REFLEKSI KENDIRI DOCX

Title REFLEKSI KENDIRI
Author Suriyati Nordin
Pages 12
File Size 77.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 303
Total Views 930

Summary

REFLEKSI KENDIRI Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di ...


Description

REFLEKSI KENDIRI Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk menghargai setiap kreativiti yang dihasilkan. Sesungguhnya bukan mudah untuk menghasilkan setiap karya tanpa kesungguhan dan pengorbanan. Saya juga telah mengakui pepatah yang mengatakan berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Amalan bergotong-royong, bekerjasama, bertoleransi amat bersesuaian dengan program ini.. Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk. Namun begitu melukis dan mewarna mural bukanlah tugas yang mudah kepada murid-murid. Mereka sentiasa dibimbing oleh guru untuk mendapatkan warna yang menarik pada setiap lukisan tersebut. Justeru itu mural ini tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa sehari tetapi akan diteruskan semasa aktiviti kokurikulum setiap hari Rabu dan akan diambil alih oleh murid-murid Tahun Enam selepas Peperiksaan UPSR....


Similar Free PDFs