Program Sulam N4HBU131BD PDF

Title Program Sulam N4HBU131BD
Author NURYASMIN ALIAH AZLAN
Course Kesatria
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 100
File Size 5.3 MB
File Type PDF
Total Downloads 180
Total Views 502

Summary

UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILANKAMPUS SEREMBANKUMPULAN AKOD SUBJEK:KESATRIA NEGARA III(HBU131)TAJUK PROGRAM SULAM:6 PERGERAKAN ASAS TEMPUR TANPA SENJATA (TTS)TARIKH: 4 NOVEMBER 2021NAMA JURULATIH : MOHAMMAD ROZAIDI BIN GHAZALIDISEDIAKAN OLEH: GROUP ABIL. NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIKS1. NURYASMIN ALIA...


Description

UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS SEREMBAN KUMPULAN A KOD SUBJEK: KESATRIA NEGARA III (HBU131) TAJUK PROGRAM SULAM: 6 PERGERAKAN ASAS TEMPUR TANPA SENJATA (TTS) TARIKH: 4 NOVEMBER 2021 NAMA JURULATIH: MOHAMMAD ROZAIDI BIN GHAZALI DISEDIAKAN OLEH: GROUP A BIL.

NAMA AHLI KUMPULAN

NO. MATRIKS

1.

NURYASMIN ALIAH BT AZLAN

(2020460114)

2.

AINNUR MARDIAH BT MOHD NAZIM

(2020835192)

3.

MUHAMMAD IZZ WAQIUDDIN BIN MAZLAN

(2020603038)

4.

AKMAL HAKIEM BIN IBRAHIM

(2020860894)

5.

MUHAMMAD ZUKHAIRY BIN HASHIM

(2020478548)

6.

NURILYA SYAMIRA BINTI SABRI

(2018406982)

7.

ABDUL HADI AL-RASHID BIN AHMAD SAIFI

(2020835362)

8.

MUHAMMAD NAJMI BIN HASHIM

(2020270156)

9.

NURUL AZWANY BINTI HAMBALI

(2020436136)

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 6 PERGERAKAN ASAS ...................................................................................... 3 1.1 DEFINISI 6 PERGERAKAN ASAS ............................................................................................ 3 1.1.1 6 Pergerakan Asas Lama ........................................................................................................ 3 1.1.2 6 Pergerakan Asas Lama ........................................................................................................ 4 2.0 TUJUAN ........................................................................................................................................... 5 3.0 LATAR BELAKANG TEMPUR TANDA SENJATA (TTS) ......................................................... 5 4.0 OBJEKTIF PROGRAM ................................................................................................................... 6 5.0 BUTIRAN PROGRAM .................................................................................................................... 7 5.1 Bilangan Peserta............................................................................................................................ 7 5.2 Tarikh Cadangan ........................................................................................................................... 7 5.3 Langkah Pelaksaaan ...................................................................................................................... 7 5.4 Tempat Program............................................................................................................................ 7 6.0 CONTOH POSTER PROGRAM ..................................................................................................... 8 7.0 MANFAAT PROGRAM .................................................................................................................. 9 8.0 CABARAN DALAM MENJALANKAN PROGRAM.................................................................... 9 9.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI CABARAN ................................................................... 10 10.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 11

1.0 PENGENALAN 6 PERGERAKAN ASAS 1.1 DEFINISI 6 PERGERAKAN ASAS Enam pergerakan asas atau lebih sering dikenali sebagai Pergerakan Asas Enam adalah hasil gabungan dari beberapa gaya pergerakan yang terdapat dalam Tempur Tanpa Senjata. Enam pergerakan asas boleh dibahagikan kepada beberapa uniti. Uniti tubuh badan, minda, kehidupan, uniti seni gaya “poomsae’ atau dikenali sebagai lawang dalam Bahasa melayu. 6 Pergerakan asas terbahagia kepada dua versi : • •

