Produk Kandungan Proses PDF

Title Produk Kandungan Proses
Author Rosaidi Mohamad
Pages 18
File Size 1.6 MB
File Type PDF
Total Downloads 420
Total Views 508

Summary

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum BAB 1: Konsep & Model Kurikulum Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan maksud kurikulum b) Membezakan di antara kurikulum sebagai produk dan proses c) Membezakan di antara beberapa model pembangunan kurikulum d) Menjelaskan kurikulum yang ...


Description

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum

BAB 1: Konsep & Model Kurikulum

Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) b) c) d)

Menerangkan maksud kurikulum Membezakan di antara kurikulum sebagai produk dan proses Membezakan di antara beberapa model pembangunan kurikulum Menjelaskan kurikulum yang ditulis, diajar dan ditaksir

Ri 1.1 Mukadimah 1.2 Apakah kurikulum? 1.3 Model-model kurikulum a) Model Tyler b) Model Taba c) Model Saylor & Alexander 1.4 Tonggak pendidikan UNESCO 1.5 Kurikulum yang ditulis, diajar dan ditaksir

Bab 1: Konsep dan Model Kurikulum Bab 2: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bab 3: Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Bab 4: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 1 & 2 Bab 5: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 3 & 4 Bab 6: Pemikiran Menakul Bab 7: Pemikiran Kreatif & Inovasi Bab 8: Keusahawanan dan Kurikulum Bahasa Melayu Bab 9: Teknologi Maklumat dan Kurikulum Bahasa Melayu

Ringkasan Rujukan

1

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum

1.1 Mukadimah

TAJUK-TAJUK BERITA         

“Pelajar dibebankan dengan banyak keja rumah? “Pelajar Tahaun 6 tidak boleh membaca dalam Bahasa Melayu” “Pelajar bosan dengan pengajaran Bahasa Melayu” “Guru tidak dapat memberi perhatian individu kerana sukatan pelajaran terlalu padat” “Guru hanya mengajar apa yang ada dalam buku teks” “Kemahiran berfikir perlu dipertingkatkan” “Ibu bapa kurang melibatkan diri dalam pelajaran anak mereka” “Pendidikan seni dan musik diabaikan di sekolah rendah” “Sekolah sangat bertumpu kepada peperiksaan awam”

Tersenaraikan di atas ialah beberapa penyataan akhbar. Sejauh manakah penyataanpernyataan tersebut adalah benar? Sudah tentu anda pernah didedahkan kepada pernyataanpernyataan di atas dalam akhbar dan majalah. Pernyataan-pernyataan ini mencerminking keprihatinan masyarakat tentang apa yang sedang berlaku dalam sekolah, khusunya tentang kurikulum. Perlu ditegaskan bahawa kurikulum ialah suatu kontrak atau perjanjian di antara masyarakat dengan pihak berkuasa mengenai bagaimana generasi muda akan dididik. Oleh itu masayarakt berhak menyoal bagaimana sekolah menyediakan generasi akan datang memainkan peranan sebagai rakyat kelak. Kini lebih ramai ahli masyarakat yang berpendidikan tinggi amat minat memberi pendapat tentang apa yang diajar di sekolah serta aktiviti-aktiviti lain yang berlaku di sekolah. Kadangkala sukar mendapat persetujuan tentang apa sebenar masyarakat mahu sekolah melakukan! 

Sesetengah pihak meminta sekolah mengajar supaya pelajar dapat menguasai fakta, konsep dan prinsip sesuatu mata pelajaran.



Sesetengah pihak pula meminta dikurangkan isi-kandungan yang diajar dan bertumpu kepada perkembangkan pemikiran kritis dan kreatif.

2

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum 

Sesetengah pihak lain berpendapat sekolah tidak memberi tumpuan yang mencukupi kepada perkembangan watak atau karektor pelajar.

Kelihatan masyarakat masih keliru tentang apakah yang mereka mahu sekolah lakukan. Kekeliruan ini mencerminkian nilai dan perspektif berbeza yang dipegang oleh ahli masyarakat. Apabila masyarakat berubah, kurikulum pun perlu berubah mengikut kehendak zaman. Contohnya, pada zaman penjajahan Inggeris, sistem pendidikan di Malaya (ketika itu) bertumpu kepada penghasilan kerani dan pembantu pejabat untuk bekerja dalam sistem pentadbiran penjajah. Sama ada kita mentafsir kurikulum secara sempit sebagai senarai mata pelajaran yang perlu diajar atau secara meluas sebagai segala pengalaman yang dikuasai pelajar, kurikulum memberi kesan kepada kita semua. Kurikulum menjadi keprihatinan semua, sama ada guru, pelajar, ibu bapa, ahli akademik, ahli politik, ahli perniagaan atau orang biasa.

