Psikologi pendidikan 3 PDF

Title Psikologi pendidikan 3
Author Andi Irfhana Ardhi
Pages 334
File Size 1.2 MB
File Type PDF
Total Downloads 353
Total Views 979

Summary

Edisi Pertama 2008 © AZIZI YAHAYA, SHAHRIN AHMAD & YUSOF BOON 2008 Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain ...


Description

Edisi Pertama 2008 © AZIZI YAHAYA, SHAHRIN AHMAD & YUSOF BOON 2008 Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Psikologi pendidikan / editor Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon. ISBN 978-983-52-0536-1 1. Educational psychology. 2. Teaching--Psychological aspects. I. Azizi Yahaya. II. Shahrin Hashim. III. Yusof Boon. IV. Judul. 370.15 Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDIN Diatur huruf oleh / Typeset by & RAKAN-RAKAN Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

AZIZI YAHAYA

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

34 – 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA. (PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/ MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101) Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by UNIVISION PRESS

Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9 Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA

KANDUNGAN

Prakata

vi

Bab 1

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi Azizi Yahaya & Wan Noraini Wan Razab

Bab 2

Teori-Teori Perkembangan

1

12

Zainuddin Abu Bakar Bab 3

Kecerdasan Azizi Yahaya

31

Bab 4

Kecerdasan Emosi Azizi Yahaya

57

Bab 5

Ingatan Yusof Boon

94

Bab 6

Pengertian Konsep Kendiri Jamaludin Ramli

117

Bab 7

Pengamatan

145

Ahmad Johari Sihes Bab 8

Penyelesaian Masalah Azizi Yahaya

174

vi

Kandungan

Bab 9

Pemikiran Kritikal Shahrin Hashim

212

Bab 10

Konsep Pembelajaran Ahmad Johari Sihes

243

Bab 11

Teori Pembelajaran Ahmad Johari Sihes & Wan Noraini Wan Razab

266

Indeks

324

PRAKATA

Buku psikologi pendidikan mengandungi beberapa teori yang sesuai untuk diapplikasikan dalam bilik darjah, di antaranya ialah teori-teori pembelajaran. Oleh itu dari segi pengajaran dan pembelajaran, guru dapat memahami tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pe,belajaran. Di sini letaknya kekuatan ilmu dan kemahiran yang perlu diaplikasikan oleh pembaca. Bukan setakat itu sahaja, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga adalah lebih menekankan kepada pemusatan pelajar. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga membincangkan motivasi dalam bilik datjah. Dengan cara ini pelajar yang menghadapi masalah dari segi mendapat rawatan semangat serta memberi perhatian khas supaya mereka dapat menerima ransangan-ransangan dengan jelas dan tepat. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga membincangkan penggunaan pancaindera bagi meningkatkan kemahiran pengamatan pelajar. Ini termasuklah menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini pelajar yang menghadapi masalah dari segi pengamatan visual dan pengamatan auditori mendapat rawatan serta memberi perhatian khas supaya mereka dapat menerima ransangan-ransangan dengan jelas dan tepat. Bagi meningkatkan keupayaan penyelesaian masalah di kalangan pelajar, di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku mempunyai beberapa pendekatan yang boleh diertimbangkan dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan. Di

viii

Prakata

antaranya ialah memperkembangkan kemahiran berfikir yang pelbagai seperti pemikiran strategik, kritikal, logikal, saintifik, kreatif, induktif dan deduktif. Perasaan inkuiri pelajar juga haruslah digalakkan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya buku ini mengandungi 14 bab dan sesuai dibaca oleh para pendidik, pelajar-pelajar maktab perguruan, universiti dan orang perseorangan yang berminat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Azizi Yahaya Shahrin Hashim Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

