Prinsip-prinsip Halal dan Haram Menurut Yusuf al-Qaradawi PDF

Title Prinsip-prinsip Halal dan Haram Menurut Yusuf al-Qaradawi
Author Muhammad Ikhlas
Pages 19
File Size 2.2 MB
File Type PDF
Total Downloads 50
Total Views 105

Summary

Prinsip-Prinsip Halal Dan Haram Menurut Yusuf Al-Qaradawi 1Muhammad Ikhlas Rosele, 1Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar & 2Mohd Anuar Ramli 1 Calon PhD, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2Pensyarah (PhD), Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Mal...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Prinsip-prinsip Halal dan Haram Menurut Yusuf al-Qaradawi Muhammad Ikhlas

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Prinsip-Prinsip Halal Dan Haram Menurut Al-Qaradawi Mohd Anuar Ramli, Muhammad Ikhlas Realit i dan Cabaran Sunnah Nabi SAW RAHIMIN AFFANDI BIN ABDUL RAHIM, Margono Muhadi, Mohd Yusuf Ismail, munirah razzak, UCCT S KUI… Krit eria Makanan Yang Baik dan Buruk Menurut Perspekt if Islam Mohd Anuar Ramli

Prinsip-Prinsip Halal Dan Haram Menurut Yusuf Al-Qaradawi 1Muhammad 1 Calon

Ikhlas Rosele, 1Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar & 2Mohd Anuar Ramli PhD, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (PhD), Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

2Pensyarah

Abstract Al-Qaradawi is among the most prominent Muslim-scholars nowadays. He mastered in many aspects of Islamic knowledge, including the discussion of al-halal (the lawful) and al-haram (the prohibited). This article tend to scrutinize al-Qaradawi‟s principles in determining the aspects of al-halal and al-haram by analyzing his book 'al-Halal wa alHaram fi al-Islam' (The Lawful and The Prohibited in Islam). Eventually, there are nine main principles of al-halal and al-haram noticeable in al-Qaradawi‟s work that are supported with arguments and evidences.

Keywords: al-halal wa al-haram, Islamic law, al-Qaradawi

Pengenalan Islam merupakan agama yang syumul mencakupi seluruh aspek yang diperlukan oleh manusia meliputi akidah, ibadah, muamalah, munakahah, jenayah dan akhlak. Dengan erti kata lain agama Islam telah menentukan hukum, undang-undang dan peraturan terhadap semua perkara yang menyentuh perbuatan dan kehidupan manusia. Matlamat pensyariatan hukum Islam ini adalah bertujuan untuk meraikan kehidupan manusia sejagat. Justeru itu bagi merealisasikan tujuan tersebut Allah S.W.T telah menjelaskan kepada manusia melalui hukum-hukum yang telah diterjemahkan di dalam agama Islam.

Asas kepada sesuatu perkara di dalam Islam itu tidak terlepas kepada lima perkara iaitu halal, haram, sunat, harus dan makruh. Mencari sesuatu yang halal itu adalah wajib bagi umat Islam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :

“Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim.” (Hadis riwayat al-Tabarani dengan sanad yang baik)

Bagi perkara yang halal, secara mutlak kita dituntut mencarinya sebagaimana dijelaskan melalui hadis di atas manakala bagi perkara yang haram secara mutlak dituntut untuk meninggalkannya dan bagi perkara syubhah pula amat perlu dijauhinya. Penetapan konsep halal dan haram sangat jelas di dalam Islam. Ianya sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis Baginda S.A.W. Berikutan perubahan masa, keadaan dan teknologi yang terdapat pada hari ini, telah timbul kecelaruan dalam masyarakat berhubung isu halal dan haram yang terdapat di dalam Islam. Al-Qaradawi adalah antara fuqaha kontemporari yang tampil dalam menjelaskan konsep halal dan haram di dalam Islam menerusi kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Justeru itu penulisan ini akan merungkaikan persoalan mengenai prinsip-prinsip halal dan haram di dalam Islam menurut perspektif al-Qaradawi.