6 pergerakan asas lama 6 pergerakan asas baru

1.1.1 6 Pergerakan Asas Lama Pergerakan 1 1. Menangkis kebawah, didalam kedudukan back stand dan tangan menumbuk kehadapan dengan membuka langkah panjang. Pergerakan 2 1. kedudukan bertarung, kedua-dua tangan dalam keadaan genggam dan dalam masa yang sama satu di hadapan dan satu lagi di dada lalu menumbuk kehadapan dengan langkah panjang. Pergerakan 3 1. Dalam kedudukan back stand, melakukan perbuatan menangkis ke atas, menunmbuk ke hadapan dengan membuka langkah panjang. Pergerakan 4 1. Dalam kedudukan back stand menangkis pisau tangan berganda, melakukan tendangan hadapan (front kick) dengan menggunakan kaki kanan, jatuh pada kaki kanan ke hadapan. 2. Kemudian, diikuti dengan tumbukan berganda dengan kedudukan langkah panjang. Pergerakan 5 1.Kedudukan back stand menangkis pisau tangan berganda, melakukan tendangan pusing (turning kick) dengan kaki kanan dan jatuh pada kaki kanan ke hadapan disusuli dengan mengetuk. Pergerakan 6 1. Dalam kedudukan back stand, menangkis pisau tangan berganda, dan dalam masa yang sama melakukan tendangan pusing (turning kick) dengan kaki kanan ke hadapan disusuli dengan memancung. 2. Kedudukan kuda-kuda berganda

1.1.2 6 Pergerakan Asas Lama Pergerakan 1 1. Menangkis ke bawah kedudukan power stand dan menumbuk ke hadapan dengan membuka langkah yang panjang. 2. Menetak ke kiri dengan langkah panjang. 3. Kembali kepada kedudukan junbi dan menghadap ke hadapan. Pergerakan 2 1. Menetak ke kiri dengan langkah yang panjang dan melakukan tendangan hadapan (front kick) dengan menggunakan kaki kanan. 2. Apabila kaki kanan ke hadapan, ianya akan disusuli dengan tumbukan berganda dengan kedudukan langkah panjang. 3. Seperti pergerakan 1, Kembali kepada kedudukan junbi di mana tempat kamu menghadap (kiri). Pergerakan 3 1. Menangkis ke atas menghadap ke hadapan dalam kedudukan power stand dan mencekik hadapan langkah panjang. 2. Kembali kepada kedudukan asal iaitu dalam kedudukan junbi di tempat mana kita menghadap (hadapan). Pergerakan 4 1. Kedudukan back stand dan menangkis Hand knife ke kiri. 2. Melakukan tendangan pusing (turning kick) dengan kaki kanan jatuh pada kaki kanan ke hadapan. 3. Diiikuti dengan mengetuk dan menumbuk ke hadapan dengan langkah yang panjang. 4. Kembali kepada kedudukan junbi di tempat di mana kita menghadap (kanan). Pergerakan 5 1. X-block, berpusing kekiri dan tendangan pusing (turning kick) dengan menggunakan kaki kiri. 2. X-block, berpusing ke kanan, tendangan pusing (turning kick) dengan menggunakan kaki kanan. 3.X-block dan junbi lalu menghadap ke hadapan. Pergerakan 6 1. Tangkisan berganda, tendangan sisi (side kick) dengan menggunakan kaki kanan dan jatuh dengan kaki kanan ke hadapan.

2. Disusuli pula dengan memancung dan menumbuk ke hadapan dengan membuka langkah yang panjang. 3. Kembali kepada kedudukan junbi menghadap ke hadapan.

2.0 TUJUAN Mendapatkan kelulusan daripada pihak UiTM dan pihak yang berkenaan untuk mengadakan “Program Service Learning Malaysia University for Society (SULAM)” secara online di Google Meet pada bulan untuk melakukan pemindahan ilmu daripada pelajar kepada masyarakat bagi pembangunan komuniti. Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang aktiviti yang akan dijalankan bersempena dengan program SULAM yang dianjurkan oleh Pihak Kokurikulum bagi meningkatkan kualiti dan memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar dengan menghubungkaitkan teori dan praktis dalam penyelesaian permasalahan sebenar di dalam komuniti.

3.0 LATAR BELAKANG TEMPUR TANDA SENJATA (TTS) Tempur Tanpa Senjata (TTS) merupakan salah satu seni bela diri yang diamalkan atau menggunakan tangan kosong sebagai penangkis serangan pihak musuh. Ianya menerapkan beberapa elemen mempertahankan diri seperti tangkisan, tumbukan , kuncian dan beberapa gerakan lagi. Tempur tanpa senjata biasanya diajar kepada pasukan pengaman dan angkatan tentera ,namun turut diajar kepada orang awam. Tempur Tanpa Senjata (TTS) dalam bahasa Inggerisnya “Unarmed Combat” atau “Hand to Hand Combat” adalah salah satu cabang pertempuran jarak dekat (Close Combat) yang digunapakai oleh pasukan tentera di seluruh dunia. Jarak dekat bermaksud jarak yang mebolehkan sentuhan fizikal. Selain TTS, Cabang ilmu tempur jarak dekat yang lain ialah Close Quarter Combat (CQC) atau Close Quarter Battle (CQB). Bezanya TTT tidak menggunakan senjata api selain daripada benet (bayonet), “Dagger” dan “Cotar” atau “Baton”. Manakala Close Quarter Combar(CQC) dan Close Quarter Battle(CQB) menggunakan senjata api ringan seperti Sub-Machine Gun MP5 dan senjata sisi (side arm) seperti pistol. CQC dan CQB hanyalah digunakan untuk operasi oleh pasukan khas tentera dan polis seperti Regimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU), Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69 (VAT69).