1 KONSEP DAN SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI Azizi Yahaya Wan Noraini Wan Razab

PENGENALAN Psyche bererti jiwa dan logos bererti kajian tentang sesuatu. Jadi Psikologi adalah satu kajian mengenai tingkah laku manusia yang dibuat secara sistematik dan saintifik. Ia satu disiplin ilmu yang yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran sosial. Menurut Baller dan Charles (1968) dalam The Psychology of Human Growth and Development psikologi mengkaji tingkah laku manusia dengan menggunakan data dan prinsip yang telah dihimpunkan dengan teliti. Davidoff (1976) mengjelaskan bahawa psikologi adalah kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata atau selindung. Kajian secara nyata (overt) merujuk kepada kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak menghisap jari, bagaimana mereka belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian selindung (covert) adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya. Menurut Fantino (1974) psikologi adalah kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti ingatan, mimpi, pemikiran kebimbangan dan tekanan.

2

Psikologi Pendidikan

Kenapa Mempelajari Psikologi Ada beberapa tujuan mempelajari psikologi. Antaranya seperti berikut i)

ii)

iii)

iv)

v)

vi)

vii) viii)

Memahami tingkah laku manusia agar wujud persefahaman seterusnya memelihara perhubungan manusia yang baik dan berkesan. Contoh; guru dapat berempati dengan pelajar, dapat mewujudkan satu perhubungan yang baik antara guru-pelajar. Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini. Contohnya seseorang lebih berjaya mengubah tingkah laku individu lain atau sebagai pembimbing dengan pengetahuan tentang modifikasi tingkah laku. Mengawal tingkah laku yang tidak diingini atau yang bercanggah dengan kehendak masyarakat seperti tingkah laku yang agresif yang boleh dikawal agar seseorang individu menjadi warganegara yang berguna kepada negara. Meramal atau menelah gerak balas tingkah laku dalam sesuatu situasi. Contohnya, jika seseorang pelajar tidak bermotivasi untuk belajar, guru yang berpengetahuan psikologi dapat membantu pelajar atau mendorong pelajar mengatasi kegagalan. Menilai tingkah laku manusia dalam sesuatu masyarakat. Contohnya pengetahuan psikologi guru akan memudahkannya menilai tingkah laku pelajar berlandaskan kriteria-kriteria tertentu. Memahami perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi agar guru dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar. Memahami keperluan biologi dan psikologi manusia dan dengan itu seseorang dapat berusaha untuk memenuhinya. Memahami pelbagai jenis gangguan tingkah laku seperti

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi

xi) x)

3

hiperaktif, bimbang, pengunduran diri dan pergantungan berlebihan serta langkah-langkah yang boleh diatasi. Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang individu seseorang. Memahami bagaimana konsep kendiri seseorang individu.

PENDEKATAN PSIKOLOGI 1. 2. 3. 4. 5.

Pendekatan Behaviorisme Pendekatan Kognitif Pendekatan Humanis Pendekatan Psikoanalisis Pendekatan Neurobiologi

Pendekatan Behaviorisme Umumnya behaviorisme adalah teori pembelajaran yang menumpukan kajian tentang tingkah laku nyata yang boleh diperhatikan dan diukur (Othman Mohamad, 2000). Ia dilihat satu gerak balas terhadap rangsangan yang boleh dilihat secara kuantitatif. Pendekatan ini juga disebut sebagai rangsangan gerak balas atau psikologi R-G (ringkasan) Contohnya apabila pelajar berdiri ketika diarah oleh guru. Berdiri adalah gerak balas, rangsangan daripada arahan guru. Ahli psikologi dalam perkembangan behaviorisme adalah Pavlov, I, Watson, J.B., Thorndike, E., Skinner, B.F. Pavlov (1849-1939) seorang ahli psikologis Rusia yang terkenal dengan kajian pelaziman klasik. Pavlov menggunakan rangsangan bunyi loceng dengan makanan. Apabila mendengar loceng, air liur anjing akan keluar berak balas terhadap bunyi loceng walaupun tanpa makanan. Kemunculan John Watson (1874- 1957) dengan memfokus kepada aturan pembelajaran yang memperkenalkan psikologi sekolah. Mengasaskan teori behaviorisme. Idea utama beliau adalah mengkaji perkembangan kanak-kanak dengan teori pembelajaran. Kajiannya menggunakan

