Contoh Refleksi DOCX

Title Contoh Refleksi
Author Zalina Razali
Pages 7
File Size 24.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 292
Total Views 404

Summary

Refleksi 1 Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya. kami Mohd Aidil B Othman dan Mohd Safuan B Che Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku j...


Description

Refleksi 1 Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya. kami Mohd Aidil B Othman dan Mohd Safuan B Che Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak menyangka bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan Safuan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai bentuk kata, frasa dan fungsi frasa. kami keliru antara bentuk kata yang terbahagi kepada empat iaitu kata ganda, kata majmuk, kata terbitan dan kata nama kerana hampir sama tetapi setelah di terangkan oleh Pn Idawati, kami akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya. kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Saya terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengan gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Idawati telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja projek kami. Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang kami pelajari ialah bentuk kata, frasa, fungsi frasa, ayat aktif dan pasif serta maksud morfologi. Hal ini sangat berguna kepada kami kerana disamping dapat menyiapkan tugasan, kami juga boleh mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh Pn Idawati untuk peperiksaan akhir pada hujung semesta nanti. Kami juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengkaji sebuah cerpen. Pada mulanya kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh Pn idawati, kami berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Saya telah membuat tugasan mengenai kajian cerpen dan memcari bentuk kata setiap perkataan. Mohd Safuan pula membuat takrif morfologi, frasa dan fungsi frasa. Kami saling berkomunikasi untuk bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Kami juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa kerana bilik kami adalah di blok yang sama. Perpustakaan menjadi tempat untuk kami memperoleh bahan untuk dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan. Kamus Tatabahasa Dewan ialah buku yang lengkap dan menjadi penduan utama kami dalam melakukan tugasan ini. Namun kami juga tetap menggunakan buku-buku tatabahasa lain agar isi-isi di dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain itu, kami juga melayari internet untuk memperoleh maklumat, kami menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan untuk mengunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih. Pn Idawati juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas Bahasa Malayu agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu ini. Jika beliau tidak...


Similar Free PDFs