasi akan datang samada dari segi prinsip bahasa, cara alunan suara dan dan segi ejaan. Secara khususnya, remaja kini yang akan mengubah mutu bahasa jika tidak dibendung akan penyebarannya. Tidak mustahil mutu kualiti bahasa akan

5

lebih buruk jika sistem pendidikan tidak fasih dalam bahasa ibunda dan tidak peka akan bahasa baku untuk kegunaan nanti. (Nur Azlina Jalaluddin & Nurhasyinda Shahidan, 2017). Oleh itu, pelbagai pihak tertutama pihak sekolah perlu lebih peka terhadap isu kemerosotan kualiti bahasa dalam kalangan pelajar agar perkara ini dapat dibendung dan dipulihkan di peringkat sekolah. 2.4

Menyebabkan identiti bahasa lenyap

Kesan yang terakhir pencemaran bahasa ini, ialah menyebabkan identiti bahasa lenyap. Perkara ini mustahil jika isu pencemaran bahasa ini hanya dipandang sebelah mata. Hal ini dikata demikian kerana, dengan adanya bahasa-bahasa asing lain seperti bahasa Inggeris masyarakat lebih gemar menggunakan bahasa tersebut yang di anggap sebagai satu bahasa antarabangsa. Memang tidak dapat dinafikan perkara tersebut namun begitu, sebolehnya sebagai rakyat di negara ini kita hendaklah mengutamakan bahasa kebangsaan terlebih dahulu dengan mempelajari lebih mendalam supaya bahasa kita dapat diangkat di persada dunia serta lebih dikenali di serata benua. Dalam pada itu, masih ada segelintir masyarakat lebih rela melenyapkan identiti bahasa kebangsaan dengan membenarkan bahasa Melayu dikesampingkan di tanah watannya oleh rakyatnya sendiri. Menurut Jaafar Jambi (2008), ’’ Komunikasi antara bukan Melayu haruslah digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan kerana dengan latihan akan menjadikan golongan ini makin cekap dan yakin untuk menggunakan bahasa Melayu apabila diperlukan nanti’’ (ms. 70). Menurut Shahidi A. Hamid, Kartini Abd. Wahab dan Sa’adiah Ma’alip (2017), ’’Meski pun sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, namun status tersebut masih terancam disebabkan oleh beberapa perubahan yang berlaku dalam

6

perancangan bahasa di Malaysia. Satu hakikat yang sering menggugat fungsi dan peranan bahasa Melayu, ialah bahasa Inggeris’’ (ms. 259) Oleh itu, pihak kerajaan perlu lebih mengutamakan dan menitikberatkan isu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia ini supaya masyarakat lebih prihatin terhadap isu pencemaran bahasa bagi mengelakkan identiti bahasa itu lenyap. 3.0

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak tidak kira kerajaan mahupun masyarakat hendaklah menadah tangan dan mengambil tempat dalam membendung isu pencemaran bahasa ini supaya perkara-perkara yang boleh merosakan bahasa tidak berlaku. Selain itu, hasil kerjasama antara kerajaan dan masyrakat juga kita dapat mengelakkan berlaku kekeliruan bahasa kepada generasi muda apabila kita membuat pelbagai program bagi memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Seterusnya, masyarakat juga perlulah sentiasa peka dengan isu bahasa dengan mempelajari secara lebih mendalam tentang struktur ayat, tatabahasa dan sebagainya sebelum mempelajari bahasa lain agar kualiti bahasa yang digunakan kelak berada pada tahap yang tinggi. Akhir sekali, marilah bersamasama berpegang teguh memperjuangkan bahasa kita agar identitinya kekal sebagai bahasa yang melambang negara Malaysia

4.0

Rujukan

Hafizan Kono Jamil. (2005). Bahasa rojak : Satu kajian analisis kandungan tentang

7

penggunaannya di dalam majalah sekolah (Tesis Sarjana). Diperoleh daripada https://ir.unimas.my/id/eprint/2016/1/hafizan+kono+binti+jamil.pdf. Jaafar Jambi. (2008). Cabaran dan proses pemantapan bahasa Melayu. Jurnal pengajian

Melayu,

19,

68-90.

Diperoleh

daripada

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24058/Article_5.PD F.

Noor Husna Abd. Razak & Hasnah Mohamad. (2016). Rumus bahasa dalam kosa kata slanga.

Jurnal

linguistik,

20(1),

026-032.

Diperoleh

daripada

https://jurnal.plm.org.my/wp-content/uploads/2017/10/3.-.Rumus-bahasa-dalamkosa-kata-slanga.pdf. Nur Azlina Jalaluddin & Nurhasyinda Shahidan. (2017). Modenisasi bahasa di kalangan gen Z. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan kali ke-2.

26



27

April.

Selangor:

KUIS.

Diperoleh

daripada

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/ilmubahasa/05-NurAzlina-KKKL.pdf. Shahidi A. Hamid, Kartini Abd. Wahab & Sa’adiah Ma’alip. (2017). Kesinambungan linguistik

Melayu.

Jurnal

Melayu,

16(2),265.

Diperoleh

daripada

http://journalarticle.ukm.my/11432/1/21459-61615-1-SM.pdf. Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab Halim & Ku Hasnita Ku Samsu. (2017). Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi. Journal of Language Studies, 17(2). 105122. Diperoleh daripada file:///C:/Users/HP/Downloads/15809-52948-1PB.pdf

30 M

8

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BMW3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

LAMPIRAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK MOHAMAD NOR FITRI BIN NURDIN D20191087798 KUMPULAN KULIAH BE NAMA PENGAJAR PUAN NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN

PENERANGAN KERANGKA FORMAT BAHASA PENYUNTINGAN JUMLAH KESELURUHAN

1. Penyuntingan

MARKA H /12 /9 /5 /4 /30

9

10

11

12

13

14

15

16

17...


Similar Free PDFs