Berbeza dengan Seni Mempertahankan Diri secara konvensional,TTS menekankan falsafah gerak pendek,mudah dan praktikal. TTS diolah dengan gabungan pelbagai seni mempertahankan diri (Combined Martial Arts) yang dilatih secara intensif. Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khusus asas TTS dijalankan oleh cawangan TTS, Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD), manakala PDRM dijalankan oleh PULAPOL (Pusat Latihan Polis). Kursus asas TTS diajar kepada semua anggota tentera dan polis. TTS lanjutan yang lebih khusus terutama gerakan “Membunuh” hanya diajar kepada pasukan khas dan khusus. Sejarah TTS di Malaysia bermula pada tahun 1963 apabila Taekwondo diperkenalkan oleh Kolonel Choi daripada kedutaan Republik Korea. Teknik Super Combat dari Silat Seni Gayong juga diterapkan dalam TTS pada era tahun 1970 –an pada ATM dan PDRM. Tahukah anda Silat Seni Gayong adalah Silat Melayu yang boleh masuk di dalam modul dan silibus ATM dan PDRM. Lebih mengkagumkan Silat Seni Gayong pernah diberi peluang untuk diajar kepada tentera British di Singapuraa pada era awal 50 an. Tetapi ilmu yang diajarkan kepada tentera British hanyalah Teknik Kombat sahaja. Seni tangkapan dan kuncia tidaklah diajar kepada mereka. TTS dari Super Combat Gayong yang diajar dalam ATM dan PDRM di ketuai oleh Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman (Mahaguru Silat Seni Gayong). Tenaga pengajar pada waktu itu yang diberi tanggungjawab oleh Mahaguru Silat Seni Gayong adalah Cikgu Siti Kalsom, Cikgu Mat Lazim dan Cikgu Mat Putih.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM Di akhir program ini diharapkan: 1. Peserta mampu untuk melatih diri menjadi lebih tangkas dan cekap dalam mempertahankan diri. 2. Peserta dapat meluang masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah untuk mengekalkan kecerdasan minda dan kecergasan fizikal. 3. Peserta mampu menambah ilmu dalam teknik mempertahankan diri. 4. Peserta dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman untuk digunakan pada masa hadapan. 5. Pastikan pelajar mengetahui tentang mengaitkan teori dengan amalan dunia sebenar. 6. Dapat meningkatkan sahsiah pelajar, kemahiran sivik dan kewarganegaraan. 7. Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui sumbangan idea, pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam kalangan pelajar.

8. Mewujudkan simbiosis dalam kalangan pelajar, pensyarah dan masyarakat.

5.0 BUTIRAN PROGRAM 5.1 Bilangan Peserta: Para peserta yang terdiri daripada siswa dan siswi UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban

5.2 Tarikh Cadangan: 5.3 Langkah Pelaksaaan: Program akan dilaksanakan dalam bentuk “live” dimana pihak kami menggunakan platform yang ada seperti “Youtube” dan “Facebook” untuk memudahkan peserta menjayakan program dengan lancar. Platform yang dipilih dengan tujuan menunjukkan beberapa slaid pembetangan bersama beberapa video bagi memudahkan para peserta memahami gerakan dan tujuan program dengan lebih baik. Peserta hanya perlu join “live” ini sehingga habis dan mencatatkan maklumat penting supaya memahami program tersebut. Di akhir program, pihak kami akan menjawab segala persoalan dan pertnyaan yang akan ditanya oleh peserta melalui ruangan “QnA” yang disediakan oleh pihak program.

5.4 Tempat Program: Program akan dilakukan secara atas talian diatas kekangan pandemic COVID19 yang sedang melanda negara kita pada masa ini, tujuan dibuat secara atas talian bagi mengikuti SOP dan mengelakkan tumbuhan kluster baru dan memudahkan penyertaan para siswa dan siswi UiTM di kediaman masingmasing.