Biografi Al-Qaradawi Nama penuh al-Qaradawi ialah Yusuf bin „Abd Allah bin „Ali bin Yusuf alQardah. Beliau dilahirkan di sebuah desa kecil yang terletak di negara Mesir bernama Saf al-Turab di al-Mahalla al-Kubra pada 9 September 1926 bersamaan 1344 hijrah.1 Pendidikan awal al-Qaradawi adalah di salah satu kuttab2 ketika usianya lima tahun.3 Tatkala beliau berusia tujuh tahun, beliau masuk ke madrasah ilzamiyyah. Beliau telah berjaya menghabiskan hafalan al-Quran sebelum usianya genap sepuluh tahun. Setelah tamat dari madrasah ilzamiyyah beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah (madrasah ibtida‟iyyah) di Tanta. Setelah tamat di sekolah rendah beliau masuk ke sekolah menengah (madrasah thanawiyyah) yang juga di Tanta selama lima tahun.4 Setelah tamat pengajiannya di peringkat sekolah menengah, beliau telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar. Di Universiti al-Azhar beliau belajar di Fakulti Usuluddin, dan beliau memperolehi ijazah pertama (BA) dengan kepujian tertinggi di Fakulti tersebut pada tahun 1953, dan pada tahun 1960 beliau telah berjaya memperoleh ijazah kedua (MA). Kemudian beliau menyambung pengajiannya di peringkat tertinggi iaitu PhD dengan tesis berkaitan zakat yang selesai pada tahun 1973.5

1 2

3

4 5

al-Qaradawi (2006). Ibn al-Qariah wa al-Kuttab. Kaherah : Maktabah Wahbah. j. 1, h. 103. Kuttab merupakan satu tempat pengajian yang hampir sama dengan sistem pengajian pondok di Malaysia. Ishom Talimah (2001). Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi, (Samson Rahman, terj).Jakarta : Pustaka alKautsar. h. 3. al-Khurasyi, Sulaiman bin Salih (1999). Al-Qaradawi fi al-Mizan.Riyadh : Dar al-Jawab. h. 9. Ibid. hh. 9-10.

Al-Qaradawi memiliki karya yang banyak jumlahnya yang merangkumi pelbagai bidang. Kira-kira 115 judul buku karangan al-Qaradawi yang dikumpul dan disenaraikan. 6 Antara kitab al-Qaradawi yang masyhur adalah al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Fatawa al-Mu‟asirah (Jilid 1-3), Fiqh al-Aulawiyyat, Fiqh al-Zakat dan banyak lagi. Kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam adalah antara kitab beliau yang cukup mendapat sambutan dalam dunia Islam, telah banyak diulang cetak dan diterjemahkan di dalam pelbagai bahasa7, ianya adalah kitab yang penting dalam membicarakan persoalan halal dan haram dalam Islam. Ia menjadi panduan umat Islam global dalam menangani isu halal haram.

Konsep Asas Menurut Kamus Dewan, prinsip adalah asas atau dasar (yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan dan lain-lain. Manakala perkataan Halal menurut bahasa Arab berasal dari kata menjadi

8,

halal (

) bermaksud berlawanan dengan yang haram9, ianya juga

bererti menjadi harus.10

Menurut al-Qaradawi halal dari segi istilah adalah

perkara yang diharuskan (dibolehkan) yang terlepas daripadanya sebarang

6 7

8 9 10

Lihat; Ishom Talimah (2001).op. cit. hh. 35-39. Al-Mujdhub, Muhammad (1992). „Ulama’ wa Mufakkirun ‘Araftuhum. Riyad : Dar al-Syawaf. j. 1, h. 477. Ibn Manzur (t. t.). Lisan al-‘Arab. Kaherah : Dar al-Ma‟arif. juz. 9, h. 972. Ibid. juz. 9, h. 974. Ahmad Mokhtar „Umar (2008). Mu’jam al-Lughat al-‘Arabiyah al-Mu’asirah. Kaherah : „Alim alKutub. j.1, h. 548.

ikatan ancaman dari melakukannya, dan Syari‟ (Allah) memberi keizinan untuk melakukannya.11 Sedangkan, perkataan haram pula menurut bahasa Arab berasal dari kata menjadi

iaitu berlawanan dengan yang halal, dan al-haram (

) adalah

perkara yang diharamkan oleh Allah.12 Menurut al-Qaradawi istilah haram adalah perkara yang telah dilarang oleh Syari‟ daripada melakukannya dengan larangan yang keras, iaitu berupa amaran bahawa sesiapa yang melanggar larangan tersebut akan membawa kepada seksaan Allah S.W.T. di akhirat, juga adakalanya mendapat hukuman syariat di dunia.13 Justeru itu, dalam perbincangan ini, prinsip halal haram merujuk kepada asas serta dasar yang menjadi garis panduan dalam menetapkan sesuatu yang dibenarkan atau halal dan sesuatu yang dilarang (haram). Ia berpandukan sandaran nass sama ada daripada al-Quran mahupun al-Sunnah.