1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Bincangkan bersama pelajar lain mana-mana TIGA pernyataan yang disenaraikan. b) Laporkan isu-isu lain tentang kurikulum yang kini dipertikaikan.

1.2 APAKAH KURIKULUM?

Seperti istilah-istilah lain dalam pendidikan, adalah amat sukar mendapat persetujuan tentang definisi ‘kurikulum’. Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘curriculum’ yang berasal daripada perkataan Latin currere yang merujuk kepada balapan bujur dimana kereta kuda Roman berlumba (Lihat Gambar 2.1). 



The New International Dictionary mentakrif kurikulum sebagai sesuatu bidang ilmu yang diajar oleh sesuatu institusi pendidikan atau latihan.

Gambar 2.1 Kereta kuda Roman berlumba di currere.

The Oxford English Dictionary mendefinisi kurikulum sebagai kursus-kursus yang diajar oleh sekolah, pusat latihan atau universiti. 3

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum

Setiap individu mempunyai definsi tersendiri tentang kurikulum. Ramai orang mengaitkan kurikulum dengan sukatan pelajar (Adakah anda bersetuju?). Sekumpulan kecil mengaitkan kurikulum sebagai segala pengalaman pengajaran-pembelajaran yang dialami pelajar semasa di sekolah. Sejak abad ke 20, apabila Franklin Bobbitt yang digelar “Bapa Kurikulum” menerbitkan bukunya The Curriculum pada 1918, pelbagai ahli falsafah, pakar dan pengamal telah mengutarakan definisi kurikulum masing-masing: 

Tanner (1980) mendefinisi kurikulum sebagai hasil dan pengalaman pembelajaran yang terancang yang dilaksanakan oleh sekolah.



Schubert (1987) mentakrikan kurikulum sebagai kandungan sesuatu mata pelajaran, konsep-konsep dan tugas-tugas yang hendak diperolehi, aktiviti-aktiviti yang dirancang, hasil pembelajaran dan pengalaman yang diingini, hasil budaya serta satu agenda mereformasi masyarakat



Pratt (1980) menyifatkan kurikulum sebagai suatu dokumen tertulis yang menerangkan secara sistematik matlamat, objektif, kandungan, aktiviti pembelajaran, prosedur penilaian dan sebagainya sesuatu mata pelajaran.



Goodlad and Su (1992) mentakrifkan kurikulum sebagai satu pelan yang mengandungi peluang pembelajaran untuk sesuatu waktu tertentu dan tempat, suatu alat yang menyasarkan untuk membawa perubahan kelakuan di kalangan pelajar akibat aktiviti-aktiviti yang terancang dan termasuk semua pengalaman pembelajaran yang diterima oleh pelajar dengan bimbingan sekolah



Cronbleth (1992) mendefinisi kurikulum dengan menjawab tiga soalan: Apakah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang patut di ajar? Apakah kegunaan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diajar? Bagaimana pelajar harus menguasainya?



Grundy (1987) mendefinisi kurikulum sebagai satu program aktiviti (oleh guru dan pelajar) yang direka bentuk supaya pelajar akan mencapai objektif pelajaran dan persekolahan.



Hass (1987) memberi definisi yang lebih luas dengan mengatakan bahawa kurikulum termasuk segala pengalaman yang berkait dengan sesuatu program pendidikan yang bertujuan mencapai matlamat dan objektif tertentu.



Kamus Dewan mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau institusi pendidikan

John Goodlad

4

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum

Oliva (1982) merumuskan Kurikulum sebagai:        

Mata pelajaran yang diajar disekolah Isi-kandungan Bahan pengajaran dan pembelajaran Objektif pembelajaran Kaedah mengajar Kaedah pentaksiran Segala yang dialami di dalam dan luar sekolah Segala aktiviti yang dirancang dan tidak dirancang

[Source: Peter F. Oliva, Developing the Curriculum. Boston: Little, Brown &

Adakah anda keliru dengan definisi yang berbeza ini? Tidak mengapa! Ia adalah petanda Company. 1982. p. 5] baik! Mempunyai pelbagai definisi kurikulm tidak semestinya sesuatu yang tidak baik. Berbagai-bagai takrifan kurikulum menunjukkan bidang itu adalah dinamik dan sentiasa berubah. Ia juga mencerminkan kepelbagaian falsafah, konsepsi pembelajaran manusia, strategi mengajar, pengalaman politik serta latar belakang budaya masyarakat (Ornstein dan Hunkins, 1998). Walau pun banyak masa dibelanja untuk mentakrif kurikulum, ia merupakan suatu usaha yang tidak merugikan kerana ia menggalakkan penerokaan bermacam-macam kemungkinan. 