6.0 CONTOH POSTER PROGRAM

7.0 MANFAAT PROGRAM Aktiviti ini dapat memberi pengenalan baru kepada pelajar atau orang ramai tentang Tempur Tanpa Senjaa atau dikenali sebagai TTS. TTS adalah merupakan satu seni pertahankan diri yang diajari di UiTM. Ia merupakan satu program wajib disertai oleh komander Univirsiti tersebut. Seni mempertahankan diri merupakan cara terbaik untuk para pelajar membina jati diri, meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka. Selain itu, TTS juga membolehkan pelajar mengetahui serba sedikit asas-asas pertahankan diri. Hal ini kerana, dengan TTS mereka dapat menyedari betapa pentingnya mengetahui serba sedikit seni pertahankan diri. Pertahankan diri sangat penting terutama kaum wanita kerana mereka merupakan sasaran utama. Demikian itu, aktiviti ini dapat meningkatan tahap kecergasan para pelajar.ia nya kerana , menerusi Latihan fizikal yang dilakukan. Latihan itu dapat meningkatkan keupayaan mereka. Pelajar juga dapat membina ketangkasan koordinasi mata dan tangan mereka menerusi pelbagai pergerakkan yang telah dipelajari.

8.0 CABARAN DALAM MENJALANKAN PROGRAM 1. Capaian internet haruslah dalam kondisi yang stabil.

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa tidak semua kawasan atau tempat tinggal mempunyai rangkaian internet yang baik. Bagi peserta yang tinggal di kawasan bandar semestinya mempunyai rangkaian internet yang baik, akan tetapi masalah yang timbul adalah kepada peserta yang tinggal di perkampungan atau kawasan pendalam kerana mereka sukar untuk mendapatkan capaian internet yang kuat dan stabil.

2. Penyertaan yang terhad kepada peserta.

Hal ini terjadi kerana, program ini dilakukan secara dalam talian iaitu di platform Google Meet. Platform Google Meet ini mempunyai had maksimum penyertaan iaitu hanya 100 sahaja dalam satu masa. Oleh itu, jumlah penyertaan peserta adalah sangat terhad.

3. Kesukaran untuk berinteraksi bersama peserta.

Program yang dilaksanakan secara dalam talian bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal ini kerana, ia menyukarkan interaksi di antara ahli fasilitator dengan semua peserta yang menyertai program. Interaksi di antara peserta dan ahli fasilitator adalah terhad dan menimbulkan salah faham mengenai objektif program.

4. Keberkesanan program.

Keberkesanan pelaksanaan program mudah dikesan sekiranya program ini dijalankan secara bersemuka. Jika dilaksanakan secara dalam talian, pihak penganjur tidak dapat mengenalpasti sama ada semua peserta yang hadir memahami maklumat yang disampaikan atau mengalami salah faham berkaitan dengan maklumat tersebut. Selain itu, pihak penganjur juga tidak dapat menjamin komitmen daripada peserta dari awal sehingga ke akhir program.

9.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI CABARAN 1. Mengunakan platform media sosial lain selain dari google meet.

Selain dari platform google meet, pihak penganjur juga boleh menggunakan aplikasi lain seperti microsoft teams atau google classroom untuk mengagihkan bahan tentang tentatif program. Oleh dengan itu, peserta akan dapat mengetahui tentang apa yang hendak disampaikan oleh penganjur dan dapat membuat persediaan.

2. Kerap memberi notis program agar peserta lebih cakna tentang tarikh dan masa program.

Pihak yang bertanggangungjawab perlu sentiasa memberi notis berkaitan program dari hari ke hari supaya para peserta yang terlibat dapat mempersiapkan diri serta cakna bagi mengikuti aktiviti yang bakal dijalankan. Seperti kita tahu, kekangan utama bagi program atas talian adalah masalah capaian internet. Dengan adanya notis tersebut, permasalahan capaian internet dapat dikurangkan dan melancarkan perjalanan program.

3. Pihak penganjur harus menyediakan sijil bagi peserta yang mengikuti program.

Dengan adanya sijil dapat meningkatkan lagi semangat para peserta. Hal ini kerana, sijil program adalah penting bagi membuktikan bahawa mereka telah mengikuti program tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, jika mereka hadir tetapi terlepas untuk mengisi maklumat sijil ini menunjukkan bahawa mereka tidak fokus tentang tentatif program. Oleh itu, ia dapat mengesan keberkesanan program ke atas peserta.