Prinsip-Prinsip Halal Dan Haram Al-Qaradawi

Dalam buku al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, al-Qaradawi telah menggariskan beberapa prinsip dalam penentuan halal haram. Antara prinsip tersebut termasuklah,

11 12 13

Al-Qaradawi (1980). Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Beirut : al-Maktab al-Islami. h. 15. Ibn Manzur (t. t.). op. cit. juz. 9, hh. 844-845. Al-Qaradawi (1980). op. cit. h. 15.

1-

Asal segala sesuatu adalah harus (mubah)

Prinsip ini adalah merupakan satu kaedah fiqh (qawa‟id al-fiqhiyyah) iaitu al-aslu fi al-asya‟ al-ibahah (

)14 ianya merupakan kaedah pecahan daripada

salah satu kaedah utama iaitu al-yaqin la yuzal bi al-syak (

). Menurut

al-Qaradawi asal kepada setiap sesuatu yang diciptakan Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satu pun yang haram, kecuali ada nas yang sah dan sarih dari Syari‟ yang mengharamkannya15. Sekiranya tidak ada nas yang sah, seperti hadis yang dinilai da‟if (lemah), ataupun yang jelas (sarih) yang menunjukkan haram, maka perkara tersebut dikira sebagai harus, kerana asalnya adalah harus16. Prinsip ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T :         “Dialah zat yang menjadikan untuk kamu segala sesuatu yang ada di muka bumi ini semuanya” (al-Baqarah : 29) Ayat ini menjadi hujah kepada mereka yang berpendapat bahawa asal kepada setiap sesuatu yang boleh diambil manfaat daripadanya adalah harus,

14

15

16

Al-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman (1997). al-Asybah wa al-Naza’ir. Makkah : Maktabah Nizar Mustafa al-Baz. j. 1, h. 102. Ianya adalah kaedah yang dipegang dalam mazhab al-Syafi‟i, kerana kaedah menurut Abu Hanifah adalah “asal kepada setiap sesuatu adalah haram, sehingga ada dalil yang mengharuskannya”, lihat ; AlSuyuti (1997). op. cit. j. 1, h. 143 Al-Qaradawi (1980). op. cit. h. 20.

begitu juga ayat di dalam surah al-Jathiyah : 1317, dan surah Luqman : 20. Juga berdasarkan daripada beberapa hadis Nabi S.A.W, antaranya, sabda Nabi s.a.w :

. “Apa sahaja yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka dia adalah halal, dan apa sahaja yang Ia haramkan, maka dia adalah haram, sedang apa yang Ia diamkan, maka pekara itu adalah dimaafkan (dibolehkan). Oleh kerana itu, terimalah kemaafan daripada Allah itu sebab sesungguhnya Allah tidak akan lupa.- Kemudian Rasulullah membaca ayat : (Dan Tuhanmu tidak lupa,- surah Maryam : 64)” (Riwayat al-Hakim dan Bazzar)

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menjelaskan sesuatu yang haram18, dan apa yang tidak dinyatakan akan keharamannya maka perkara itu adalah harus, selagi mana terangkum di dalam adat dan muamalat bukannya ibadat.

2-

Penentuan halal dan haram adalah hak Allah

Kuasa penentuan halal dan haram adalah hak Allah S.W.T, manusia tidak kira siapapun tidak boleh sewenang-wenangnya menyatakan keharaman dan kehalalan sesuatu perkara, Allah S.W.T telah berfirman : “Apakah mereka itu mempunya sekutu yang mensyariatkan agama untuk mereka, dengan sesuatu yang tidak diizinkan Allah?” (Surah al-Syura : 21)

17

18

Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad (2006). Al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Beirut : Mu‟asasah alRisalah. juz. 1, h. 377. Lihat ; Surah al-An‟am : 119 yang bermaksud : “Dan Allah telah memperjelaskan kepada kamu sesuatu yang Dia telah harmkan ke atas kamu”.

Orang Yahudi dan Nasrani juga telah menjadikan paderi-paderi dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah adalah kerana menurut apa yang dihalalkan dan diharamkan oleh paderi dan rahib mereka.19 Al-Qaradawi menyatakan bahawa ahli fiqh pun tidak sewenang-wenangnya menetapkan hukum, kerana mereka takut terjatuh dalam menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.20

3-

Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan syirik

Islam telah mencela sikap orang yang suka menentukan halal dan haram (seperti yang telah disebutkan dalam prinsip yang kedua), maka orang yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram pula adalah lebih berat dan teruk. Ini adalah kerana mereka telah memberi kesempitan dan kesukaran bagi manusia, sedangkan perkara tersebut telah Allah berikan keluasan.21 Orang seperti ini adalah tergolong dalam golongan yang berlebih-lebihan (al-Mutanatti‟un), yang mana telah diancam oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam sabda Baginda:

19

20 21

Olahan daripada hadis riwayat al-Tirmidhi, di mana Adi bin Hatim menanyakan Rasulullah berkenaan firman Allah di dalam surah al-Taubah : 31. Lihat : Al-Qaradawi (1980). op. cit. hh. 23-24. Al-Qaradawi (1980). op. cit. h. 24. Ibid. h. 25.