Kita harus sedar bahawa sekiranya kurikulum ditakrifkan terlalu sempit, kemungkinan besar kita meninggalkan atau mengabaikan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia tidak dimasukkan dalam pelan kurikulum.



Sebaliknya, jika takrifan kurikulum kita terlalu umum, ia sukar dilaksanakan kerana ia terbuka kepada tafsiran yang berbeza yang mungkin mengelirukan guru yang melaksanakannya.

Walau pun terdapat pelbagai definisi kurirulum, terdapat persetujuan bahawa kurikulum ialah:  Apa pelajar harus mengetahui (pengetahuan atau kandungan),  Apa pelajar harus lakukan (kemahiran),  Bagaimana ia harus diajar (pengajaran),  Bagaimana ia harus diukur atau dinilai (penaksiran),  Bagaimana sistem pendidikan harus disusun (konteks). 5

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum Kurikulum ialah sesuatu rancangan yang menyatakan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku serta pengalaman pembelajaran yang disusun untuk membolehkan pelajar menguasainya melalui pendidikan dan latihan. Cara kita menggubal sesuatu kurikulum amat penting kerana ia mencerminkan konsepsi kita tentang bagaimana kita berfikir, bagaimana kita belajar dan bagaimana kita bertindak. Pendek kata, bagaimana kita mendefinisi kurikulum mencerminkan andaian kita tentang dunia (Cornbleth, 1992).

Je a) Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? b) Jelaskan persamaan dan perbezaan pandangan pakar-pakar tentang kurikulum. . c) Apakah definisi anda tentang kurikulum?

1.3 Model-Model Kurikulum

Dalam pembangunan kurikulum untuk sesuatu mata pelajar, ramai penggubal menggunakan sesuatu model kurikulum sebagai panduan. Model kurikulum menggariskan pendekatan, kaedah dan prosedur pembangunan kurikulum serta pelaksanakan dan penilaian kurikulum. Beberapa model kurikulum telah dikemukakan oleh pakar-pakar kurikulum dan di antaranya ialah oleh Ralph Tyler, dan Hilda Taba. a) Model Kurikulum Tyler Ralph Tyler telah memperkenalkan suatu model kurikulum pada tahun 1949 yang masih digunakan hingga hari ini. Menurut beliau, “kurikulum ialah segala pengalaman yang diarah, dirancag, dikelola dan dilaksnakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan”.

Ralph Tyler 1902-1994

Dalam bukunya bertajuk Basic Principles of Curriculum and Instruction (1949), beliau mengutarakan EMPAT soalan dasar yang digelar the Tyler Rationale atau Rasional Tyler seperti berikut:

6

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum 1. Apakah objektif yang ingin dicapai? 2. Bagaimana memilih pengalaman pembelajaran untuk mencapai objektifobjek ini? 3. Bagaimana menyusun pengalaman pembelajaran untuk pengajaran yang berkesan? 4. Bagaimana keberkesanan pengalaman pembelajaran dinilai?

1. Objektif

2. Pengalaman Pembelajaran

4. Penilaian

3. Menyusuan Pengalaman Pembelajaran Untuk Pengajaran

Rajah 1.1 Model Ralph Tyler

Dengan perkataan lain (lihat Rajah 1.1 di atas): 1. Tentukan objektif serta hasil pembelajaran yang ingin dicapai 2. Memilih kandungan serta menyusan dalam unit-unit kecil dengan urutan daripada mudah ke lebih kompleks 3. Memilih kaedah mengajar serta bahan bantu mengajar bagi menyampaikan kandungan dengan berkesan 4. Menilai hasil pembelajaran secara formatif dan sumatif untuk menentukan sama ada objek tercapai Kelemahan Model Tyler Model kurikulum yang dicadangkan Ralph Tyler tidak memberi perhatian kepada latar belakang dan kebolehan pelajar yang sedia ada. Kemungkinan apabila objektif yang ingin dicapai terlalu sukar kerana pelajar tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran sedia ada yang boleh menimbulkan kesulitan menguasai kandungan. Kurang jelasnya hakikat belajar mengajar, kerana seringkali pembelajaran terjadi di luar tujuan-tujuan tersebut; terlalu menekankan pada hasil pembelajaran yang boleh mengkonkong kreativiti.