4

Psikologi Pendidikan

kanak-kanak yang takut dengan bunyi tikus akan menjahui tikus. Kanak-kanak belajar dengan pengalamannya. Skinner(1904-1990) memperkenalkan teori pelaziman operasi yang berhubung dengan perubahan dalam tingkah laku yang tidak menghiraukan apa proses yang terhasil dalam minda. Kajian menggunakan tikus dengan tuil. Jika dia meletakkan tikus di dalam sangkar, tikus tersebut akan mengambil masa yang lama untuk menekan tuil bagi mendapatkan makanan. Mula-mula mungkin makanan akan diperoleh dengan menekan tuil, tetapi lama-kelamaan makanan sudah habis. Pendekatan Kognitif Edward Tolman mula mengkaji tikus melalui eksperimen peta minda. Dia meletakkan tikus dalam kotak maze, di dapati tikus tidak putus asa untuk belajar mencari jalan hingga berjumpa makanan (operasi pelaziman). Teori ini menggunakan pengamatan, penyelesaian masalah, ingatan. Ahli psikologi lain yang terkenal ialah Brunner, Ausubel dan Piaget. Teori ini mendapati yang kebanyakan pembelajaran melibatkan penggabungan atau perkaitan yang menggunakan proses ulangan. Othman Mohamad (2000), telah menyusun empat dimensi konstruk diri mengikut psikologi kognitif Ad-din yang terdiri daripada : i) Ruh atau Roh-keupayaan mendapatkan ilmu yang menjadi salah satu keistimewaan manusia sebagai khalifah ii) Al-qalb atau Qalbu - membolehkan manusia membuat pertimbangan antara benar, baik dan salah. Dengan ini dapatlah manusia memahami tentang diri sendiri. iii) Al-Nafs atau Diri- membolehkan manusia memahami tingkah laku diri. Diri terbahagi kepada 2 nilai iaitu nilai material dan fizikal dan nilai bukan material (spiritual). Dalam diri terkandung pelbagai bentuk, pola, kederiaan, idea, ingatan dan perasaan agar dapat menghampiri jasad insan dengan lebih sempurna. iv) Al-aqal atau cendekia- akal mampu mengatasi rangsangan yang boleh merosakkan diri.

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi

5

Pendekatan Humanis Pendekatan yang menumpukan apa yang berlaku dalam diri seseorang seperti perasaan atau emosi. Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi yang menyebabkan seseorang individu cenderong untuk mencapai kebenaran diri. Setiap individu mempunyai keperluan untuk memperkembangkan potensi sehingga ke tahap maksimum (Konsep Maslow) Pendekatan Psikoanalisis Psikologi yang dipelopori oleh Sigmud Freud. Ia melibatkan diri dalam penyelidikan yang menumpukan kepada kecelaruan saraf -penyakit mental. Dia percaya manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi. Fahaman in menyatakan yang manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan diri (Othman Mohamed ,2000). Pendekatan Neurobiologi Pendekatan ini berkaitan dengan proses biologi yang berlaku di dalam otak dan sistem saraf manusia. Mengkaji aktiviti sel dan saraf di dalam otak ketika mata kita melihat sesuatu. Jadi seseorang ahli psikologi neurobiologi menyiasat jenis perubahan di dalam sistem saraf ketika belajar. Kajian menunjukkan integrasi aktiviti otak (otak kiri dan otak kanan) penting dalam menghasilkan pembelajaran yang optimum. Sel-sel otak boleh dipertingkatkan perkembangannya melalui beberapa aktiviti rangsangan dan saranan (Ab. Fatah Hasan, 1994)

KONSEP ASAS PSIKOLOGI Psikologi telah didefinisikan sebagai kajian tingkah laku. Apakah yang mempengaruhi tingkah laku seseorang adalah naluri, keperluan, desakan dan motivasi. Naluri: Menurut Freud, dia telah mengelaskan naluri kepada 2 iaitu naluri hidup yang berkaitan pertumbuhan dan perkembangan; dan naluri kematian iaitu bunuh diri. Naluri adalah perlakuan semula jadi yang merupakan kuasa daripada dalam yang

6

Psikologi Pendidikan

menggerakkan seseorang meneruskan hidupnya. Antara naluri-naluri yang utama adalah seperti : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

10.