“Ingatlah! Mudah-mudahan binasalah orang-orang yang berlebihan itu – sebanyak 3 kali” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Kemudian sabda Baginda lagi yang bermaksud: “Aku ciptakan hamba-hamba-Ku ini dengan sikap yang lurus (hanif), tetapi mereka didatangi syaitan, maka syaitan ini memesongkan mereka dari agama mereka, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka syirik kepada-Ku dengan sesuatu yang tidak Aku turunkan keterangan padanya” (Hadis riwayat Muslim) Oleh kerana itulah menurut al-Qaradawi, orang yang mengharamkan sesuatu yang halal dapat disamakan dengan syirik. Kerana itulah al-Quran menentang keras sikap orang-orang musyrik Arab tentang kesyirikan mereka, dan tentang sikap mereka yang berani mengharamkan ke atas diri mereka perkara yang baik-baik seperti makanan dan binatang, sedangkan Allah menghalalkannya.22 Implikasi

dari

sikap

mengharamkan

sesuatu

yang

halal

dan

menghalalkan sesuatu yang haram adalah boleh menimbulkan kejahatan dan kemudaratan. Kerana Allah tidak akan menghalalkan sesuatu kecuali yang baikbaik dan Allah tidak mengharamkan sesuatu kecuali yang buruk-buruk.23

22 23

Ibid. h. 26. Ibid. h. 28.

4-

Perkara yang halal menafikan keperluan kepada yang haram

Al-Qaradawi menyatakan bahawa setiap perkara yang diharamkan Allah pasti ada gantinya kepada sesuatu yang lebih baik, itulah salah satu bentuk rahmat dan kelembutan agama Islam.24 Imam Ibn al-Qayyim mengatakan: “Sekiranya Syarak mengharamkan sesuatu kepada mereka25 (manusia) ia akan menggantikannya dengan apa yang lebih baik dan bermanfaat untuk mereka. Dan mengharuskan untuk mereka apa yang dapat memenuhi keperluan mereka (dengan jalan yang halal) agar memudahkan mereka meninggalkan perkara yang haram. (Contohnya) Syarak mengharamkan ke atas mereka jual beli (dengan bertukar) rutab (kurma basah / berkualiti) dan tamar (kurma kering) (yang dimaksudkan adalah jual beli riba) dan menggantikannya dengan mengharuskan (untuk mendapatkan tamar / rutab) dengan sistem pinjaman, sebagaimana mengharamkan ke atas mereka melihat kepada ajnabi, tetapi dibolehkan dalam melihat tunang, dalam bermuamalah dan doktor, dan mengharamkan mendapatkan harta dengan cara bertanding yang batil dengan menggunakan dadu atau catur (yakni berjudi) dan mengharuskan mendapatkan harta dengan pertandingan yang bermanfaat seperti berlumba kuda…”26 Ini adalah kelebihan dan keistimewaan syariat Islam, yang terkandung di dalamnya prinsip memudahkan, toleransi dan tidak membebankan. Syariat Islam juga apabila dikaji dengan lebih mendalam, dapat kita lihat bahawa jika Allah menyempitkan satu bidang, maka Allah memberi kelonggaran dalam bidang yang lain. Kerana Allah tidak pernah menghendaki kesulitan, kekerasan

24 25

26

Ibid. h. 30. Penggunaan ( ‫ )هم‬mereka oleh ibn al-Qayyim adalah ditujukan kepada masyarakat Arab / Jahiliah di awal pensyariatan Islam, jadi penulis telah mengumumkan penggunaannya kepada manusia. Al-Jauziyah, Ibn al-Qayyim (1423H). I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin. Jeddah : Dar Ibn alJauzi. j. 3, hh. 415-416.

dan kesempitan, tetapi sebaliknya Allah menginginkan kemudahan, kelembutan dan kelonggaran sebagai rahmat-Nya kepada manusia.27