4. Membuka peluang soal jawab diakhir program.

Pihak penganjur mengadakan sesi soal jawab ini bertujuan membuka peluang kepada peserta sekiranya terdapat ketidakfahaman akan isi kandungan program. Oleh itu, ia juga memberi pengalaman kepada pihak penganjur berinteraksi bersama peserta.

10.0 KESIMPULAN Pada keseluruhannya, seni mempertahankan diri sememangnya memberi banyak faedah kepada orang ramai terutamanya dari segi keselamatan. Tambahan pula, pada zaman moden ini terdapat banyak kes-kes yang melibatkan nyawa serta keselamatan seseorang. Misalnya adalah kes pukul, samun, rompak, gangguan seksual dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini haruslah dicegah dan dielakkan. Sehubungan dengan itu, apabila kita mempelajari seni bela pertahankan diri ini kita mampu untuk melindungi tubuh kita daripada mengalami sebarang kecederaan dan kita juga mampu melindungi orang-orang disekililingi kita. Oleh itu, ilmu yang dipelajari daripada program ini haruslah diaplikasikan dalam kehidupan peserta supaya dapat membantu atau boleh digunakan ketika menghadapi situasi-situasi yang bahaya. Program ini juga membantu peserta untuk belajar melindungi diri sendiri ketika berada di tempat tempat terpencil dan berada pada situasi yang merbahaya. Dengan itu, keselamatan terhadap diri kita dan semua orang disekeliling kita akan lebih terjamin.

BORANG PERMOHONAN AKTIVITI PELAJAR BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA A : RINGKASAN PERMOHONAN AKTIVITI PELAJAR TARIKH TERIMA PERMOHONAN NAMA PERSATUAN

NAMA AKTIVITI

4.11.2021

KOD PERSATUAN :

Kesatria Negara N4HBU131BD

Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS): Latihan Jasmani Service Learning (SULAM) Project

PERINGKAT AKTIVITI (Sila tandakan SATU yang berkenaan sahaja)

ANTARABANGSA

UNIVERSITI

KEBANGSAAN

FAKULTI

NEGERI

✓ PERSATUAN / KELAB

DAERAH

KOLEJ KEDIAMAN

✓ AKADEMIK / ILMIAH KATEGORI AKTIVITI (Sila Tandakan SATU yang berkenaan sahaja)

PENGUCAPAN AWAM

KEBUDAYAAN / WARISAN

SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI

KEROHANIAN

SUKAN & REKREASI

KESUKARELAWANAN

WACANA INTELEK

KEUSAHAWANAN ANJURAN BERSAMA (Sila Nyatakan Jika Ada)

UNIT KOKURIKULUM BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UITM NEGERI SEMBILAN KAMPUS REMBA U

TEMPAT AKTIVITI

APLIKASI GOOGLE MEET

TARIKH AKTIVITI

6 DISEMBER 2021

BILANGAN PESERTA

JUMLAH : 47 ORANG

ANGGARAN KOS (RM)

TIADA PERUNTUKAN

ANGGARAN TAJAAN (RM) ANGGARAN PENJANAAN PENDAPATAN (RM)

TIADA PERUNTUKAN TIADA PERUNTUKAN B : IMPAK AKTIVITI

(Sila Senaraikan Sekurang-kurangnya 3 Impak Utama Pembelajaran Daripada Penganjuran Aktiviti)

1. KEPADA PELAJAR

Membina jati diri pelajar dalam seni pertempuran

2. KEPADA UNIVERSITI

Merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang berkaliber dan berkemahiran

3. KEPADA KOMUNITI / MASYARAKAT

Melahirkan komuniti ynag mempunyai kecergasan fizikal yang baik

IMPAK AKTIVITI & KEMAHIRAN INSANIAH YANG TERLIBAT (Sila Tandakan X di Dalam Petak – Sila Rujuk Borang C Permohonan Kelulusan Aktiviti)

Impak Aktiviti (kategori)

Kemahiran Pemikiran Berkomunikasi Kritis dan (KI1) Kemahiran Menyelesai kan Masalah (KI2)

Kepada Penganjur Kepada Peserta

✓ ✓

Kemahiran Kerja Berpasukan (KI3)

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (KI4)

Kemahiran Keusahawanan (KI5)

Eti...


Similar Free PDFs