Hilda Taba 1902-1967 7

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum

b) Model Kurikulum Taba Hilda Taba, seorang ahli pedidikan mencadangkan model kurikulum yang sistematik, objektif, saintifiik dan berorientasi penyelidikan. Model kurikulum yang dicadangkan disifatkan sebagai “bawah-atas” (bottoms-up) kerana guru memainkan peranan utama. Menurut beliau pembinaan kurikulum harus mengambil kira pandangan dan pendapat guru. Guru merupakan faktor utama dan memainkan peranan aktif dalam pengembangan sesuatu kurikulum. Ciri ini berlainan dengan Model Tyler yang tidak mengutamakan peranan guru dalam perkembangan kurikulum. MODEL TABA

1. Mengentukan Keperluan

7. Penilaian

1. Pembentukan Objektif 6. Penyusunan Pengalaman Pembelajaran

3. Pemilihan Isi Kandungan

4. Penyususun Isi Kandungan

5. Pemilihan Pengalaman Pembelajaran

Rajah 1.2 Model Hilda Taba Langkah-Langkah Pengembangan Kurikulum Menurut HILDA TABA Langkah 1: Menentukan Keperluan - Apakah yang pelajar memerlukan seperti kemahiran berfikir kritis & kreatif, mencipta sesuatu yang baharu, berkomunikasi dengan berkesan, menyelesaikan masalah matematik, berfikir seperti ahli sains dan sebagainya. Langkah 2: Pembentukan Objektif - Membentuk objektif selaras dengan keperluan pelajar. Langkah 3: Pemilihan Isi Kandungan – Memilih isi kandungan yang relevan, signifikan dan berguna selaras dengan objektif-objektif.

8

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum Langkah 4: Penyusunan Isi Kandungan – seperti berikut:    

urutan daripada senang hingga ke kompleks; daripada konkrit ke abstark mengikut tahap kematangan murid menurut minat murid berdasarkan tahap pencapaian dan kebolehan murid

Langkah 5: Pemilihan Pengalaman Pembelajaran – Memilih aktivti-aktiviti pemebalajaran yang bersesuaian dengan kandungan yang disampaikan serta melibatkan murid secara aktif dan menyeluruh. Langkah 6: Penyusunan dan Organisasi Pengalaman Pembelajaran – Merancang dengan teliti, menentukan kandungan relevan untuk pelajar yang diajar serta bersesuaian dengan pelajar yan diajar. Langkah 7: Penilaian - perhatian diberi kepada   

Jenis ( ujian bertulis, lisan, pemerhatian) Tujuan (pemulihan, pengayaan, pensijilan) Bentuk ( formatif, sumatif)

Model Taba lebih menitikberatkan pada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses perbaikan dan penyempurnaan kurikulum. Model Taba dianggap sebagai menggunakan pendekatan ‘induktif’ manakala Model Tyler dianggap sebagai menggunakan pendekatan ‘deduktif’. Model Taba bertumpu kepada mendapat pendapat dan pandangan guru dan oleh itu disifatkan sebagai ‘induktif’, manakala Model Tyler lebih menitikberatkan kepada memberi arahan atau preskriptif dan oleh itu disifatkan sebagai ‘deduktif’. Juga Model Taba lebih memberi perhatian kepada inovasi dan kreativi dalam kalangan guru.

a) b) c) d) e)

Apakah model kurikulum? Jelas empat soalan yang dikemukakan dalam Model Tyler. Apakah cirri utama Model Taba? Senaraikan perbezaan di antara Model Tyler dengan Model Taba. Mengapakah Model Taba disifatkan sebagai ‘induktif’ manakala Model Tyler disifatkan sebagai ‘deduktif’?

9

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum

1.4 Kurikulum sebagai Produk, Proses dan Kandungan

Jika anda mengkaji dengan teliti definisi-definisi kurikulum yang di utarakan oleh pakarpakar di atas, kurikulum boleh dilihat daripada TIGA sudut; iaitu kurikulum sebagai kandungan, kurikulum sebagai produk dan kurikulum sebagai proses (Lihat Rajah 1.3).

Produk

Kandungan

Proses

KURIKULUM sebagai.....

