REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN 2012 SEMESTER 1 DOCX

Title REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN 2012 SEMESTER 1
Author Ame Din
Pages 13
File Size 41.2 KB
File Type DOCX
Total Downloads 27
Total Views 40

Summary

REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN 2012 SEMESTER 1 TEMPOH : 4 HARI 3 MALAM TARIKH : 2 APRIL 2012 HINGGA 5 APRIL 2012 TEMPAT : KEM ALAPONG LUNDU REFLEKSI SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU : Sebelum program Bina Insan Guru dilaksanakan secara rasm...


Description

REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN 2012 SEMESTER 1 TEMPOH : 4 HARI 3 MALAM TARIKH : 2 APRIL 2012 HINGGA 5 APRIL 2012 TEMPAT : KEM ALAPONG LUNDU REFLEKSI SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU : Sebelum program Bina Insan Guru dilaksanakan secara rasminya pada 2 April 2012, banyak perkara yang telah saya lakukan dan pelajari. Apabila tiba masa untuk Ketua Unit Kokurikulum, En. Akhir memberi taklimat tentang program BIG ini, saya sudah menjangkakan pelbagai kemungkinan megenai kumpulan yang akan saya sertai. Adakah saya akan berkumpulan bersama pasukan yang tidak teguh dan baik? Namun, ternyata persoalan yang bermain di fikiran saya salah. Walaupun En. Akhir telah membahagikan kumpulan secara rawak, namun saya tetap berpuas hati, malah gembira apabila individu-individu yang dipilih memasuki kumpulan saya mempunyai personaliti yang riang dan peramah. Semua mempunyai kimia yang kuat antara satu sama lain. Walaupun rakan sekelas yang bersama saya hanyalah seorang sahaja, namun alangkah bahagianya hati saya apabila melihat ahli-ahli kumpulan saya berusaha untuk membina hubungan yang baik antara satu sama lain. Apabila tiba masanya untuk kami berbincang mengenai pemilihan ketua kumpulan, saya tidak menjangkakan bahawa saya akan dipilih sebagai pemegang tanggungjawab terbesar dalam kumpulan 7 ini. Pada mulanya saya berasa amat gementar dan takut kerana ini merupakan kali pertama saya menjadi ketua kumpulan untuk kumpulan semester 1 2012. Saya juga merasakan takut jika saya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya. Namun begitu, saya cuba untuk membina satu keyakinan yang menyatakan saya layak untuk memegang jawatan ini dan saya berjaya untuk menguasai keyakinan ini. Saya tahu bahawa proses untuk membina keyakinan ini amat penting bagi seorang bakal guru kerana seorang guru perlu beryakinan diri dalam menempuh segala cabaran dan...


Similar Free PDFs