Naluri ingin tahu-mendorong manusia ingin menyiasat Naluri melarikan diri- mendorong untuk melepaskan diri dari ketakutan atau tekanan Naluri ingin berkumpul- mendorong manusia untuk hidup berkumpul. Naluri ingin meniru- menggerakkan seseorang untuk melakukan perbuatan orang lain. Naluri ingin melawan-mendorong seseorang yang marah bertindak melawan terhadap penghalangnya. Naluri mencari makan-dorongan yang wujud ketika dilahirkan. Naluri minta pertolongan-berkehendakkan bantuan orang lain. Naluri merendahkan diri-ia wujud apabila seseorang berasa dirinya lemah. Naluri ingin runtuh dan membina- kanak-kanak suka merosakkan barang, mengoyak buku, memasang roda dan bahagian kenderaan. Naluri memperaga diri-apabila berasa diri pandai dan cekap.

Naluri ini wujud secara semual jadi dan diwarisi. Ia adalah kompleks dan agak kekal. Tingkah laku yang wujud hasil daripada naluri ini adalah sama bagi semua ahli dalam sesuatu kumpulan tertentu atau spesies. Kewujudannya bukan disebabkan oleh sebarang rangsangan. Desakan: Ia timbul akibat satu-satu keperluan makanan, minuman, oksigen dan lain-lain yang tidak dipenuhi. Desakan terdiri daripada tiga iaitu: i desakan kelaparan; ii desakan kehausan; dan

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi

iii

7

desakan seks

Contohnya semasa mengigil semasa sejuk. Gerak balas ini akan menyebabkan bulu roma berdiri dan memerangkap lapisan udara (penebat haba) yang memanaskan badan. Ataupun semasa dahaga, seseorang akan minum air untuk menyeimbangkan keadaan badan yang kehilangan air. Ciri desakan dapat dilihat adalah disebabkan kekurangan fisiologi dan ia akan berterusan sehingga keperluan fisiologi dapat diatasi. Setelah keperluan dipenuhi mengikut kadarnya ia akan hilang. Desakan merupakan rangsangan yang mendorong seseorang bertindak untuk memenuhi keperluan. Keperluan: Istilah keperluan amat sesuai digunakan ketika menghuraikan mengenai motivasi sebenarnya. Ia bermakna suatu kekurangan yang dikehendaki oleh seseorang individu untuk berfungsi. Manusia mungkin kekurangan makanan, air, udara suhu optimum keseimbangan badan. Ia disebut sebagai keperluan asas. Keperluan fisiologi adalah keperluan keselamatan, kasih sayang, penerimaan dan penghargaan. Keperluan yang tertinggi adalah keperluan mencapai hasrat diri. Konsep ini menekankan kecenderungan manusia untuk mencurahkan perhatian dan tenaga demi untuk memenuhi desakan fisiologi. (Baller dan Charles, 1968). Maslow, pengasas idea keperluan mencadangkan hierarki keperluan yang terdiri daripada : i) Keperluan fisiologi contohnya dahaga dan lapar ii) Keperluan keselamatan contohnya menyelamatkan diri daripada ancaman. iii) Keperluan kasih sayang contohnya cinta, efeksi, penerimaan dan perasaan semasa berhubungan dengan ibu bapa, guru, rakan dan masyarakat. iv) Self-esteem contohnya penguasaan dan keyakinan dalam diri, kecukupan dan kedudukan serta penerimaan dalam suatu kumpulan sosial. v) Keperluan pencapaian hasrat diri melalui pernyataan diri secara sendiri dan pencapaian sosial; keperluan untuk bebas(antara batasan keperluan umum dengan keperluan