Rajah 1.3 Tiga pendekatan kurikulum i) Kurikulum Sebagai Kandungan Ramai orang mengaitkan kurikulum dengan sukatan pelajaran yang merupakan dokumen yang menyenaraiakan topik-topik yang harus diajar bagi sesuatu mata pelajaran. Huraian sukatan pelajaran memperincikan topik-topik sesuatu mata pelajaran yang patut diajar. Contohnya, mata pelajaran seperti matematik mungkin terdiri daripada topik-topik seperti nombor, tambahan, tolak, darab, pecahan dan sebagainya. Termasuk dalam topik-topik ini ialah konsep, prinsip dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kerap kali guru menggunakan buku teks yang menerangkan urutuan topik atau struktur logik mata pelajaran kerana ia ditulis untuk menepati kehendak sukatan pelajaran. Contohnya, sukatan pelajaran untuk mata pelajaran geografi terdiri daripada topik-topik seperti bentuk muka bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan, kegiatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perusahaan, urbanisasai dan seterusnya. Adalah dicadangkan bahawa jika guru memperlihat kurikulum sebagai ‘kandungan’, tumpuan mungkin diberi kepada bidang pengetahuan yang ingin disampaikan. Apabila 10

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum kurikulum disamakan dengan kandungan, ia mungkin menghadkan pengajaran kepada pemerolehan fakta, konsep dan prinsip sesuatu mata pelajaran. ii) Kurikulum Sebagai Produk Kurikulum juga boleh dilihat sebagai ‘produk’ atau ‘hasil’. Iaitu, kebolehan, tingkah laku, sikap, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh pelajar (Bobbitt, 1918). Penggubal sesuatu kurikulum hendaklah menurun ke padang, memerhati dan memahami apakah yang diperlukan oleh pelajar apabila mereka keluar bekerja kelak dan berfungsi sebagai ahli masyarakat. Penggubal tidak boleh hanya duduk di pejabat dan cuba membuat spekulasi tentang apa yang diperlukan masyarakat. Dengan perkataan lain, kurikulum sebagai produk merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat. Tujuan kurikulum ialah membawa perubahan ketara dalam tingkah laku pelajar (Tyler, 1949). Tumpuan pendekatan ini ialah penyenarain produk atau hasil pembelajaran (learnng outcomes) yang ingin dicapai yang seterusnya menentukan kandungan’ yang hendak disampaikan, ‘kaedah mengajar’ yang bersesuaian dan menilai sama ada produk tercapai. Untuk mengukur produk atau hasil pembelajaran; kompetensi dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar perlu diperincikan lagi. Walau pun ia permudahkan pengukuran, ia boleh menyebabkan guru bertumpu kepada kompetensi dan kemahiran yang agak kecil dan kurang penting. Ia diandaikan seperti satu senarai membeli-belah yang ditandakan untuk menunjukkan pelajar telah lulus atau telah mempelajari sesuatu. Bahayanya ialah apabila guru berfokus kepada kompetensi dan kemahiran kecil-kecilan semata-mata dan tidak melihat pelajar secara keseluruhan.

iii) Kurikulum Sebagai Proses Kita telah melihat ‘kurikulum sebagai kandungan’ dan ‘kurikulum sebagai produk’. Kini kita lihat ‘kurikulum sebagai proses’. Apakah perbezaannya? Kurikulum sebagai proses ialah interaksi yang berlaku di antara guru, pelajar dan kandungan sesuatu mata pelajaran. Ia adalah tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah seperti soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru kepada pelajar, aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar dan sebagainya. Menurut pendekatan ini, kurikulum bukanlah hanya suatu pakej yang terdiri daripada sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran & buku teks yang harus diajar (iaitu pendekatan kurikulum sebagai kandungan) atau hanya senarai tingah laku yang telah ditetapkan dan perlu dicapai oleh semua pelajar (iaitu pendekatan kurikulum sebagai produk). Bilik darjah diandaikan sebagai makmal dimana guru mencuba idea-idea yang dinyatakan dalam kurikulum atau sukatan pelajaran. Guru menterjemahkan idea-idea dalam kurikulum ke dalam bilik darjah. Guru menguji sama

ada proses-proses yang dilaksanakan dalam bilik darjah berjaya atau tidak dan faktor11

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum faktor yang menghalang mempertingkatkan pembelajaran. Stenhouse (1975), menggunakan analogi resipi dalam buku masakan. Seorang chef yang handal akan mengubah sesuatu resipi mengikut selera. Beg...


Similar Free PDFs