5-

Wasilah atau helah untuk melakukan yang haram adalah haram

Islam telah mengharamkan apa jua bentuk jalan atau pekerjaan yang boleh membawa kepada perkara-perkara haram, begitu jugalah Islam mengharamkan segala bentuk helah untuk melakukan perkara yang haram dengan cara yang boleh menyembunyikan keharamannya.28 Sebagai contohnya adalah dahulu orang-orang Yahudi diharamkan oleh Allah untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, lalu mereka melakukan helah dengan memasang perangkap (jala) pada hari Jumaat, lalu pada hari Sabtu ikan tersangkut pada jala, dan mereka mengutipnya pada hari ahad, maka Allah telah merubah rupa mereka seperti beruk29, seperti yang digambarkan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 65. Helah seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi tersebut menurut ulama‟ Islam hukumnya adalah haram. Kerana maksud larangan tersebut adalah larangan memburu dengan segala bentuknya sama ada berbentuk sebab (tasbib) ataupun secara langsung. Ulama‟ juga telah meletakkan beberapa kaedah berkenaan dengan prinsip yang dinyatakan al-Qaradawi ini antaranya adalah Sadd al-Dhari‟ah (menutup pintu yang membawa kepada perkara haram) serta kaedah pecahannya iaitu apa yang dapat menghubungkan kepada yang haram 27 28 29

Al-Qaradawi (1980). op. cit. h. 31. Ibid. h. 32. Ibn Kathir (t. t.). Tafsir al-Qur‟an al-„Azim. Mesir : Mu‟asasah al-Qurtubah. j. 1, hh. 435-436.

maka ia adalah haram (

)30, dan kaedah yang mengelilingi

larangan hukumnya adalah sama dengan yang dikelilingi (

)31.

Al-Qaradawi menyatakan beberapa contoh helah untuk melakukan yang haram, antaranya adalah meletakkan nama perkara yang haram bukan atas namanya yang sebenar, contohnya adalah arak yang ditukar namanya kepada nama selain arak, ataupun mengubah bentuk rupanya tetapi masih kekal hakikat perkara tersebut32, contohnya adalah melakukan bentuk-bentuk helah ribawi.

6-

Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram

Niat seseorang memainkan peranan yang penting dalam syariat Islam, ini adalah kerana bersandarkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapat berdasarkan apa yang diniatkan” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berasaskan hadis ini juga telah wujud satu kaedah fiqh utama iaitu alUmur bi Maqasidiha (setiap perbuatan itu berdasarkan tujuan niatnya)33. Imam al-

30

31 32 33

Al-Zarkasyi, Muhammad (1992). Al-Bahr al-Muhit fi Usul al-Fiqh. Al-Ghardaqah : Dar al-Safwah. j. 6, h. 85. Al-Suyuti (1997). op. cit. j. 1, h. 207. Al-Qaradawi (1980). op. cit. h. 32. Ibn Nujaim (2005). Al-Asybah wa al-Nazair. Beirut : Dar al-Fikr al-Mu‟asir. h. 22 ; al-Subki, „Abdul Wahab bin „Ali (1991). Al-Asybah wa al-Nazair. Beirut : Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah. juz. 1, h. 54.

Syafi‟i juga menyatakan hadis ini merupakan 1/3 daripada ilmu, dan termasuk di dalam hadis ini 70 bab-bab fiqh. 34 Al-Qaradawi mengatakan bahawa perkara yang haram akan tetap keharamannya walaupun diiringi dengan niat yang baik. Islam tidak pernah memberi peluang jika keharaman dijadikan alat untuk mencapai tujuan yang terpuji. Seterusnya beliau membawa contoh, seperti orang yang mengumpulkan harta daripada hasil riba, judi, dan selainnya untuk tujuan membina masjid, maka niatnya itu tidak menghapuskan dosa pelaku tersebut dan tidak akan menjadi pembantu di akhirat kelak.35 Prinsip inilah yang diajari Rasulullah S.A.W. kepada umat Islam di dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala itu baik, tidak menerima kecuali yang baikbaik. Sesungguhnya Allah memerintahkan kaum beriman dengan apa-apa yang diperintahkan kepada para nabi. Lalu Baginda membaca: “Wahai para rasul makanlah daripada yang baik-baik dan kerjakanlah amal soleh.” (Surah al-Mu‟minun : 51). Dan membaca: “Wahai orang-orang beriman makanlah yang baik-baik daripada apa-apa yang Kami rezekikan kepada kamu” (Surah al-Baqarah : 172). Kemudian Baginda menyebutkan ada seorang lelaki dalam sebuah perjalanan yang jauh, kusut dan berdebu (dalam tujuan mengerjakan haji atau umrah), dia menadahkan kedua tangannya ke langit: “Wahai Rab, wahai Rab,” sedangkan makanannya dari yang haram, minumannnya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan yang haram, bagaimana doanya dapat dimakbulkan?” (Hadis riwayat Muslim)

34

35

Al-Hanbali, Ibn Rajab (...


Similar Free PDFs