8

Psikologi Pendidikan

sosial; untuk menyakinkan segala keraguan dan untuk memahami diri orang lain. (Baller dan Charles, 1968). Dalam teori keperluan Al-Ghazali pula mengelaskan dua bahagian jasad manusia yang memerlukan keperluan yang berlainan untuk dipenuhi. Yang pertama ialah jasad dan yang kedua ialah roh. Unsur keperluan manusia menurut Al-Ghazali ialah kerohaniaan, ilmu, adap, kuasa dan jasmani. Motivasi atau pergerakan ialah kecenderungan organisma yang dirangsang oleh sesuatu insentif. Rangsangan terdiri daripada rangsangan dalaman (intrinsik) dan rangsangan luaran (ekstrinsik). Rangsangan dalaman adalah seperti reka cipta, bermain alat muzik dan mengatasi masalah. Contoh rangsangan luaran adalah seperti mendapat hadiah, mendapat pujian dan mendapat ganjaran. Jika kita lapar kita terdorong untuk mencari makanan. Setelah mencapai matlamat iaitu makanan motivasi akan berkurangan. Ciri-ciri ini tidak boleh diwarisi dan bukan bersifat semula jadi. Ia diwujudkan oleh keperluan Fisiologi dan psikologi. Motivasi cenderong untuk ke arah mencapai matlamat dan arasnya pula berbeza-beza antara satu sama lain. Lagi kuat keinginan lagi tinggi matlamat. Aplikasi Psikologi Disiplin psikologi boleh digunakan kepada banyak bidang. Perniagaan, indusri, institusi kerajaan, agensi pertahanan; bidangbidang ini ataupun bidang yang lain yang tidak disebutkan telah menggunakan kaedah psikologi dan ilmu psikologi dalam organisasi masing-masing. Ada banyak bidang psikologi yang utamanya iaitu; 1. Psikolgi umum; mengkaji prinsip asas tingkah laku manusia seperti kajian mengenai aspek personaliti, pemikiran, emosi, motivasi dan sebagainya. 2. Psikologi ekperimen: mengkaji aspek penyelidikan seperti pengamatan, pemerhatian, pemikiran dan pembelajaran.

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi

9

3. Psikologi klinikal: membuat diagnosis dan rawatan masalah emosi dan tingkah laku seperti kes salah laku, alkoholisme, mental, masalah perkahwinan dan sebagainya. 4. Psikolgi genetik: psikologi yang mengkaji aspek perkembangan individu. 5. Psikologi pendidikan: kajian semua aspek mengenai pendidikan seperti bilik darjah, kemahiran dan konsep pengajaran dan pembelajaran, memperbaiki teknik pengajaran dan kurikulum, tingkah laku individu pelajar yang berbeza dalam bilik darjah dan sebagainya yang boleh menyelesaikan segala masalah mengenai pendidikan. 6. Psikologi fisiologi: kajian mengenai pertalian antara proses tubuh badan dengan tingkah laku. 7. Psikologi industri: kajian mengenai tingkah laku manusia yang terlibat dalam perindustrian. Ia merangkumi aspek mencari jalan memotivasi pekerja, pemilihan pekerja atau merancang program latihan pekerja. 8. Psikologi Perkembangan: kajian menentukan tingkah laku manusia dari pralahir sehingga dewasa. Ia meliputi pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan emosi manusia mengikut peringkat umur (Noraini Ahmad, 1994). 9. Psikologi kanak-kanak: mengkaji pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi mental dan sosial. 10. Psikologi remaja: kajian tingkah laku individu di peringkat umur 13-24 tahun dari aspek emosi, mental, sosial dan moral. (Noraini Ahmad 1994). 11. Psikolgi dewasa: kajian tingkah laku individu pada peringkat selepas remaja. 12. Psikolgi sosial: kajian tingkah laku individu dalam situasi kumpulan dan perhubungan individu antara kumpulan yang mementingkan aspek nilai, sikap, prasangka individu.

10

Psikologi Pendidikan

RUJUKAN Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc. Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley & Sons, Inc. Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS Publication & Distribution. Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication. Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation. Belmo...


Similar Free PDFs